You are on page 1of 4

CASE PRESENTATION 2

EN.SHARIMAN

1) Personalization

Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat oleh saya melalui sesi rakaman sesi

kaunseling kelompok ini,En Shariman adalah seorang kaunselor yang disenangi oleh

pelajarnya. En.Shariman juga memberi peluang kepada ahli kelompok untuk meluahkan

segala perasaan yang terpendam.Ini memberi keselesaan kepada semua ahli kelompok.

2) Conceptualization

Oleh kerana kaunselor menggunakan pendekatan laissez-faire yang mana memberi

kebebasan kepada ahli kelompok untuk membincangkan isu,maka kaunselor tidak dapat

mengeluarkan isu utama yang berlaku dalam sesi kaunseling kelompok tersebut.

Namun,kaunselor berupaya menggalakkan ahli kelompok untuk berkongsi dengan rakan-

rakan yang lain. Kaunselor perlu banyak menggunakan soalan terbuka bagi membolehkan

ahli kelompok terus berkongsi.

3) Intervention

Kaunselor menggunakan pendekatan laissez-faire. Melalui pendekatan ini kaunselor

memberi peluang dan ruang kepada ahli kelompok untuk menentukan tujuan kelompok

tersebut.Pendekatan ini sangat sesuai bagi kalangan ahli kelompok ini.Namun,kaunselor perlu

berhati-hati agar segala apa yang diperbincangkan di dalam kelompok akan dapat memberi

manfaat dan faedah kepada semua ahli kelompok.


KAUNSELING KELOMPOK

EN.ZAMRI

4) Personalization

Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat oleh saya melalui sesi rakaman sesi

kaunseling kelompok ini,En Zamri berupaya mengawal ahli kelompok yang terdiri daripada

kalangan yang mengambil dadah. Hal ini agak memberi cabaran kepada en.Zamri,namun

berupaya mengawal dengan baik.En.Zamri juga ada membuat sedikit senaman ringkas bagi

mewujudkan hubungan yang baik bersama dengan klien. En. Zamri juga dapat mewujudkan

suasana yang selesa dikalangan ahli kelompok yang terdiri daripada pelbagai ragam.

5) Conceptualization

Oleh kerana ahli kelompok yag dikendalikan oleh En Zamri merupakan ahli kelompok

yang mempunyai permasalahan yang utama,maka isu yang dibincangkan menjadi lebih

mudah untuk diterima oleh setiap ahli kelompok.Namun,cabaran yang paling besar dihadapi

oleh kaunselor adalah bagi memastikan ahli kelompok berupaya mendapat sesuatu yang

bermakna melalui kelompok yang dilakukan.Kaunselor perlu melakukan sesuatu aktiviti yang

boleh menarik perhatian ahli kelompok yang lain untuk bersama-sama di dalam kelompok

tersebut.

6) Intervention

Kaunselor banyak menggunakan soalan-soalan yang terbuka yang mana melalui soalan-

soalan ini menggalakkan ahli kelompok untuk terus bercerita.Hal ini bukan mudah untuk

membolehkan ahli kelompok menaruh kepercayaan di antara sesama ahli kelompok.


KAUNSELING INDIVIDU

NAJIHAH 817897

7) Personalization

Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat oleh saya melalui sesi rakaman sesi

kaunseling individu ini mendapati bahawa kaunselor sangat mesra dengan klien dan berupaya

menggalakkan klien untuk berkongsi dengan kaunselor.Klien juga sangat selesa dengan

kaunselor sehingga membolehkan banyak maklumat yang telah dikongsi oleh klien kepada

kaunselor.Selain itu, nada suara yang digunakan oleh kaunselor juga mempengaruhi klien

untuk berkongsi perasaan dengan kaunselor.

8) Conceptualization

Kaunselor berupaya mengeluarkan isu utama yang berlaku terhadap klien melalui terapi

seni yang digunakan oleh kaunselor kepada klien.Melalui terapi seni membolehkan klien

banyak bercerita mengenai dirinya secara tidak sedar.Soalan-soalan yang ditanya oleh

kaunselor juga menunjukan bahawa kaunselor memahami apa yang sedang dilalui oleh klien.

9) Intervention

Kaunselor banyak menggunakan soalan-soalan terbuka yang membolehkan klien

menghuraikan tentang dirinya dengan panjang lebar.Kaunselor juga menggunakan

kemahiran-kemahiran kaunseling seperti membuat refleksi isi dan juga refleksi

perasaan.Namun,kaunselor juga perlu peka dengan perkataan yang dikeluarkan oleh klien

seperti memanggil ibunya dengan perkataan ‘dia’ yang menunjukan terdapat perasaan tidak

puas hati klien.


KAUNSELING INDIVIDU

FAIRUZ

10) Personalization

Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat oleh saya melalui sesi rakaman sesi

kaunseling individu ini,kaunselor berupaya membuat penstrukturan dengan baik.Kaunselor

berupaya mewujudkan hubungan yang baik bersama dengan klien.Namun,kaunselor harus

lebih menunjukan ekpresi muka yang lebih bersahaja bagi membolehkan klien merasa lebih

selesa apabila menjalankan sesi kaunseling. Nada suara kaunselor juga sangat bersesuaian

dan dapat menggalakan untuk klien berkongsi dengan kaunselor.

11) Conceptualization

Kaunselor berupaya membenarkan klien untuk bercerita dalam sesi kaunseling dengan

suasana yang teraputik.Namun,kaunselor perlu banyak menggunakan soalan-soalan yang

terbuka bagi memudahkan klien untuk lebih membuat huraian dengan lebih terperinci.

12) Intervention

Kaunselor banyak menggunakan pendekatan terapi Gestalt yang mana kaunselor

menekankan kepada apa yang berlaku pada masa kini.Pendekatan ini membolehkan klien

menilai dan melihat keupayaan dan keinginan beliau yang sangat diperlukan pada masa

kini.Namun,kaunselor juga perlu berhati-hati agar tidak tertinggal perkara-perkara penting

yang perlu diselesaikan oleh klien pada masa dulu.

You might also like