You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Masyarakat Iban di Sarawak begitu kuat berpegang kepada adat dan budaya. Mereka
berpegang kepada peribahasa, biar sesat di belantara, asal jangan sesat adat. Kaum Iban
tinggal di sekitar 5,000 rumah panjang kebanyakannya di pedalaman Sri Aman, Betong, Kapit,
Song, Bintulu dan Sibu, hampir sepanjang Sungai Rajang dan menyumbang sekitar 29
peratus daripada 2.5 juta penduduk Sarawak.

Salah satu adat dan budaya Iban yang masih diamalkan sehingga sekarang adalah
‘belian’. ‘Belian’ ini merupakan salah satu sastera Iban yang dimainkan oleh ‘manang’ yang
lazimnya bertujuan untuk ritual mengubati orang yang sakit. Hal ini kerana, pada zaman
dahulu, masyarakat Iban tidak mempunyai pengetahuan tentang perubatan klinikal. Oleh
sebab itu, ritual ‘belian’ ini merupakan inisiatif masyarakatan Iban untuk mendapatkan
perkhimatan perubatan. Orang yang menjalankan ritual ini disebut ‘manang’. ‘manang’ ini
kebiasaannya terdiri daripada kaum lelaki. Akan tetapi, terdapat juga ‘manang’ dari kaum
perempuan.

Kalau diikutkan dengan penceritaan daripada mitos orang dulu-dulu, orang yang
pertama diberi gelaran ‘manang’ ini adalah ‘Manang Menjaya’ yang juga dikenali sebagai
‘Manang Bali’. Bali di sini bermaksud kemampuan untuk bertukar rupa kepada apa sahaja
rupa yang dikehendaki dan ‘bali’ ini disebut dengan bunyi glottal ‘I’ iaitu ‘balie’. Hal ini kerana,
‘manang’ ini mampu bertukar rupa daripada lelaki kepada perempuan dan sebaliknya. Oleh
sebab itu, nama ‘Manang Bali’ diberikan iaitu ‘bali’ yang bermaksud bertukar.

Pelian merupakan puisi ritual untuk menyembuhkan orang yang sakit, dilafazkan oleh
manang (dukun) untuk mengalahkan atau mengusir Iblis yang menyebabkan penyakit, dan
juga untuk mengejar, menangkap dan mengembalikan semangat yang pergi ke sebayan. Kain
akan direntang atau digantung pada rumah si pesakit sebagai tanda kepada orang yang
datang ke rumah berkenaan supaya memberi sedekah. Tujuan memberi sedekah ini ialah
untuk menampung kos perubatan oleh manang. Kemudian, semasa puisi dilafazkan, pelepa
(tanda) akan diadakan seperti benang merah, duri limau dan sebagainya untuk menghalau
hantu. Manang akan meninjau ke dalam batu ilau (batu azimat) untuk melihat di mana
semengat si pesakit sedang berada, dan apa yang menyebabkan ia lari meninggalkan
badannya (semengat dilihat oleh manang seperti serangga). Ketika melafazkan pelian,
menang menggunakan wa’ untuk melambangkan pemergian atau penerbangannya untuk
mengejar dan menangkap semengat yang hilang. Oleh demikian, manang perlu memiliki
engkerabun (blinder amulet) supaya beliau tidak dilihat oleh iblis atau makhluk halus bagi
menyempurnakan tugasnya.

1
Puisi ini berbentuk magis dan berfungsi untuk memulihkan semengat, menyembuhkan
penyakit, menghilangkan ketakutkan dan sebagai ubat dan penawar. Dalam konteks ini,
pelian masih berpengaruh dalam sistem pembantu dan perbomohan kerana ada penyakit
yang tidak dapat diubati secara moden seperti penyakit senak, dirasuk hantu, gangguan
makhluk halus, sawan, buatan orang, dirasuk pelesit, terkena polong, bajang, dan orang
bunian, penyakit wabak dang gangguan semengat jahat merasuk perempuan. Semengat
jahat ini disebut sebagai tunang antu yang menjelma sebagai binatang atau ikan adung dan
tilan. Jika demikian, pelian biasanya dilafazkan oleh ‘manang’ untuk menghalau hantu dan
melindungi perempuan tersebut.

Sastera ini menurut beberapa orang responden telah menyatakan bahawa selain
daripada digunakan mengubati orang sakit, belian juga adalah untuk meneutralkan mimpi
buruk yang dihadapi oleh individu tertentu. Mereka menjalankan upacara ‘belian’ ini setelah
mendapat mimpi buruk adalah salah satu inisiatif untuk tidak dihantui oleh mimpi tersebut. Hal
ini kerana masyarakat Iban dari dahulu sehingga sekarang masih lagi percaya kepada
wujudnya sebab satu-satu mimpi itu terjadi.

2.0 Sebelum Menjalankan Kajian

Sebelum melaksanakan kajian, pengkaji telah terlebih dahulu mengkaji secara


menyeluruh tentang pekara asas yang berkaitan dengan upacara ‘belian’ ini. Daripada kajian
awal pengkaji, terdapat beberapa bahan asas yang digunakan dalam upacara ini. Antaranya
ialah, tombak yang disebut ‘sangkuh’, daun pisang yang digunakan sebagai ‘pagar api’, pua
kumbu, ‘piring’ ‘kebuk’ atau pasu kecil dan juga parang. Selain itu, sebelum mengkaji upacara
ini dengan lebih mendalam, pengkaji juga memilih tempat yang dikatakan strategik untuk
menjalankan kajian lapangan. Hal ini kerana, tempat yang dipilih hendaklah tempat yang
masih mengamalkan upacara ini dan juga tempat yang masih mempunyai ‘manang’. Di
samping itu, sebagai persediaan untuk menjalankan kajian ini juga, pengkaji telah
menyediakan soalan yang dirasakan mampu untuk memenuhi objektif kajian yang akan
dilaksanakan. Hal ini kerana, perlunya proses yang lancar semasa menjalankan kajian
lapangan.

Kajian lapangan ini dijalankan di sebuah rumah panjang di Ulu Pedanum, Pakan.
Tempat ini dipilih kerana rata-rata penduduk disini masih mengamalkan adat budaya Iban
terutamanya dalam upacara ‘belian’. Tambahan pula, di rumah panjang tersebut terdapat
seorang ‘manang’ yang masih aktif menjalankan upacara ‘belian’ ini. Beliau digelar sebagai
‘Manang Apai Itam’. Beliau adalah antara ‘manang’ yang selalu dipanggil untuk menjalankan

2
upacara belian di tempat lain selain di rumah panjang tersebut. Oleh sebab itu, kajian
lapangan ini sangat sesuai dilaksanakan di rumah panjang tersebut.

3.0 Semasa Menjalankan Kajian

Semasa menjalankan kajian ini juga, pengkaji telah menghadiri satu upacara ‘belian’.
Semasa upacara ini dilaksanakan, pengkaji telah diminta untuk memerhatikan satu persatu
proses penyediaan bahan yang digunakan untuk upacara ‘belian’ ini. Selain itu, pengkaji juga
diberitahu bahawa tujuan upacara ‘belian’ yang dilakukan pada hari tersebut adalah kerana,
salah seorang daripada keluarga yang mengundang ‘manang’ tersebut telah mengalami
mimpi buruk. Maka menurut ‘manang’ tersebut upacara belian pada malam tersebut adalah
dinamakan ‘belian gempuru semengat’ yang bermaksud menyatukan semula semangat orang
yang mengalami mimpi buruk tersebut. Disamping itu, pengkaji juga telah diminta untuk
memerhatikan ubat-ubatan yang telah disediakan oleh ‘manang’ tersebut untuk upacara
belian tersebut. Antara ubatan yang diperlukan oleh ‘manang’ dalam melaksanakan upacara
‘belian’ ini ialah ‘engkerabun’, ‘sakang’, dan juga ‘pencelap’. Semua ubat-ubatan ini adalah
ubatan yang khusus digunakan oleh ‘manang’ dalam ‘belian gempuru semengat’. Akan tetapi,
ubat-ubatan yang digunakan akan berbeza mengikut tujuan upacara ‘belian’ tersebut
dijalankan.

Selepas semua bahan yang digunakan telahpun lengkap disediakan, pengkaj


disajikan dengan upacara ‘miring’ sebelum upacara ‘belian’ dilakukan. Selepas upacara
miring diadakan, kaum lelaki telah menyediakan ‘pagar api, yang terdiri daripada tombak,
pasu kecil atau ‘kebuk’, daun pisang dan juga pakaian mereka yang menghuni bilik tempat
upacara ‘belian’ dilaksanakan. ‘Pagar api’ ini dibuat adalah kerana ini merupakan pelindungan
‘manang’ untuk menjelajah tempat yang dinamakan ‘menua sebayan’ untuk mengambil
kembali semangat inidividu yang masih hidup. Selain itu, semasa ‘manang’ tersebut
menjalankan upacara ini, beliau telah menggunakan pua kumbu yang dianggap sebagai
sayap semasa beliau pergi ke ‘menua sebayan’ untuk mengambil semangat individu yang
masih hidup. Pua kumbu ini juga digunakan oleh ‘manang’ untuk menilik dimana tempat
semangat yang ingin disatukan dengan tubuh individu yang masih hidup. Selepas semua
upacara selesai, ‘manang’ akan menjalankan satu lagi upacara iaitu ‘ngantung pelepa’.
Upacara ini bertujuan untuk memagari bilik itu daripada dimasuki oleh roh-roh jahat. Upacara
ini mengandungi pantang larang tersendiri iaitu, tidak boleh dimasuki oleh orang asing dalam
tempoh tiga hari bermula dari hari selepas upacara ‘belian’ itu.

3
4.0 Selepas Menjalankan Kajian

Selepas menjalankan kajian ini, pengkaji telah menemu bual ‘manang’ tentang proses-
proses beliau memasuki dunia ghaib tersebut. Mengikut maklumat yang diberikan, tidak
semua ‘manang’ boleh mamasuki ‘menua sebayan’ dengan senang. Hal ini kerana, untuk
memasuki alam tersebut, ‘manang’ perlulah menjalani satu proses yang dinamakan sebagai
‘bebangun’. Proses ‘bebangun’ ini adalah proses untuk membolehkan semangat ‘manang’
tidak dilihat di alam ghaib.

Selain itu, selepas menjalankan proses ‘bebangun’ ini juga, semangat ‘manang’ juga
dIbantu oleh pembantunya yang dikenali sebagai ‘yang’. ‘Yang’ ini adalah terdiri daripada
makhlus halus yang membantu ‘manang tesebut dalam upacara ‘belian’. Antara ‘yang’ atau
pembantu ‘manang’ ini ialah hantu gergasi, buaya, kelawar, hantu tinggi, dan banyak lagi entiti
yang dijadikan sebagai pembantu dalam melaksanakan upacara ini.

Di samping itu, pengkaji juga telah didedahkan dengan perbezaan dalam upacara
‘belian’ yang dijalankan kerana dalam adat ‘belian’ juga terdapat perbezaan dalam upacara
yang dilakukan mengikut tempat asal kaum Iban itu sendiri. Contohnya, dalam Adat Belian,
masyarakat Iban Sebuyau lazimnya, jika penyakit tersebut didapati sukar untuk bomoh ubati
secara seorang maka ia mempunyai pembantu iaitu bomoh yang kedua. Tetapi mengikut
dulang (hantaran) yang digunakan.

Selain itu, penggunaan Dulang mempunyai makna yang tertentu dan ianya seperti
sinonim dengan makna penggunaan Dulang di dalam adat dan tradisi Melayu. Dulang yang
dimaksudkan adalah hidangan untuk Semadin (orang bunian,syaitan atau hantu). Dulang ini
mempunyai beberapa fungsi serta angka hidangan tersendiri. Dulang tiga dan lima adalah
dulang biasa yang mana lazimnya untuk kegunaan upacara betubah serta penyakit biasa
(senang diubati). Namun sekiranya penggunaan Dulang 7 dan angka angka ganjil yang
seterusnya maka dikatakan penyakit si pesakit sukar diubati kerana semangat roh sudahpun
jauh dibawa oleh semadin. Pada ketika inilah acara belian besar tujuh dulang dilakukan.
Hidang tujuh dulang adalah untuk memberi makan ataupun hidangan kepada Semadin (orang
bunian). Yang diisi di dalam hidangan adalah seperti kuih penyaram, mayang kelapa, bedak
muka amoi, sireh pinang serta bertih jagung yang di goreng tanpa minyak serta seterusnya
beberapa alat hantaran kepada Semadin. Ianya adalah alat solek, kain sarung dan sikat
rambut.

4
Dalam acara tujuh dulang ini, terdapat alat-alat kelengkapan seperti Balai Rong
(Rumah semangat), kebuk (tempayan sederhana), sangkuh (tombak), peti (tempat duduk
bomoh) serta persembahan untuk Semadin (bunian) iaitu pencak. Pencak ini merupakan
persembahan yang dikendalikan oleh dua wakil iaitu orang yang lebih tua yang harus
mempunyai semangat yang kuat serta mampu bermain senjata pedang. Selain itu, satu
miniatur sampan buatan juga disediakan dan di dalam sampan buatan ini akan diisikan patung
kecil. Ianya simbolik cerita pelayaran mereka untuk mengambil semangat si pesakit tersebut.

Dari sinilah Manang itu nanti akan menjelajah dunia mistik yang mana jika Manang itu
pengsan maka ianya akan dibantu oleh pembantu beliau yang dikenali dengan nama Kebayu.
Tugas kebayu adalah untuk memberitahu kepada manusia biasa atau keluarga terdekat si
pesakit tentang apa yang berlaku. Beliaulah orang perantaraan antara Manang yang sudah
berada di alam mistik dengan manusia biasa. Upacara Adat Bebelian ini dilakukan sehari
semalam jika mengikut Tujuh Dulang. 2 acara yang terakhir adalah memecahkan mangkuk
kebuk serta memancung mayang pinang. Selepas itu Manang akan memberi tempoh berdiam
iaitu selama tiga hari tanpa ada apa apa ganguan. Kemudian Manang akan memilih beberapa
orang kampong untuk menghantar semangat pesakit ke sungai yang mengalir melalui
sampan buatan. Di dalam sampan buatan akan diletakkan 7 warna pulut dan 7 warna bunga.

Pantang larang semasa tempoh berdiam ini adalah dilarang menjerit, menyanyi,
membesarkan suara, alat komunikasi tidak dibenarkan terutama televisyen mahupun radio.
Jika keluarga pesakit tersebut ingin memasuki rumah mereka hanya pintu belakang yang
harus digunakan. Selain itu oleh kerana ianya merupakan antara upacara yang besar-besaran
maka penglibatan seluruh kampung adalah diperlukan. Pada ketika inilah juga, kanak-kanak
tidak dibenarkan untuk keluar bermain di luar rumah kerana mereka terlalu terdedah dengan
lemah semangat. Hanya selepas Hari Belian tamat barulah segalanya kembali normal.

5.0 Kesan Budaya Belian Terhadap Hubungan Etnik

Setiap etnik di Malaysia mempunyai agama, kepercayaan, budaya dan juga tradisi yang
berbeza mengikut etnik masing-masing. Setiap kaum mempunyai kepercayaan dan fahaman
yang tersendiri. Sikap saling memahami dan menghormati budaya kaum lain adalah perlu
agar keharmonian dan perpaduan dapat dibina dan dipertahankan. Apabila sesuatu kaum
tidak memahami budaya dan tradisi sesuatu kaum yang lain, kelancaran hidup bermasyarakat
tidak dapart dikekalkan. Sikap toleransi dan saling memahami serta menghormati budaya
kaum lain adalah pemangkin yang penting dalam proses memantapkan perpaduan
masyarakat di Malaysia.

5
Selain itu, nilai sesuatu budaya itu sangat tinggi khusus untuk setiap kaum sehingga
sebarang isu yang timbul akibat dari salah faham pengamalan sesuatu budaya itu akan
menggugat keharmonian kaum yang sudah terjalin erat terutama di kalangan penduduk yang
berbilang bangsa di negara Malaysia. Oleh yang demikian, penting bagi setiap kaum untuk
menghormati dan memahami budaya kaum lain agar tidak menimbulkan sebarang
pertelingkahan kerana budaya sesuatu kaum adalah amalan yang dipegang oleh kaum
tersebut. Contohnya, kaum-kaum lain di Malaysia haruslah mengenali dan menghormati
budaya masyarakat Iban seperti budaya ‘belian’.

Dengan mengenali dan memahami budaya tersebut maka tidak akan timbul sebarang
isu sensitive oleh kaum lain. Hal ini demikian kerana mungkin terdapat kekeliruan sekiranya
kaum lain tidak memahami budaya belian dan beranggapan bahawa budaya tersebut syirik
ataupun terpesong daripada ajaran agama, walhal budaya tersebut merupakan satu upacara
yang dijalankan khusus oleh masyarakat Iban untuk mengubati penyakit yang tidak dapat
disembuhkan di hospital. Maka, tidak akan wujud sebarang stigma bahawa budaya belian
adalah terpesong daripada ajaran agama sekiranya kaum lain mengenali dan memahami
budaya ini. Justeru, adalah penting bagi semua individu dalam masyarakat untuk bertoleransi
dan menghoramti budaya yang diamalkan oleh semua etnik di Malaysia.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, upacara belian ini merupakan salah satu upacara yang dapat
memupuk semangat kekitaan dan semangat saling tolong menolong dalam kalangan
masyarakat Iban. Hal ini demikian kerana, dengan adanya upacara seperti ini masyarakat
Iban akan menolong mereka yang menjalankan upacara untuk menyediakan makanan dan
juga segala keperluan yang dirasakan perlu semasa upacara dilaksanakan. Selain itu,
semangat kekitaan dapat dilihat daripada semasa upacara ini dilansungkan. Semua
penduduk rumah panjang ataupun mereka yang tinggal berdekatan akan sama-sama untuk
berkumpul dan sama-sama untuk mendengar alunan suara ‘manang’ untuk melagukan ayat-
ayat puitis dalam ‘belian’. Hal yang sedemikian menunjukkan bahawa masyarakat Iban ini
dapat bersatu dan juga tidak mementingkan diri sendiri dalam setiap pekara yang dilakukan.

Di samping itu, upacara seperti ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim dengan
orang lain. Hal ini kerana, semasa tidak ada upacara seperti ini, masyarakat akan cenderung
untuk melakukan tugasan seharian dan kurang masa untuk berkumpul bersama-sama kerana
ada diantara penduduk akan kerja sehingga lewat petang yang menyebabkan mereka tidak
ada masa untuk berinteraksi dengan masyarakat lain.

6
Melalui kajian lapangan yang dilaksanakan, banyak ilmu dan pengetahuan mengenai
kaum Iban yang telah dipelajari. Pengkaji dapat mengetahui mengenai adat resam dan
budaya serta pantang larang yang masih diamalkan oleh kaum Iban. Selain itu, kami juga
dapat mengkaji tentang kepercayaan dan bahasa kaum Iban yang sangat unik jika
dibandingkan dengan kaum lain yang terdapat di Malaysia.

Secara keseluruhannya, masyarakat Iban di Sarawak adalah masyarakat yang


mempunyai cara hidup dan tradisi yang agak istimewa. Cara hidup mereka adalah amat
menarik sekali untuk diungkapkan dan diceritakan. Kehidupan masyarakat Iban jika dilihat
dari aspek sosial, ekonomi dan politik sesungguhnya amatlah berbeza dengan kaum-kaum
lain di Malaysia ini. Sesungguhnya Malaysia kaya dengan etnik dan budaya yang menarik
yang boleh dicuba oleh etnik yang lain.

Walaubagaimanapun, pada masa kini, adat dan tradisi masyarakat Iban banyak juga
yang telah ditinggalkan. Antaranya adat-adat yang menjurus kepada animisme, kepercayaan
karut, dan adat-adat yang difikirkan tidak logik untuk diamalkan pada masa sekarang. Hal ini
memandangkan masyarakat pada zaman sekarang sudah maju dan pemikiran masyarakat
pun berubah ke arah yang lebih moden. Tambahan pula, sudah ramai golongan cerdik pandai
dalam kalangan masyarakat Iban yang membawa budaya dan cara hidup masyarakat bandar
dan menerapkannya dalam kalangan masyarakat Iban.

7
Rujukan

Richards, Anthony. An Iban-English Dictionary, Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1997

Harry Usup Umbar, Geoffrey Singgon, Timothy Salang. Kamus Tribahasa Iban-Melayu-
Inggeris, Sarawak Iban Writers’ Association. 2010

http://www.dayaks.com
diakses pada 20 Mac 2018

http://www.everyculture.com/East-Southeast-Asia/Iban-Religion-and-Expressive-
Culture.html
diakses pada 20 mac 2018

Harris, Amanda. Iban Shamanism: An Analysis of the Ethnographic Literature,


http://findarticles.com/p/articles/ dimuat turun pada 20 Mac 2018

http://tempalaikenang-uchutedung.blogspot.my/2012/06/manang-tusun-kesatu.html
Manang (Tusun Kesatu) diakses pada 20 Mac 2018

You might also like