You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Drama atau dikenali juga sebagai teater merupakan wajah dan wadah kebudayaan
kebangsaan bagi sebuah negara dan merupakan tempat yang menakung peradaban
sesebuah bangsa semenjak zaman dahulu dan masih berkekalan sehingga hari ini. Drama
membawa maksud karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio atau televisyen
yang melakonkan pelbagai situasi atau urutan peristiwa meggunakan emosi yang sesuai
(Kamus Dewan Edisi Keempat , 2010). Maka, makna umum drama boleh disimpulkan sebagai
inspirasi kehidupan manusia atau peristiwa yang diserlahkan dalam sebuah karya atau
lakonan yang indah.

Dalam meniliti sejarah kelahiran drama, pelbagai perkara perlu dilihat kerana
perkembangan drama telah banyak mengalami perubahan semasa ke semasa, sesuai
dengan perkembangan masyarakat yang menghidupkannya (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011).
Setelah konsep drama ditaakul, maka dalam lembaran kerja kursus ini akan menerangkan
tentang sejarah, aliran dan jenis drama di dunia serta drama kanak-kanak di Malaysia
khususnya.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN DRAMA DUNIA

Kesenian drama ini merangkumi seni-seni lainnya seperti lakonan, muzikal dan
nyanyian bagi menimbulkan kesan yang memukaukan audien. Selain itu, drama sebenarnya
merupakan sebahagian daripada kehidupan kebudayaan dan kesusasteraan sesebuah
bangsa. Justeru itu, Safian Hussain, et.al (1988), menjelaskan bahawa setiap bangsa memiliki
sejarah dramanya yang tersendiri. Sejarah perkembangan drama di dunia dapat dibahagikan
kepada dua benua

2.1 SENI DRAMA BARAT


Perkembangan drama Barat dikatakan bermula kegiatannya adalah sejak
zaman Yunani atau dikenali sebagai zaman Greek (Rahmah Bujang , 1975).
Drama terawal zaman Greek ini berkembang berdasarkan hubungannya dengan
adanya dasar ritual atau pemujaan tuhan sehingga berkembang menjadi sebuah
seni. Mereka mengadakan tarian dan lakonan di bangunan-bangunan yang
dijadikan pentas kepada alam seni drama dan pertunjukkan-pertunjukkan drama
kebiasaannya diadakan di hari-hari perayaan tuhan Dionysos sahaja (Abdul
Rahman Napiah , 1987). Tambahan lagi, drama pada zaman Greek ini melahirkan
empat tokoh penulis paling terkemuka iaitu Aeschylus, Sophocles, Euripides dan
Aristophanes yang memperlihatkan kecenderungan yang berbeza dari segi stail
dan penggarapan tema yang beragam iaitu mengamalkan falsafah aliran klasik
dan memilih dua bentuk drama iaitu tragedi dan komedi. Dalam bentuk drama

1
komedi ini, Wahab Ali (2004), menyatakan bahawa drama ini memaparkan
lakonan kejadian-kejadian lucu yang berlaku dalam kalangan rakyat untuk
menggambarkan kehidupan seharian mereka. Manakala, bentuk drama tragedi
jelas mengisahkan berkenaan cerita sedih atau megharukan dan dapat dibuktikan
pada zaman ini yang mengisahkan tentang lakonan mengenai kejatuhan dewa-
dewa seterusnya kepada kejatuhan raja-raja dan golongan bangsawan.
Sesungguhnya, drama dalam zaman Greek ini dikatakan mendapat tempat yang
istimewa dalam masyarakat dunia kerana di situ bermulanya aliran sungai drama
yang mengalir ke laut dunia drama.
Selanjutnya, kejatuhan tamadun Yunani atau Greek ini diambil alih oleh
tamadun Romawi (Mana Sikanan dalam Zuraidi Che Amat , 2019). Perubahan
yang dibawa ke zaman Rom ini adalah banyak persamaanya dengan zaman
Greek kerana bentuk kebudayaan adalah lebih kurang sama iaitu bentuk drama
tragedi kan komedi dan dipanggil “Greek New Drama” (Rahmah Bujang , 1975).
Kelebihan drama dalam zaman Rom ini adalah lebih cenderung dalam
pementasan drama iaitu perhiasan dan keindahan pentasnya. Zaman Rom ini juga
telah dipelopori oleh tiga tokoh drama yang diiktiraf iaitu Plautus, Terence dan
Seneca. Rahmah Bujang (1975), menyatakan bahawa antara drama yang terkenal
yang telah dihasilkan oleh Plautus ialah sebanyak 24 buah drama dan
kebanyakkannya adalah berbentuk komedi dan salah satu dramanya yang terbaik
ialah “The Hanbted”.
Keruntuhan zaman Rom ini adalah disebabkan oleh penaaklukan pentadbiran
oleh “Rumah-Rumah Bible” yang mengatakan bahawa aktiviti kebudayaan
dianggap tidak suci dan bertentangan dengan ajaran agama (Abdul Rahman
Napiah , 1987). Namun, pada akhir zaman pertengahan, muncul satu kesedaran
oleh pihak gereja bahawa pentingnya drama itu untuk memartabatkan sistem
feudalisme (Rahmah Bujang , 1975). Antara perubahan yang jelas dilihat dalam
perkembangan drama zaman Pertengahan ini ialah kegiatan drama disokong oleh
orang ramai dan diusahakan secara bersama dalam membentuk skrip melalui
persetujuan umum. Zaman Pertengahan ini membawa aliran Neo-Klasik yang
didasarkan dengan bentuk komedi dan tragedi yang berlandaskan kepada ajaran
moral yang digunapakai di beberapa buah negara seperti German, Perancis dan
Itali.
Perkembangan drama di dunia selepas berakhirnya zaman Greek dan zaman
Rom telah beralih kepada negeri-negeri di Eropah iaitu dikenali sebagai zaman
Rennaissance (Shahanom Hussain, 1991). Pada zaman ini tidak dihadkan lagi
drama dengan hubungan keagamaan tetapi lebih menjurus kepada satu bentuk

2
hiburan dan menjadi satu usaha perdagangan yang menguntungkan. Pada
peringkat zaman ini juga telah muncul bentuk-bentuk baru drama iaitu pantomine
serta melodrama tetapi masih mengamalkan bentuk tragedi dan komedi dan
berlandaskan kepada aliran Neo-Klasik. Melodrama membawa maksud drama
yang dimasukkan muzik dan tarian yang kemudiaannya berkembang menjadi
persembahan yang dikenali sebagai Opera (Rahmah Bujang , 1991). Pada zaman
ini juga timbulnya corak penulisan drama yang beraliran romantisme,
simbolisme, naturalisme dan realisme sejajar dengan perkembangan pemikiran
manusia (Abdul Rahman Napiah , 1987). Negara Jerman telah membawa
perubahan yang terbesar dalam perkembangan zaman Rennaisance dengan
membawa aliran realisme dalam pertunjukkan drama. Tokoh yang mengpolopori
aliran ini di Jerman ialah Ibsen yang berbangsa Norway yang mementingkan
peralatan-peralatan yang realisitik. Sebagai contoh, apabila peralatan dalam
drama seperti roti diperlukan, aliran realisme ini mementingkan kepada
penggunaan roti yang sebenar bukannya kayu yang dilukis bentuk roti. Antara
drama yang terkenal yang dibawa oleh Ibsen ialah Rumah Patung dan Hantu pada
1881.
Pada kurun ke-19, drama berkembang dengan pesatnya pada zaman Moden
dan telah mengalami perkembangan yang rencam sehingga setiap bangsa ingin
mencipta tradisi drama masing-masing. Abdul Rahman Napiah (1987),
menjelaskan bahawa perubahan yang pesat ini dikatakan merupakan punca
pertumbuhan dan perubahan aliran dan dikatakan aliran realisme menjadi satu
pembahagi antara zaman moden dengan zaman sebelumnya. Oleh itu dapat
disimpulkan bahawa drama di Barat bermula pada zaman Greek dan diakhiri
sehingga zaman Moden.

2.2 SENI DRAMA TIMUR


Perkembangan drama di Timur dikatakan terdapat kekurangan dari segi
dokumentasi berkenaan sejarah kegiataan drama dari negeri-negeri di Timur
(Abdul Rahman Napiah , 1987). Hal ini disebabkan oleh pembuktian beberapa
faktor iaitu kekurangan bahan-bahan tulisan yang menunjukkan perkembangan
kelahiran sesebuah bentuk drama itu. Namun, di negara India, kelahiran seni
drama juga sama dengan kelahiran di benua Barat iaitu berkaitan dengan agama
Hindu (Siti Aisah Murad , 2008). Drama menjadi satu medium
memperkembangkan agama Hindu kepada rakyat jelata kerana dikatakan drama
dapat disampaikan kepada audien dengan mudah. Kelahiran drama pada
permulaannya adalah untuk memperkenalkan cara-cara penyembahan tuhan-

3
tuhan Hindu kepada penakluknya. Rahmah Bujang (1975), menjelaskan bahawa
ahli-ahli teori India membahagikan drama kepada dua corak penyampaian iaitu
“Lokadharmi” yang membawa maksud penggambaran kelakuan manusia di atas
pentas serta membentangkan objek-objek secara semula jadi dan “Natyadahrmi”
yang diertikan sebagai melakonkan dengan menggunakan gerakan-gerakan yang
sengaja. Namun, perkembangan drama di India ini mulai merosot apabila
kedatangan pihak Inggeris dengan membawa nilai-nilai Baratnya.

3.0 SEJARAH DAN ANALISIS DRAMA KANAK-KANAK

Siti Aisah Murad (2008), menjelaskan bahawa pengertian drama kanak-kanak ini selari
dengan pengertian drama iaitu lakonan. Namun, drama kanak-kanak ini adalah
lakonan yang terdiri daripada pelakon dewasa atau kanak-kanak atau digabungkan
kedua-duanya dan dipertontonkan kepada kanak-kanak. Drama kanak-kanak yang
dipersembahkan merupakan satu persembahan pelbagai yang juga dikenali sebagai
drama kreatif, teater kanak-kanak atau teater reakrasi. Md Sidin Ahmad Ishak (2005),
menjelaskan bahawa drama kanak-kanak ini bertujuan untuk menghiburkan dan
drama ini diselitkan dengan unsur pengajaran dan kecindan yang menyeronokkan
untuk menarik minat kanak-kanak.

Perkembangan drama kanak-kanak di Malaysia mulai bertapak pada kurun 40-


an apabila munculnya semangat nasionalisme Melayu yang sememangnya
mempunyai unsur tempatan. Perkara ini jelas dibuktikan melalui drama kanak-kanak
pertama di Malaysia iaitu “Macam mana Kassin diubatkan” yang berkisarkan kepada
kepentingan perubatan moden yang berlandaskan kepada bentuk drama
melodramatik (Jin Shamsudin, 2015). Perkembangan pesat drama kanak-kanak ini
berlaku pada dekad 60-an apabila penampakan sikap positif penulis dan penggiat
drama kanak-kanak. Hal ini kerana pada tahun sebelumnya, drama kanak-kanak yang
dilaksanakan di Malaysia datangnya daripada negara-negara Barat seperti Itali,
England dan Sepanyol. Drama-drama daripada negara Barat berkenaan telah
diterjemahkan oleh Persatuan Kanak-Kanak Malaysia (PKM) iaitu salah satu
dramanya ialah “Macbeth” karya Shakespeare yang telah diterjemahkan oleh Hussein
Ahmad pada tahun 1957. Perkembangan yang pesat pada abad 60-an itu atas
kesedaran pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mempertingkatkan lagi taraf
drama kanak-kanak di Malaysia. Antara drama yang telah dihasilkan pada abad itu
yang menggambarkan kehidupan realiti manusia yang mencabar ialah “Biar Puteh
Tulang” dan “Kerja Baik Jangan Ditangguh” (Md Sidin Ahmad Ishak , 2005).

4
Selanjutnya, pada dekad 70-an, salah seorang daripada pengkarya drama kanak-
kanak di Malaysia iaitu Vijaya Samarawickrama yang menjadi pensyarah sambilan di
Universiti Sains Malaysia telah mementaskan beberapa drama iaitu drama yang bertajuk Dewi
Bunga hasil kerjasama dengan penuntut di situ. Pada abad ini juga, drama kanak-kanak di
Malaysia telah mempamerkan wajah dan wadah baharu iaitu memperkenalkan drama yang
berbentuk muzikal iaitu drama lakonan yang diselitkan dengan nyanyian (Marzuki Ali , 2018).
Contoh drama yang terkenal pada abad ini yang disadurkan dengan muzikal ialah “Lagu Tiga
Kupang” yang dipelopori oleh Abdul Aziz Abas. Pada perkembangan drama kanak-kanak
pada abad 80-an pula, antara drama kanak-kanak yang berjaya dipentaskan ialah drama yang
bertajuk “Tempayan Ajaib” dan “Semandin” pada tahun 1982 oleh Ghouse Nasaruddin.

Drama kanak-kanak pada tahun 1990-an ini hingga sekarang telah berkembang pesat
kerana terdapat beberapa bentuk drama yang berwajah baharu muncul dengan zaman
negara Malaysia yang mencapai zaman pemodenan ini. Salah satu pementasan yang
terkenal pada abad ini ialah drama “Taman Baginda (Muzikal)” yang dipentaskan di
Auditorium Tun Abdul Razak pada 1997 yang melibatkan 57 orang kanak-kanak yang
diusahakan oleh Pak Ngah Production yang masih kekal hingga ke hari ini (Siti Aisah Murad
, 2008).

Pada zaman kemodenan ini iaitu zaman 20-an, Institut Bahasa Melayu Malaysia
banyak mengambil beberapa langkah dalam meningkatkan atau mengukuhkan lagi
kedudukan drama kanak-kanak seperti karya arahan Faziah Sulaiman. Jelas juga daoat
dibuktikan pada era ini, terdapat banyak drama kanak-kanak yang ditayangkan di televisyen
hasil karya tempatan seperti Upin Ipin yang diterbitkan oleh Les’ Copuque Production yang
memaparkan pelbagai pengajaran dan hiburan yang boleh diamalkan oleh kanak-kanak di
Malaysia (Les' Copaque Production, 2015).

3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, perkembangan drama telah mengalami perubahan dari satu tempoh


ke satu tempoh yang lain. Perubahan dalam membentuk perkembangan drama ini akan
menghasilkan satu kebudayaan yang menjadi satu warisan kekal kepada sesebuah bangsa.
Kesannya, drama ini akan menjadi satu medium yang boleh menjadikan sesuatu bangsa itu
diangkat ke mata dunia dan meningkatkan daya kekreatifan masyarakat didalamnya. Hal ini
kerana, penghasilan sesebuah karya drama ini memerlukan penilitian yang tinggi supaya
sebuah karya agung dapat dicipta dan digunapakai untuk kemaslahatan di sesebuah negara.
Selain itu, perubahan dalam perkembangan drama kanak-kanak khususnya yang ditonjolkan
dalam sebuah drama itu mengikut tempoh tertentu telah memberi satu tanda kepada dunia

5
kesusasteraan bahawa dunia drama kanak-kanak ini akan terus berkembang menjadi sebuah
genre yang penting dan setaraf dengan genre lain (Md Sidin Ahmad Ishak , 2005).

5.0 RUJUKAN
Abdul Rahman Napiah . (1987). Drama moden Malaysia : Perkembangan dan perubahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Barrett H.Clark dan George Freedley. (1947). A History of Modern Drama. New York: D.
Appleton Century Company.

David Bradby, Philip Thomas dan Kenneth Pickering. (1980). Studying Drama A Handbook.
Bristol: British Library Cataloguing.

Endraswara, Suwardi. (2003). Metodologi Penelitian Sastra. Yogyakarta: Pustaka


Widyatama.
Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang. (1983). Pengajaran Kesusasteraan di Sekolah Menengah: Satu


Perbincangan Dasar. Kertas yang Dibentangkan dalam Seminar Bahasa dan Sastera
dalam Pendidikan di Malaysia, Anjuran Persatuan Linguistik Malaysia dan Dewan
Bahasa dan Pustaka pada 9-11 April.
Jin Shamsudin. (2015). Filem Melayu : citra budaya dan rakaman sejarah . Kedah : Universiti
Utara Malaysia.

Kamus dewan edisi keempat . (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Les' Copaque Production. (2015). Dipetik daripada http://www.lescopaque.com/

Mana Sikana. (2016). Drama dalam Penskripan, Pementasan dan Kritikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana dalam Zuraidi Che Amat . (2019). Dipetik daripada Sejarah Drama Tradisonal
dan Drama Moden: https://edoc.site/sejarah-drama-tradisional-amp-moden-pdf-
free.html

Marzuki Ali . (2018). Kumpulan Dekon: Saya dari Tanjung Penaga. Jurnal Melayu, 287.

6
Md Sidin Ahmad Ishak . (2005). Perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia: buku
Melayu mencari nafas baharu . Selangor : Cerdik Publications Sdn Bhd.

Oscar G. Brockett. (1970). History of The Theatre. United States: Allyn and Bacon.

Rahmah Bujang . (1975). Sejarah perkembangan drama bangsawan di Tanah Melayu dan
Singapura . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmah Bujang . (1991). Lakon, drama dan pemikiran : latar belakang intelektual drama
dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Safian Hussain , Mohd Thani Ahmad , Zakaria Ariffin , Ahmad Kamal Abdullah , & Suhaimi Hj.
Muhamad . (1988). Glosari istilah kesusasteraan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Shahanom Hussain. (1991). Drama-drama Shahanom Hussain. Kuala Lumpur : Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Siti Aisah Murad . (2008). Penelitian sejarah kesusasteraan Melayu moden (1940-1969).
Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua . Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wahab Ali. (2004). Tradisi pembentukan sastera Melayu moden . Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

You might also like