You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU SERADA

20050 KUALA TERENGGANU.

MINIT MESYUARAT DISIPLIN DAN BADAN PENGAWAS


KALI PERTAMA 2017
Tarikh : 23 Feb 2017
Hari : Khamis
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Kesihatan
Kehadiran : 1. Pn. Rosliza bt Said ( GPK HEM)
2. En. Mohd Shukri b. Abd Rahman(Pengerusi )
3. Pn. Murziana binti Mohamad (Setiausaha)
4. Pn Nurul Huda bt yusof
5. Pn Lau Hoon Lan
6. Pn Suriani bt Ismail @ Musa
7. Pn Norita bt Mohamad
8. Pn Azlida bt Abdul Rahman
9. Pn Erdawati bt Salleh
Tidak Hadir Bersebab: - tiada

1. Ucapan Pengerusi Majlis (En Mohd Shukri b. Abd Rahman)

1.1 Pengerusi memulakan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.


1.2 Beliau juga mengalu-alukan kehadiran semua AJK ke mesyuarat pada kali ini.
1.3 Beliau juga memaklumkan bahawa semua guru merupakan guru disiplin.
Oleh itu, beliau berharap semua ajk dan guru bersama-sama untuk
memastikan disiplin sekolah ini terkawal.

Tindakan: Makluman semua AJK


2. Ucapan GPK HEM (Pn. Rosliza bt Said)
2.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kepada semua AJK kerana dapat memberi
komitmen yang tinggi serta kerja buat yang baik terhadap semua aktiviti
sekolah.
2.2 Beliau juga berharap semua AJK dapat memberi cadangan tentang aktiviti
yang akan diadakan untuk memantapkan disiplin pelajar.

3. Peraturan Disiplin

3.1 Encik Muhd Shukri memaklumkan buku peraturan disiplin sekolah masih
boleh diguna pakai seperti sediakala oleh semua warga sekolah. Buku
peraturan disiplin sekolah juga perlu dibeli oleh semua murid kedai buku
sekolah. Beliau juga berharap guru-guru disiplin dan guru bertugas agar
dapat membacakan buku peraturan sekolah dari semasa ke semasa agar
murid-murid faham dan mematuhi peraturan sekolah.

Tindakan : Semua guru

3.2 GPK HEM Pn. Rosliza mohon kerjasama semua guru dsiplin agar dapat
mewujudkan papan kenyataan pengawas sekolah . Beliau mencadangkan agar
papan kenyataan sekolah diwujudkan dan beliau juga mencadangkan agar
laluan itu dijadikan sebagai tempat pengawas sekolah berkumpul bagi sesi
taklimat dan sebagainya.

Tindakan: Makluman semua AJK

4. SSDM
4.1 Pengerusi memaklumkan semua guru adalah guru disiplin. Oleh itu, semua
guru boleh membuat laporan jika terdapat masalah disiplin oleh murid-
murid.
4.2 Pengerusi juga memaklumkan setiap minggu setiauasaha akan membuat
Laporan dan pengesahan jika ada kes-kes masalah disiplin.
Tindakan: Semua Guru dan Setiausaha

5. Hal-Hal Lain

5.1 Pengerusi juga berharap semua ajk bersama-sama memberi komitmen dan
kerjasama supaya aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar
dan baik.

Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30
petang

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Mendepani Kecemerlangan ‘

Disediakan oleh, Disemak oleh ,

.............................................. ...........................................................
(MURZIANA BIN MOHAMAD) (EN. MOHD SHUKRI BIN ABD. RAHMAN)
Setiausaha, Pengerusi,
Disiplin dan Badan Pengawas Sekolah, Disiplin dan Badan Pengawas Sekolah,
SK. Kg. Baharu Serada, SK.Kg. Baharu Serada,
Kuala Terengganu. Kuala Terengganu.

You might also like