You are on page 1of 16

1.

0 Pengenalan

Saban hari, kedatangan imigran atau warga asing ke negara Malaysia semakin
meningkat. Sejajar dengan itu, kedatangan mereka memberi banyak impak dari aspek ekonomi,
sosial, keselamatan, dan kesihatan. Oleh itu, terdapat beberapa implikasi kedatangan imigran
di Malaysia pada abad ke-21.

Secara umumnya, imigran atau warga asing merujuk kepada rakyat atau penduduk
yang bukan berasal daripada Malaysia yang bermigrasi ke Malaysia. Kedatangan warga asing
ke negara kita berlaku sejak zaman pemerintahan British lagi. Pada zaman itu, imigran dari
China dan India dibawa masuk beramai-ramai oleh pihak British untuk bekerja di sektor
perlombongan dan perladangan. Pada masa kini, kedatangan warga asing ke Malaysia masih
lagi berlaku atas beberapa faktor penarik yang menarik minat mereka untuk datang bermigrasi
ke Malaysia.

Antara faktor yang menarik minat warga asing ke Malaysia ialah kestabilan ekonomi
negara yang memerlukan tenaga kerja yang banyak terutama dalam sektor pembinaan,
perindustrian, dan perladangan. Malangnya rakyat tempatan kurang berminat untuk bekerja
dalam sektor tersebut. Warga asing melihat situasi ini sebagai satu peluang untuk mereka
mendapatkan pekerjaan dan mencari rezeki di Malaysia. Kesukaran hidup dan peluang
pekerjaan yang terhad di negara asal mereka menyebabkan mereka tertarik untuk datang dan
bekerja di Malaysia.

Bukan itu sahaja, sikap majikan tempatan yang lebih suka mengambil tenaga kerja
warga asing berbanding tenaga kerja warga tempatan juga dilihat sebagai faktor penarik
kemasukan warga asing ke Malaysia. Hal ini demikian kerana kadar upah tenaga kerja warga
asing lebih murah berbanding tenaga kerja warga tempatan. Maka majikan dapat menjimatkan
kos pengeluaran bagi tenaga buruh. Jadi tidak hairanlah mengapa kadar kemasukan warga
asing ke negara kita meningkat setiap tahun.

1
2.0 Isi dan Huraian

2.1 Ekonomi

2.1.1 Pengenalan

Dewasa ini negara kita dikejutkan dengan pengumuman tentang kemasukkan pekerja asing dari
negara Bangladesh yang akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh
tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor terutama perladangan,
pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan. Hal ini sedikit sebanyak telah membuka mata para
graduan dan juga warga tempatan tentang kekurangan peluang pekerjaan di negara mereka
sendiri. Senario ini menjelaskan kepada kita bahawa kedatangan imigran ke negara Malaysia
ada abad 21 ini memberikan kesan positif iaitu untuk memenuhi keperluan industri dan tenaga
kerja dan juga kesan negatif iaitu memonopoli peluang pekerjaan yang ada.

Justeru itu, dalam aspek perbincangan sudut ekonomi, kedatangan imigran merupakan salah
satu faktor yang mendorong kearah perkembangan dan kemerosotan ekonomi negara Malaysia
itu sendiri. Dalam skop perbincangan ini, akan dibahagikan kepada 2 pecahan utama iaitu
impikasi negatif dan implikasi positif.

2.1.2 Kesan positif

Perkara pertama yang bermain di minda kebanyakkan rakyat Malaysia apabila


ditawarkan untuk bekerja dalam industri berat atau buruh sudah pasti terdapat satu stigma yang
mengatakan bahawa pekerjaan tersebut adalah untuk warga asing. Jika dilihat dari aspek realiti
sebenar di luar sana, kebanykkan golongan imigran yang datang ke negara kita, mereka bekerja
dalam industri 3D iaitu ‘dirty, difficult, dangerous’ (kotor, sukar, bahaya) yang mana rakyat
Malaysia itu sendiri tidak mahu memenuhi peluang tersebut sehinggakan kerajaan terpaksa
membawa masuk pekerja dari negara luar untuk memenuhi keperluan industri di negara kita.

Sebagai contoh, industri sawit merupakan sektor pertanian termaju yang mempunyai
kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia di segi penjanaan pendapatan eksport (RM
65 billion) dan di bidang sosial dengan memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang, peneroka
dan pekebun kecil (2 juta isi keluarga). Justeru, industri sawit perlu dikekalkan untuk terus
berkembang dalam menjana pertumbuhan ekonomi ketiga bagi menunaikan tanggungjawab
ekonomi dan sosial negara pada masa hadapan. Sejajar dengan itu, industri sawit wajar diberi
perhatian khususnya dalam pertimbangan asas untuk mengatasi masalah yang dihadapi
sekarang dan bagi merancang kesinambungan pertumbuhannya pada masa hadapan. Sekiranya

2
tidak diberi perhatian, prestasi industri sawit akan terjejas dan mampu memberi implikasi
negatif terhadap pembangunan ekonomi negara. Namun begitu, industri sawit dijangka akan
menghadapi masalah pertumbuhan pada masa hadapan kerana kekurangan tenaga kerja untuk
menggerakkannya. Hal ini disebabkan kerana kurangnya minat dalam kalangan tenaga kerja
tempatan sementara kemajuan dalam teknologi telah mencapai kemajuan di peringkat hiliran
tetapi masih terhad di peringkat huluan. Peranan pendatang asing sebagai tenaga kerja akan
menjadi faktor penting pada masa hadapan kerana dapat mengatasi masalah kekurangan
pekerja di bidang pertanian, mahupun perladangan.

Seterusnya, Malaysia merupakan sebuah Negara yang pesat membangun, dengan


pertumbuhan ekonomi yang mantap. Malaysia sentiasa melakukan perubahan menyeluruh
khususnya dalam pembangunan infrastruktur, dan prasarana yang sistematik. Oleh itu,
kesemua ini perlu di bangunkan dalam masa yang singkat selaras dengan perkembangan
Negara. Dalam usaha untuk mencapai misi tersebut, keperluan tenaga buruh diperlukan kerana
memainkan peranan dalam mempercepatkan arus pertumbuan Negara. Sungguhpun begitu,
Malaysia mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan
tersebut dan secara tidak langsung menyebabkan Malaysia memerlukan tenaga buruh dari
negara luar seperti Vietnam, Myanmar, India dan Indonesia.

Sedar ataupun tidak, terkini sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai rancangan dan perlaksanaan
pembinaan Menara KL118 yang bakal dibina untuk melonjakkan ekonomi negara, sudah pasti
akan melibatkan lebih ramai lagi golongan imigran yang akan terlibat sebagai tenaga buruh
dan juga imigran yang bekerja di negara kita dalam sektor professional seperti jurutera, arkitek
dan juga pegawai keselamatan untuk sama-sama berkolaborasi dalam merealisasikan hasrat
ini. Sejajar dengan itu, dapat diringkaskan bahawa dengan adanya bantuan dari golongan
imigran yang bekerja sebagai tenaga buruh, maka proses pembangunan negara akan
berlangsung dengan cepat.

Kesimpulannya, antara kesan positif kedatangan imigran ke negara kita dapat


memenuhi keperluan industri dan juga dapat mempercepatkan proses pembngunan negara.

3
2.1.3 Kesan negatif

Meskipun dikhabarkan bahawa terdapat beberapa implikasi positif kedatangan imigran


ke negara kita, namun tidak dinafikan bahawa kedatangan mereka juga turut menyumbang
kepada kesan negatif kepada rakyat Malaysia dan juga kepada negara itu sendiri. Dalam
konteks ini, akan dibincangkan bahawa kedatangan imigran ke tanah air tercinta pada abad ini
memberikan kesan negatif seperti kurangnya peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan
juga mereka tidak membantu dalam proses meningkatkan ekonomi negara kita.

Saban hari, populasi golongan imigran yang menetap di negara kita semakin meningkat
dan apa yang patut menjadi perhatian kita sebagai rakyat Malaysia adalah kita seharusnya
meningkatkan daya saing dengan golongan ini. Hal ini kerana, sering menjadi rungutan dan
buah mulut graduan dan netizen ialah kurangnya peluang pekerjaan yang wujud kerana telah
dimonopoli oleh golongan imigran. Sebagai contoh, sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan
cuci kereta misalnya, kebanyakkan pemilik perniagaan tersebut ialah warga tempatan namun
yang menjadi tulang belakang perniagaan tersebut ialah warga imigran. Hal ini kerana majikan
lebih gemar mangambil pekerja warga imigran kerana gaji yang ditawarkan kepada mereka
adalah lebih rendah berbanding dengan gaji yang perlu dibayar kepada warga tempatan.

Isu kedua yang turut menjadi kesan negatif kepada negara kita ialah kedatangan mereka
dalam jumlah yang ramai dan memenuhi pekerjaan-pekerjaan yang ada tetapi mereka tidak
mambantu dalam menjana dan meningkatkan ekonomi negara kita kerana kebanyakkan mereka
yang menerima gaji akan terus memindahkan wang tersebut ke bank negara asal mereka dan
mereka jarang berbelanja. Makan, minum, tempat tinggal dan juga kemudahan asas seperti
rawatan kesihatan turut disediakan kepada kebanyakkan mereka yang datang secara sah.
Justeru, secara amnya mereka kurang melabur untuk membantu meningkatkan ekonomi negara
kita meskipun kebanykkan pekerjaan kosong telah dimonopoli oleh mereka.

Secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa antara implikasi negatif kedatangan


imigran ke negara kita ialah mereka telah mengurangkan peluang pekerjaan dan juga tidak
membantu dalam menjana ekonomi negara.

4
2.2 Sosial

2.2.1 Pengenalan

Kedatangan pendatang asing ke Malaysia pada abad ke-21 adalah atas beberapa faktor terutama
kemajuan ekonomi dan peluang pekerjaan yang banyak. Kedatangan mereka ini mendatangkan
beberapa kesan yang positif dan negatif kepada sosial masyarakat tempatan.

2.2.2 Kesan positif

Antara kesan positif kedatangan warga asing ke Malaysia ialah berlakunya perkahwinan
campur antara masyarakat tempatan dengan warga asing yang datang ke Malaysia.
Perkahwinan campur ialah perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa, malah
kewarganegaraan. Perkahwinan campur akan mewujudkan lebih interaksi antara masyarakat
tempatan dengan orang luar yang melibatkan pertukaran pendapat, idea, dan teknologi dalam
meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat tempatan dan seterusnya menjana
pembangunan negara. Selain itu, perkahwinan campur menyebabkan berlakunya percampuran
agama, bahasa, dan budaya dalam kalangan masyarakat tempatan. Antara kebaikan
perkahwinan campur dari sudut agama ialah dapat menarik bangsa lain untuk memeluk agama
Islam dan seterusnya mengembangkan agama Islam ke negara asal bangsa tersebut.
Perkahwinan campur juga membolehkan masyarakat mengetahui dan mempelajari bangsa
serta bahasa lain. Contohnya, perkahwinan antara orang Melayu dengan warga Eropah
membolehkan masyarakat melihat, mengetahui, dan mempelajari gaya hidup dan bahasa
mereka.

Selain perkahwinan campur, kedatangan warga asing juga memberi kesan kepada gaya
hidup dan cara pemakaian masyarakat tempatan di negara kita. Hal ini berlaku apabila warga
asing datang ke negara kita dan membawa sesuatu yang baru, masyarakat tempatan melihat
dan meniru mereka kerana ianya sesuatu yang baru dan belum wujud di negara kita. Oleh itu,
ramai orang akan melihat dan mencubanya, seterusnya mempopularkannya. Contohnya, trend
memakai jubah yang dibawa dari warga Arab semakin popular di Malaysia tidak kira golongan
lelaki atau perempuan, tua atau muda, dan kaya atau miskin.

5
2.2.3 Kesan Negatif

Antara kesan negatif kedatangan warga asing ke Malaysia ialah pembangunan negara
pada masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga
terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi
yang tidak seimbang. Di samping itu, terdapat juga kawasan perkampungan haram yang
mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air kerana ada antara pendatang asing yang
melibatkan diri dalam perniagaan seperti membuka gerai makanan, membuka kedai runcit, dan
sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar
cukai pendapatan. Hal ini menyebabkan hak rakyat kita sedikit sebanyak terjejas oleh kerana
kedatangan warga asing yang seperti kacang lupakan kulit kerana sudah melampaui batas yang
telah ditetapkan oleh kerajaan.

Kita sering lihat di akhbar atau berita kes rompakan dan pecah masuk rumah di taman-
taman perumahan. Ini menyebabkan persekitaran kita di mana tempat kita tinggal dan berehat
seperti tidak selamat lagi. Selain itu, terdapat warga asing ini memonopoli kawasan perumahan.
Ini dapat dibuktikan ,berdasarkan sumber sinar harian, petikan dari akhbar di tulis Nur Farhana
Abdul Manan 8 Mei 2016 di mana padang permainan perumahan Taman Mas, Dengkil di
monopoli oleh warga asing, mereka telah menjadikan kawasan itu tempat bersukan dan
dipenuhi warga asing pelbagai negara. Ini membuatkan penduduk sekitar kawasan perumahan
merasa takut untuk keluar dan takut untuk tinggal di kawasan tersebut. Oleh itu, dengan
kejadian seperti ini memang tidak dapat dinafikan kemasukan warga asing di Malaysia boleh
menggugat keselamatan masyarakat dan keselamatan negara kita.

Selain itu, kemasukan warga asing yang ke negara ini akan menyebabkan berlakunya
pertembungan antara budaya. Budaya-budaya luar yang dibawa masuk oleh warga asing
melalui proses migrasi ke Malaysia menyebabkan berlakunya pertembungan budaya antara
budaya luar dengan budaya tempatan. Kesan daripada pertembungan budaya ini ialah akan
berlakunya penghakisan terhadap budaya dominan yang sedia ada terdapat di sesebuah
kawasan itu. Perkara ini berlaku apabila budaya baru lebih menonjol dan lebih mudah diterima
pakai oleh masyarakat di sesebuah kawasan. Bukan itu sahaja, pertembungan budaya ini juga
akan menyebabkan berlakunya asimilasi iaitu percampuran antara dua budaya sehingga
menghasilkan satu budaya yang baru.

6
2.3 Kesihatan

2.3.1 Pengenalan

Kedatangan imigran ke negara kita telah memberikan kesan dari pelbagai aspek
terutama dari segi aspek kesihatan. Perkembangan teknologi perubatan di negara ini
kebanyakan diperkenalkan oleh pakar perubatan dan saintis di luar negara. Seterusnya, ia akan
memberi impak yang positif terhadap taraf kesihatan dan seterusnya akan memberi keselesaan
kepada rakyat tempatan dari segi kemudahan perubatan. Akan tetapi, kedatangan pendatang
asing juga turut memberi impak yang negatif kepada negara kita. Hal ini dapat dibuktikan
berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat
beberapa penyakit baru yang dapat dikenalpasti yang berpunca daripada pendatang asing.

2.3.2 Kesan positif

Kesan positif kedatangan imigran ke Malaysia ialah kedatangan para saintis dan doktor
daripada luar negara telah menyumbang kepada peningkatan taraf perubatan di Malaysia.
Apabila wujudnya penyakit-penyakit baru seperti virus zika, H1N1, tibi, malaria dan
sebagainya, pakar saintis dan juga doktor dari kalangan imigran ini dapat membantu dalam
mencari penawar dan cara untuk mengatasi penyakit tersebut supaya tidak menular dan
berleluasa. Sejajar dengan itu, kedatangan imigran yang bijak pandai seperti doktor pakar
bedah, pakar mata, dan sebagainya dapat meningkatkan taraf kesihatan dari segi perubatan dan
antidot.

Perkembangan teknologi perubatan turut berlaku kesan daripada kedatangan imigran


ke Malaysia. Antara perkembangan teknologi perubatan ialah teknologi Lizaroz yang
merupakan teknologi bagi pemanjangan tulang. Teknologi ini dapat memulihkan pesakit yang
mengalami rekonstruksi cacat tulang yang menyebabkan pemendekan dan tulang tidak
membentuk. Teknologi baru ini diperkenalkan oleh Profesor Lizaroy dari Siberia. Selain itu,
teknologi radiografi juga turut diperkenalkan oleh saintis luar Prof. Wilhelm Conrad Roentgen
dari Jerman. Ketika melakukan kajiannya, beliau telah menemui sinar-x dan merupakan
radiografi pertama di Malaysia.

7
Oleh itu, pelbagai sumbangan dan juga kesan positif yang dapat meningkatkan taraf
kesihatan di Malaysia dari segi perubatan dan juga perkembangan teknologi perubatan.
Tambahan pula, teknologi baru khususnya dalam bidang perubatan membawa pelbagai
manfaat dalam menangani cabaran menghadapi pelbagai halangan dalam rawatan penyakit
terutamanya penyakit baru.

2.3.3 Kesan Negatif

Meskipun kedatangan mereka memberi implikasi positif dari aspek kesihatan, namun
tidak dapat dinafikan bahawa kehadiran mereka juga memberi kesan negatif terhadap tahap
kesihatan di negara kita. Antara kesan negatif kedatangan imigran ke Malaysia ialah penyakit-
penyakit berbahaya akan merebak dengan meluas terutama yang melibatkan pendatang asing.
Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing
tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka yang berasal dari kawasan mundur
dan kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit
kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan
bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing
tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara
seksual dengan pelacur tempatan akan meningkatkan kes jangkitan AIDS.

Di negara Malaysia ini, angka mereka yang dijangkiti penyakit ini semakin meningkat
dari tahun ke tahun. Sejak 1989 secara purata sebanyak 11,500 hingga 12,000 kes dikesan
setiap tahun. Separuh daripada kes ini didapati positif dijangkiti tibi.

Pada 2006, seramai 14,000 pesakit tibi telah dapat dikesan dimana nisbah jangkitan
adalah 61 untuk setiap 100,000 penduduk. Tahun berikutnya, sebanyak 16,000 kes baru
dicatatkan dan pada 2008 pula sebanyak 17,506 kes baru didaftarkan. Daripada angka ini,
10,441 disahkan dijangkiti kuman tibi dengan 2207 kes melibatkan pendatang asing. Angka
jangkitan terus meningkat tahun lalu dengan 17,496 kes baru direkodkan.

Seterusnya, kemunculan semula beberapa penyakit yang telah dihapuskan atau jarang
ditemui serta beberapa penyakit baru di negara ini telah diperakui beberapa pihak sebelum ini
mempunyai kaitan dengan kemasukan pendatang asing dan kini semakin membimbangkan
berikutan peningkatan laporan kes wabak penyakit berjangkit terutama di kalangan masyarakat
tempatan. Ini secara tidak langsung dapat menjejaskan taraf kesihatan negara kita.

8
Faktor penularan penyakit :-

1. Golongan pendatang asing yang masuk secara haram dan tidak diketahui tahap
kesihatan mereka.
2. Terlampau banyak agen bebas tanpa lessen yang membantu pendatang asing masuk ke
Negara kita tanpa sebarang penapisan dan pemeriksaan.
3. Kerana kebanyakan pendatang asing atau imigran yang datang ke Negara kita daripada
Negara yang mundur yang mempunyai taraf kesihatan yang rendah berbanding Negara
kita.
4. Pembiakan kuman serta penyakit berjangkit melalui hubungan seksual dan persekitaran
sekeliling.

Kemunculan semula beberapa penyakit yang telah dihapuskan atau jarang ditemui serta
beberapa penyakit baru di negara ini telah diperakui beberapa pihak sebelum ini mempunyai
kaitan dengan kemasukan pendatang asing dan kini semakin membimbangkan berikutan
peningkatan laporan kes wabak penyakit berjangkit

Berdasarkan statistic yang dikeluarkan oleh Jabatan Kementerian Keselamatan dan


Kesihatan Malaysia, kita dapat lihat beberapa kes penyakit berjangkit yang selama ini sudah
terkawal dan rendah bilangannya di kalangan rakyat Malaysia kembali meningkat.

Antara penyakit yang berjangkit dan menular yang berpunca daripada pendatang asing
ialah penyakit Tuberkulosis (tibi) atau batuk kering yang kembali meningkat menjadi contoh
penyakit yang dipercayai berkaitan dengan kemasukan pendatang asing berkenaan

Selain tibi, beberapa penyakit lain yang dikhuatiri boleh atau telah disebarkan pendatang
asing termasuk selesema (Influenza A H1N1 atau H5N1), malaria, HIV/AIDS, hepatitis, polio
dan banyak lagi akibat daripada jangkitan bakteria, virus, parasit atau mikroorganisma lain.

Seterusnya, Leptospirosis (kencing tikus) merupakan penyakit yang jarang ditemui di


negara kita tetapi kini semakin kerap dikesan sementara jangkitan virus Adeno pula seperti
mencatatkan peningkatan yang juga berkemungkinan akibat perhubungan dengan warga asing.

Walaubagaimanapun, penyakit berjangkit daripada pendatang asing ini bukan sahaja


merebak melalui sentuhan (perhubungan secara terus, bendalir badan) atau vektor (nyamuk,
tikus, lalat), malahan melalui makanan yang diurus atau dijual golongan tersebut.

9
Cara mengatasi :-

1. Setiap pendatang asing perlu melalui saringan Agensi Pemantauan Pemeriksaan


Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) sebelum masuk bekerja ke Negara Malaysia
2. Setiap majikan perlu memantau tentang status kelayakn dan taraf kesihatan pekerja
asing sebelum menerima mereka sebagai buruh.
3. Pendatang asing yang gagal atau tidak melepasi taraf kesihatan yang dimahukan perlu
segera dihantar pulang ke Negara asal dengan serta merta.

Oleh kerana itu, penekanan perlu diberikan kepada kesedaran umum dalam melindungi
kesihatan diri dan masyarakat setempat dan bukan sekadar bergantung kepada pemantauan
pihak berkuasa dan Kementerian Kesihatan. Kempen kempen kesihatan perlu banyak
dijalankan di kawasan Bandar dan luar Bandar demi menjaga taraf kesihatan tempatan. Selain
itu, masyarakat perlu titik beratkan hal kesihatan mereka dan sentiasa membuat pemeriksaan
dari semasa ke semasa.

10
2.4 Keselamatan

2.4.1 Pengenalan

Dalam konteks keselamatan, erti kata keselamatan bukan hanya menahan benteng
negara daripada serangan musuh, akan tetapi ianya juga termasuk mengenai isu-isu ekonomi
dan isu-isu yang merentasi sempadan. Malahan kebanyakan isu sebenarnya bergantung antara
satu sama lain, walaupun kita melihat isu-isu seperti migrasi ini tidak memberi kesan secara
mendadak tetapi isu-isu ini akan memberi kesan dalam jangka masa panjang. Kedatangan
imigran ke Malaysia secara lansung akan memberi impak kepada dalam konteks keselamatan
dan kelansungan hidup dalam negara.

2.4.2 Kesan postif

Kedatangan imigran ke Malaysia juga memberi manfaat kepada negara kita, antaranya
dalam bidang keselamatan, pertukaran teknologi seperti dalam konteks keselamatan seperti
sistem keselamatan siber. Ini akan memperbaiki lagi sistem keselamatan negara kita sebagai
contoh, sistem keselamatan perbankan internet.

2.4.3 Kesan Negatif

Apabila bercakap mengenai kedatangan imigran ke Malaysia, kita semua akan terfikir
dengan kemasukan warga asing di Malaysia, keselamatan kita terancam. Ini tidak dapat
dinafikan lagi kerana dengan kebanjiran warga asing di Malaysia boleh melibatkan masalah
keselamatan negara dan masyarakat berlaku.

Sudah terang lagi bersuluh, kemasukan pekerja asing tanpa kawalan menyebabkan
peningkatan kadar jenayah di negara ini. Tambahan pula, dengan kos sara hidup pada zaman
globalisasi ini semakin meningkat akibat kemelut ekonomi global menyebabkan, pekerja asing
yang masuk ke Malaysia tetapi tidak mendapat pekerjaan seperti yang diharapkan sedangkan
mereka memerlukan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup. Menurut laporan akhbar
sinar harian, daripada penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata, statistik Polis Diraja
Malaysia mendapati jumlah kes jenayah membabitkan warga asing semakin meningkat setiap
tahun iaitu 2,291 pada 2012 meningkat mendadak pada 2014 kepada 13,591 kes.

11
Semakin hari, kadar jenayah melibatkan warga asing di Malaysia semakin meningkat,
ini membuatkan rakyat Malaysia tertanya-tanya adakah tahap keselamatan sekitar mereka
terjaga. Peningkatan kadar jenayah ini secara langsung menggugat keselamatan dan keamanan
negara. Sebagai contoh, Kuala Lumpur merupakan bandar yang maju dan zaman dahulu hanya
sedikit sahaja warga asing, akan tetapi tahun demi tahun warga asing bertambah banyak.
Kemajuan bandar Kuala Lumpur, menarik minat mereka untuk bermastautin di sana dan
kebanjiran warga asing tidak terkawal ini menyebabkan statistik jenayah di Kuala Lumpur
meningkat , tambahan itu menyebabkan keharmonian masyarakat terjejas dan keselamatan
masyarakat terancam akibat jenayah warga asing.

Setiap hari akan ada tersiar di akhbar dan media masa berkenaan kegiatan negatif
imigran di negara kita. Antaranya melibatkan kes-kes jenayah seperti merogol, mencuri,
merompak, meragut dan mengganggu anak gadis dan perkara-perkara seperti pergaduhan dan
kematian kita sudah biasa dengar. Dalam sebulan akan ada sahaja pendatang yang ditemui mati
di tepi jalan, mati kerana bergaduh di rumah kongsi dan mati kerana membalas dendam.
Pergaduhan sesama etnik dari negara yang sama turut berlaku disebabkan rasa tidak puas hati
dan membalas dendam. Kadangkala perkara yang kecil turut melibatkan kematian seperti yang
berlaku tidak lama dahulu iaitu mati kerana berebut tandas dan juga kematian kerana merebut
kekasih, kejadian ini melibatkan pekerja dari Myanmar.

Di samping itu, keselamatan negara juga turut terancam. Ini kerana ada di antara
individu atau warga asing mempunyai rekod buruk seperti penjenayah di negara asal mereka.
Mereka datang ke Malaysia untuk mengelak dari di tangkap oleh pihak berkuasa di negara
mereka memasuki Malaysia tanpa kebenaran dengan melalui sempadan tanpa permit yang sah
menjadikan mereka ini pendatang asing tanpa izin. Mereka ini bukan sahaja datang untuk
melarikan diri malah ada juga yang terus melakukan jenayah di Malaysia seperti mencuri,
merompak dan lebih berat melibatkan dadah dan memperdagangkan manusia.

Kedatangan mereka ini juga mendatangkan masalah perumahan, keselamatan di taman-


taman perumahan terancam. Kita sering lihat di akhbar atau berita kes rompakan dan pecah
masuk rumah di taman-taman perumahan. Ini menyebabkan persekitaran kita di mana tempat
kita tinggal dan berehat seperti tidak selamat lagi.

12
Selain itu, terdapat warga asing ini memonopoli kawasan perumahan. Ini dapat
dibuktikan ,berdasarkan sumber sinar harian, petikan dari akhbar di tulis Nur Farhana Abdul
Manan 8 Mei 2016 di mana padang permainan perumahan Taman Mas, Dengkil di monopoli
oleh warga asing, mereka telah menjadikan kawasan itu tempat bersukan dan dipenuhi warga
asing pelbagai negara. Ini membuatkan penduduk sekitar kawasan perumahan merasa takut
untuk keluar dan takut untuk tinggal di kawasan tersebut. Oleh itu, dengan kejadian seperti ini
memang tidak dapat dinafikan kemasukan warga asing di Malaysia boleh menggugat
keselamatan masyarakat dan keselamatan negara kita. Kesimpulanya, kedatangan imigran ke
Malaysia akan memberi beberapa kesan negatif ke pada negara.

13
3.0 Cadangan

Antara cadangan bagi membendung masalah berlebihan pendatang asing tanpa izin
dengan mengadakan satu pengampunan dan pemutihan imigran di negara ini dari sisi undang-
undang bakal diadakan. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan bilangan pendatang asing tanpa
izin di Negara ini. Imigran di Negara ini dianggarkan berjumlah lebih dua juta orang. Program
yang digelar “6P” itu iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan,
penguatkuasaan dan pengusiran akan mengambil tempoh masa selama tiga minggu untuk
dilaksanakan. Ia merupakan program paling komprehensif yang diperkenalkan oleh
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini untuk mengurangkan bilangan pendatang asing
tanpa izin. Operasi terdahulu adalah terhad kepada usaha penghantaran pendatang asing tanpa
izin balik ke negara asal masing masing. Program pengampunan telah dilakukan beberapa kali.
Program yang terbaharu dilaksanakan pada tahun lalu. Imigran diberi tiga minggu untuk
menerima tawaran tersebut atau berdepan undang undang sekiranya mereka ditahan tanpa
dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja. Program enam dalam satu itu bertujuan untuk
mendaftarkan semua imigran di Negara ni. Cap jari mereka akan diambil dan akan disimpan
pada pangkalan data Jabatan imigrisen untuk rujukan masa depan. Ini untuk memastikan
mereka tidak masuk kembali atau meninggalkan Negara ini dengan nama dan passport yang
berbeza. Di bawah program 6P, pendatang asing yang meninggalkan negara ini dibenarkan
berbuat demikian tanpa bimbang mereka akan ditahan. Kesimpulannya , program 6P ini adalah
program yang sangat berfaedah dan mendatangkan pelbagai manfaat kepada rakyat. Ini secara
tidak langsung akan mengurangkan kadar kemasukan pendatang asing tanpa izin di negara ini.
Program ini juga memberi kemudahan kepada pendatang asing tanpa izin yang ada di negara
ini untuk pulang ke negara asal mereka tanpa perlu ditahan dan melalui proses undang-undang.

14
4.0 Kesimpulan

Maka dengan ini, dapat dirumuskan bahawa kedatangan imigran ke negara Malaysia
memberikan implikasi negatif dan juga implikasi positif kepada individu, masyarakat, dan
Negara kita.

Dari aspek ekonomi, sosial, kesihatan dan juga keselamatan, kesemua aspek dan skop
diskusi ini telah berjaya diterangkan dan dihuraikan secara terperinci tentang kesan positif dan
negatifnya. Meskipun kedatanagn warga imigran ini memberikan kesan postif kepada negara
kita, namun kita seharusnya sentiasa berwaspada kerana jumlah keselurah warga imigran
semakin meningkat dan kebanyakkan industri di negara kita dipelopori oleh mereka.

Justeru, kita haruslah berganding bahu dan memberi kerjasama membantu pihak
berkuasa dalam membendung kuantiti mereka yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
ini supaya makin berkurangan lantas dapat menikmati dan merasai nikmat menduduki negara
asal kita tanpa berasa terasing dan perlu bersaing dengan warga asing.

Akhir kata, setiap yang hadir itu pasti ada ujian disebalik kejadian, maka kita sebagai
umat manusia yang lemah ini haruskan sentiasa berwasapada dan beringat agar kita tidak
ditindas di atas tanah air tercinta kita ini.

15
5.0 Rujukan

1. Sinar harian. (3 Julai 2015). Kerajaan kena rangka pelan jangka masa panjang, retrieve
october 25, 2016, from http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-kena-
rangka-pelan-jangka-masa-panjang-1.407294
2. Nur Farhana Abdul Manan .( 8 Mei 2016). Warga asing monopoli kawasan, retrieve
october 25,2016 from http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/warga-asing-
monopoli-kawasan-1.518427
3. Shamsul Amri Baharuddin,2007,Modul Hubungan Etnik,Shah Alam,Penerbit UiTM.
4. PJJ.UKMalaysia,1999,Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu,Bangi,Penerbit
UKM.
5. John Gullick,1981,Malaysia:Economic Expansion and National
Unity,London,Westview Press.
6. Jamaie Hamil,2005,UMNO dalam POLITIK dan PERNIAGAAN
MELAYU.Bangi.Penerbit UKM.

16

You might also like