You are on page 1of 1

Abstrak

Idea projek ini adalah untuk menginovasikan produk yang berada di pasaran dan
untuk menambah baik satu teknologi yang membantu memudahkan urusan atau kehidupan
manusia.Tambahan pula matlamatnya ialah untuk mencipta produuk yang tidak terlampau
mahal harganya dan mampu dimiliki oleh semuua lapisan masyarakat.

Produk 3A Ananas Harvester merupakan satu bentuk produk baru yang boleh
digunakan untuk memotong buah nanas daripada pokok. Produk ini telah mengabungkan
beberapa elemen penting yang diperlukan oleh pemetik buah nanas untuk memetik buah
nanas. Reka bentuk produk ini adalah seperti produk sabit tetapi mata pisau yang direka khas
berbentuk segi tiga pada belahan mata pisau supaya dapat menghiris batang nanas dengan
lebih baik dan lebih mencengkam pada batang nanas.

Produk ini dapat menjamin kualiti buah yang dipetik kerana penggunan parang
kadang kala menyebabkan buah terpotong bukan pada batangnya dan juga menyebabkan
pokok nanas itu rosak. Namun begitu produk ini dapat mengurangkan kemungkinan buah
terpotong dan pokok rosak kerana belahan mata pisau hanya boleh memotong pada bahagian
batang pokok sahaja. Produk ini dapat hanya mengunakan daya tarikan berbanding
penggunaan parang yang menggunakan daya libasan ntuk memotong buah nanas.

You might also like