You are on page 1of 7

Tajuk : Eksperimen Jambatan Wheatstone

Objektif :
Menentukan kerintangan suatu dawai menggunakan jambatan Wheatstone.
Teori :
Rintangan suatu dawai ialah nisbah beza keupayaan yang merentasi konduktor ke
atas arus yang dibawa ( Serway dan Vuille , 2017). Hal ini bertepatan dengan hukum Ohm.
𝑉
R= 𝐼

Nilai rintangan dalam suatu litar meningkat disebabkan berlaku perlanggaran antara elektron
yang dibawa oleh arus dengan atom-atom tetap dalam konduktor. Perlanggaran ini
menyebabkan nilai pergerakan cas adalah sama dengan magnitud daya geseran. Maka,
kesan perlanggaran elektron berhalaju tinggi yang menghasilkan daya geseran dalaman
suatu konduktor diinterpretasikan sebagai kerintangan bahan. Kerintangan suatu dawai
adalah berserenjang dengan panjang, l dan berkadar songsang dengan luas keratan
rentas, A seperti persamaan :
𝑙
R= 𝜌𝐴 𝜌 merupakan kerintangan suatu dawai.

Jambatan Wheatstone merupakan komponen elektrik yang berfungsi untuk


mengukur nilai rintangan, kapasitan atau aruhan ( Wolf dan Stanley, 1973) seperti rajah 2.1.
Apabila jambatan wheatstone berada dalam keseimbangan iaitu galvanometer tidak
menunjukkan pesongan ( sifar), nisbah rintangan 𝑅𝑥 dan 𝑅𝑝 dalam dua sisi adalah sama
dengan nisbah rintangan bagi 𝑅1 dan 𝑅2 pada dua perintang lain. Maka,
𝑅𝑥 𝑅
𝑅𝑝
= 𝑅1
2

Melalui persamaan ini, nilai rintangan 𝑅𝑥 boleh dicari.

Rajah 2.1
Berpandukan rajah 2.1 , dengan luas kerantas rentas daripada dawai adalah seragam
kemudian

𝜌𝑙1
𝑅𝐴𝐶 =
𝐴

dan

𝜌𝑙2
𝑅𝐵𝐶 = 𝐴

Dengan menggunakan persamaan di atas.

𝑅1 𝑅𝐴𝐶
𝑅2
= 𝑅𝐵𝐶

Maka,

𝑅1 𝑙
𝑅2
= 𝑙1
2

atau

𝑅𝑥 𝑙
𝑅𝑝
= 𝑙1
2

Pembolehubah :
Dimanipulasikan : panjang dawai digunakan
Bergerak balas: nilai kerintangan dawai
Dimalarkan : diameter dawai.
Bahan dan radas :
Jambatan meter, 10 Ω perintang P ,1kΩ perintang, 2 V bekalan kuasa, suis S, 120 cm dawai
konstantan dengan ketebalan SWG 36, tolok skru mikrometer , galvanometer , joki, wayar
peyambung bersama klip buaya.
Prosedur :
1. Radas disediakan seperti rajah.
2. 20 cm dawai konstantan digunakan sebagai perintang X. Panjang dawai direkodkan
sebagai lx.
3. Perintang P digunakan dan ditentukan titik keseimbangan. Nilai 𝑅𝑝 , 𝑙1 dan 𝑙2
direkodkan apabila joki digerakkan. Nilai kerintangan dawai dikira menggunakan
persamaan.
4. Langkah 2 dan 3 diulang dengan menggunakan panjang dawai konstantan 40 cm, 60
cm, 80 cm dan 100 cm.
5. Diameter dawai X diukur menggunakan tolok skru mikrometer pada tiga titik berbeza
dan purata bacaan ditentukan.
6. Graf 𝑅𝑥 melawan 𝑙𝑥 diplotkan.
7. Kerintangan dawai X dihitung dengan menggunakan kecerunan graf.

Keputusan :

𝑙𝑥 , m 𝑙1 , m 𝑙2 , m 𝑅𝑝 , Ω 𝑅𝑥 , Ω (purata)
0.2 0.0467 0.9533 10 0.49
0.4 0.0947 0.9053 10 1.05
0.6 0.1317 0.8683 10 1.52
0.8 0.1763 0.8237 10 2.14
1.0 0.1983 0.8017 10 2.47

Analisis data:
Diameter Wayar Konstantan (mm )

Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3 Purata


0.54 0.55 0.55 0.55

Luas wayar konstantan

Kerintangan wayar konstantan SWG


1) Nilai standard
Berdasarkan kecerunan graf

Y = mx + c ………. m =
𝑅𝑥 𝜌
R = (l) .……… =
𝑙𝑥 𝐴

m=

m=

m= 2.75 Ω

m=
Maka,
𝜌
2.75 Ω =
2.38 𝑥 10−7
𝜌 = 6.545 x 10−7 Ω𝑚

Perbincangan:
Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil kira dalam eksperimen ini ialah
memastikan kapasitor telah dinyahcas dengan lengkap dengan melintarpintaskan
terminalnya iaitu dengan menyentuh kedua-dua terminal kapasitor sebelum memulakan
eksperimen. Pastikan penyambungan wayar dan komponen-komponen elektrik adalah ketat.
Masa pengendalian eksperimen juga tidak boleh diperpanjang untuk mengelakkan wayar
menjadi panas. Hal ini akan meningkatkan kerintangan litar yang akan mengganggu
ketepatan keputusan. Pastikan kedudukan mata berserenjang dengan senggatan pada alat
pengukuran untuk mengelakkan ralat paralaks. Joki perlu dipegang secara condong 45°
apabila menyentuh dawai jambatan meter.
Jambatan Wheatstone sering digunakan untuk menentukan nilai kerintangan
suatu perintang . Kebiasaaannya, ukuran bagi perubahan pada 𝑅𝑥 adalah kecil disebabkan
oleh perubahan suhu atau kecacatan pergerakan mikroskopik dalam perintang ( Fall, 2004).
Galvanometer berfungsi untuk mengukur pengaliran arus dan melengkapkan litar pemisah
voltan menjadi litar jambatan Wheatstone yang lengkap.Berdasarkan keputusan graf , nilai
𝑅𝑥 adalah berkadar terus dengan 𝑙𝑥 . Menurut Serway dan Vuille (2017) , elektron yang
melalui konduktor dawai yang panjang akan menyebabkan kadar perlanggaran antara
elektron dengan atom-atom konduktor semakin bertambah di sepanjang konduktor. Hal ini
akan meningkatkan daya geseran dalam konduktor sehingga menyebabkan nilai
kerintangan dawai konstantan juga bertambah.
NIlai kerintangan bagi dawai konstantan semasa menjalankan eksperimen
dengan nilai teori menunjukkan perbezaan yang ketara. Hal ini disebabkan oleh
penyambungan wayar joki yang tidak ketat. Selain itu, nilai kerintangan juga berubah
disebabkan oleh beberapa faktor selain panjang dawai seperti luas keratan rentas dawai ,
suhu dawai dan jenis dawai. Menurut Henderson(2012) , luas keratan rentas dawai yang
lebih kecil menyebabkan kadar pengaliran cas adalah lebih rendah. Dawai konstantan yang
berdiameter kecil menyebabkan kadar perlanggaran antara elektron dengan atom-atom
dawai meningkat sekaligus meningkatkan daya geseran dalam. Suhu yang meningkat juga
menyebabkan nilai rintangan meningkat. Menurut Cyberphysics (2018) , apabila suatu
konduktor dipanaskan atom-atom akan bergetar dengan sangat laju sehingga menyusarkan
elektron untuk mengalir tanpa berinteraksi dengan atom.

Kesimpulan
Nilai rintangan dawai adalah berkadar terus dengan panjang dawai. Berdasarkan
eksperimen ini, jambatan Wheatston dapat menghitung nilai rintangan yang anu melalui
hubungan nisbah nilai rintangan perintang yang diketahui ke atas panjang. Berdasarkan

persamaan R = (l) ini dapat menyimpulkan bahawa faktor kerintangan dawai adalah
bergantung kepada luas keratin rentas dawai , A dan panjang dawai ,l.

Rujukan :

Cyberphysics ,(2018) , Factors that affect the resistance of a wire.


diperoleh pada 2 Mac 2018 melalui
http://www.cyberphysics.co.uk/topics/electricity/higher_electricity/resistance.htm

Henderson.T (2012) , Resistance diperoleh pada 2 Mac 2018 melalui


http://www.physicsclassroom.com/class/circuits/Lesson-3/Resistance

Fall (2004) . Lab E3: The Wheatstone Bridge pada 28 Februari 2018 melalui
https://nano-
optics.colorado.edu/fileadmin/Teaching/phys1140/lab_manuals/LabManualE3.pdf

Wolf dan Stanley. (1973). Guide to Electronic Measurements and Laboratory Practice.
New Jersey : Prentice-Hall Eaglewood Cliffs

Serway R.A dan Vuille.C (2017) .College Physics ( 10 ed) .


Singapore: Cengage Learning Pte Ltd
LAPORAN AMALI FIZIK SCE 1024

NAMA : RAFIUDDIN BIN AHMAD SAMAWE

NOMBOR ANGKA GILIRAN: 20017122310072

BILANGAN AMALI : 2

TAJUK AMALI : EKSPERIMEN JAMBATAN WHEATSTONE

TARIKH HANTAR LAPORAN : 4/03/2018


Lampiran graf

Rx melawan lx
3

2.5

2
Rx (Ω)

1.5

0.5

0
0 0.2 0.4 0.6 0.8 1
panjang lx (m)

You might also like