You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Menurut Gagne (1965), media pengajaran meliputi pelbagai komponen persekitaran yang
menghasilkan ransangan kepada pembelajaran murid. Ransangan yang dimaksudkan adalah
medium yang mampu mewujudkan komunikasi antara murid dan ilmu pengajaran. Secara
lazimnya, guru merupakan salah satu punca utama ransangan tersebut, namun terdapat juga
pelbagai medium yang lain seperti buku, internet, blog dan lain-lain yang dapat memberikan
input kepada murid-murid.

“Jika media itu membawa mesej tentang pengajaran, maka media itu digelar
sebagai media pengajaran”

Heinich et al. (1968)

Kemp dan Smellie (1994), pula mendefinisikan media pengajaran sebagai media audio
dan visual atau bahan-bahan yang berkaitan dengannya dan berfungsi dalam perlaksaan
sesuatu pengajaran.

Berdasarkan beberapa pengetian tersebut, dapat kita simpulkan bahawa, media


pengajaran adalah segala media yang mampu digunakan oleh guru dan murid untuk
menyalurkan input daripada pengirim kepada penerima sehingga mampu memberikan
ransangan serta perhatian murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

2.0 PERANCANGAN
2.1 ANALISIS PELAJAR

Bagi melengkapkan tugasan e-Portfolio media pengajaran ini, kami telah menjadikan murid
tahun 4 sebagai fokus utama pengajaran kami. Maka, secara ringkasnya, media pengajaran
yang telah kami wujudkan ini adalah berkisar kepada pengajaran bagi tahun 4 berdasarkan
Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan yang sesuai. Rasional pemilihan tahun 4
sebagai fokus pengajaran adalah kerana pada peringkat ini, murid-murid tersebut sedang
mengalami peralihan daripada tahap 1 ke tahap 2 yang telah mewujudkan pelbagai cabaran
yang baru kepada mereka.

2.2 OBJEKTIF

Media pengajaran yang telah kami sediakan adalah berkonsepkan media pengajaran yang
melibatkan pelbagai pendekatan, baik pendekatan visual, audio, video, mutimedia interaktif
dan sebagainya. Menurut Sudjana & Rivai Ahmad (2008), objektif utama penghasilan media
pengajaran ini adalah bagi mewujudkan gambaran yang baharu kepada murid-murid terhadap
kaedah pemerolehan ilmu pengetahuan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kaedah “Chalk
and Talk” yang digunakan oleh guru pada zaman terdahulu sudah tidak relevan pada masa
kini melihat kepada perkembangan teknologi yang semakin membangun. Melalui media
pengajaran ini, murid-murid dapat meneroka kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi
yang dapat digunakan sepanjang waktu pengajaran lantas memudahkan tugas guru bagi
mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan bagi sesi pengajaran tersebut.

Objektif yang seterusnya adalah bagi mendedahkan kepada murid-murid terhadap


kegunaan TMK dalam pengajaran yang selari kepada pendekatan Pembelajaran Abad Ke-21
yang semakin giat dibicarakan pada zaman ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, menurut
Adri (2007), pendekatan PAK-21 mampu mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri murid-murid
lantas memberikan mereka kemudahan untuk menerokan ilmu pengetahuan dengan lebih
mendalam melalui kaedah-kaedah dan kemudahan yang telah disediakan. Guru pula
bertindak sebagai fasilitator dan sedia untuk memberikan pandangan, bantuan mahupun
dorongan kepada murid-murid bagi memperoleh ilmu pengajaran.

Objektif yang terakhir adalah sebagai pemudahcara pengajaran bagi subjek Bahasa
Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam subjek Bahasa Melayu, pendekatan
modular yang digunakan dalam pengajaran telah membahagikan subjek ini kepada 3
kemahiran yang utama dan 2 elemen tambahan yang harus diterapkan dalam setiap
pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu. Kemahiran yang dimaksudkan adalah kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, manakala elemen tambahan pula
melibatkan elemen tatabahasa dan elemen seni bahasa. Kewujudan e-Portfolio ini telah
memudahkan guru untuk mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan dengan kemahiran-
kemahiran yang ingin digunakannya tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama. Guru
boleh memilih mana-mana fokus pembelajaran, dan mengambil sepenuhnya bahan-bahan
yang bersesuaian dan melaksanakannya di dalam kelas.

2.3 MEDIA DAN BAHAN

Sepanjang penghasian e-Portfolio ini, kami telah menggunakan pelbagai perisian dan aplikasi
sebagai media dan bahan pengajaran. Antaranya adalah “Powtoon”, “Youtube”, “Prezi”,
“FlipBook”, “Toondo”, “WheelDecide”, “Tiny Cards”, “Sketchpad”, “Vanngage”, “Kahoot”,
“MovieMaker” dan “MindMaster.
3.0 PELAKSANAAN

Kelas Idzzuddin Kelas Nabihah Kelas Fariesha

Tema Kesihatan dan Tema Kesihatan dan Tema Kesihatan dan


Kebersihan Kebersihan Kebersihan
Kemahiran Aspek Tatabahasa Kemahiran Menulis Kemahiran Mendengar dan
Bertutur
SK 5.1 SK 3.5 SK 1.7
Memahami dan Mencatat Berbincang dan
menggunakan maklumat yang mengemukakan
golongan kata betul tentang pendapat tentang
dengan betul sesuatu perkara sesuatu perkara
mengikut daripada pelbagai daripada pelbagai
konteks. sumber sumber secara
bertatasusila.

SP 5.1.1 Memahami SP 3.5.2 SP 1.7.2 Berbincang


dan Mencatat dan
menggunakan maklumat yang mengemukakan
kata nama am betul mengikut pendapat secara
dan kata nama urutan untuk kritis tentang
khas dengan betul membuat carta sesuatu perkara
mengikut konteks daripada pelbagai daripada pelbagai
sumber. sumber dengan
menggunakan
ayat yang
gramatis secara
bertatasusila.
Masa 1 Jam Masa 1 Jam Masa 1 Jam

Set induksi Konsep kata nama Set induksi Membaca petikan Set induksi Penggunaan
(video- Powtoon) ‘Sebab-sebab video Lagu Kitar
masalah obesiti Semula
dalam kalangan
Lagu Suku-suku pelajar’
Separuh (video-
Youtube)

Langkah 1 Penggunaan Langkah 1 Menggariskan Langkah 1 Penggunaan


perisian Powtoon sebab-sebab Visual Tinycards
obesiti

Perbincangan Penggunaan
menghasilkan aplikasi melukis
video animasi Sketchpad
tentang "Amalan
Hidup Sihat"
Langkah 2 Memuat naik Langkah 2 Penggunaan Mind Langkah 2 Penghasilan peta
video animasi Master untuk i-think
yang telah dibuat membuat peta menggunakan
ke dalam grafik laman web
youtube. venngage

Langkah 3 Penggunaan Langkah 3 Langkah 3 Penggunaan


infografik Prezi aplikasi kahoot
untuk pengayaan
dan pemulihan

3.1 PENGLIBATAN MURID


Bahan bantu mengajar atau belajar merupakan satu elemen yang penting khususnya
bahan yang berbentuk digital bagi mewujudkan satu pembelajaran yang
menyeronokkan dan dengan lebih efektif di dalam mahupun luar bilik darjah seiring
dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (Nur Aisyah Mohamad
Noor , Zamri Mahamod , Afendi Hamat, & Mohamed Amin Embi , 2012). Pembelajaran
yang mengaplikasikan elemen digital dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) juga menyokong pembelajaran abad ke-21 yang bertujuan untuk menyediakan
diri murid-murid untuk menghadapi cabaran dan juga merupakan agenda dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Nor Aisah Jamil & Mohd
Kashfi Mohd Jailani, 2017). Pendedahan yang diberikan kepada murid-murid ini akan
memberi peluang kepada mereka bagi mendapat dan mengasahkan kemahiran
seperti berfikir secara kritis, berinovasi, penyelesaian masalah dan kreatif dalam apa-
apa juga situasi
4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, media pengajaran perlulah sentiasa diterapkan semasa proses Pengajaran


dan Pemudahcaraan (PdPc) kerana jelas menunjukkan peningkatan rasa minat murid untuk
belajar dan tahap kefahaman mereka kerana pengajaran sangat menyeronokkan dan tidak
bosan. Sehubungan dengan itu, setiap guru haruslah peka semasa merancang dan
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi membentuk murid-murid
berdasarkan kepada Aspirasi Murid yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Hal ini
kerana, setiap murid mempunyai perbezaan potensi untuk memahami pengajaran yang diajar
oleh guru dan seharusnya setiap guru mengaplikasikan pelbagai teknik dan kaedah untuk
setiap kemahiran bahasa dengan mengintegrasikan elemen Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) bagi memastikan setiap murid dapat menerima pengajaran yang
dilaksanakan pada hari berkenaan dengan berkesan (Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail ,
2013). Oleh itu, setiap guru haruslah meneliti dan menelaah pelbagai media pengajaran yang
ingin disampaikan agar setiap murid mendapat input yang sama. Kesannya, keberhasilan
dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan positif akan
meningkatkan tingkat kecemerlangan murid-murid di sesebuah sekolah.
Rujukan

Adri, M. 2007. Strategi Pengembangan Multimedia Instructional Design. Jurnal Invontek 8: 1-


8.

Abdul Rasid Jamian , & Hasmah Ismail . (2013). Pelaksanaan Pembelajaran yang
Menyeronokkan dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu.

Jennifer Gonzalez. (11 Jun, 2017). How Hyperdocs Can Transform Your Teaching . Dipetik
daripada: Cult of Pedagogy : https://www.cultofpedagogy.com/hyperdocs/.

Kelly Hilton. (2017 Januari, 2018). Hyperdocs : Reflection. Dipetik daripada: Hyperdocs:
https://hyperdocs.co/

Nor Aisah Jamil , & Mohd Kashfi Mohd Jailani . (2017). Pengukuran Pembelajaran Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dalam Kalangan Murid Guru yang Dibimbing (GDB) oleh Pengawai
SISC+. Jurnal Perspektif Risalah An-nur , 237-248.

Nur Aisyah Mohamad Noor , Zamri Mahamod , Afendi Hamat, & Mohamed Amin Embi .
(2012). Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Perisian Multimedia dalam Pembelajaran
komsas bahasa Melayu Tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay
Language Education (MyLEJ), 1-16.

Sudjana & Rivai Ahmad. 2008. Media Pengajaran (Penggunaan dan Pembuatannya).
Bandung: Sinar Baru Algensindo.

Vebrianto , & Kamisah Osman . (2012). Keberkesanan Penggunaan Pelbagai Media


Pengajaran dalam Meningkatkan Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan Pelajar.
Jurnal Pendidikan Malaysia , 1-11.
Lampiran

QR Code