You are on page 1of 5

Model Bahasa Arab

Posted by Admin on 10:25 PM

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada
masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di
semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan dan
murid bukan Islam dibolehkan mengambil BAK sekiranya tidak mengambil mata
pelajaran bahasa Cina Komunikasi dan bahasa Tamil

Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru
Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan dalam Buku Panduan
Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.

Penilaian Bahasa Arab menggunakan pendekatan Penilaian Kendalian Sekolah


Rendah (PKSR)

1. Ianya dijalankan setiap kali P&P dan dicatat pencapaian setiap murid.
2. Tiada ujian bulanan atau penggal sebagaimana biasa.
3. Setiap murid perlu mempelajari 10 tajuk.
4. Setiap tajuk perlu diajar dalam tempoh sebulan.
5. Pencapaian murid untuk tajuk 1 - 5 akan dijumlahkan dan dikira peratus untuk
mewakli markah Peperiksaan Pertengahan Tahun.
6. Pencapaian murid untuk tajuk 6 - 10 akan dijumlahkan dan dikira peratus untuk
mewakli markah Peperiksaan Akhir Tahun.
7. Sila rujuk buku panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran & Pembelajaran
dan Kokurikulum j-QAF Tahun 1 atau Tahun 2

Bahasa Arab Sekolah Rendah Kohort 2009


5 waktu bagi kohort 2009. Kelas dibawah 1-3. Bermula Thn 1 2009
Model 6 Bulan Khatam
Posted by Admin on 10:20 PM
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan
waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqi dan
musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi
mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar).
Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’,
sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-
Quran modul 6 bulan.

Pelajar MESTI membaca QURAN bemula TAHUN SATU 6 BULAN KEDUAdengan


menggunakan Modul SATU di bawah. Modul-modul lain boleh dijadikan sebagai
panduan untuk mempercepatkan proses khatam quran.

Modul SATU
1. Khusus untuk pelajar yang masih belum membaca al-Quran.
2. Semua palajar akan membaca al-Quran (mengikut kumpulan masing-masing)
secara
3. beramai-ramai mengikut bacaan guru di awal waktu.
4. Tempoh bacaan ialah selama 10 minit hanya untuk satu mukasurat bagi satu
masa P&P.
5. Baki 20 minit P&P digunakan untuk meneruskan bacaan iqra' mengikut tahap
masing-masing.
6. Bacaan Quran menggunakan modul ini perlu diambil kira dan ditanda di dalam
buku rekod bacaan pelajar.

Modul DUA
1. Dibantu oleh 4 orang murid turus
2. Murid turus akan membaca di hadapan guru terlebih dahulu secara bergilir dan
3. diambil kira dalam kemajuan buku rekod bacaan.
4. Guru membimbing murid aras satu manakala murid aras dua dibimbing oleh murid
turus.

Modul TIGA
1. Dibantu oleh 4 orang murid turus
2. Murid turus akan membaca di hadapan guru terlebih dahulu secara bergilir dan
diambil kira dalam kemajuan buku rekod bacaan.
3. Murid turus yang lain akan terus membimbing murid-murid pelbagai tahap di
kumpulan masing-masing.
4. Murid-murid lain akan membaca di hapadan guru selepas dibimbing oleh murid
turus untuk diperaku bacaan mereka dan ditanda dalam buku rekod bacaan.

Modul EMPAT
1. Melibatkan murid-murid yang membaca quran di pelbagai tahap.
2. Guru memberi penerangan (satu) hukum tajwid berpandukan sistem warna dalam
quran serta bacaan contoh (5 minit pertama)
3. P&P secara berpasangan.
4. Setiap murid akan disemak bacaannya oleh pasangan masing-masing
5. Setiap pasangan akan membaca di hadapan gurunya untuk diperakukan bacaan
dan ditanda dalam buku rekod bacaan.

PERHATIAN:
1. Setiap kumpulan tidak statik. Ahli kumpulan boleh berubah mengikut tahap dan
kemahiran.
2. Bacaan setiap pelajar mesti dicatat di dalam buku rekod bacaan setiap kali P&P
berjalan.
3. Bilangan murid dalam kumpulan cemerlang lebih ramai berbanding kumpulan
kurang cemerlang supaya murid lemah dapat diberi lebih tumpuan.

Model Kem Bestari Solat


Posted by Admin on 10:28 PM
Model Bestasi Solat diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari
Solat. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali
setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam
takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak
terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata
diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

1. Setiap pelajar mesti mengikuti 4 kali kem.


2. Setiap kem berjalan dalam tempoh 10 jam mengikut panduan berikut:
- LDK Thn 1 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 1)
- LDK Thn 2 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 2)
- LDK Thn 3 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 3)
- LDK Thn 4 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 4)
- LDK Thn 5 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 5)

3. 4 kali kem mewakili 40 jam setahun.


4. Semua sekolah diminta melaksanakan aktiviti KBS dalam bentuk kem
sebagaimana dalam jadual aktiviti yang dicadangkan untuk memberi impak yang
berkesan kepada murid.
5. Sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 yang mempunyai bilangan murid yang ramai
boleh melaksanakan aktiviti KBS secara mingguan atau berkala tetapi perlu
mencukupi jumlah 10 jam untuk setiap kem.
6. Semua data pencapaian pelajar dalam KBS perlu dikemaskini mengikut format
borang yang terdapat dalam buku panduan

Model Tasmik
Posted by Admin on 10:19 PM
Dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian, keupayaan
murid dan waktu guru tasmik yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata
pelajaran lain yang berkemampuan. Guru tasmik tersebut hendaklah dilantik secara
rasmi oleh pihak sekolah.

Model Pemulihan Jawi


Posted by Admin on 10:15 PM
Model Kelas Pemulihan Jawi diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan
Model Kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam
waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan
modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian
Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan
menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-
bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan
kemudahan ICT sedia ada.

RINGKASNYA

1. Kumpulan murid kelas pemulihan ini tidak statik.


2. Murid yang telah pulih perlu mengikuti sukatan pelajaran jawi di kelas asal.
3. Kekosongan di kelas pemulihan perlu diganti dengan murid lain jika ada.
4. Setiap murid mesti menjalani ujian dianostik terlebih dahulu sebelum mengikuti
kelas pemulihan jawi.
5. Tahun satu (rujuk buku panduan tahun1 muka surat 64)
6. Tahun dua (rujuk buku panduan tahun 2 muka surat 97)
7. Bilangan murid yang mengikuti kelas pemulihan tidak boleh lebih daripada 10
orang dalam satu masa.
8. Jika 2 orang guru mengajar kelas pemulihan pada waktu yang sama maka 10
orang murid pemulihan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.

You might also like