You are on page 1of 5

PENGAJARAN MIKRO

Mata pelajaran : Matematik

Tahun : 5 Einstein

Bilangan murid : 30 orang

Tarikh / Hari : 18 Februari 2019 / Isnin

Masa : 10.10 a.m – 11.10 a.m

Bidang Pembelajaran : Nombor dan Operasi

Tajuk : Perpuluhan

Pengetahuan Sedia ada : a) Murid-murid telah mengenal, dapat menamakan dan menulis nombor perpuluhan

b) Murid telah menguasai operasi penambahan melibatkan satu nombor perpuluhan

Standard Kandungan : 8.3 Penambahan Nombor Perpuluhan

Standard Pembelajaran :i) Menambah dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid berupaya untuk :


a) Menambah dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan dengan tepat dengan
menggunakan petak perpuluhan.
Pentaksiran : a) Pemerhatian berterusan terhadap respon murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

b) Hasil kerja rumah murid akan diguna sebagai indikator pencapaian standard pembelajaran.
Elemen Merentasi Kurikulum : a) Kemahiran Berfikir : membanding beza

b)Nilai dan Sikap – Kerjasama, Berdisiplin

c) Daya kreativiti dan inovasi

Kemahiran Proses Matematik : Komunikasi dipupuk secara aktif semasa interaksi antara guru dan murid semasa aktivti pdp

Bahan Bantu Mengajar : Kotak/Petak perpuluhan, mini papan putih, marker, helaian kerja, cetakan wang kertas

LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN

Set Induksi Konsep Penambahan 1. Murid ditunjukkan dua jumlah wang. BBM
Cetakan wang kertas
(5 minit) RM 5.30 RM 1.50
Mini papan putih
2. Murid dikehendaki menambah dua jumlah wang tersebut pada mini
papan putih. Nilai dan Sikap
3. Murid perlu mengangkat jawapan yang diselesaikan. Mendengar Arahan
4. Guru menyemak jawapan yang diberikan murid. Berdisiplin
5. Guru memberitahu murid bahawa penambahan wang melibatkan
penambahan perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan KB
6. Guru membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dan Membuat Perkaitan
objektif pembelajaran pada hari tersebut.
Langkah 1 Pengenalan Petak 1. Guru memperkenalkan Petak perpuluhan kepada murid. BBM
Perpuluhan Cetakan wang kertas
(15 minit)
Mini papan putih

Ra Pu Sa Titik p/10 p/100 p/1000


Nilai dan Sikap
. Mendengar Arahan
Berdisiplin
+
Sistematik

2. Kemudian, guru menerangkan kepada murid cara untuk KB


menggunakan petak perpuluhan tersebut. Membuat Perkaitan

3. Murid dikehendaki melukis petak perpuluhan masing-masing pada


buku.

7.51 + 3.46 4. Murid menyelesaikan masalah penambahan dua tempat perpuluhan


yang diberi guru menggunakan petak perpuluhan..
14.63 + 20.25

5. Guru membantu murid menyelesaikan masalah.


Langkah 2 Menyelesaikan Masalah 1. Guru memberi contoh soalan penambahan dua dan tiga tempat
Dua dan Tiga Tempat perpuluhan.
(10 minit)
Perpuluhan 2. Murid diminta menyelesaikan beberapa soalan berkaitan
penambahan dua dan tiga tempat perpuluhan di dalam buku
menggunakan petak perpuluhan.
3. Setelah selesai, murid dikehendaki menjawab soalan penambahan
dua dan tiga perpuluhan tanpa menggunakan petak perpuluhan.
4. Murid dibimbing guru semasa membuat latihan.

Langkah 3 Aktiviti Secara 1. Murid dikehendaki membuat lima kumpulan yang mengandungi 4
Berkumpulan orang ahli.
(10 minit)
2. Murid hendaklah melantik seorang ketua dalam kumpulan masing-
masing.
3. Murid diberikan sehelai kertas yang mengandungi soalan.
4. Seorang wakil atau ketua kumpulan ke hadapan kelas untuk
mengambil satu soalan.
5. Guru memberitahu murid untuk menyelesaikan soalan
menggunakan petak perpuluhan.
6. Setelah selesai, wakil seterusnya ke hadapan untuk mengambil
soalan seterusnya sehinggalah keempat-empat soalan habis.
7. Kumpulan yang paling awal habis dikira pemenang.
8. Guru berbincang dengan murid jawapan yang diperolehi.
Langkah 4 Lembaran Kerja 1. Murid diedarkan lembaran kerja.
2. Murid diarahkan menjawab semua soalan yang diberikan oleh guru
(10 minit)
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
3. Beberapa orang murid dipilih guru untuk menyebut jawapan mereka
kepada kelas.
4. Bincangkan hasil kerja murid.
Penutup Rumusan Pembelajaran 1. Guru merumuskan fokus pembelajaran pada hari tersebut.
2. Guru menyoal beberapa orang murid secara lisan untuk
memberitahu apa yang dipelajari hari ini.
3. Guru memberi peluang kepada murid yang untuk bertanya sebarang
persoalan berkaitan operasi penambahan perpuluhan.
4. Murid diedarkan lembaran kerja kedua sebagai latihan pengukuhan
di rumah.

You might also like