You are on page 1of 13

LAPORAN AMALI FIZIK SCE 1024

NAMA : RAFIUDDIN BIN AHMAD SAMAWE

NOMBOR ANGKA GILIRAN: 20017122310072

BILANGAN AMALI : 1

TAJUK AMALI : MENENTUKAN PEMALAR MASA BAGI LITAR RC

TARIKH HANTAR LAPORAN : 5/02/2018

AHLI KUMPULAN : NUR NASUHA BINTI AZMI

NUR JUWAINA BINTI MAHADHIR

NAJIHAH BINTI ABDULLAH

RAFIUDDIN BIN AHMAD SAMAWE

MOHAMAD SYAHMI BIN CHE ZAINUDIN


1.0 Tajuk :

Menentukan pemalar masa bagi litar RC

2.0 Objektif :
Untuk menentukan pemalar masa dan kapasitan sebuah kapasitor dalam litar RC.

3.0 Teori :
Kapasitor ialah komponen elektrik yang terdiri daripada dua plat logam dipisahkan oleh
penebat iaitu dielektrik.Kapasitor berfungsi untuk menyimpan cas dan menyahcas.
.Kapasitan bagi kapasitor pula merupakan nisbah cas pada mana-mana satu plat kapasitor
itu dengan beza keupayaan di antara plat-platnya. Kapasitor boleh diterbitkan dengan
formula :
𝑐𝑎𝑠 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑎𝑛𝑎−𝑚𝑎𝑛𝑎 𝑝𝑙𝑎𝑡 𝑘𝑎𝑝𝑎𝑠𝑖𝑡𝑜𝑟
Kapasitans =
𝑏𝑒𝑧𝑎 𝑘𝑒𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎𝑎𝑛 𝑑𝑖 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑝𝑙𝑎𝑡−𝑝𝑙𝑎𝑡

𝑄
C= unit: farad(F)
𝑉

Apabila 𝑣0 iaitu beza keupayaan asal (maksimum) merentasi suatu kapasitor , maka cas
asal dalam kapasitor
𝑄0 = C𝑉0
Pada suatu masa t daripada permulaan dinyahcas kapasitor , cas kapasitor pada masa t
ialah Q=CV
−𝑑𝑄
Arus dinyahcas, I = ( di mana cas Q berkurang dengan masa)
𝑑𝑡

= 𝐼0 𝑒 −𝑡/𝐶𝑅
Pemalar masa kapasitor yang dinyahcas ialah masa yang diambil untuk cas dalam kapasitor
1
itu menyusut sehingga 𝑒 kuantiti cas asalnya.

Nilai pemalar masa, ꞇ = CR ( dimana CR merupakan dimensi yang sama dengan dimensi
masa)

Daripada Q= 𝑄0 (1 − 𝑒 𝑡/𝐶𝑅 ) , pemalar masa bagi proses mengecas kapasitor diperoleh dan
Q= 𝑄𝑜 𝑒 −𝑡/𝐶𝑅 , pemalar masa bagi proses nyahcas diperoleh seperti dalam graf 1.1 .
Graf 1.1

Daripada persamaan I = 𝐼0 𝑒 −𝑡/𝐶𝑅 , pemalar masa bagi nyahcas kapasitor diperoleh dalam
graf magnitude arus melawan masa ( graf 1.2 ).

Graf 1.2

Apabila t = CR , maka

Q = 𝑄𝑜 𝑒 −𝑡/𝐶𝑅

=𝑄𝑜 𝑒 −𝐶𝑅/𝐶𝑅
1
= 𝑒 𝑄0

≈ 0.37 𝑄0
Maka , ternyata pada t = pemalar masa,ꞇ magnitud arus ternyahcas ialah 0.37 dari nilai asal
atau nilai maksimum 0.37𝐼0
4.0 Hipotesis :
Beza keupayaan kapasitor meningkat secara eksponen dengan masa apabila litar
diputuskan. Nilai bacaan arus menurun secara eksponen dengan masa. Kapasitan bagi litar
selari kapasitor adalah lebih besar daripada litar sesiri kapasitor.

5.0 Pembolehubah
Pembolehubah dimanipulasikan : susunan litar
Pembolehubah bergerak balas : pemalar masa
Pembolehubah dimalarkan : nilai rintangan perintang, jumlah bekalan kuasa dibekalkan.

6.0 Radas :
6 v bekalan kuasa a.t , suis , ammeter a.t , jam randik ,rheostat 822 ohm , penyambung
wayar berklip buaya, 2 kapasitor berlabel c1 dan c2.

7.0 Prosedur :
1. Litar sesiri disediakan seperti dalam rajah 1.1.

Rajah 1.1
2. Bacaan mikrometer direkod untuk mendapatkan 𝐼0 apabila suis,S ditutup.
3. Suis S dibuka dan kapasitor dilitarpintaskan menggunakan wayar penyambung untuk
dinyahcas.
4. Kapasitor yang dinyahcas disambung semula ke dalam litar dan suis S ditutup untuk
mengecas kapasitor sehingga bacaan ammeter kembali ke 𝐼0 .
5. Suis S dibuka dan jam randik dimulakan serentak. Bacaan ammeter diperhatikan.
Apabila arus mencapai suatu nilai yang tertentu, jam randik dihentikan. Bacaan arus
, I dan masa, t direkodkan.
6. Langkah 4 dan 5 diulang untuk nilai-nilai I dan t lain. Bacaan direkod dan kedua-dua
nilai I dan t dijadualkan.
7. Kapasitor , C2 ditambah ke dalam litar secara selari seperti rajah 1.2.

Rajah 1.2

8. Langkah 3 hingga 6 diulang untuk mendapatkan bacaan ammeter dan jam randik , I’
dan t’ . Nilai bacaan I ‘ dan t ‘ direkod dan dijadualkan.
9. Graf I melawan t dan I’ dan t’ diplot menggunakan paksi yang sama.( Lampiran A,)
10. Daripada graf, pemalar masa ꞇ dan ꞇ ’ bagi litar siri dan selari RC ditentukan.
11. Kapasitan bagi kedua-dua litar dikira menggunakan formula ꞇ =RC

8.0 Keputusan
Litar RC sesiri ( cas)
Nilai 𝐼0 = 5.8 A

Masa, t (s) Nilai bacaaan mikrometer (A)


0 5.8
5 4.4
10 3.1
15 2.3
20 1.6
25 1.1
30 0.7
35 0.5
40 0.5
Litar RC sesiri (dinyahcas)
Nilai 𝐼0 = 5.8 A

Masa, t (s) Nilai bacaan mikroammeter(A)


0 5.8
5 4.5
10 3.5
15 2.6
20 2.1
25 1.7
30 1.5
35 1.5
40 1.5
45 1.5

Litar RC selari (cas)


Nilai 𝐼0 = 10 A

Masa, t (s) Nilai bacaaan mikrometer (A)


0 10.0
5 8.2
10 6.7
15 5.3
20 4.1
25 2.9
30 2.0
35 1.7
40 1.7

Litar RC selari (dinyahcas)


Nilai 𝐼0 = 10 A

Masa, t (s) Nilai bacaan mikroammeter(A)


5 10.0
10 7.3
15 6.3
20 5.8
25 5.3
30 5.0
35 5.0
40 5.0
45 5.0
9.0 Analisis data

Persamaan I = 𝐼0 𝑒 −𝑡/𝐶𝑅 perlu diterbitkan dalam bentuk y = mx + c , maka


−𝑡 −𝑡
𝑙𝑛𝐼 = 𝑙𝑛𝐼ₒ𝑒 𝜏𝐶 akan menjadi ln 𝐼 = ln 𝐼° + 𝑙𝑛𝑒 𝜏𝐶 .

−𝑡
ln 𝐼 − ln 𝐼° = 𝑙𝑛𝑒 𝜏𝐶
𝐼 𝑡
𝑙𝑛 =−
𝐼0 𝜏𝐶

𝐼 𝑡
−𝑙𝑛 =
𝐼0 𝜏𝐶
𝐼0 1
𝑙𝑛 = ∙𝑡
𝐼 𝜏𝐶
Melalui formula ini pemalar masa dapat dicari dengan menggunakan 𝐼0 , I, t berdasarkan
graf I melawan t yang diplot.

Pemalar masa bagi litar sesiri :


5.8 1
𝑙𝑛 = ∙ 30
0.5 𝜏𝐶
2.45ꞇ c = 30
ꞇ c = 12.24 s
Pemalar masa bagi litar selari :
10 1
𝑙𝑛 = ∙ 30
2 𝜏𝐶
1.61ꞇ c = 30
ꞇ c = 18.63 s
Dengan nilai pemalar masa yang diperoleh, kapasitan bagi kapasitor dalam litar sesiri dan
selari boleh didapati dengan menggunakan formula ꞇ = RC di mana , C ialah kapasitan , R
ialah nilai rintangan rheostat dan ꞇ ialah pemalar masa.

Kapasitan bagi kapasitor dalam litar sesiri


ꞇ = CR
12.24= 822C
C = 0.015 mikrofarad
Kapasitan bagi kapasitor dalam litar selari
ꞇ = CR
18.63= 822C
C = 0.023 mikrofarad

10.0 Perbincangan
Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil kira dalam eksperimen ini ialah memastikan
kapasitor telah dinyahcas dengan lengkap dengan melintarpintaskan terminalnya iaitu
dengan menyentuh kedua-dua terminal kapasitor sebelum memulakan eksperimen.
Pastikan penyambungan wayar dan komponen-komponen elektrik adalah ketat. Masa
pengendalian eksperimen juga tidak boleh diperpanjang untuk mengelakkan wayar menjadi
panas. Hal ini akan meningkatkan kerintangan litar yang akan mengganggu ketepatan
keputusan. Pastikan kedudukan mata berserenjang dengan senggatan pada alat
pengukuran untuk mengelakkan ralat paralaks. Permukaan reostat perlu dibersihkan untuk
mengelakkan berlaku penambahan diameter pada dawai bagi mengurangkan nilai
rintangan.
Nilai kapasitan dan kerintangan yang sebenar dalam litar bergantung kepada bekala
kuasa dan wayar(Clayton, 1999). Kapasitan dan kerintangan sumber bekalan kuasa adalah
berbeza apabila ditutup atau dibuka. Oleh sebab itu , nilai R dan C dalam cas dan nyahcas
kapasitor adalah berbeza walaupun menggunakan litar yang sama.
Kapasitor berfungsi untuk menahan , mendapat dan membekalkan cas. Kapasitor
boleh dicas sehingga tahap di mana beza keupayaannya sama dengan bekalan kuasa. Plat-
plat di dalam kapasitor dicas yang menyebabkan berlaku tenaga penolakan antara plat
positif kapasitor. Apabila litar dipintaskan , kapasitor masih mengekalkan nilai bacaan arus
pada beberapa saat yang menunjukkan kapasitor boleh menahan cas.
Apabila litar dipasang secara selari, nilai kapasitan bagi setiap kapasitor adalah tidak
sama kerana setiap kapasitor memmpunyai beza keupayaan merentasi yang sama. Maka
jumlah kapasitan dalam suatu litar selari boleh diungkapkan dengan ungkapapan C = C1+
C2 + C3. Apabila kapasitor dipasang secara siri , setiap kapasitor mempunyai cas yang
sama, +Q di satu plat dan –Q di plat lain. Cas –Q yang mengalir dari plat ke plat lain akan
𝑄 1 𝑉
menyebabkan keseluruhan sistem akan dinyahcaskan. Maka jika C= 𝑉 atau 𝐶 =𝑄 , ungkapan
1 1 1 1
𝐶
= 𝐶1 + 𝐶2 + 𝐶3 . Hal ini menunjukkan nilai kapasitan bagi kapasitor yang disambung selari
adalah lebih besar daripada sesiri.
11.0 Kesimpulan
Bekalan tenaga yang disambungkan kapasitor yang tidak bercas akan menghasilkan arus
cas dalam litar kapasitor. Arus mula mengalir dalam litar dengan nilai maksimum,𝐼0
sebanyak 10 A. Arus kemudian berkurangan secara eksponen dengan masa dan menjadi
kosong apabila litar diputuskan.Apabila arus berhenti mengalir, kapasitor dikatakan
mempunyai cas sepenuhnya. Kapasitor bercas menyimpan jumlah cas tertentu. Pada
awalnya, beza keupayaan melalui kapasitor yang tidak bercas adalah 0 volt. Beza
keupayaan meningkat secara eksponen dengan masa. Pada masa yang sama, arus
berhenti mengalir apabila beza keupayaan mencapai nilai maksimum. Nilai kapasitan bagi
litar selari adalah lebih besar berbanding litar sesiri.

12.0 Rujukan
Connor. J . (2013) Conclusiion Discussion at The Center of This . diperoleh melalui petikan
dalam https://www.coursehero.com/file/p7vvhf5/Conclusion-Discussion-At-the-
center-of-this-experiment-was-the-capacitor-and/ pada 4 Februari 2018

Liong Y.P ( 1996) Fizik STPM . Shah Alam . Fajar Bakti

Lee.N.J (2013) STPM Physics Practical Experiment 6 Capacitance and Time Constant .
diperoleh melalui petikan di dalam https://www.scribd.com/doc/124124036/STPM-
Physics-Practical-Experiment-6-Capacitance-and-Time-Constant-Second-Term
pada 4 Februari 2018
Lampiran A (graf I melawan t)
Lampiran B(siri Q melawan t)
Lampiran C ( graf selari Q melawan t)

You might also like