You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KWAMP KALI PERTAMA 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERPATIH,


73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

Tarikh : 15 Januari 2019


Hari : Selasa
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK Seri Perpatih

Agenda :
1. Kata-kata aluan Pengerusi
2. Hal-hal Profesionalisme
3. Hal-hal lain
4. Penutup

Kehadiran :
Encik Alias bin Abdul Samad (Pengetua)
En. Ahmad Hapian Bin Pilus (GPK Hal Ehwal Murid)

AJK :
1 Pn. Natasa Shuhaida Bt Abd latif (Setiausaha HEM)
2 Pn Siti Suraya Bt Nordin (Setiausaha KWAPM)
2 Pn. Rahimat Bt Awang Hamat
3 En. Mohamed Azli B Zafri
4 Pn. Siti Halijah Bt Rosdan
5 Pn. Norafizah bt Abdullah
6 Pn. Noraini Bt Din

1. Kata-kata Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memberitahu tentang Kerajaan Malaysia telah meluluskan
pemberian KWAMP kepada murid Tahun 1 hingga tahun 6 yang
berpendapatan isi rumah sebanyak RM930.00 dan ke bawah dan Perkapita
RM230.00 dan kebawah.
1.2 Pelaksanaan KWAMP bagi tahun ini diteruskan bertujuan meringankan
beban ibu bapa.
1.3 Pengerusi juga memaklumkan tentang kriteria-kriteria kelayakan bantuan
termasuklah murid mesti warganegara Malaysia, dan bagi murid yang bukan
warganegara, salah seorang ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara

1
Malaysia serta bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
sahaja.
Tindakan: Untuk makluman
2. Hal-hal Profesionalisme
2.1 Pemilihan murid yang layak menerima bantuan dibincangkan berdasarkan
maklumat murid dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
2.2 Setiap guru kelas mengenalpasti murid yang ibu bapa layak untuk menerima
bantuan tersebut.
2.3 Jawatan Kuasa Bantuan KWAMP memutuskan bahawa murid yang layak
bagi Tingkatan 1 adalah seramai 9 orang, dibantu oleh semua guru.

Tindakan : Untuk makluman dan tindakan

3. Perkara-perkara lain
5.1 Bantuan KWAMP ini akan diserah secepat mungkin.

Tindakan : Untuk makluman dan tindakan

4. Penutup

Tuan pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar
semua guru berhati-hati dalam mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan
agar tidak berlaku kesilapan yang tidak diingini. Beliau turut berharap agar
pelaksanaan bantuan ini akan berjalan lancar tanpa mempunyai sebarang masalah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh,

_______________________
(Pn. Siti Suraya Binti Nordin)
Setiausaha KWAPM,
SMK Seri Perpatih

Disemak oleh.

__________________________
(En. Ahmad Hapian Bin Pilus)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SMK Seri Perpatih

2
Disahkan oleh,

________________________
(Encik Alias bin Abdul Samad)
Pengetua
SMK Seri Perpatih

You might also like