You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

PROGRAM KESIHATAN GIGI

TARIKH
20 MAC 2019

TEMPAT
DEWAN SJKC CHOON SIEW

ANJURAN
PRASEKOLAH
SJKC CHOON SIEW

DENGAN KERJASAMA
BAHAGIAN KESIHATAN
PERGIGIAN PERLIS
1.0 TAJUK

Program Kesihatan Gigi

2.0 PENGENALAN

Dewasa ini, tidak dapat kita nafikan bahawa kesihatan gigi telah kian diabaikan dalam
kalangan masyarakat walaupun kita mesti memerlukan gigi dalam kehidupan seharian.
Fenomena sebegini tidak asing lagi dalam masyarakat kita dan telah mengakibatkan berlaku
isu dalam kalangan kanak-kanak tidak hadir ke sekolah disebabkan sakit gigi. Menurut Kajian
Epidemiologi Kesihatan Pergigian pada tahun 2005, ia mendapati seramai 76.2% kanak-
kanak berumur 5 tahun mengalami masalah karies gigi ataupun gigi berlubang. Kajian juga
mendapati secara purata setiap seorang kanak-kanak mempunyai 6 batang gigi yang
mengalami karies (Yusliza, 2015). Permasalahan ini amat membimbangkan kerana
mempunyai impak negatif kepada kanak-kanak iaitu kesakitan yang turut akan mengganggu
fungsi pemakanan dan menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak secara keseluruhannya. Gigi
umpama sebuah cermin kepada badan di mana ia mencerminkan kesihatan seseorang
secara jelas. Dengan ada kesihatan gigi, bukan sahaja dapat menyumbang kepada
peningkatan kualiti kehidupan dan penampilan, malahan dapat membantu meningkatkan
keyakinan diri seseorang individu dalam interaksi sosial seterusnya menjamin kesejahteraan
sepanjang hayat dari zaman kanak-kanak hingga ke usia tua. Oleh hal demikian, Prasekolah
SJKC Choon Siew akan menganjurkan satu program pergigian berkolaborasi dengan
Bahagian Kesihatan Pergigian Perlis di Dewan SJKC Choon Siew dengan slogan “Gigi putih,
lambang kesihatan baik!”. Program ini juga dijalankan bersempena Hari Kesihatan Mulut
Sedunia atau World Oral Health Day yang akan disambutkan pada 20hb Mac setiap tahun di
seluruh dunia (Md, 2018).

3.0 RASIONAL

Gigi perlu dijaga dengan baik agar kita dapat menikmati kehidupan yang sejahtera
dengan badan yang sihat. Dengan ini, program ini merupakan satu platform bagi menyebar
informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-
agensi terbabit. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat
yang sering diabaikan oleh masyarakat. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini
wajar ditekankan kepada golongan sasaran tertentu memandangkan generasi muda harus
diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah.
Sehubungan itu, program pergigian merupakan salah satu program yang dikemukakan dari
Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan diadakan sepanjang tahun bagi setiap sekolah
di mana pada setiap tahun, pihak kesihatan akan membuat pemantauan bagi murid sekolah
dan juga memberi taklimat mengenai penjagaan gigi yang betul (Bahagian, 2017). Maka,
kanak-kanak setiap tahun berpeluang memberi pengetahuan dan pendedahan secara tidak
formal tentang penjagaan gigi seterusnya kesihatan secara keseluruhannya.

4.0 MATLAMAT

Program Kesihatan Gigi ini diadakan bermatlmat melahirkan kesedaran dan


memupuk rasa tanggungjawab para kanak-kanak, ibu bapa dan seterusnya seluruh
masyarakat untuk mengenai kepentingan penjagaan kesihatan diri sendiri. Matlamat ini
secara tidak langsung dapat mengubah amalan dan cara hidup seseorang ke arah yang lebih
sihat. Kesedaran golongan ibu bapa amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat
dapat dimanfaatkan secara baik dalam kehidupan seharian anak-anak bermula dari rumah.

5.0 OBJEKTIF

a) Meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan gigi melalui pelbagai aktiviti yang


dijalankan.
b) Memberi maklumat tentang penyakit mulut serta langkah-langkah penjagaan dan
pencegahannya.
c) Menerapkan kanak-kanak berkenaan cara menggosokkan gigi yang betul.
d) Menyedarkan komuniti setempat tentang kepentingan penjagaan kesihatan seluruh
badan.
e) Menggalakkan komuniti setempat untuk mengamalkan amalan gaya hidup sihat dalam
kehidupan seharian.
f) Meningkatkan permuafakatan dan koordinasi antara pelbagai agensi dengan masyarakat
sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

6.0 TARIKH, MASA, TEMPAT

Tarikh : 20 Mac 2019

Masa : 7.30 pagi hingga 4.00 petang

Tempat: Dewan SJKC Choon Siew

7.0 KUMPULAN SASARAN


i. Semua murid prasekolah SJKC Choon Siew ( 20orang )
ii. Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak di sekitar Kuala Perlis

8.0 KEKANGAN

 Tempat program
(Ruangan dewan tidak cukup untuk menampung pelbagai jenis aktiviti yang
akan dijalankan pada masa yang serentak.)
 Keadaan program sukar diramalkan
(Penglibatan dan kerjasama para peserta dengan aktiviti yang akan dijalankan
oleh Pihak Bahagian Kesihatan Pergigian Perlis)
 Kekurangan tenaga guru
(Kuantiti Ahli jawatankuasa yang sedikit bagi program ini.)

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan bagi program ini seperti berikut:


BIL PIHAK KEWANGAN (RM)
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
1 200
SJKC Choon Siew
2 Wang Peruntukan daripada kerajaan 200
3 Sumbangan daripada Ibu Bapa 100

JUMLAH 500

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan bagi program ini adalah seperti berikut:


BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN (RM)

1. Bahan warna - 40

2. Berus gigi 20 unit 20 X 2 = 40

3. Hadiah

 Goody bags
(Set alat tulis) 20 unit 20 X 2 = 40
 Hadiah Kuiz
10 X 4 = 40
10 unit

4. Banner - 40

5. Makanan dan minuman 50 orang 50 X 6 = 250

6. Cenderamata - 50

Jumlah keseluruhan 500

11.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KESIHATAN GIGI

PENAUNG : EN. CHEN TIEN KOR (GURU BESAR)

KETUA PENASIHAT : PN. THEAN CHIN MEI (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

PENGERUSI : DR. MUHAMMAD RIDWAN BIN YEOP ISMAIL


(PEGAWAI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN PERLIS)

SETIAUSAHA : CIK TEO JIA YI (GURU PRASEKOLAH)

BENDAHARI : PN. SOFIAH BINTI MAT JUNOH (PEMBANTU PRASEKOLAH)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM KESIHATAN GIGI

PENGERUSI : CIK TEO JIA YI

NAIB PENGERUSI : CIK WAN NUR HANNANI BINTI WAN NASIR

SETIAUSAHA : PN. NUR AINA AFIQAH BINTI BIDIN

NAIB SETIAUSAHA : PN. LIM SHU JIE

BENDAHARI : PN. SOFIAH BINTI MAT JUNOH

AHLI JAWATANKUASA :

Protokol : CIK FONG SIEW LI

Makanan & Minuman : PN. NURUL ZULAIKHA BINTI ISHAK

Dokumentasi : CIK NOOR SYAZWANI BINTI SAFIE

Hadiah & Jemputan : CIK NURUL SHUHADA’ BINTI MOHD ALI

Persiapan Tempat : PN. CHOK YIN JEN


Tugas Khas & Aktiviti : PN. CHAN YIN SIN
12.0 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI AKTIVITI KANAK-KANAK
IBUBAPA/PENJAGA/PENYELIA

7.30 – 8.00 Pendaftaran peserta


pagi

8.00 - 8.20 pagi  Ucapan Pengerusi Program Kesihatan Gigi


 Ucapan alu-aluan dari wakil Bahagian Kesihatan Pergigian
Perlis
 Majlis Perasmian dijalankan
8.30 - 9.30 pagi  Pemeriksaan gigi
 Pameran “Jom Hidup Sihat”
 Pameran Kesihatan Pergigian

9.30 - 11.30  Menjawab soal selidik  Aktiviti Mewarna


pagi  Taklimat Kesihatan
Pergigisn

11.30 – 12.30 Persembahan Demonstrasi Memberus Gigi daripada jururawat


tengah hari Bahagian Kesihatan Pergigian Perlis

12.30 – 2.00  Rehat & Solat


petang  Makan tengah hari
2.00 – 3.00  Aktiviti permainan
petang o Kuiz
o Station Game
 Makan jangan tak makan
 Kotak Beracun
3.00 – 3.45  Penyampaian hadiah dan cenderamata
petang  Sesi bergambar
3.45 - 4.00 Masjlis bersurai
petang

13.0 JAWATAN & BIDANG TUGAS


Jawatan Tugas
Pengerusi  Memberi tugasan yang jelas dan tepat kepada setiap
Ahli Jawatan kuasa dalam melaksanakan aktiviti
 Memastikan arahan daripada penasihat program dapat
dilaksanakan dengan lancar.
Naib Pengerusi  Memangku dan mengambil alih tugas pengerusi semasa
ketiadaanya
 Membantu pengerusi sebaik mungkin dalam melicinkan
urusan perlaksanaan aktiviti.
Setiausaha  Bertanggungjawab untuk menguruskan mesyuarat
dalam perlaksanaan program dan mencatat perkara
yang penting
 Menyediakan catatan minit mesyuarat. Menguruskan
urusan surat menyurat
 Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh
program.
Naib Setiausaha  Membantu setiausaha dalam melicinkan perlaksanaan
aktiviti
 Memangku tugas setiausaha semasa ketiadaannya.
Bendahari  Menyimpan semua butiran dokumen keluar masuk wang
dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan
kewangan
 Menjaga dan menguruskan harta benda bagi program
dengan baik
 Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali
mesyuarat.
JK Protokol  Menyediakan teks ucapan bagi program ini.
 Menjadi pengacara program.
JK Makanan dan  Menyediakan belanjawan dan jenis makanan yang perlu
Minuman disediakan sepanjang program berlangsung.
 Bertugas mengangkut makanan dan minuman ke
tempat pertandingan.
JK Dokumentasi  Merekod dan merakamkan rentetan peristiwa dari awal
proses perancangan aktiviti sehingga selesai aktiviti
berlangsng dalam bentuk foto dan video.
JK Hadiah dan  Mengedarkan kad jemputan kepada tetamu yang
Jemputan dijemput.
 Mengiringi tetamu yang telah dijemput ke tempat
pertandingan.
 Menyediakan cenderamata dan hadiah bagi semua
peserta dan hadirin yang terlibat dalam aktiviti yang
dijalankan.
 Menyediakan hadiah bagi pemenang-pemenang.
JK Persiapan Tempat  Membuat permohonan tempat yang akan digunakan.
 Menghiaskan dan menyediakan sebuah persekitaran
yang kondusif dan selamat.
JK Tugas-tugas Khas &  Mengenal pasti peralatan yang diperlukan setiap ajk
Aktiviti  Membuat tempahan dan proses peminjaman peralatan
dari jabatan berkaitan
 Memastikan jumlah bilangan perlatan mencukupi.
 Mengendalikan aktiviti yang dirancangkan.
14.0 KESIMPULAN & HARAPAN

Kesihatan pergigian yang baik akan meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak


terutama fungsi kehidupan seperti makan, bertutur, tidur, tumbesaran, dan gangguan emosi
serta kehidupan sosial kanak-kanak. Diharapkan program kesihatan gigi ini dapat memberi
informasi dan manfaat yang sepenuhnya bagi semua peserta khususnya kanak-kanak
prasekolah. Sesungguhnya, program ini juga dapat merealisasikan matlamat Hari Kesihatan
Mulut Sedunia iaitu menyedari semua msyarakat tentang kesan kesihatan mulut terhadap
kesihatan fizikal dan kesejahteraan (Majlis Perasmian Karnival Kesihatan Pergigian: Gigiku
Mutiaraku Sempena Hari Kesihatan Pergigian 2013 dan The Malaysia Book of Records
Boneka Cha-cha Kesihatan Pergigian Terpanjang di Malaysia, 2013). Pada masa yang sama,
ia juga selaras dengan misi Kementerian Kesihatan yang bertujuan untuk meningkatkan
kualiti kesihatan penduduk secara keseluruhan. Akhir sekali, berharap program ini dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berjaya serta mencapai objektif yang diingini. Ribuan
penghargaan dan terima kasih kepada segala jasa baik, sumbangan, tajaan, sokongan,
perhatian dan kerjasama yang dihulurkan oleh semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________ ___________________

(CIK TEO JIA YI) (PN. THEAN CHIN MEI)


PENGERUSI PROGRAM KESIHATAN GIGI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
GURU PRASEKOLAH SJKC CHOON SIEW. SJKC CHOON SIEW.

Disahkan oleh,

___________________

(EN. CHEN TIEN KOR)


GURU BESAR
SJKC CHOON SIEW.
RUJUKAN

Bahagian Kesihatan Pergigian Perlis (2017, 2 22). Perkhidmatan Pakar Oral dan
Maxillofasial. Didapatkan dari Blogspot Web site: http://gigiperlis.blogspot.com/

Majlis Perasmian Karnival Kesihatan Pergigian: Gigiku Mutiaraku Sempena Hari Kesihatan
Pergigian 2013 dan The Malaysia Book of Records Boneka Cha-cha Kesihatan
Pergigian Terpanjang di Malaysia. (2013, 10 6). Didapatkan dari Programpermata
Web site: http://www.programpermata.my/bm/patron/speeches/2013/majlis-
perasmian-karnival-kesihatan-pergigian-gigiku-mutiaraku-sempena-hari/

MD Isham Haji Jaafar (2018). Perutusan Dari Yang Berhormat Dato Paduka Dr Haji Md
Isham Bin Haji Jaafar Menteri Kesihatan Brunei Darussalam Bersempena Hari
Kesihatan Mulut Sedunia 2018. Didapatkan dari Moh Gov Bn Web Site:
http://www.moh.gov.bn/Lists/CO_Announcements/NewDispForm.aspx?ID=90&Cont
entTypeId=0x01040058E4DED3B8735B43A29CFE57CE71D765

Yusliza Yakimir Abdul Talib (2015, 3 30). Tak cukup berus gigi saja. Didapatkan dari
Hmetro Web site:
https://www.hmetro.com.my/node/40159?fbclid=IwAR37LT8aTId8UHMKA3EnYKqx
5WOK8cUWKS0bZwbPBiUubO2INDB2ptenCzo