You are on page 1of 12

Pengenalan

Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21 kini, sering meniti dari bibir
ke bibir segenap umat manusia tentang isu alam sekitar dan bencana yang semakin
membimbangkan rakyat di seluruh dunia. Kemelut ini juga sering disiarkan dalam
media massa seperti internet, televisyen dan surat khabar. Isu alam sekitar mahupun
bencana alam seperti isu pencemaran udara, pencemaran tanah, pencemaran air,
tanah runtuh dan sebagainya telah menjadi makin hari makin serius di seluruh dunia.
Berdasarkan sebuah berita dalam Berita Harian yang dipaparkan pada 1 Januari 2019,
suatu kejadian tanah runtuh telah terjadi di Dusun Garehong Desa Sirnaresmi,
Kecamatan Cisolok Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia. Menurut berita
China Press pada 24 Januari 2019 pula, Agensi Pengurangan Bencana Indonesia
telah membuat pengesahan pada 23 Januari 2019 bahawa kejadian tanah runtuh
yang berlaku ini telah membawa kemautan dan kemusnahan yang sangat teruk.
Sebanyak 26 orang penduduk maut, 24 orang penduduk hilang serta 46 orang
penduduk yang sedang menerima rawatan di hospital dan klinik.

Gambar 1: Gambar ini menunjukkan keadaan di Dusun Garehong Desa Sirnaresmi


selepas kejadian tanah runtuh.

Menurut Wikipedia, tanah runtuh merupakan satu tragedi yang berkaitan dengan
kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.yang sering mendapat
perhatian umum pada masa kini secara global mahupun di Malaysia, Indonesia, India
1
serta negara-negara barat yang lain. Tanah runtuh ialah kejadian geologi yang
termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam
cerun, dan aliran sampah cetek. Antara contoh kawasan yang sering dilanda tanah
runtuh ialah lereng bukit, kawasan projek perumahan dan juga kawasan berhampiran
dengan aliran air seperti sungai.

Komposisi runtuhan tanah boleh terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu
pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Bahan batuan yang bercampur
tanah disebut debris atau puing. Bahan-bahan ini dipercayai mengalami kegagalan
akibat beberapa faktor penyebab. Kandungan bahan gagal ini boleh mencapai jumlah
yang besar sehingga 1,000,000 meter padu dan mengakibatkan kemusnahan yang
besar kepada kawasan sekitarnya.

Menurut laman web e-participatory Training Kit for Landslide Universiti Sains
Malaysia, tanah runtuh boleh dibahagi kepada beberapa jenis mengikut jenis bahan
yang terlibat serta pergerakan tanahnya. Jadual berikut menunjukkan 6 jenis tanah
runtuh yang telah dibahagikan.

2
Jenis Tanah Runtuh Jenis Bahan Catatan
Runtuhan Bongkah Tanah atau - -
Jatuhan

Tanah Runtuh Gelongsor Puing dan Rekahan batuan yang tersangat ketara memiliki ciri Biasanya lebih kepada cerun
Gelongsor batuan (Slide)
seperti terhakis, permukaan rata yang terkeluar ke yang mempunyai ketinggian
arah cerun atau sementasi yang lemah atau baki 150m yang telah terhakis oleh
tanah geluncuran sebelum. hakisan yang mungkin diikuti
tiupan angin kencang yang
boleh menumbangkan pokok
serta bongkah daripada
bongkah asal.

3
Jenis Tanah Runtuh Jenis Bahan Catatan
Batu Runtuh Jenis Robohan atau Batuan disimen lemah, rekahan yang sangat ketara Kebiasaannya berlaku di
Topple atau terluluhawa. Mengandungi permukaan rata kawasan puncak yang sempit,
yang lemah yang menghala keluar atau mempunyai kawasan sempit di kawasan
batu besar yang mempunyai kedudukan yang lemah. tebing tinggi, cerun buatan
serta cerun yang terhakis
dengan hebat.

Jatuhan Batuan Rekahan batuan yang tersangat ketara pada batuan -


bongkah asal yang mengandungi perlapisan lemah
atau bahan yang terhakis.

4
Jenis Tanah Runtuh Jenis Bahan Catatan
Tanah Runtuh Jenis Aliran Likat yang bergerak perlahan. Pergerakan perlahan Berlaku di kawasan yang
disebabkan oleh kelikatan bahan terhakis bersama mempunyai permukaan
campuran air. batuan sebagai landasan
yang mana aliran secara
spatial tidak seimbang yang
menyebabkan berlaku
susutan khususnya apabila
pengaliran berlaku terlalu
perlahan.

Aliran Lumpur Jenis runtuhan ini dikaitkan dengan kehadiran larian -


air permukaan. Partikel atau bahan yang longgar di
kawasan cerun juga merupakan antara penyebab
berlakunya aliran lumpur. Apabila bahan bercampur
sedikit air mengalir dalam bahan cecair yang
bergerak dalam kelajuan yang tinggi maka ia
diistilahkan sebagai aliran lumpur.

5
Faktor Manusia Ke Atas Kejadian Tanah Runtuh

Kejadian tanah runtuh merujuk kejadian fenomena alam semula jadi yang
sering dikaitkan dengan perubahan kedudukan tanah sesuatu kawasan itu. Antara
contoh kawasan yang sering dilanda tanah runtuh ialah lereng bukit, kawasan projek
perumahan dan juga kawasan berhampiran dengan aliran air seperti sungai. Media
massa sering mengetengahkan kejadian alam ini sehingga menjadikan kejadian ini
sesuatu yang biasa pula di negara ini. Oleh itu, kefahaman tentang pelbagai punca
penting untuk menangani kemelut alam sekitar ini.

Secara amnya kejadian tanah runtuh berpunca daripada projek pembangunan


yang tidak seimbang dan kegiatan ekonomi kerana keghairahan manusia mengejar
erti kemodenan sebenar. Pembinaan hotel, kawasan kediaman mewah dan
pembinaan lebuh raya secara tidak terkawal dan terancang akan menjadi
penyumbang besar kejadian tanah runtuh. Pembangunan yang tidak seimbang ini
sering mengabaikan pengekalan alam sekitar terutama hutan atau penggunaan alam
sekitar dalam sesuatu projek pembangunan tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan
hujan lebat sahaja berupaya untuk mencetuskan kejadian tanah runtuh di sesuatu
kawasan pembangunan tersebut. Jadi, tanah runtuh berlaku kerana ketiadaaan
keseimbangan antara projek pembangunan dan sistem ekologinya.

Selain itu, ketiadaan peruntukan perundangan yang menyeluruh turut


menjadikan isu ini semakin meruncing. Masyarakat dengan mudah lagi berani
melakukan projek pembangunan sesuka hati kerana sedar bahawa mereka tidak akan
didakwa oleh pihak kerajaan kerana ketiadaan akta yang mampu untuk digunakan
terhadap kesalahan mereka itu. Kelemahan dalam system perundangan inilah yang
menyebabkan masalah ini terus berlaku tanpa ada sebarang perasaan bersalah
dalam jiwa masyarakat kita. Jelaslah, ketiadaan peruntukan perundangan yang
holistik dan ketat telah membawa masalah ini terus menerus berlaku dalam
masyarakat kita.

Bukan sahaja ketiadaan keseimbangan pembangunan dan kelemahan dalam


sistem perundangan tetapi kekurangan dalam kemahiran menarah sistem bukit di
negara ini turut menjadikan polemik ini semakin serius. Kita masih menggunakan
sistem tarahan kawasan berbukit yang lama kerana kekurangan kemahiran atau
pengalaman dalam kalangan jurutera tempatan di negara ini. Malah beban yang

6
berlebihan di puncak cerun juga akan menyebabkan kejadian tanah runtuh. Di
samping itu, aktiviti penambakan dan pemotongan bukit yang tidak mengambil kira
sudut kecuraman, kekuatan batuan, darjah luluhawa serta pengaruh litupan tumbuhan
akan memburukkan keadaan. Aktiviti pemotongan dan pengubahsuaian cerun bukit
dan tanah tinggi seperti ini yang bertujuan untuk membina bangunan atau laluan
kenderaan akan melemahkan struktur tanah. Situasi ini menyebabkan bukit yang
digondolkan itu mudah sahaja mengalami kejadian tanah runtuh setiap kali hujan lebat
melanda.

Industri pembalakan dan aktiviti pertanian secara haram di kawasan hutan


simpanan menggalakkan berlakunya penggondolan hutan. Belakangan ini pula
pembalakan secara haram semakin berleluasa menyebabkan kemusnahan anak-
anak pokok seterusnya menjadikan hakisan cerun bukit semakin giat. Sehubungan
dengan itu, struktur tanah di kawasan tersebut juga menjadi semakin longgar dan
lemah akibat ketiadaan pelindung dan tanaman tutup bumi. Fenomena ini mudah kita
lihat dengan jelas apabila kita menggunakan lebuh raya Timur-Barat atau berkunjung
ke kawasan peranginan Cameron highlands, Lojing dan sebagainya.

7
Kesan Kejadian Tanah Runtuh

Kejadian tanah runtuh telah memberikan impak yang besar terhadap sosio-
ekonomi penduduk di sesebuah negara. Kos kerugian sama ada secara langsung
atau tidak langsung akibat kejadian tersebut terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan
atau pihak persendirian jika berlaku sebarang kerosakan harta benda. Malahan,
kejadian tanah runtuh juga boleh membawa kepada kematian sekiranya berlaku di
kawasan perumahan dan jalan raya dalam skala yang besar. Menurut Lee dan
Pradhan (2007) dalam Nazirah Azizat (2015), tanah runtuh telah menyebabkan seribu
kematian setiap tahun di Amerika Syarikat dengan kos kerugian harta benda
sebanyak USD 4 billion.

Menurut Nazirah Azizat (2015) dalam kajiannya yang bertajuk Analisis ruang dan
masa bagi kajian tanah runtuh sepangjang lebuhraya timur barat, tanah runtuh
merupakan ancaman bencana alam yang kedua terbesar di Malaysia selapas
ancaman banjir (Matori et al., 2011). Dalam inventori tanah runtuh yang dikumpul
semasa kajian pelan induk oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati bahawa
terdapat 440 kejadian tanah runtuh yang berlaku di seluruh Malaysia dari tahun 1973
sehingga 2007 melibatkan kerugian ekonomi kira-kira RM 3.0 billion dengan jumlah
kematian melebihi 600 orang (JKR, 2009).

Sehubungan dengan itu, dapat kita lihat bahawa impak yang timbul daripada
kejadian alam ini begitu menakutkan terutama pertambahan dalam bilangan mangsa
korban kejadian tanah runtuh ini. Saban tahun ada sahaja nyawa insan yang tidak
bersalah akan hilang bersama-sama runtuhan tanah tersebut walaupun mereka tidak
bersalah dalam hal ini. Sikap pemaju yang mengetepikan aspek keselamatan dan
kecuaian pihak berwajib dalam mengawasi projek-projek pembangunan tanah tinggi
menyebabkan nyawa manusia menjadi taruhan. Kehilangan nyawa ini seolah-olah
tidak mendapat perhatian semua pihak sehingga hanya komen-komen biasa
kedengaran setiap kali sesuatu malapetaka melanda negara ini. Justeru, tanah runtuh
yang berlaku telah menyebabkan negara ini kehilangan banyak nyawa manusia yang
tidak berdosa.

Malah, kemusnahan harta benda turut berlaku yang menyebabkan kerugian


berjuta-juta ringgit setiap tahun begitu sahaja. Biasanya kerugian ini berlaku akibat
kemusnahan harta benda terutama rumah, bangunan, dan juga kemudahan awam

8
terutama jalan raya. Akibatnya, kerajaan terpaksa membelanjakan pula sejumlah
wang yang banyak untuk membina semula kemudahan ini atau memberikan bayaran
pampasan kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh.

9
Tindakan Yang Perlu Diambil Terhadap Kejadian Tanah Runtuh

Bak kata peribahasa Melayu “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat”. Jelaslah bahawa bukan setakat pihak kerajaan sahaja yang memainkan
peranan malahan usaha bagi mengatasi kejadian tanah runtuh ini. Institut
kekeluargaan juga sepatutnya memikul tanggungjawab tersebut. Dalam hal ini , ibu
bapa memikul tanggungjawab yang amat besar bagi memupuk semangat cinta akan
alam sekitar dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi persis peribahasa Melayu
berkata bahawa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa haruslah sentiasa
mendedahkan anak-anak tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Di samping itu,
ibu bapa juga seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak .
Sebagai contoh, ibu bapa tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata tempat
serta melakukan pembalakan haram kelak yang boleh mengakibatkan kejadian tanah
runtuh. Sikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul tidak sepatunya
diamalkan oleh ibu bapa. Sikap ini dapat dilihat pada ibu bapa yang mengajar anak-
anak menjaga alam sekitar sedangkan mereka sendiri tidak berbuat demikian.
Sekiranya ibu bapa dapat menunjukkan contoh teladan yang baik, sudah tentu anak-
anak akan mencontohi sikap tersebut kerana ibu bapa merupakan sumber inspirasi
kepada anak-anak. Dengan in, nescaya kejadian tanah runtuh dapat diatasi sekaligus
dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar yang semakin hari semakin tercemar
akibat kerakusan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri.

Berdasarkan Laporan Kabinet, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mula


menerapkan Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum bermula dengan subjek
Alam dan Manusia untuk murid tahun 4 hingga 6. Di samping itu, penerapan
pendidikan alam sekitar merentas kurikulum juga dilakukan dalam subjek lain seperti
Matematik, Muzik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sivik dan Agama Islam. Pada
peringkat sekolah menengah pula, elemen pendidikan alam sekitar pula dilaksanakan
melalui subjek Geografi dan Sains yang dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran
wajib bagi aliran tertentu. Walau bagaimanapun, pendidikan alam sekitar merentas
kurikulum juga dilakukan dalam melalui subjek Pendidikan Moral, Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris dan sebagainya. Melalui Laporan Kabinet, kita mendapati bahawa
betapa pentingnya pendidikan dalam memberi kesedaran kepada tunjang masa
depan negara kita dalam isu dan kemelut alam sekitar yang kita hadapi terutamanya
bagi isu yang dibincangkan iaitu bencana tanah runtuh. Jelaslah dilihat bahawa

10
Pendidikan Lestari Alam Sekitar perlu diteruskan bagi menanam sikap cintai alam
sekitar dalam setiap individu murid-murid sejak bangku sekolah lagi.

Masyarakat sepatutnya mempunyai kesedaran terhadap tindakan yang boleh


diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Pepatah Melayu berbunyi, “tiada
penyakit yang tiada penawarnya”. Setiap masalah yang dihadapi mesti mempunyai
penyelesaiannya. Antara tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan kejadian
tanah runtuh di negara kita ialah pihak kerajaan seharusnya menanam semula pokok-
pokok di cerun bukit terutamanya di kawasan yang telah dibangunkan. Usaha ini
merupakan cara terbaik untuk menjaga cerun-cerun dan kawasan yang dibangunkan
daripada terdedah kepada risiko kejadian tanah runtuh. Usaha tersebut juga dapat
menguatkan tanah yang telah melalui proses pembangunan . Hutan rimba dan bukit-
bukau merupakan pasak kepada ekosistem bumi. Pembalakan dan penebangan
hutan tanpa kawalan telah melonggarkan ikatan tekstur tanah menjadikan cerun
longgar dan rebah. Hujan lebat yang turun akan menyebabkan tanah di lereng bukit
menjadi longgar dan menggelongsor. Dengan itu, pokok-pokok besar yang berakar
dalam dan tanaman tutup bumi perlu ditanam untuk menyelamatkan kawasan
pembangunan yang terdedah kepada cuaca yang tidak tentu serta hujan lebat. Hal
ini dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada dibawa aliran air bawah
tanah yang mampu menggelongsorkan tanah yang tidak stabil.

Jika ditelusuri secara mendalam , antara langkah yang pragmatik ialah


melalui peranan yang dimainkan oleh syarikat-syarikat pemaju. Syarikat-syarikat
pemaju perlulah meneliti secara mendalam mengenai kawasan yang ingin dijadikan
lokasi pembinaan serta tidak bersikap tergopoh gapah sebelum membangunkan
sebarang pembangunan di kawasan tersebut. Mereka hendaklah melakukan
pemeriksaan terlebih dahulu. Hal ini demikian untuk mengelakkan sebarang kejadian
yang tidak diingini berlaku . Pemaju juga disarankan agar mendirikan bangunan atau
tapak perumahan di tanah yang lapang dan rata. Mereka perlu mengelakkan
membina rumah atau bangunan di kawasan yang berbukit bukau serta di kawasan
yang berdekatan dengan sungai. Hal ini demikian kerana kawasan tersebut berisiko
tinggi dalam mengundang berlakunya tanah runtuh.

11
Kesimpulan

Sudah terang lagi bersuluh, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu
untuk memberi perubahan terhadap keadaan isu alam sekitar yang begitu serius.
Pelbagai usaha dan ikhtiar haruslah dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian tanah
runtuh di negara kita mahupun seluruh dunia. Usaha semua pihak amat diharapkan
agar kejadian tanah runtuh ini dapat dielakkan. Bak kata pepatah Melayu, muafakat
membawa berkat. Sehubungan dengan itu, kita sepatutnya bersungguh-sungguh
dalam menangani isu-isu alam sekitar sebegini dan jangan mengambil sesuatu
tindakan secara sambil lewa ibarat melepaskan batuk di tangga. Hal ini demikian
kerana kita akan menyesal buat selama-lamanya apabila nasi sudah menjadi bubur.

12

You might also like