You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : IPGKTHO : 800-1/9 JLD 6 (13)


Tarikh : 14 Januari 2019

Pengurus Eksekutif
Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd,
No.40,42,44 Jalan Padi Emas 1/2,
Uda Business Center,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Darul Ta’zim.

Tuan,
PEMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN AKADEMIK KEUSAHAWANAN KE PERBADANAN USAHAWAN
JOHOR SDN BHD
Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa guru pelatih IPG Kampus Tun Hussein Onn ingin membuat lawatan
sambil belajar ke Perbadanan tuan.
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan ini
seperti butiran berikut :-

Tarikh : 19 MAC 2019


Masa Lawatan : 10.00am-12.00tgh
Bil Ahli Rombongan : 24 orang
Pensyarah Pengiring : Encik Ismail bin Saiman

4. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk:

 Mendapat pengetahuan dan kemahiran tentang keusahawanan


 Mengetahui ciri-ciri usahawan yang berjaya
 Mempelajari pengembangan idea perniagaan

5. Oleh yang demikian diharapkan permohonan pihak kami untuk melawat perbadanan tuan akan
dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya. Sekiranya terdapat sebarang cadangan, pihak Tuan boleh
berhubung dengan pengerusi lawatan ini iaitu Saudara.
6. Di atas kerjasama dan keperihatinan Tuan, saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

(ADIB BIN SULAIMAN)


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tun Hussein Onn.

You might also like