You are on page 1of 35

UNDANG – UNDANG

DADAH DI MALAYSIA
AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN
PEMULIHAN) 1983

AKTA 283

MOHD SHUKRI BIN HUSSAIN


AKTA PENAGIH DADAH
(RAWATAN DAN PEMULIHAN,) 1983
(AKTA 283)
Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai Rawatan dan
Pemulihan penagih-penagih dadah dan mengenai perkara-perkara
berkaitan denganya

BAHAGIAN 1
PERMULAAN

1. TAJUK RINGKAS DAN MULA BERKUATKUASA


Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penagih Dadah(Rawatan dan
Pemulihan 1983 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta
AKTA PENAGIH DADAH
(RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 (AKTA 283)

2. Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna


yang lain.

“ dadah berbahaya”
“kaedah-kaedah”
“Ketua Pengarah”
“Lembaga Pelawat”
“Menteri”
“Pegawai Pemulihan”
“Penagih Dadah”
“Pengamal Perubatan Berdaftar”
“Pusat Pemulihan”
“ujian-ujian”
AKTA PENAGIH DADAH
(RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 (AKTA 283)

2. Tafsiran

(2) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam menjadi Ketua


Pengarah yang tertakluk kepada arahan dan kawalan Menteri , akan
mempunyai pengawasan atas semua perkara berhubungan dengan
tangkapan, rawatan dan pemulihan penagih-penagih dadah dibawah
Akta ini dan hendaklah dilantik beberapa orang Pegawai Pemulihan
yang dikehendaki dari masa kesemasa bagi maksud Akta ini.
BAHAGIAN 2
RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH DADAH
DIBAWAH PERINTAH MAHKAMAH

3. Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian


(1) Seseorang Pegawai Boleh menahan mana – mana
orang yang disyaki sebagai penagih.

(2) Seseorang yang ditahan tidak boleh lebih 24 jam dimana-mana


tempat yang sesuai untuk menjalani ujian-ujian
4. Membawa kehadapan Majistret jika ujian-ujian tidak dapat disiapkan
dalam masa 24 jam.
(1) Jika ujian –ujian tidak siap dalam tempoh 24 jam
dibawah subseksyen (1) seksyen 3.
(a) Orang itu boleh dilepaskan dengan jamin atau tanpa penjamin
oleh seseorang pegawai.

(b) Orang itu hendaklah dibawa kehadapan seorang Majistret atas


permohonan seseorang pegawai untuk tahanan reman tidak lebih
14 hari untuk ujian-ujian atau Majistret boleh melepaskan dengan
jamin atau tanpa penjamin supaya hadir pada hari yang
dinyatakan dalam bon.
atau
Jika orang itu telah menjalani ujian-ujian tetapi masih belum
memperolehi keputusan maka Majistret boleh memberi jamin atau
tanpa penjamin supaya hadir seperti dinyatakan dalam bon.
5. Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-
prosedur ujian.
(1) Bagi maksud seksyen 3 dan 4 seseorang hendaklah
bersetuju untuk menjalani ujian-ujian yang diarahkan oleh
seseorang pegawai, pegawai perubatan kerajaan,
pengamal perubatan berdaftar atau mana –mana orang
yang berkerja dibawah pengawasan pegawai kerajaan ,
pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan
berdaftar.
(2) Jika tidak mematuhi subseksyen (1) seseorang itu telah
melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara selama
tempoh tidak lebih 3 bulan atau denda atau kedua-duanya
6. Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah.

(1) Jika seseorang yang telah menjalani ujian-ujian yang disebut dalam
seksyen 3 atau 4 dan telah diperakui oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
atau pengamal perubatan berdaftar sebagai penagih dadah , pegawai itu
hendaklah membawanya atau mengarahkannya hadir di hadapan majistret.
Majistret hendaklah atas syor Pegawai Pemulihan dan setelah memberi
orang itu peluang untuk membuat rayuan.

(a) Memerintahkan orang itu menjalani rawatan dan pemulihan di


Pusat Pemulihan yang ditetapkan dalam perintah selama tempoh 2
tahun dan selepas itu menjalani pengawasan seorang pegawai
selama 2 tahun.

(b) Memerintahkan orang itu menjalani tempoh pengawasan dibawah


seseorang pegawai selama tempoh tidak kurang 2 tahun dan tidak
melebihi 3 tahun.
AKTA PENAGIH DADAH
(RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 (AKTA 283)
SYARAT PENGAWASAN SEKSYEN 6(2) APD 1983
6 (2) Sesuatu perintah pengawasan yang dikenakan keatas seseorang dibawah perenggan (a) (b) subseksyen (1)
hendaklah mengandungi syarat-syarat berikut:-

(a) Orang itu mestilah tinggal di dalam Negeri atau Wilayah


Persekutuan atau mana-mana kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah.
(b) Orang itu boleh meninggalkan kawasan tempat dia tinggal tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah
(c) Pada waktu yang dinyatakan dalam perintah itu, orang itu hendaklah melaporkan diri di balai polis
yang paling hampir atau bagi anggota angkatan tentera di tempat yang ditetapkan oleh seseorang
pegawai.
(d) Orang itu tidak boleh mengambil menggunakan atau memiliki apa-apa dadah berbahaya
(e) Orang itu hendaklah menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan dimana-mana tempat
sebagaimana yang diperintahkan oleh seseorang pegawai .
(f) Orang itu hendaklah menjalani apa-apa jua program pemulihan penagih dadah yang diadakan oleh
kerajaan.

(3) Mana-mana orang yang sedang menjalani pengawasan dibawah perenggan (a) atau (b) subseksyen
(1) yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan dibawah subseksyen (2) yang
berhubungan dengan kewajipandan fungsi-fungsi mereka yang disifatkan perlu dan bermanfaat
untuk memberi nasihat dan membuat syor-syor mengenainya itu.
BAHAGIAN 3
RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH
DADAH YANG MENJALANINYA
DENGAN SUKARELA

8. Prosedur bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang


menjalaninya dengan sukarela.

(1) Mana-mana orang yang menjadi penagih dadah boleh


memohon kepada Pegawai Pemulihan diberi rawatan dan
pemulihan berkenaan dengan ketagih dadah orang itu.

(2) Jika seseorang membuat permohonan dibawah subseksyen (1)


Pegawai Pemulihan hendaklah dengan seberapa segera yang
boleh membuat perkiraan bagi pemohon itu menjalani ujian-
ujian.
BAHAGIAN 3
RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH
DADAH YANG MENJALANINYA
DENGAN SUKARELA

8. (3) Jika berikutan dari ujian-ujian dibawah subseksyen (2) orang itu
diperakui oleh pegawai perubatan kerajaan atau pengamal
perubatan berdaftar sebagai penagih dadah, Pegawai Pemulihan
itu hendaklah memutuskan sama ada orang itu patut:-

(a) menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan


selama tempoh dua tahun dan selepas itu menjalani
pengawasan oleh seorang pegawai selama tempoh 2
tahun, atau.
(b) di letakkan dibawah pengawasan seseorang Pengawai Pemulihan
bagi tempoh tidak kurang daripada dua dan tidak melebihi tiga tahun
dan dijadikan tertakluk kepada syarat-syarat yang difikirkan oleh
Pegawai Pemulihan perlu atau bermanfaat untuk maksud rawatan
dan pemulihan orang itu dan hendaklah memberitahu pemohon itu
akan keputusannya
BAHAGIAN 3
RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH
DADAH YANG MENJALANINYA
DENGAN SUKARELA

9. Prosedur bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang belum dewasa
dan yang baginya bantuan dikehendaki.

(1) Mana-mana ibu–bapa atau penjaga seseorang belum dewasa yang


ibu bapa atau penjaga itu mengesyaki atau mempunyai sebab
mempercayai menjadi penagih dadah boleh memohon kepada
Pegawai Pemulihan supaya orang yang belum dewasa itu dirawat
dan dipulihkan dan membawa orang belum dewasa itu kehadapan
pegawai itu.

(b) Jika Seseorang belum dewasa dibawa kehadapan Pegawai


Pemulihan dibawah subseksyen (1) , Peruntukan – peruntukan
seksyen 8 adalah terpakai baginya menurut cara yang sama seperti
ia terpakai bagi orang yang memohon rawatan dan pemulihan di
bawah seksyen ini.
BAHAGIAN 4

PUSAT-PUSAT BAGI RAWATAN PEMULIHAN

10. Pusat Pemulihan.

Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam warta


menubuhkan Pusat Pemulihan bagi kediaman rawatan dan
pemulihan penagih dadah yang diperintahkan atau di
terima masuk untuk tinggal di dalamnya dibawah Akta ini.
11. Lembaga Pelawat.

Maka hendaklah dilantik oleh menteri satu Lembaga Pelawat bagi tiap-tiap
satu Pusat Pemulihan dan Lembaga Pelawat itu:-

(a) hendaklah menjalankan semua kuasa menunaikan semua kewajipan


dan melaksanakan semua fungsi yang diperuntukkan dalam Akta ini
atau yang ditetapkan dalam mana-mana Kaedah dan.
(b) hendaklah menasihat dan membuat syor-syor kepada Ketua
Pengarah atas sesuatu perkara yang dirujuk oleh Ketua Pengarah
kepadanya dan atas perkara –perkara lain yang berhubungan
dengan kewajipan-kewajipan dan fungsi-fungsi mereka yang
disifatkan perlu dan bermanfaat untuk memberi nasihat dan
membuat syor-syor mengenainya.
12. Penyingkatan Tempoh Kediaman di Pusat Pemulihan.

(a) Ketua Pengarah boleh menyingkatkan tempoh kediaman dimana-


mana Pusat Pemulihan berkenaan dengan mana-mana orang atas
sebab=sebab yang didapatinya mencukupi jika orang itu telah
menjalani tempoh kediaman selama genap dua blas bulan di Pusat
tersebut.
(b) Ketua Pengarah boleh dengan keizinan bertulis Menteri ,
melepaskan dari Pusat Pemulihan itu seseorang yang belum lagi
menjalani tempoh kediaman selama genap dua belas bulan di Pusat
itu atas sebab-sebab khas yang berhubungan dengan kebajikan
orang
16. Pusat-pusat Persendirian bagi Rawatan dan Pemulihan
dan bagi jagaan lanjutan.

(1) Menteri boleh meluluskan permohonan PPDP.


(2) Menteri boleh mengubah atau membatalkan mana-mana terma
PPDP tanpa memberi apa-apa notis.
(3) Pemberitahuan Tentang Kelulusan pembukaan dan penutupan PPDP
perlu disiarkan dalam warta.
(4) Sesiapa yang menubuhkaN PPDP tanpa Kebenaran boleh dihukum
denda atau penjara tidak lebih 5 tahun.
(5) Pengendalian PPDP oleh orang perseorangan tidak menjadi
kesalahan jika dijalankan dengan sah dan kebenaran Menteri
17. Pemindahan antara Pusat-Pusat.

Mana-mana orang yang menjadi penghuni disesuatu Pusat


Pemulihan boleh pada bila-bila masa diarahkan oleh Ketua
Pengarah supaya dipindahkan untuk tinggal di sesuatu Pusat
Pemulihan yang lain dan jika diarahkan sedemikain orang ini
hendaklah di pindahkan ke Pusat Pemulihan yang lain.
BAHAGIAN 5
AM

18. Pemberitahuan Wajib Mengenai Penagih-


Penagih dadah.

(1) Adalah menjadi kewajipan pengamal Perubatan


Berdaftar termasuk juga Pegawai Perubatan Kerajaaan ,
untuk memberitahu Ketua Pengarah mengenai mana-mana
orang yang dirawat olehnya kerana ketagih dadah
mengikut kaedah-kaedah yang di buat di bawah Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang menlanggari peruntukan-


peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih
daripada dua ribu ringgit
19. Jagaan Yang Sah disisi Undang-Undang

(1) Seseorang Adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang- undang:-
(a) Jika ia ditahan dalam jagaan oleh seseorang
pegawai dibawah Akta ini.
(b) Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan
dibawah Akta ini.
(c) Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana
tempat atau kemana-mana tempat atau semasa dia sedang
melibatkan dirinya dalam apa-apa aktiviti dibawah Akta ini di luar
Pusat Pemulihan sepanjang tempoh yang dia dikenakan suatu
perintah yang dibuat dibawah Akta ini supaya tinggal di Pusat
Pemulihan.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang yang dimasukkan ke Pusat Pemulihan
dibawah seksyen 8 dan 9
(3) Mana-mana orang yang melarikan diri dari jagaan yang sah seperti tersebut dalam
subseksyen (1) jika disabitkan boleh dihukum penjara tidak lebih 5 tahun atau sebatan tidak lebih
3 sebatan.
20. Kesalahan –kesalahan oleh penghuni-penghuni di pusat Pemulihan dan Pusat Jagaan
Lanjutan dan orang-orang awasan

(1) Jika mana-mana orang:-


(a) Melanggari terma atau syarat sah dibawah Akta ini .
(b) Melanggari mana-mana kaedah berhubung dengan sesuatu Pusat Pemulihan
jika tiada apa jua hukuman tertentu diperuntukkan dalam kaedah-kaedah itu
bagi pelanggaran itu.
(c) Mengapi-api mana-mana penghuni Di Pusat Pemulihan supaya melanggari
mana-mana kaedah berhubungan dengan pusat itu
(d) Menggunakan Apa-apa perkataan , atau gerak yang lucah, menghina, atau
mencela, terhadap mana-mana orang yang menjalankan mana-mana
kuasa,kewajipan atau mana –mana fungsi berhubungan dengan jagaan ,
rawatan, pemulihan, kediaman atau pengawasan atau terhadap penghuni,
pekerja atau perkhidmatan yang diambil kerja di Pusat Pemulihan atau pelawat
Pusat Pemulihan atau menyerang mana-mana orang, pekerja atau
perkhidmatan.

Adalah melakukan kesalahan jika disabitkan boleh dikenakan denda atau


penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Perenggan (a) dan ( b) subseksyen (1) tidak terpakai bagi seksyen 8 dan 9 APD 1983
21. Tempoh Pemenjaraan atau tahanan hendaklah disifatkan sebagai tempoh kediaman
,jagaan lanjutan atau pengawasan
(1) Jika sesorang yang menjalani tempoh kediaman di Pusat Pemulihan , pengawasan
oleh seseorang Pegawai atau telah diperintahkan supaya berbuat demikian tetapi masih
belum mula menjalaninya, dihukum penjara selama sesuatu tempoh oleh mana-mana
mahkamah atau oleh Mahkamah Juvana, dengan suatu tempoh tahanan , atau di tahan ,
atau ditahan dibawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan tahanan
pencegahan , pemenjaraan atau tahanan itu hendaklah diberi keutamaan dari kediaman
atau pengawasan seperti yang tersebut dahulu, dan tempoh pemenjaraan atau tahanan
yang telah dijalani hendaklah disifatkan sebagai kediaman di Pusat Pemulihan atau
penggawasan, mengikut mana yang berkenaan dan apabila tamat tempoh pemenjaraan
atau tahanan itu masih belum habis mana-mana bahagian tempoh yang baginya dia telah
diperintahkan supaya tinggal di Pusat Pemulihan atau menjalani pengawasan mengikut
mana yang berkenaan , dia adalah dikehendaki tinggal di Pusat Pemulihan atau menjalani
pengawasan mengikut mana yang berkenaan , bagi mana-mana bahagian tempoh itu yang
masih belum habis.
(2) Peruntukan ini tidak terpakai bagi seseorang yang dimasukkan Ke Pusat Pemulihan
mengikut seksyen 8 dan 9 APD 1983.
22. Sumbangan Bagi Kos Saraan , Rawatan dan Pemulihan

KUASA MAJISTET UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN DIBAWAH


SUBSEKSYEN

(1), (2), (3),(4)


23. Perwakilan oleh Ketua Pengarah

Ketua Pengarah boleh mewakilkan kuasa secara bertulis kepada mana-


mana Pegawai Pemulihan mengikut nama atau jawatan apa-apa kuasa yang
diberi kepadanya dibawah Akta ini.
24. Bidang kuasa

Kuasa Majistret dibawah subseksyen (1) dan (2) APD 1983.


25. Perlindungan Orang-orang yang bertindak dibawah Kuasa Akta ini
Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan menurut mana-mana
peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan kecil yang dibuat di
bawahnya tidaklah tertakluk kepada apa-apa liabiliti sivil atau jenayah
berkenaan dengannya , sama ada atas alasan tiada bidang kuasa, silap
undang-undang atau fakta atau apa-apa alasan lain melainkan dia bertindak
dengan berniat jahat atau tanpa hemat munasabah.
26. Aktiviti yang membantu Rawatan dan Pemulihan
27. Memisahkan Orang Yang Belum Dewasa

Jika seseorang yang belum dewasa di tahan dalam jagaan atau dikehendaki
tinggal di Pusat Pemulihan dibawah mana-mana peruntukan Akta ini atau
sedang dipindahkan kesesuatu tempat atau dari sesuatu tempat semasa
dalam jagaan tersebut, atau semasa dalam tempoh kediaman mengikut
mana yang berkenaan. Perkiraan hendaklah dibuat supaya dia ditahan
dalam jagaan itu atau tinggal sedemikian atau dipindahkan sedemikian,
menurut cara yang akan mempastikan bahawa dia tidak bercampur dengan
dan dipisahkan dari orang dewasa atau orang-orang dewasa yang sedang
ditahan dalam jagaan, atau tinggal atau hadir sedemikian atau sedang
dipindahkan sedemikian.
28. Kaedah-Kaedah

(1) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan peruntukan-


peruntukan atau maksud-maksud Akta ini dengan lebih lanjut, baik dan
mudah dan khusunya , tetapi tanpa mengurangkan keluasan
peruntukan-peruntukan yang tersebut dahulu berkenaan dengan mana-
mana atau sesuatu perkara berikut:-
(a) Untuk menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki supaya ditetapkan
dibawah Akta ini.
(b) Untuk mengadakan borang-borang bagi penggunaan berkaitan
dengan mana-mana dibawah Akta ini.
(c)Untuk mengatur penubuhan, pengurusan dan kawalan Pusat-pusat
Pemulihan persendirian, termasuklah peruntukan mengenai kuasa-kuasa
, kewajipan-kewajipan dan fungsi-fungsi orang-orang yang menjaga atau
diambil kerja di Pusat Pemulihan atau Pusat Pemulihan persendirian.
28. Kaedah-Kaedah
(d) Untuk mengadakan peruntukan-peruntukan disiplin, pelajaran, latihan
vokasional dan pekerjaan orang-orang yang menjalani rawatan dan
pemulihan di Pusat Pemulihan atau di pusat-pusat pemulihan dadah
persendirian.
(e) Untuk mengadakan peruntukan mengenai prosedur-prosedur
berhubungan dengan ujian-ujian yang hendak dijalankan dibawah Akta ini.
(f) Untuk mengadakan peruntukan mengenai prosedur-prosedur
berhubungan dengan rawatan, pemulihan dan pengawasan orang-orang
dibawah Akta ini.
(g) Untuk mengadakan peruntukan mengenai keanggotaan, kewajipan –
kewajipan , fungsi-fungsi dan prosedur-prosedur Lembaga Pelawat.
(h) Untuk mengadakan peruntukan mengenai borang , dan peruntukan-
peruntukan yang hendak dimasukkan kedalam mana-mana bon jamin
yang disempurnakan di bawah Akta ini
28. Kaedah-Kaedah
(i) Untuk menggadakan peruntukan mengenai borang peruntukan-
peruntukan dan terma –terma dan syarat-syarat mana-mana bon lain
yang dikehendaki supaya disempurnakan dibawah Akta ini.

(2) Menteri boleh dalam kaedah-kaedah berasingan yang dibuat dibawah


Akta ini memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggaran terhadap
peruntukkan mana-mana kaedah adalah menjadi suatu kesalahan dan
boleh memperuntukkan supaya kesalahan sedemikian dihukum denda tidak
lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih
daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.
SOALAN LATIHAN
1. Dimanakah Kuasa Seorang Pegawai untuk menahan penagih dadah?
(2 Markah)
2. Berapakah tempoh penahanan seorang penagih dadah yang dibenarkan oleh
undang-undang?
(2 Markah)

3. Apakah yang diertikan sebagai “Penagih dadah”?


(4 Markah)

4. Apakah yang dimaksudkan dengan “Pengamal Perubatan Berdaftar”?


(2 Markah)
5. Jika ujian-ujian tidak dapat disiapkan didalam tempoh 24 jam. Apakah tindakan
yang perlu dibuat oleh Pegawai Agensi?
(10 Markah)
SOALAN LATIHAN
Puan Rohaya ialah Seorang Pegawai Pemulihan AADK Daerah Y. Beliau telah diarahkan
oleh Ketua Daerah Y untuk membuat Perintah Mahkamah keatas 10 OKT yang telah
disahkan Positif dadah oleh Jabatan Patologi Hospital Besar Kuala Lumpur dibawah
Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983?

1. Apakah peruntukan undang-undang yang membolehkan Puan Rohaya berbuat


demikian?
(10 Markah)

2. Apakah syarat-syarat Perintah pengawasan yang yang boleh dikenakan keatas


seseorang penagih dadah?
(10 Markah)
SOALAN LATIHAN
Encik Salleh ialah Pengarah CCRC X. Beliau telah diarahkan oleh Ketua Pengarah
untuk memendekkan tempoh kediamam 2 Orang penghuni yang ditempatkan di CCRC
X dibawah jagaan beliau dari 2 tahun kepada 12 bulan dan salah seorang dari 12 bulan
kepada 6 bulan?

1. Apakah peruntukan undang-undang yang membolehkan Encik Salleh berbuat


demikian?
(10 Markah)

2. Apakah yang dimaksudkan dengan jagaan yang sah disisi undang-undang?


(6 Markah)

3. Apakah hukuman yang boleh dikenakan keatas seseorang penghuni yang melarikan
diri dari CCRC?
(4 Markah)
SOALAN LATIHAN
Encik Abdullah merupakan Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan yang ditempatkan
bertugas di CCRC Y. Beliau telah menerima penghuni X yang berusia 16 tahun untuk
menjalani rawatan didalam institusi. Memandangkan didalam Akta penagih dadah
rawatan dan pemulihan menetapkan pengasingan bagi seseorang yang belum dewasa
dengan penghuni yang dewasa perlu dilakukan. Pada satu hari Pengarah CCRC Y telah
mengarahkan Encik Abdullah mengasingkan penghuni X dari penghuni Yang dewasa?

1. Apakah peruntukan undang-undang yang membolehkan Encik Abdullah berbuat


demikian?

(6 Markah)

2. Apakah perlindungan yang diberikan kepada Encik Abdullah dari sisi undang-
undang yang bertindak dibawah Akta ini?
(4 Markah)

3. Semua Penghuni di CCRC perlu mematuhi Kaedah- kaedah yang ditetapkan oleh
Menteri. Apakah Kaedah Yang dimaksudkan. (10 Markah)
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like