You are on page 1of 2

TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

1. Tali leher pengawas merupakan symbol kehormatan dan kuasa


pengawas. Oleh itu, pengawas mesti memakai tali leher pada
bila bila masa pun (kecuali semasa menghadiri kelas jasmani).
2. Pengawas mesti menggunakan kuasa yang diberi dengan
sebaik-baiknya dan bukan dengan sesuka hati.
3. Seorang pengawas sekolah harus berkelakuan baik,
adil,saksama, bersopan-santun menjadikan diri sebagai
teladan kepada pelajar dan tidak melanggar peraturan
sekolah.
4. Semasa balik ke sekolah di luar waktu pelajaran, pengawas
mesti memakai kemeja-T persatuan atau pakaian seragam
pengawas.
5. Pengawas tidak boleh lewat sama ada datang ke sekolah,
menjalankan tugas ataupun menghadiri perjumpaan /
mesyuarat (kecuali dalam keadaan tertentu dan keizinan telah
diberikan)
6. Pengawas harus tegas dan serius semasa bertugas. Jika
mendapati seseorang pelajar telah melanggar peraturan
sekolah, pengawas harus mengambil tindakan yang
sewajarnya tetapi bukan pilih kasih kerana takut dimarahi oleh
kawan.
7. Pengawas juga betanggungjawab atas kebersihan sekolah.
Jika terjumpa pelajar yang sengaja membuang sampah,
pengawas harus mengambil tindakan.
8. Pengawas juga akan menjalankan tugas yang ditetapkan
sepertu tugas harian dan membuat rondaan.
9. Apabila mengahadapi masalah, semua pengawas harus
bersatu padu untuk menyelesaikannya, Sekiranyan terdapat
masalah yang tidak dapat diselesaikan, pengawas boleh
berbincang dengan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas,
Ketua / Penolong Ketua Pengawas atau guru pensihat / guru
disiplin.
10. Setiap pengawas harus memperbaiki kelakuan kendiri pada
setiap masa dan selalu berbincang dengan pengawas lain
tentang masalah yang dihadapi serta cara untuk
mengatasinya.
11. Setiap pengawas harus giat menyertai aktiviti-aktiviti
Lembaga Pengawas untuk mengeratkan hubungan.
12. Setiap urusan dalam lembaga pengawas tidak harus
dibocorkan. Jika terdapat kes pembocoran yang dilakukan
dengan tidak sengaja, pengawas lain harus memberi panduan
dan nasihat.
13. Pengawas tidak boleh mengadakan mesyuarat secara
bersendirian. Mesyuarat mesti diadakan bersama guru,
ketua/penolong ketua pengawas.
14. Walaupun berada di luar sekolah, pengawas masih harus
menjaga imej diri dan nama baik sekolah, tidak menyertai
aktiviti yang kurang sihat, tidak melepak atau merayau-rayau
di merata tempat dalam pakaian seragam.

You might also like