You are on page 1of 1

Projek dan Makalah (40%)

Pilih satu program dan buat penilaian terhadapnya. Untuk projek ini, program yang dikaji perlu unik dan
ada unsur-unsur budaya diterapkan bagi tujuan melahirkan generasi muda yang berpengetahuan,
mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya
berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global.

Pastikan kesemua faktor-faktor di bawah ada dalam penulisan anda. Penulisan anda hendaklah dalam
bentuk penulisan makalah.

1. Pengenalan: Kenal pasti program yang ingin dinilai.


2. Huraikan program dan komponen-komponen (pembolehubah) dalam model tersebut secara
perinci
3. Kenalpasti tujuan dan matlamat penilaian program secara umum (Untuk menyelesaikan
masalah)
4. Nyatakan kenapa model penilaian tersebut dipilih
5. Siapa pemegang taruh yang mendapat manafaat dari kajian penilaian program ini
6. Kajian lepas berkaitan program dan model penilaian program tersebut
7. Metod Kajian
8. Dapatan kajian dan perbincangan (perlu ada kajian lepas untuk perbincangan)
9. Kesimpulan dan penutup
10. Implikasi dan cadangan
11. Rujukan

Markah BONUS akan diberikan jika berjaya diterbitkan.