You are on page 1of 14

Tajuk

Fasa bulan dan waktu terbit dan terbenam bulan

Tujuan

Mengkaji fasa-fasa bulan dan waktu terbit dan terbenam bulan

Pengenalan

Bulan merupakan satelit semula jadi yang paling hampir dengan Bumi. Bulan dapat
dilihat dengan mata kasar disebabkan pantulan daripada cahaya matahari. Bulan turut beredar
mengelilingi Bumi seperti mana Bumi beredar mengelilingi Matahari. Sambil berputar 360
darjah mengelilingi Bumi pada jarak 384 000 km di atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang
sama, ia mengambil masa lebih sedikit 27 hari. Fenomena ini menyebabkan permukaan bulan
yang sama dapat dilihat daripada bumi. Peredaran bulan mengelilingi Bumi turut menyebabkan
berlakunya fasa-fasa Bulan. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan dan bentuk
bulan yang berlainan dapat dilihat sepanjang pusingan bulan pada diorbitnya mengelilingi bumi.
Bentuk atau fasa bulan yang berbagai dapat dilihat dari bumi mengikut tempat dan keadaan
tertentu. Fasa bulan boleh di bahagikan kepada 8 fasa iaitu:

i. Anak bulan

ii Bulan sabit

iii. Bulan separa

iv. Bulan hampir purnama

v. Bulan purnama

vi. Bulan purnama lama

vii. Bulan separa lama

viii. Bulan sabit lama


FASA-FASA BULAN

Hipotesis

Perubahan fasa bulan akan dapat diperhatikan dengan peningkatan hari

Pembolehubah Dimanipulasi : Bilangan hari

Pembolehubah Bergerak balas : Perubahan fasa bulan

Pembolehubah Dimalarkan : Jenis kamera yang digunakan

Bahan dan radas

Kamera digital, Pen, Kertas, Bulan


Prosedur

1. Keadaan langit diperhatikan untuk mengkaji waktu terbit dan terbenam, kecerahan dan
fasa-fasa bulan.
2. Pemerhatian dirancang dengan merujuk kepada waktu terbit dan waktu terbenam bulan.
3. Fasa-fasa bulan diperhatikan dalam satu tempoh waktu untuk satu kitaran lengkap dan
dilakarkan di atas kertas.
4. Fasa-fasa bulan diperhatikan dengan mata kasar dan gambar bulan ditangkap
menggunakan kamera digital.
5. Bulan yang telah diperhatikan direkodkan.
Keputusan

Tarikh / hari Gambar bulan Fasa bulan Pemerhatian

Isnin Bulan sabit (15%) Bulan sabit baru


19 Februari 2018 mulai kelihatan

Selasa Permukaan bulan


20 Februari 2018 Bulan sabit (24%) sabit baru yang
nampak semakin
bertambah

Rabu Bulan sabit kelihatan


21 Februari 2018 Bulan sabit (30%) sama seperti
semalam

Khamis Bulan sabit semakin


22 Februari 2018 Bulan sabit (42%) bertambah kelihatan
Jumaat Bulan sabit (48%) Bulan sabit semakin
23 Februari 2018 terang

Sabtu Bulan kelihatan


24 Februari 2018 Bulan separa (50%) berubah bentuk
kepada separa bulat

Ahad Bulan hampir Bulan hampir


25 Februari 2018 purnama (65%) purnama mula
terbentuk

Isnin Bulan hampir Permukaan bulan


26 Februari 2018 purnama (75%) hampir purnama
yang nampak
bertambah jelas
Bulan hampir Bentuk bulan hampir
Selasa purnama (85%) sama namun
27 Februari 2018 mempunyai sedikit
pertambahan
kejelasan

Rabu
28 Februari 2018 Bulan hampir Permukaan bulan
purnama (92%) yang nampak
semakin membesar

Khamis Bentuk bulan hampir


1 Mac 2018 Bulan hampir menyerupai bulan
purnama (98%) purnama

Jumaat Bulan berbentuk


2 Mac 2018 Bulan purnama bulat dan besar serta
(100%) Memancarkan
cahaya yang terang
Bulan masih
Sabtu Bulan purnama lama kelihatan seperti
3 Mac 2018 (98%) bulan purnama

Ahad Bentuk purnama


4 Mac 2018 Bulan purnama lama bulan semakin
(92%) mengecil

Isnin
5 Mac 2018 Bulan menghampiri
Bulan purnama lama bentuk separa
(85%)

Selasa Bulan semakin


6 Mac 2018 Bulan purnama lama mengecil
(75%)
Bulan sama seperti
Rabu Bulan purnama lama hari semalam
7 Mac 2018 (65%)

Khamis Bulan purnama lama Bulan semakin


8 Mac 2018 (65%) mengecil

Jumaat Bulan purnama lama Bulan hampir


9 Mac 2018 (62%) kelihatan seperti
bulan separa

Sabtu
10 Mac 2018 Bulan separa lama Bulan berbentuk
(50%) separuh

Ahad
11 Mac 2018 Bulan sabit lama Bulan mula
(42%) melengkung
Isnin Bulan sabit lama Bulan kelihatan
12 Mac 2018 (30%) seperti hari
sebelumnya

Bulan menghampiri
Selasa Bulan sabit lama bentuk sabit
13 Mac 2018 (0%)

Bulan sabit kelihatan


Rabu Bulan sabit lama semakin berkuran di
14 Mac 2018 (15%) langit

Bulan sabit mula


Khamis Bulan sabit lama sukar kelihatan di
15 Mac 2018 (10%) langit

Bulan sabit kelihatan


Jumaat Bulan sabit lama sedikit sahaja di
16 Mac 2018 (3%) langit
Sabtu Bulan sabit lama Bulan hampir tidak
17 Mac 2018 (1%) kelihatan

Ahad Anak bulan Bulan tidak kelihatan


18 Mac 2018 (0%) di langit
Perbincangan

Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan mempunyai fasa-fasa yang


tersendiri. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang
pusingan di orbitnya mengelilingi bumi iaitu selama sebulan. Daripada 19 Februari hingga 18
Mac, terdapat pelbagai fasa bulan yang dapat dilihat. Fasa bulan yang diperhatikan dinamakan
mengikut urutan iaitu Anak Bulan/Bulan Baru (New Moon), Bulan Sabit Baru (Waxing Crescent),
Bulan Separa Pertama (First Quarter), Bulan Purnama Baru (Waxing Gibbous), Bulan
Purnama/Penuh (Full Moon), Bulan Purnama Lama (Waning Gibbous), Bulan Separa Akhir
(Last Quarter), Bulan Sabit Lama (Waning Crescent).

Kesemua gambar yang diperhatikan diambil di perkarangan asrama IPG Kampus Dato’ Razali
Ismail, Terengganu. Bermula daripada 25 Februari 2018 sehingga ke 17 Mac 2018, fasa-fasa
bulan adalah daripada hampir purnama, purnama, purnama lama, separa lama (tua) dan pada
22 Mac 2014 adalah bulan sabit lama (tua) . Kemudian bulan tidak kelihatan dan bulan baru
mula terbentuk.

Namun, ada sesetengah hari bulan adalah sukar untuk dilihat dan kami terpaksa menunggu
lama sampai larut malam untuk memerhatikan bulan. Hal ini adalah kerana langit yang gelap,
kehadiran awan yang tebal pada malam tersebut dan ianya juga dipengaruhi oleh masa terbit
dan terbenam bulan . Perubahan-perubahan fasa bulan yang diperhatikan bermula daripada 19
Februari 2018 sehingga ke 18 Mac 2018 dan kesemua fasa bulan iaitu daripada anak bulan,
sabit baru, separa baru, hampir purnama, purnama, selepas purnama, separa lama dan bulan
sabit lama berjaya diperhatikan dan foto bulan ditangkap.

Bulan kelihatan cerah kerana cahaya yang dipantulkan oleh matahari. Dari hari ke hari, bentuk
dan ukuran cahaya bulan ini turut berubah-ubah dengan posisi bulan menghadap matahari dan
bumi. Pada saat ijtimak, seluruh bahagian bumi tidak menerima cahaya matahari kerana bumi,
bulan dan matahari sejajar tetapi bukan pada satah yang sama. Ini adalah keadaan di mana
anak bulan baru terbentuk dan bermulalah fasa baru bulan.

Bulan tidak kelihatan daripada bumi yang diistilahkan sebagai bulan baru. ini dapat dilihat pada
18 Mac 2018. Ketika bulan bergerak mengelilingi bumi, hanya sebahagian bulan yang
menerima cahaya matahari dan ini menyebabkan kita di bumi terlihat pelbagai bentuk bulan
seperti bentuk sabit. Bahagian bulan ini yang terlihat daripada bumi sangat kecil dan
membentuk bulan sabit yang dikenali sebagai hilal awal bulan.

Ini terjadi pada 19 hingga 23 Februari 2018. Semakin jauh bulan meninggalkan ijtimak, semakin
besar cahaya bulan yang tampak daripada bumi dan ini memperlihatkan fasa bulan sebelum
purnama. Fasa ini yang dapat dilihat melalui pemerhatian adalah 25 Februari dan 1 Mac. Fasa
purnama terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari. Bahagian bulan yang
menerima cahaya matahari hampir keseluruhannya terlihat di bumi dan bulan kelihatan seperti
purnama. Ini dapat dilihat pada 2 Mac. Semasa berlakunya bulan penuh, terdapat juga kajian
yang mengatakan bahawa tarikan graiviti akan berkurang. Dengan itu, hidupan-hidupan akuatik
terutamanya di laut akan lebih cenderung untuk timbul ke permukaan laut. Oleh sebab itu juga
terdapat ramai pemancing-pemancing ikan akan turun ke laut apabila berlakunya bulan penuh.

Setelah itu, bulan mengalami fasa purnama lama dan kemudian sabit lama . Bulan mempunyai
waktu terbit dan terbenam. Oleh itu, walaupun awan tidak hadir di langit, kita tetap tidak boleh
melihat bulan setiap malam. Sebenarnya bulan setiap hari selalu terbit dan terbenam secara
teratur namun jikalau kita melihat bulan di waktu yang salah pada malam hari, maka kita tidak
akan dapat melihat bulan di langit pada malam tersebut.

Ini kerana setiap malam atau setiap hari bulan terbit dan terbenam pada waktunya yang
tersendiri. Contohnya, jika bulan baru muncul, kita tidak dapat melihat bulan tersebut pada
malam hari kerana terbit dan terbenam bulan baru hampir sama dengan terbit dan terbenam
matahari. Bulan boleh kelihatan hampir setiap hari pada waktu siang. Namun, ini bergantung
pada cuaca pada hari tersebut dan sama ada matahari memancarkan cahaya yang terik atau
pun tidak.

Bulan tidak kelihatan di waktu siang apabila bulan penuh, bulan baru dan juga beberapa hari
sebelum dan selepas bulan baru. Bulan juga boleh kelihatan pada waktu malam apabila bulan
memasuki fasa bulan purnama iaitu pada pertengahan bulan. Bulan hanya tidak kelihatan pada
waktu malam semasa kemunculan bulan bagi fasa bulan baru kerana terbitnya bulan hampir
sama dengan terbitnya matahari dan begitu juga terbenam bulan hampir sama dengan
terbenam matahari.

Jadi, pada waktu malam setelah bulan baru, kita tidak akan dapat melihat bulan di waktu
malam. Bulan kelihatan pada waktu malam kecuali pada tarikh fasa bulan baru. Setiap hari,
bulan akan terbit dan terbenam lewat 51 minit daripada malam sebelumnya. Jadi, bulan
kelihatan pada waktu malam pada waktu yang tertentu. Bulan juga akan kelihatan jika langit
cerah dan tidak mempunyai awan

Kesimpulan

Perubahan hari akan mempengaruhi fasa-fasa bulan yang kelihatan. Hipotesis diterima.

Rujukan

Badariah binti Hamzah, C. S. (2012). Fizik Tingkatan 5. Shah Alam: Zeti Enterprise.

Mustafa, M. K. (2014). Bahan Bantu Belajar Fizik. Selangor.

Mohd Yusof Nasution. (1979). Dasar-dasar Fizika Elektrik dan Fizika Moden Untuk S.T.P 3.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Musa, R., & Abdullah, N. (2015). LEMBARAN PRAKTIS: 942/2: GEOGRAFI STPM. Puchong,
Selangor: LOCAL PUBLICATIONS.

Poh Liong Yong, S. N. (1997). Fizik STPM Jilid 2 (3rd ed.). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Angkasa Malaysia.2013. Fasa-fasa bulan.Retrived from


http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/74

Atiera. 2012. Fasa-fasa bulan. Retrived from http://atieatira.blogspot.my/p/fasa-fasa-bulan.html

You might also like