You are on page 1of 4

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini menjelaskan tentang reka bentuk kajian, pensampelan, instrumen

kajian untuk mengumpul data, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian,

prosedur kajian rintis, prosedur pengumpulan data kuantitatif dan kaedah yang

digunakan untuk menganalisis data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Babbie (1988), reka bentuk kajian adalah kunci utama dalam

menentukan hasil sesuatu kajian melalu tata cara pengolahan data yang dikumpul

secara terancang dan sistematik. Reka bentuk kajian merupakan satu pelan

terperinci yang menerangkan bagaimana sesuatu kajian dijalankan, pengukuran ke

atas pemboleh ubah, pemilihan sampel, pengumpulan data untuk digunakan dalam

analisis, pengujian, hipotesis dan penganalisisan keputusan.

Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dan kolerasi. Kajian

deskriptif bertujuan untuk mengenalpasti dan melaporkan perkara sebenar yang

berlaku (Mohd. Fauzi, 2011). Lazimnya ia digunakan untuk menguji kegemaran,

sikap, amalan, penglibatan, atau minat sekumpulan responden (Fullan, 1991).

Manakala, kajian kolerasi pula bertujuan untuk mengenal pasti darjah hubungan

antara dua atau lebih pemboleh ubah (Gay et. Al, 2006). Menurut Majid Konting

(2004), kajian deskriptif berbentuk penerokaan biasanya menggunakan kajian


kolerasi untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang berkaitan dengan fenomena

pendidikan.

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah kajian tinjauan untuk

mendapatkan maklumat. Menurut Noraini Idris (2010), kajian tinjauan sangat

berguna apabila penyelidik hendak mengumpul data berhubung dengan fenomena

yang tidak dapat diperhatikan secara langsung. Soal selidik juga digunakan bagi

memudahkan pengkaji untuk mendapatkan data daripada responden yang ada di

merata tempat serta masa yang terhad bagi mendapatkan maklumat yang tepat

(Noraini Omar, 2008). Oleh itu,kaedah kajian tinjauan dalam kajian ini untuk melihat

sejauh mana persepsi dan tahap penggunaan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah rendah.

3.3 PENSAMPELAN

Pensampelan merupakan suatu proses memilih kumpulan individu untuk

sesuatu penyelidikan daripada suatu kumpulan individu yang mewakili kumpulan

besar yang dipilih (Noraini Idris, 2010). Matlamat pensampelan adalah untuk

memperoleh sampel yang mencerminkan sesuatu populasi dari segi pemboleh ubah

yang dikaji oleh penyelidik. Sampel kajian ini terdiri daripada 52 orang Guru

Pendidikan Islam yang mengajar di beberapa buah sekolah sekitar Kota Samarahan.

Penentuan bilangan sampel bagi mewakili populasi dalam kajian ini ditentukan

dengan menggunakan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgen

(1970).
3.4 KAJIAN RINTIS

Menurut Azizi Yahaya et. Al (2006), kajian rintis adalah bahagian kajian yang

penting dan perlu kerana ia menyediakan maklumat tentang bagaimana soal selidik

sebenarnya memainkan peranan dalam lapangan yang ingin dikaji. Kajian rintis ini

juga dijalankan untuk mengkaji kebolehpercayaan instrumen di samping mengenal

pasti masalah-masalah berkaitan dengan kefahaman dan interpretasi responden

terhadap item soal selidik.

Seramai 10 orang guru di Kota Samarahan telah dipilih sebagai responden

dalam kajian rintis. Kesemua responden kajian rintis yang dipilih bukanlah daripada

responden sebenar dalam kajian ini. Responden ini dikatakan mempunyai ciri yang

sama seperti responden kajian sebenar iaitu guru Pendidikan Islam yang mengajar

di sekolah sekitar Kota Samarahan.

Secara umumnya, maklum balas daripada responden yang terlibat

menunjukkan tiada masalah yang dihadapi dalam memahami arahan dan

seterusnya dalam menjawab item-item yang diesenaraikan. (hopefully)

3.5 INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen kajian ini adalah set soal selidik yang telah diubahsuai oleh

pengkaji berdasarkan soal selidik yang telah direkabentuk oleh Mohd Fauzi bin Abd

Radzak (2011), yang bertajuk “Pengintegrasian Bahan Sumber Digital dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Bestari di Sekolah-Sekolah Selangor”. Pengkaji

mengadakan perbincangan dengan penyelia bagi memantapkan lagi keberkesanan

soal selidik. Hal ini kerana penggunaan soal selidik sebagai alat kajian disifatkan

sebagai satu cara mendapatkan jawapan secara tepat dan benar (Mohd. Majid

Konting, 2004). Jawapan yang diberikan oleh responden tidak dipengaruhi oleh
tingkah laku penyelidik kerana penyelidik tidak hadir sama semasa responden

menjawab soal selidik.

Bagi mengukur tahap kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu item dalam

soal selidik ini, penyelidik menggunakan kaedah Cronbach Alpha. Penyelidik

menetapkan angka 0.7 sebagai indeks kebolehpercayaan paling minimum bagi

setiap items (Guilford dan Fruchter, 1956). Nilai pekalali alpha yang menghampiri

angka 1.0 menandakan bahawa item tersebut mempunyai nilai kepercayaan yang

tinggi. Data kajian akan diproses menggunakan program komputer SPSS versi 22.0

You might also like