You are on page 1of 1
Aku tinggall seorang diiri di rumah kerana ayah dan iby menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di kampung. Pada malam tersebut hujan renyai-renyai. Tiba-tiba aku terdengar pintu pagar hadapan rumah dibuka. Aku pun membuka tingkap untuk melihat apa yang berlaku. Dengan perichan dan penuh cermat, aku mengintai melalui jendela tetapi tidak nampak sesiapa di situ. Keadaan di halaman rumah gelap-gelita dan sunyi sepi. Kelihatan hujan gerimis yang masih turun telah membasahi pepohon yang menghijau. Bunyi tik-tak hujan masih kedengaran. Hatiku berdebar-debar. Aku terus memperhatikan sekeliing buat beberapa ketika. Tiba-tiba, aku ternampok kelibat suatu lembaga berjalan berjengket-jengket menuju ke garaj rumahku. Lembaga itu agak sasa. Kemunculan lembaga tersebut membuatkan aku semakin takut dan bermula menggigi. Badanku berpeluh dan fikiranku bercelaru bagaikan cacing kepanasan. Terlintas di benok fikiranku untuk mendapatkan bantuan daripada ketua kampung yang tinggal berdekatan. Aku berlari pantas ke bilk untuk mendapatkan telefon bimbit. Aku menjadi begity cemas sekali pada detk yang genting sebegini tetapi aku tetap berusaha untuk mendapatkan nombor telefon ketua kampung. Panggilanku berjaya disamoungkan akhirnya. Aku menjadi gagap pada ketika itu. Namun, aku masin berupaya untuk menceritakan kejadian itu kepada ketua kampung dengan serba ringkas. Setelah itu, aku bergegas ke fingkap semula untuk mengintai pergerakan lembaga tersebut. Mukanya tidak kelihatan kerana ditutup dengan sehelai kain. Aku hanya mampu berdoa sambil menunggu ketua kampung dan penduduk kampung yang lain datang. Tidak lama kemudian, kelihatan cahaya lampu suluh disuluh ke arah rumah aku. Rupa-rupanya, ketua kampung yang membawa beberapa orang penduduk kampung telah sampai ke rumah aku. Mereka segera mengepung kawasan hadapan rumahku. Ketua kampung bersama beberapa orang penduduk kampung memberikan amaran kepada lembaga tersebut untuk menyerah dir. Lembaga yang menyorok itu tidak dapat melepaskan diri don ‘akhimya muncukan diri untuk menyerch aii. Akhirya, lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya dia ialah seorang pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan. Dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan yang lanjut. Aku baru dapat melegakan diri dan berterima kasih kepada ketua kampung yang sudi memberikan bantuan. Aku telah memberitahu kejadian ini kepada ilbu bapa aku sebaik sahaja mereka tiba di rumah. Mereka tersentak dan bersyukur kerana aku terselamat daripada bala tersebut. Mereka berjanji akan membawa aku bersama pada masa hadapan bagi mengelakkan perkara sebegini daripada berulang lagi.

You might also like