You are on page 1of 8

Tujuan

Mencari kesan kepekatan kepada daya gerak elektron satu sel kimia

Pembolehubah

Dimanipulasi : kepekatan zink etanoat

Bergerakbelas : Daya gerak balas sel

Dimalarkan : kepekatan kuprum (ii) sulfat

Bahan

Larutan tepu kalium nitrat

Larutan kuprum (II) sulfat 1.0 mol dm-3

Larutan zink etanoat 1.0 mol dm-3

Larutan zink etanoat 0.1 mol dm-3

Larutan zink etanoat 0.01 mol dm-3

Larutan zink etanoat 0.001 mol dm-3

Radas

Potentionmeter, Kertas turas, bikar, multitester, klip buaya, jockey, kepingan zink, kepingan
kuprum, punca kuas AC(2 voltan)
Prosedur

1. Dua bikar diisi dengan 50.0 cm3 dengan zink etanoat 1.0 mol dm-3 (bikar A) dan kuprum(ii)
sulfat 1.0 mol dm-3 (bikar B).
2. Kertas turas direndamkan ke dalam larutan tepu kalium nitrat tepu. Bahagian hujung
kertas turas dicelup kedalam kedalam bikar A dan bikar B untuk membina titian garam.
3. Kepingan zink dan kuprum dibersihkan menggunakan kertas pasir, cuci dengan air suling
dan keringkan.
4. Kepingan kuprum diklipkan dengan klip buaya dan disambungkan dengan termometer
positif potentionmeter.
5. Kepingan zink disambungkan kepada galvanometer yang bersambung dengan jockey
6. Terminal negatif punca kuasa AC disambungkan kepada bahagian lain potentiometer.
7. Kepingan logam direndamkan ke dalam larutan mereka. Setelah seminit dibiarkan,
sentuhkan jockey sepanjang dawai potentiometer sehingga mendapat bacaan 0 di
galvanometer yang menunjukkan tiada pergerekan arus.

8. Panjang dawai potentiometer dicatatkan sebagai x cm dan bacaan direkodkan di dalam


jadual.
9. Langkah 1 hingga 9 diulang dengan menggantikan zink etanoat 1.0 mol dm-3 dengan
Larutan zink etanoat 0.1 mol dm-3, larutan zink etanoat 0.01 mol dm-3 dan larutan zink
etanoat 0.001 mol dm-3
Keputusan

Eksperimen Bikar A Bikar B Panjang EӨsel (v) Zn2+ (mol


wayar dm-3)
1 50 cm3 larutan 50 cm3 zink 47 0.94 2.0
kuprum (II) sulfat etanoat 1.0
1.0 mol dm-3 mol dm-3
2 50 cm3 larutan 50 cm3 zink 54 1.08 1.0
kuprum (II) sulfat etanoat 0.1
-3
1.0 mol dm mol dm-3
3 50 cm3 larutan 50 cm3 zink 60 1.20 0.1
kuprum (II) sulfat etanoat
1.0 mol dm-3 0.01 mol
dm-3
4 50 cm3 larutan 50 cm3 zink 80 1.60 0.01
kuprum (II) sulfat etanoat
1.0 mol dm-3 0.001 mol
dm-3
5 50 cm3 larutan 50 cm3 zink 82 1.64 0.001
kuprum (II) sulfat etanoat 1.0
1.0 mol dm-3 mol dm-3
Pengiraan

EӨsel dikira menggunakan formula

𝑥
EӨsel = ×2V
𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑤𝑎𝑖 𝑝𝑜𝑡𝑒𝑛𝑡𝑖𝑜𝑚𝑒𝑡𝑒𝑟

I. Eksperimen 1
EӨsel = (47/100) × 2 V = 0.94 V
log[Zn2+] = log[2.0]
= 0.30 mol dm-3
II. Eksperimen 2
EӨsel = (54/100) × 2 V = 1.08 V
log[Zn2+] = log[1.0]
= 0.0 mol dm-3
III. Eksperimen 3
EӨsel = (60/100) × 2 V = 1.20 V
log[Zn2+] = log[0.1]
Zn2+ = -1 mol dm-3
IV. Eksperimen 4
EӨsel = (80/100) × 2 V = 1.60 V
log[Zn2+] = log[0.01]
= -2 mol dm-3
V. Eksperimen 5
EӨsel = (47/100) × 2 V = 0.94 V
log[Zn2+] = log[2.0]
= -3 mol dm-3
Eksperimen EӨsel / V log[Zn2+] / mol dm-3
1 0.94 0.30
2 1.08 0.00
3 1.20 -1.00
4 1.60 -2.00
5 1.64 -3.00

Graf

Graf EӨsel melawan log[Zn2+]


1.8

1.6

1.4

1.2

0.8

0.6

0.4

0.2

0
-3.5 -3 -2.5 -2 -1.5 -1 -0.5 0 0.5

Daripada graf 1, dapat dilihat bahawa nilai EӨsel adalah berkadar songsang dengan nilai
log[Zn2+]. Hal ini bermakna, kepekatan Zn2+ akan menjejaskan daya gerak (d.g.e) sel.
Perbincangan

Daya gerak elektrik (d.g.e.) ialah keupayaan atau tenaga sesuatu punca elektrik untuk
menggerakkan cas-cas elektrik dari satu terminal ke terminal yang lain. D.g.e. juga ditakrifkan
sebagai jumlah tenaga yang dibekalkan oleh sesuatu sel untuk menggerakkan satu Coulomb
cas dari satu terminal ke terminal yang lain. Ia juga boleh dilihat sebagai beza keupayaan
yang merentasi terminal sel ketika arus sifar (tiada beban). Beza keupayaan di antara dua
elektrod bertindak sebagai penggerak atau “tekanan elektrik” yang menolak elektrod melalui
litar luar. Oleh itu, beza keupayaan ini disebut sebagai daya gerak elektrik (d.g.e.) atau
keupayaan sel (Esel).

Sel galvanik terbentuk daripada dua jenis elektrod yang berbeza, iaitu elektrod zink
dan elektrod kuprum. Setiap elektrod dicelupkan ke dalam larutan garam berdasarkan jenis
elektrod tersebut. Dalam eksperimen ini, larutan zink nitrat digunakan sebagai elektrolit bagi
elektrod zink dan larutan kuprum (II) nitrat dijadikan sebagai elektrolit bagi elektrod kuprum.
Kedua-dua elektrolit ini perlu dihubungkan oleh titian garam. Antara fungsi titian garam
tersebut adalah untuk memisahkan dua jenis larutan bahan tindak balas tersebut di samping
membenarkan ion-ion mengalir melaluinya untuk melengkapkan litar.

Zink merupakan anod (terminal negatif) di dalam sel ini kerana ia mempunyai nilai
keupayaan elektrod piawai (Eθsel) yang lebih tinggi berbanding dengan kuprum. Berdasarkan
siri elektrokimia, zink mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada kuprum dengan nilai
Eθselnya -0.76 V, manakala nilai Eθsel bagi kuprum ialah +0.34 V. Ini juga bermaksud kuprum
merupakan katod (terminal positif) dalam sel ini.

Apabila nilai Eθsel lebih negatif, maka ia mempunyai keupayaan yang lebih tinggi
untuk bertindak sebagai agen penurunan. Sebaliknya, apabila nilai Eθsel lebih negatif, maka
ia mempunyai keupayaan yang lebih tinggi untuk bertindak sebagai agen pengoksidaan.
Maka, dalam eksperimen ini, elektrod zink akan mengalami tindak balas pengoksidaan,
manakala elektrod kuprum akan mengalami tindak balas penurunan.
Tindak balas di dalam sel galvanik melibatkan penurunan, pengoksidaan dan juga
tindak balas redoks. Pengoksidaan berlaku apabila sesuatu bahan membebaskan atau
melepaskan elektron dan menjadi agen penurunan. Apabila pengoksidaan berlaku, nombor
pengoksidaan sesuatu bahan itu akan bertambah. Penurunan sesuatu bahan pula akan
berlaku apabila ia menerima elektron dan bahan ini akan menjadi agen pengoksidaan.
Nombor pengoksidaan akan menurun apabila penurunan berlaku. Tindak balas pengoksidaan
dan penurunan yang berlaku di dalam eksperimen ini adalah seperti berikut:

Tindak balas Persamaan setengah


Penurunan Cu2+ (ak) + 2e- → Cu(pe)
Pengoksidaan Zn (pe) → Zn2+ (ak) + 2e-

Persamaan keseluruhan:

Cu2+ (ak) + Zn (pe) → Cu(pe) + Zn2+ (ak)

Kesimpulan

Kepekatan bahan adalah berkadar songsang denagan nilai daya daya gerak elektrik.
Rujukan

Electromotive Force of Galvanic Cells. (t. t.). Didapatkan pada 13 Febuari, 2019 daripada
http://chemed.chem.wisc.edu/chempaths/GenChem-Textbook/Electromotive-Force
of-Galvanic-Cells-700.html

Electromotive Force (EMF). (t. t.). Didapatkan pada 13 Febuari, 2019 daripada
http://www.science.uwaterloo.ca/~cchieh/cact/c123/emf.html

Eng, N. H., Lim, E. W., & Lim, Y. C. (2003). Fokus Ungu Masteri SPM Kimia. Johor Darul
Takzim: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Ensiklopedia Pelajar Oxford-Fajar Bakti (Jilid 7). (1995). Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar
Bakti.

Lim, Y. S. (2001). Siri Teks STPM Matrikulasi Kimia Fizikal. Selangor Darul Ehsan: Pearson
Education Malaysia Sdn. Bhd

You might also like