You are on page 1of 3

Berita Rencana Hiburan Bisnes Sukan Mega TV Utusan Menu

Rencana › Utama bisik-bisik Forum Cuit Selak Kolumnis Blog Agama

Fly from
BOOK NOW
Alor Setar
Kuala Lumpur Our seats are limited &
may not be available on all

MYR 64
ights. T&C apply.
From

ULASAN BUKU

Memupuk perpaduan rakyat


berbilang kaum

Nizam Yatim
24 Februari 2017 12:00 PM

BUKU ini adalah koleksi 40 artikel tulisan Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dr. Jessica Ong Hai Liaw.

Artikel yang disiarkan dalam ruangan Lekat di


Hati Utusan Malaysia dari 2012 hingga 2016
memberi fokus kepada isu-isu kemasyarakatan,
bahasa, komunikasi, hubungan etnik dan
integrasi nasional.

Penulis bukanlah asing kepada penonton siaran


Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana
wajahnya sering muncul di kaca televisyen
sebagai penyampai berita slot Berita Dunia (kini
BES Dunia).
Beliau juga pernah mengacarakan program
Bicarawara Global@1, Sarapan 1Malaysia dan
Selamat Pagi Malaysia.

Antara artikel tulisan beliau yang menarik untuk


dibaca adalah mengenai keakraban hubungan
--
penduduk berbilang kaum di negara ini.
Kisah-kisah mengenai hubungan positif antara kaum jarang dijadikan berita utama
dalam media massa kerana masyarakat lebih tertarik untuk membaca isu-isu
sensasi dan negatif.
Sepatutnya cerita-cerita positif
sedemikian yang ditonjolkan
selaras dengan ungkapan dalam
bahasa Inggeris yang sering
digunakan oleh penceramah
motivasi di Barat iaitu, “Your
thoughts and emotions can create
your reality.”

Sekiranya kita mahu kebaikan


sahaja yang berlaku dalam hidup,
pemikiran dan emosi kita perlu
ditumpukan kepada perkara-
perkara positif selama 24 jam sehari.

Antara kisah positif yang ditulis adalah mengenai Ah Koo iaitu pak cik beliau yang
menetap di Gunung Keriang, Kedah.
Ah Koo sangat sayang kanak-kanak kaum Melayu yang menetap berhampiran
rumahnya dan menganggap mereka seperti anak kandung sendiri.

Menjelang Tahun Baharu Cina, dia akan mengupah orang Melayu untuk membuat
kuih-muih kegemaran masyarakat Melayu termasuk ketupat dan rendang yang
dihidangkan bersama-sama air kelapa.
Tabiat yang agak asing itu menyebabkan penulis tertanya-tanya dan pada satu hari
berkesempatan menyoal Ah Koo kenapa makanan Melayu yang dihidangkan dan
bukan masakan kaum Cina.

Ah Koo menjawab: “Semua rumah orang Cina bagi makanan sama, aku nak jamu
makanan Melayu, senang semua orang Melayu datang nanti tanpa rasa was-was
kerana makanan dimasak oleh orang Melayu sendiri.”
Bagi penulis keikhlasan yang ditunjukkan oleh pak cik beliau yang melangkaui
batas bangsa dan agama seharusnya dicontohi semua pihak.
Dalam pada itu, beliau sendiri pernah mengalami pengalaman positif yang sukar
dilupakan sampai bila-bila apabila dilayan dengan begitu mesra oleh masyarakat
Melayu walaupun berlainan agama.
Pengalaman itu dialami ketika bertugas sebagai guru selama dua tahun di Tandop
Besar, Kuala Nerang, Kedah.
Beliau menulis: “Mereka menjaga saya bagai menatang minyak yang penuh. Jika
ada kenduri di kampung, saya akan disediakan makanan tambahan.
“Tuan rumah akan bertanya, cikgu makan daging lembu tak, mak cik dah sediakan
lauk ayam ini khas untuk cikgu.”
Menurut penulis, beliau cukup terharu kerana wanita berkenaan cuba menyelami
isi hatinya dan berusaha melayan sebaik mungkin walaupun kedua-kedua mereka
tidak kenal rapat.

“Di Tandop Besar saya menemui ramai manusia yang ikhlas dan berhati mulia.
“Kenangan berbuka puasa bersama orang Melayu di kampung memang dikenang
sehingga kini.
“Kedatangan Ramadan mengingatkan saya kepada penduduk Tandop Besar.
Sayalah orang paling sibuk sebagai tukang rasa lauk-pauk yang dimasak untuk
berbuka puasa nanti,” tulisnya.
Pengalaman sama turut dialami rakan penulis bernama Geetha, seorang guru
berketurunan India yang bertugas di sebuah kampung di tanah air.
“Dia memaklumkan kepada saya bahawa dirinya dilayan sangat baik di kampung
tempatnya mengajar.
“Mereka memahami budaya orang India dan ada penduduk kampung yang
sanggup membeli kuali baharu, khas bagi memasak untuk Cikgu Geetha iaitu
seorang vegetarian.

“Dia sangat terharu kerana masyarakat setempat begitu menghormati


kepercayaan dan adat resam kaum India. Cikgu Geetha menganggap masyarakat
di kampung itu sebagai keluarganya sendiri,” tulis beliau.
Menurut penulis, kisah-kisah yang dipaparkan itu membuktikan semangat
1Malaysia bukanlah asing dalam masyarakat majmuk di negara ini.
Tumpuan sekarang adalah untuk membajai semangat itu supaya berkembang
subur.

Penulis yakin langkah itu boleh dibuat sekiranya kerajaan, pihak swasta dan orang
ramai sama-sama mengorak langkah untuk menganjurkan pelbagai program bagi
memupuk perpaduan dan bukan sekadar melaungkan slogan kosong.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dianjurkan termasuk program keluarga
angkat yang melibatkan golongan muda berbilang kaum.

Ketika program itu, anak angkat boleh didedahkan dengan perayaan dan budaya
kaum lain.

“Saya percaya sepenuhnya kepada inti pati mutiara kata, tak kenal maka tak cinta.
Apabila kita mencuba untuk mengenali sesuatu secara mendalam kita akan jatuh
cinta,” tulis beliau.
Persoalannya, adakah saranan penulis telah dilaksanakan? Untuk mendapat
jawapan, tanyalah diri masing-masing adakah kita sudah mempunyai keluarga
atau anak angkat kaum lain.
Selamat membaca.

Tag Berkaitan

Ulasan Buku Orang Masyarakat Reviu

You might also like