You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PINANG,

94300, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

KERTAS KERJA

PROJEK KEUSAHAWANAN TANAMAN HERBA

TEMPAT: TAMAN HERBA, SK PINANG

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD IZZUL HAZIQ BIN MOHAMMAD FAUZI

PENYELARAS PEMBANGUNAN LANDSKAP SK PINANG


PROJEK INTERNSHIP

1.0 NAMA PROJEK INOVASI


“Kit Bijak Jawi: Di Mana Hamzah?”

2.0 OBJEKTIF PROJEK


Chow Fook Meng dan Juziah Mahamud (2011) menjelaskan bahawa objektif
ditentukan melalui tujuan menjalankan penyelidikan selepas mendapat masalah pokok
penyelidikan.

2.1 OBJEKTIF UMUM

Objektif umum yang hendak dicapai melalui projek inovasi digital ini ialah untuk
mencapai pemerolehan yang positif dalam kalangan murid dalam meningkatkan kemahiran
kognitif mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang Jawi.

2.2 OBJEKTIF KHUSUS

Objektif khusus yang hendak dicapai melalui inovasi digital ini ialah murid-murid
dapat mengenal pasti dan menulis perkataan yang mengandungi huruf hamzah (‫ )ء‬mengikut
teknik penulisan yang betul selepas menggunakan Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’.

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN


Inovasi yang dihasilkan adalah inovasi berbentuk slaid interaktif yang diberi nama “Kit Bijak
Jawi: Di Mana Hamzah?”. Tujuan penghasilan projek ini adalah sebagai penambahbaikan
kepada pedagogi Guru Pendidikan Islam kearah Pembelajaran Abad ke-21. Kajian yang
dijalankan oleh Ab Halim et.al. (2012) untuk mengenal pasti kaedah yang digunakan oleh
GPI dalam pengajaran dan pembelajaran bidang asas jawi di Selangor dan mendapati GPI
lebih banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru seperti kaedah kuliah syarahan,
memberi contoh dan demonstrasi dalam pengajaran Jawi di kelas dan kurang sekali
menggunakan kaedah berpusatkan murid dalam pengajaran mereka. Penggunaan Microsoft
Powerpoint dalam menghasilkan Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’ ini mampu
memaksimumkan pembelajaran kendiri dalam diri murid seperti yang dituntut dalam
Pendidikan Abad ke-21. Di mana murid perlu diberi peluang untuk mengeksploitasi
pendidikan secara kendiri.

4.0 JUSTIFIKASI DAN NILAI KOMERSIAL


Justifikasi projek ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah. Projek inovasi ini bertindak
sebagai alat bantu mengajar yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Projek ini juga dapat mempelbagaikan teknik PdP guru di dalam bilik darjah
seperti mampu memaksimumkan pembelajaran kendiri dalam diri murid seperti yang dituntut
dalam Pendidikan Abad ke-21, di mana murid perlu diberi untuk mengeksploitasi pendidikan
secara kendiri.

5.0 SASARAN
Peserta yang terlibat untuk projek inovasi ini ialah murid Tahun 5 yang sudah mempelajari
bidang jawi berkaitan kedudukan huruf hamzah dalam tulisan jawi.

6.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN


Tempoh pelaksanaan projek inovasi ini adalah sepanjang tempoh internship ini dijalankan
iaitu bermula 18 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019

7.0 ANGGARAN KOS


Jadual 1 menunjukkan anggaran perbelanjaan projek inovasi

Jadual 1

Anggaran perbelanjaan menghasilkan projek inovasi

ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara Bilangan Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)


Compact Disk (CD) 1 2.00 2.00
Minyak Petrol - 20.00 20.00
Pengangkutan
JUMLAH KESELURUHAN 22.00
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN / KOS
Projek inovasi ini tidak memerlukan kos dan kewangan yang tinggi kerana tidak memerlukan
sebarang bahan melainkan hanya memerlukan penggunaan komputer riba dan ‘projektor’
yang telah sedia ada. Projek inovasi ini mudah dilaksanakan oleh sesiapa sahaja kerana
hanya memerlukan komputer riba sebagai sumber media utama selain mudah dibawa ke
mana-mana sahaja.

9.0 SENARAI JK PELAKSANA DAN PEGAWAI TERLIBAT


Projek inovasi ini dikendalikan sepenuhnya secara individu

10.0 JADUAL PELAKSANAAN


Jadual 2 menunjukkan jadual pelaksanaan projek yang akan dilaksanakan

Jadual 2

Jadual Pelaksanaan Projek Inovasi Digital

Bil Perkara Tarikh Pelaksanaan Catatan


1 Mengenalpasti penyataan masalah 18 Februari 2019
2. Penjanaan idea 19 Februari 2019
3. Penghasilann kertas cadangan projek 21 Februari 2019
3. Penyediaan projek inovasi 23 Februari 2019
4. Pembangunan projek inovasi 23 Februari 2019
5. Pelaksanaan projek inovasi 6 Mac 2019
6. Pengujian projek inovasi 7 Mac 2019
7. Promosi projek inovasi 10 Mac 2019
8. Penulisan laporan 13 Mac 2019

11.0 PEMANTAUAN SISTEM KAWALAN


Projek inovasi ini akan dipantau oleh pihak pentadbir sekolah iaitu guru besar, guru mentor
serta pensyarah penilai. Sepanjang pelaksanaan projek inovasi ini, saya akan berhubung
dengan guru mentor untuk menberitahu perkembangan projek ini. Pemantauan juga akan
dilakukan sepanjang masa dari permulaan sehingga ke akhir projek bermula dengan
penghasilan kertas cadangan projek, pembangunan projek inovasi, pelaksanaan dan
penulisan laporan
12.0 PELAN KONTIGENSI
Sekiranya projek inovasi yang dirancang tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekangan
atas beberapa faktor yang tertentu, saya akan berusaha untuk memastikan projek inovasi ini
tetap dijalankan dengan jayanya. Inovasi yang dirancangan perlu dilaksanakan di bilik ICT,
namun sekiranya bilik tersebut tidak dapat digunakan, saya akan tetap melaksanakannya
sama ada di dalam bilik darjah dengan menggunakan kemudahan komputer riba dan
‘projektor’ yang sedia ada.

13.0 PENILAIAN PROJEK


Untuk menilai keberkesanan projek inovasi ini terhadap murid-murid, saya akan
melaksanakan Ujian Awal dan Ujian Akhir bagi melihat perbezaan pencapaian sama ada
terdapat peningkatan atau tidak terdapat peningkatan. Ujian Awal dilaksanakan sebelum
murid didedahkan dengan intervensi projek inovasi dengan melakukan ujian mengeja dalam
jawi perkataan-perkataan yang terhadap huruf hamzah di dalamnya. Setelah murid
meneroka projek inovasi tersebut, guru akan melakukan Ujian Akhir soalan yang sama diuji
semasa Ujian Awal. Perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir akan dapat menilai
keberkesanan inovasi yang dihasilkan.

14.0 TINDAKAN SUSULAN / SARANAN PENAMBAHBAIKAN


Penambahbaikan projek inovasi ini akan dikenal pasti setelah mendapat maklum balas
daripada murid-murid yang terlibat, guru mentor serta pensyarah penilai. Penambahbaikan
amat diperlukan bagi memastikan projek inovasi ini lebih berkesan dan bermakna kepada
murid serta guru.

15.0 PENUTUP
Projek inovasi ini bukan hanya dihasilkan bagi memenuhi tuntutan program
internship, malah bertujuan untuk membantu murid-murid untuk memahami pembelajaran
dengan lebih mudah. Konklusinya, guru-guru perlu bersedia menjalankan
tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan dedikasi dalam melaksanakan tugas mereka
sebagai seorang pendidik. Kesedaran ini akan memandu guru-guru untuk sentiasa peka
dalam melakukan perubahan dalam menghasilkan bahan pembelajaran yang memenuhi
keperluan dan kehendak murid sering dengan keperluan semasa murid. Tegasnya
pemanfaatan teknologi adalah penting dan perlu dalam pendidikan abad ini sepertimana
kata Saidina Umar al-Khattab “didiklah anak mengikut zaman mereka”. Oleh itu, guru-guru
tidak dapat menafikan penggunaan teknologi dalam dunia pendidikan dek kerana kekangan
dan masalah yang wujud. Sebaliknya, guru-guru perlu bijak menginovasikan teknologi yang
ada untuk dijadikan media pengajaran.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................................................ ...............................................
(M. IZZUL HAZIQ BIN MOHD. FAUZI) (USTAZAH SURIA BINTI SERI)
Guru Pelatih IPGKTAR Guru Pendidikan Islam Sk Pinang

Disemak oleh: Diluluskan oleh:

........................................................ .................................................................
(USTAZ FIRDAUS BIN ABDULLAH) (PN. DYG MASTURA BT AWG MORSIDI)
Pensyarah IPGKTAR Guru Besar SK Pinang

You might also like