You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN LOBANG,

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUKAH,


96400 MUKAH,
SARAWAK
EMAIL: skpengkalanlobang@gmail.com KOD SEKOLAH: YBB 3414

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN PENERIMA BANTUAN KWAMP


BIL. 1/2019

Tarikh : 4 FEBRUARI 2019


Masa : 2.15 – 3.15 petang
Tempat : Bilik Guru , SK Pengkalan Lobang
Kehadiran :
1. En. Jamil Bin Ibrahim(Guru Besar)
2. En. Drahman bin Kerma (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
3. En. Mohammad Rasyid bin Abdul Ghani ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. En.Abang Zairol bin Abang Abdul Wahab(Guru Penolong Kanan
Kokurikulum)
5. Pn. Lema ak Jenat( YDP PIBG SKPL)
6. En. Hadefi bin Daud
7. En. Chong Yian King
8. En. Muhd Nur Firdaus bin Jaapar
9. Cik Annie anak Jerry
10. Pn. Irma Heriniza binti Basuni
11. Pn. Aliceter ak Tanggie
12. Cik Patricia Henry
13. En. Muhd Hilmi bin Muhd Hanafiah
1. Ucapan Pengerusi (GK HEM)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kesanggupan semua AJK


hadir ke Mesyuarat Unit KWAPM Kali Pertama 2019.

1.2 Beliau memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk
mengemaskinikan sistem fail Unit KWAPM .

1.3 Di samping itu juga, tujuan utama mesyuarat KWAPM pada kali ini ialah
untuk membuat pemilihan murid-murid yang layak memohon bantuan
KWAPM bagi tahun 2019.

1.4 Pendapatan penjaga yang layak ialah RM 1 020 ke bawah atau


pendapatan perkapita RM 255 ke bawah seperti yang dinyatakan dalam
Paras Garis Kemiskinan (PGK) 2016.

1.5 Sehubungan dengan itu, AJK mesyuarat mengucapkan berbanyak terima


kasih kepada semua guru yang terlibat melengkapkan data murid.

1.6 Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada YDP PIBG kerana sudi
meluangkan masa dan mewakili pihak ibu bapa bagi mendengar
penjelasan dan maklumat tentang pengurusan KWAPM 2019.

2. 0 Pengesahan minit mesyuarat yang lepas

2.1 Minit disahkan oleh : En. Muhd Hilmi bin Muhd Hanafiah
Minit disokong oleh : Pn. Irma Heriniza binti Basuni

3.0 Kelulusan Permohonan Bantuan KWAPM bagi tahun 2018


3.1 Pada tahun 2018, seramai 34 orang murid telah menerima KWAPM
manakala 2 orang murid menerima bantuan e-kasih.

3.2 Bantuan tersebut telah diagihkan kepada murid-murid mengikut tatacara


pengagihan bantuan KWAPM yang telah ditetapkan.

4.0 Permohonan Bantuan KWAPM bagi tahun 2019 :

4.1 Seramai 51 orang murid diperakukan layak bagi memohon bantuan


KWAPM bagi tahun 2019.
5.0 Agihan bantuan KWAPM

5.1 Agihan bantuan akan dibuat sebaik sahaja mendapat arahan daripada
PPD.

5.2 Ahli mesyuarat memutuskan tarikh agihan Bantuan KWAPM adalah dalam
tempoh 14 hari oleh sekolah sebagaimana yang termaktub dalam Surat
Pekeliling Kewangan Bilangan 6 Tahun 2010 mengenai Bantuan
KWAPM.

6.0 Hal-hal lain

6.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pemilihan ini adalah dibuat berdasarkan


data APDM 2019 dan sebarang kemusykilan yang ditimbulkan oleh
penjaga bolehlah segera merujuk kepada GPK HEM.

7.0 Penutup

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana semua AJK telah
dapat memberi kerjasama dan idea yang bernas sepanjangmesyuarat kali
ini berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.35 petang.

Disediakanoleh, Disemakoleh,

.................................................... ...............................................................
(ANNIE ANAK JERRY) ( MUHAMMAD RASYID BIN ABDUL GHANI)
Guru KWAPM. GURU KANAN HAL EHWAL MURID.
SK PENGKALAN LOBANG.
.

Disahkanoleh,

................................................................
(JAMIL BIN IBRAHIM)
Guru Besar,
SK PENGKALAN LOBANG.