You are on page 1of 27

PENGGUNAAN KAEDAH MULTISENSORI BAGI MEMBANTU MURID

PEMULIHAN MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA

Oleh:

Syamsul Asyraf Bin Ahmad Sukri

Sekolah Kebangsaan Ayer Itam,

Jalan Kampong Melayu, 11500,

Air Itam, Pulau Pinang

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid pemulihan di Sekolah Kebangsaan Ayer Itam

untuk menguasai kemahiran membaca. Subjek kajian ini lebih tertumpu kepada seorang murid

pemulihan tahun tiga yang masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Penghasilan kajian ini diharapkan dapat membantu murid-murid yang mengalami masalah

untuk menguasai kemahiran membaca untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam

membaca. Pendekatan yang cuba diketengahkan ini adalah pendekatan pengajaran secara

multisensori yang melibatkan penggunaan visual, auditori, kinestatik dan juga taktil (VAKT).

Pada awal kajian, satu uiian pra telah dibuat untuk mengenal pasti tahap penguasaan serta

kelemahan murid yang menjadi subjek kajian dalam kemahiran membaca. Ujian pos pula telah

dilaksanakan untuk menentukan tahap kemajuan murid dalam menguasai kemahiran membaca.

Kajian mendapati bahawa, penggunaan multisensori dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

dapat meningkatkan penguasaan murid dalam menguasai kemahiran membaca.

Kata kunci: Kaedah multisensori, visual, audio, kinestatik, taktil, kemahiran membaca

1
Latar Belakang Kajian

Sekolah Kebangsaan Ayer Itam atau nama ringkasnya SK Ayer Itam merupakan sebuah

sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kampong Melayu. Sekolah Kebangsaan Ayer Itam

mula dibuka bagi pendaftaran murid pada 1 Ogos 1881 dengan nama Sekolah Government

Ayer Itam, Pulau Pinang. Ketika dibuka, ia hanya mendaftar dengan hanya 42 orang murid

sahaja.

Murid-murid sekolah ini datangnya dari sekitar kawasan Ayer Itam seperti Paya

Terubong, Kampung Melayu dan Kampong Bahru. Pada 2018, jumlah keseluruhan pelajar

yang berdaftar adalah sebanyak 222 orang murid yang merangkumi pelbagai kaum yang rata-

ratanya tinggal berdekatan dengan kawasan sekolah.

Tinjauan Awal

Dalam menjalankan kajian tindakan ini, saya telah mengenal pasti murid yang

menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran membaca yang lebih tertumpu kepada

kemahiran asas kepada aspek membaca itu sendiri iaitu aspek mengenal huruf, suku kata dan

juga membatangkan suku kata.

Pada peringkat ini, saya telah menjalankan beberapa ujian awal bagi mengenal pasti tahap

sebenar murid yang telah dipilih oleh saya dalam menguasai kemahiran membaca. Tinjauan

awal ini bertujuan untuk memudahkan saya bagi mengenal pasti tahap serta kaedah yang dapat

saya gunakan untuk membantu murid-murid ini dalam mengatasi masalah membaca mereka.

1) Senarai Semak

Berdasarkan senarai semak yang telah saya jalankan, saya dapati bahawa murid

sasaran saya ini langsung tidak dapat membaca dengan tepat. Tambahan pula murid

berkenaan masih lagi tidak dapat mengenal huruf dengan baik disamping keliru antara

huruf besar dan juga huruf kecil

2
Senarai semak digunakan oleh penyelidik semasa proses Pengajaran dan

Pembelajaran dijalankan. Prosedurnya bermula apabila penyelidik memerhatikan

secara langsung tahap kefahaman murid bagi mata pelajaran yang diajarkan. Respons

murid akan ditanda dalam senarai semak berdasarkan butiran yang telah disenaraikan.

Kemahiran yang disenaraikan adalah berfokuskan kepada kemahiran membaca dan

menulis huruf besar dan huruf kecil.

Dalam asek mengeja, murid didapati sukar untuk mengeja perkataan mudah

seperti “bola”, “mata”, dan “kaca”. Murid juga sering kali mengeja perkataan yang tiada

langsung kaitan makna dengan perkataan asal dan murid sering juga menyebut

perkataan berdasarkan gambar sahaja dengan meneka perkataan tersebut selepas

melihat gambar yang turut disertakan bersama. Murid juga kerap kali melakukan

kesalahan dalam menyusun abjad dalam perkataan serta menggabungkan suku kata

secara terbalik. Ada masa yang sama juga, murid sering keliru dalam membezakan

bunyi abjad yang hampir sama dalam sesuatu suku kata seperti abjad “c” dengan bunyi

perkataan “si”.

Murid juga didapati sering keliru antara huruf kecil dan juga huruf besar.

Selalunya, murid akan mencampurkan kedua-dua huruf kecil dan huruf besar apabila

diminta menulis “ABC”.

2) Ujian

Ujian peringkat awal yang dirancang terhadap murid yang mengalami

kesukaran untuk membaca ini merangkumi ujian pra. Ujian ini amat bermakna buat

pengkaji untuk memperoleh maklumat mengenai murid secara lebih tepat dan terperinci

serta dapat memfokus kepada masalah utama mereka.

3
2.1 Ujian Pra

Ujian pra ini dijalankan kepada murid yang telah dipilih sebagai responden

kepada kajian ini dalam kelas pemulihan di Sekolah Kebangsaan Ayer Itam, Pulau

Pinang bagi mengesan dan mengesahkan murid yang dipilih mengalami masalah untuk

membaca. Kandungan ujian pra tersebut tertumpu kepada ruang lingkup masalah yang

dikaji. Ini bermakana struktur dan bentuk ujian tersebut adalah mencakupi tahap

mengenal huruf, mengenal suku kata, membatangkan suku kata dan juga membunyikan

suku kata.

Bentuk ujian juga bersesuaian dengan tahap kognitif murid pada peringkat umur

sembilan tahun. Ujian tersebut berbentuk seperti ujian menulis huruf, padankan, isi

tempat kosong, pilih dan warnakan huruf awal dan suku kata, dan lengkapkan huruf

dan suku kata yang tertinggal dalam sesuatu perkataan dan seterus ujian bacaan.

Penilaian dibuat berdasarkan berapa banyak kesalahan soalan yang dijawab murid.

Daripada keputusan ini penyelidik dapat mengesan murid yang bermasalah berdasarkan

skor yang telah ditetapkan.

Objektif Kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan harapan agar pengkaji dapat membantu murid sasaran

pengkaji untuk menguasai kemahiran membaca dengan baik dan lancar. Oleh itu, saya

menggunakn pendekatan kaedah multisensori dengan harapan agar ianya dapat memudahkan

murid sasaran pengkaji ini dapat menguasai dan menggunakan dengan sebaik mungkin

kemahiran membaca ini.

Melalui kajian ini juga, saya berharap agar guru-guru dapat menambah baik amalan

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih berkesan terutama dengan

4
menggunakan kaedah multisensori ini bagi membantu murid-murid yang mengalami masalah

dalam menguasai kemahiran membaca.

Pada masa yang sama juga pengkaji berharap dengan adanya kajian ini, para guru dapat

menambahkan pengetahuan mereka mengenai kaedah multisensori ini supaya dapat

diimplementasikan dalam pengajaran para guru supaya dapat meningkatkan lagi keberkesanan

pengajaran para guru.

Subjek Kajian

Kajian tindakan ini lebih tertumpu kepada salah seorang murid kelas pemulihan tahun

3 di Sekolah Kebangsaan Ayer Itam, Kampong Melayu, Pulau Pinang. Murid ini merupakan

murid yang keciciran daripada sekolah sejak tahun 1 lagi dan baru sahaja memulakan sesi

persekolahan pada tahun 3 ini. Subjek kajian ini dipilih berdasarkan keupayaannya yang tidak

langsung mengenal huruf dengan baik serta membaca dengan baik. Justeru pengkaji memilih

subjek kajian untuk menjalankan kajian mengenai penggunaan kaedah multisensori ini.

Instrumen Kajian

Makumat tambahan untuk menyokong kajian ini diperolehi melalui buku latihan murid,

ujian pra, ujian pos, serta rekod pengajaran guru dan juga senarai semak yang dijalankan oleh

pengkaji.

1. Ujian Pra

Ujian ini dijalankan pada pertemuan pertama pengkaji dengan subjek kajian

kelas pemulihan. Kandungan ujian lebih tertumpu kepada ruang lingkup masalah

yang ingin dikaji oleh pengkaji. Hal ini bermakna, struktur ujian ini mencangkupi

tahap, mengenal huruf, mengenal suku kata, membatangkan suku kata, serta

membaca perkataan-perkataan mudah. Soalan yang dirangka juga dihasilkan

5
berdasarkan tahap kognitif murid. Berdasarkan ujian ini, pengkaji dapat mengesan

masalah murid berdasarkan skor yang diperolehi oleh murid dan juga skor yang telah

ditetapkan.

2. Ujian Pos

Ujian pos pula dijalankan selepas perlaksanaan intervensi melalui kaedah

multisensori dijalankan oleh pengkaji kepada subjek kajian. Ujian ini dilaksanakan

bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah multisensori dalam meningkatkan

penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Bentuk ujian juga adalah bersesuaian

dengan perkara-perkara yang telah diajar oleh guru kepada subjek kajian. Prestasi

subjek kajian dinilai berdasarkan prestasi subjek kajian menerusi skor yang

diperolehi subjek kajian

3. Buku Rekod Pengajaran Guru

Pengkaji turut melihat buku rekod pengjaran guru kelas pemulihan yang

mengajar subjek kajian ini bagi memastikan tahap penguasaan subjek kajian dalam

menguasai kemahiran membaca. Berdasarkan rekod pengajaran guru pemulihan ini,

pengkaji dapat merangka struktur pengajaran yang perlu dijalankan oleh pengkaji

dalam usaha untuk membantu subjek kajian untuk menguasai kemahiran membaca.

4. Senarai Semak

Senarai semak digunakan oleh pengkaji dalam usaha untuk memantau tahap

perkembangan subjek kajian sepanjang pengkaji menjalankan program intervensi ini

bersama subjek kajian.

Perlaksanaan Tindakkan

Setelah pengkaji berjaya mengesan serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan subjek

kajian dalam menguasai kemahiran membaca, pengkaji telah memperkenalkan satu kaedah

6
baharu yang berkemungkinan besar dapat membantu subjek kajian untuk menguasai kemahiran

membaca dengan lebih baik seterusnya membantunya untuk membaca dengan baik. Kaedah

yang dimaksudkan ini adalah kaedah multisensori dan antara teknik multisensori yang

digunakan adalah:

1. Penggunaan Batu Berwarna-warni

Sebagai permulaan kepada pengajaran yang menggunakan kaedah multisensori,

saya telah menggunakan batu berwarna-warni sebagai metode yang terbaik untuk

membantu subjek kajian untuk mula mengenal huruf.

Langkah: Pengenalan kepada huruf

 Guru akan menunjukkan kad huruf kepada murid sambil menyebut nama huruf

dan meminta murid untuk menyebut nama huruf tersebut

 Seterusnya murid akan menyurih kad huruf tersebut sambil menyebut nama

huruf tersebut secara berulang kali

 Seterusnya, guru akan memberikan murid sejumlah batu bewarna–warni dan

minta murid membentuk huruf-huruf tersebut dengan batu-batu bewarna-warni

tersebut berdasarkan kepada huruf yang disebut guru

 Murid pada awalnya akan menyurih terlebih dahulu bentuk huruf tersebut di

udara sebelum membentuknya menggunakan batu bewarna-warni

 Murid diajar terlebih dahulu untuk menguasai huruf kecil terlebih dahulu

sebelum beralih kepada huruf besar

7
Rajah 1 Murid sedang membentuk huruf dengan menggunakan batu bewarna-warni.

Sumber: Kajian Laangan 2018

Rajah 2 Subjek kajian cuba menulis “abc” menggunakan batu bewarna-warni

Sumber: Kajian Lapangan 2018

8
2. Penggunaan Roda Suku Kata

Setelah subjek kajian berjaya mengenal huruf dengan baik menggunakan kaedah

penggunaan batu berwarna-warni, pengkaji seterusnya menggunkan pula Roda Suku Kata

untuk membantu pengkaji mengajar subjek kajian untuk mula mengenal suku kata. Roda

Suku Kata merupakan salah satu bahan multisensori yang digunakan bagi mengajar subjek

kajian untuk mengenal suku kata da juga membatangkan suku kata.

Langkah: Mengenal Suku Kata dan Membatangkan Suku Kata

 Guru meletakkan kad suku kata pada roda suku kata

o Guru akan mengeja terlebih dahulu dna menyebut suku kata tersebut sebelum

dikuti oleh murid.

o Murid akan menyebut kembali suku kata tersebut dan menyurihnya diatas kertas

karpet.

o Setelah murid dapat menguasai sesuatu suku kata, guru akan menukarkan huruf

lain pula untuk membentuk suku kata yang lain pula.

Rajah 3 Roda Suku Kata yang digunakan dalam kaedah Multisensori ini

Sumber: Kajian Lapangan 2018

9
3. Penggunaan Batang Pecahan Huruf

Setelah murid berjaya menguasai suku kata, guru akan menggunakan kaedah Batang

Pecahan Huruf bagi membantu murid membaca perkataan atau menggabungkan suku kata

dengan baik dan betul. Batang Pecahan huruf ini memerlukan murid untuk menggabungkan

setiap batang pecahan huruf tersebut untuk membentuk satu perkataan berdasarkan gambar

yang turut disertakan. Berkonsepkan permainan “puzzle” murid akan menyusun setiap

pecahan hurif tersebut dan membentuk suatu perkataan yang bermakna mengikut suku kata

yang ditetapkan oleh guru.

Langkah: Menggabungkan Suku Kata

o Guru akan menerangkan kepada murid cara untuk menggunakan Batang

Pecahan Huruf untuk menggabungkan suku kata

o Guru akan menyebut suku kata yang perlu murid gabungkan dan kemudiannya

murid akan mengikut sebutan guru dan menyurihnya terlebih dahulu di udara

o Kemudiannya, murid akan memilih batang-batang huruf dan membentuk suku

kata berdasarkan kepada sebutan yang telah disebut oleh guru.

o Setelah berjaya menyusun pecahan huruf tersebut dan membentuk perkataan,

murid akan membacanya dengan kuat sambil menyurih huruf yang ada pada

batang pecahan huruf tersebut

o Guru akan mengulangi langkah pertama sehingga murid mampu

menggabungkan suku kata dengan baik

o Setelah murid sudah mampu menggaungkan suku kata tersebut, murid akan

cuba untuk melakukan langkah-langkah ini secara bersendirian sambil

diperhatikan oleh guru

10
Rajah 4 Batang Pecahan Huruf

Sumber: Kajian Lapangan 2018

Rajah 5 Murid sedang mencuba menggunakan Batang Pecahan Huruf

Sumber: Kajian Lapangan 2018

11
Rajah 6 Murid sedang membatangkan suku kata menggunakan Batang Pecahan Huruf

Sumber: Kajian Lapangan 2018

Penilaian dan Refleksi

Berdasarkan hasil daripada pemerhatian saya yang dijalankan secara tidak formal, saya

dapati bahawa subjek kajian lebih berminat dan seronok untuk belajar menggunkan kaedah

multisensory ini kerana subjek kajian dapat menggunakan kesemua deria mereka untuk belajar

dan juga lebih mengetangahkan konsep belajar secara seronok (“Fun Learning”) dalam

membantu subjek kajian untuk lebih menguasai kemahiran membaca .

Kaedah multisensory merupakan satu kaedah yang mampu untuk merangsang deria-

deria murid supaya lebih mudah untuk memahamai serta menguasai sesuatu kemahiran.

Disamping membina suasana belajar yang lebih ceria kepada subjek kajian, kaedah ini juga

dapat meningkatkan tumpuan murid dalam sesuatu perkara dan juga membina interaksi sosial

dan komunikasi yang baik antara subjek kajian dan juga orang sekelilingnya. Menggunakan

kaedah ini juga, subjek kajian dapat dipupuk untuk membina tingkah laku positif dalam diri

12
subjek kajian semasa belajar dan juga mengurangkan tingkah laku dan juga kelakuan yang

stereotype.

Dalam pemerhatian saya ini, dengan menggunkan kaedah multisensory ini, subjek

kajian lebih teruja dan juga gembira untuk mempelajari kemahiran membaca kerana ianya

menggunakan konsep bermain dan subjek kajian tidak hanya terikat pada buku semata-mata.

Lebih utama lagi, dengan kaedah ini, subjek kajian dapat mengurangkan rasa takut mereka

terhadap huruf dan juga membina keyakinan subjek kajian untuk terus menguasai kemahiran

membaca dengan labih baik lagi.

Dalam kaedah ini, murid menggunakan deria penglihatan untuk melihat huruf, suku

kata dan juga perkataan. Pada masa yang sama juga, murid menyebut perkataan tersebut

dengan kuat menggunakan mulut serta menulis menggunkan tangan dan pada masa yang sama

menyebut huruf dalam perkataan tersebut. Kemudiannya murid akan membaca perkataan yang

ditulis itu dengan kuat.

Jika dilihat secara keseluruhannya, penggunaan Batu Bewarna-warni memainkan

peranan yang penting dalam membantu subjek kajian menguasai serta mengenal huruf-huruf

dengan baik. Sebelum kajian dijalankan, subjek kaian beranggapan bahawa membaca itu

adalah sukar terutama dalam mengenal huruf. Namun demikian sebaliknya berlaku apabila

subjek kajian didedahkan dengan menggunakan batu bewarna-warni dalam mengenal huruf.

Hal ini sekali gus menyedarkan saya bahawa subjek kajian memerluka sesuatu dapat

merangsang dirinya terutamanya dalam menarik fokus subjek kajian.

Dengan menggunkan batu bewarna-warni ini, subjek kajian menjadi lebih berminat

untuk mengenali huruf-huruf kerana peranan warna yang menarik itu dapat merangsang

penglihatan dan juga kognitif subjek kajian semasa membaca huruf-huruf tersebut. Ketika

subjek kajian menyusun batu-batu itu membentuk huruf pula, ia bukan sahaja merangsang

13
penglihatan serta sentuhan murid malahan daya kognitif murid serta kreativiti murid dalam

usaha untuk membentuk huruf-huruf seperti yang diminta oleh guru.

Setelah menggunakan batu bewarna-warni ini, hasil daripada ujian pos yang dijalankan,

pengkaji mendapati bahawa subjek kajian sudah mula dapat memahami dan juga mengenal

huruf dengan baik, sama ada huruf besar mahupun huruf kecil. Situasi ini sekali gus

menyedarkan saya bahawa setiap murid yang mempunya masalah dalam menguasai kemahiran

membaca memerlukan suatu teknik yang mampu menarik minat mereka dalam menguasai

kemahiran membaca.

Setelah murid berjaya menguasai kemahiran mengenal huruf dengan baik, penggunaan

roda suku kata merupakan antara kaedah yang baik dalam membantu subjek kajian untuk

menguasai suku kata dengan baik dalam usaha untuk membantu subjek kajian untuk menguasai

kemahiran membaca dengan baik. Di dapati setelah subjek kajian didedahkan dengan kaedah

penggunaan roda suku kata ini, murid lebih mudah untuk menguasai serta mengenal suku kata.

Walaupun, secara dasarnya subjek kajian tidak menguasai sepenuhnya dalam mengenal

suku kata ini namun peningkatan yang ditunjukkan subjek kajian jelas membuktikan bahawa

kaedah multisensory ini merupakan kaedah terbaik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

bagi murid-murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Penggunaan Batang Pecahan Huruf juga dilihat sebagai metode yang terbaik dalam

membantu subjek kajian untuk menggabungkan suku kata dengan baik. Dengan menggunakan

kaedah ini, subjek kajian sebenarnya sedang menggunkan kaedah-kaedah awal yang telah

dipelajari dimana, subjek kajain akan menyurih terlebih dahulu bentuk huruf dan kemudiannya

menggabungkan huruf membentuk suku kata dan seterusnya menggabungkan suku kata

tersebut.

14
Melalui kaedah ini dapat pengkaji katakana bahawa ia dapat membantu subjek kajian

membaca dengan baik. Hal ini terbukti apabila subjek kajian kini sudah mampu membaca ayat-

ayat ringkas dengan suku kata-suku kata yang telah diajar kepada subjek kajian. Walaupun

subjek kajian masih lagi belum menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran membaca ini

namun, kaedah pengajaran seperti ini perlu diteruskan dalam usaha untuk membantu subjek

kajian untuk menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Melalui kajian ini, pengkaji sedar bahawa setiap murid yang bermasalah dalam

menguasai kemahiran membaca memerlukan penggunaan teknik yang perlu merangsang deria-

deria mereka untuk memudahkan pemahaman mereka. Contohnya seperti penggunaan batu

berwarna-warni dalam membantu murid mengenal huruf.

Saya juga percaya bahawa, dalam usaha kita membantu murid untuk membaca, kita

memerlukan satu pendekatan yang dekat kepada murid. Satu pendekatan yang mampu

menyelami minat serta tahap kognitif murid dengan lebih dekat. Pendekatan multisensori

merupakan satu pendekatan yang dilihat adalah antara pendekatan yang mampu merangsang

minda murid serta minat mereka untuk belajar. Kita perlu sedar bahawa, murid dan alam

bermain adalah dekat terutama pada usia mereka yang masih lagi kecil, oleh itu, pendekatan

yang boleh diambil juga perlulah lebih esuai dengan keupayaan serta minat mereka

dalamsesuatu perkara.

Jujur saya katakan, sebagai pengkaji saya merasa amat berbangga dan teruja apabila

berjaya membantu subjek kajian saya untuk menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik

berbanding sebelumnya. Jika sebelum ini subjek kajian dilihat agar sukar untuk membaca,

namun dengan kaedah ini, subjek kaian sudah menunjukkan suatu peningkatan yang agak

memberangsangkan. Saya yakin dan percaya jika kaedah ini terus digunakan dalam membantu

subjek kajian untuk menguasai kemahiran membaca, subjek kajian mampu untuk membaca

15
sebaik mungkin denganlebih baik dan lancar. Kajian National Institutes of Child Health and

Human Development di Amerika mengatakan kaedah pembelajaran multisensori ialah kaedah

yang paling efektif untuk mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bacaan. Kajian

tersebut menunjukkan kaedah multisensori lebih berkesan daripada kaedah fonetik.

Walaubagaimana pun, pendekatan ini bukanlah satu-satunya pendekatan yang boleh

digunakan untuk membantu murid untuk menguasai kemahiran membaca. Kajian-kajian yang

lebih lanjut perlu dilaksanakan lagi bagi mengenal pasti kaedah-kaedah lain yang dilihat lebih

baik dalam membantu murid untuk menguasai kemahiran membaca.

Secara keseluruhannya, masih lagi banyak ruang penambahbaikkan yang boleh

diperbaiki lagi untuk memantapkan lagi kajian ini supaya ianya dapat menunjukkan hasil

dapatan yang lebih mantap. Kajian ini perlu diteruskan lagi dalam beberapa lagi kitaran agar

dapat memastikan agar kajian ini lebih berjaya pada masa kana datang.

Bibliografi

Deuel, Ruthmary K., (1995). Developmental dysgraphia and motor skills disorders. Journal

of Child Neurology, 10, Supp.1, S6-S8.

Graves, D. (1983). Writing: Teachers and children at work. New Hampshire: Heinemann.

Lee Lay Wah. (2003). Simptom Disleksia: Kesedaran Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan Khas, 5

(1), 66-70.

Levinson, H.N. (1994). A solution to the Riddle Dyslexia. New York: Springer- Verlag.

Mohd Zuri, Aznan Che Ahmad, & Zainuddin Isa. (2013). Masalah Pembelajaran. Tanjung

Malim: Penerbit Universiti Sultan Idris.

Mohd Zuri, Aznan Che Ahmad. (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak

Bekeperluan Khas. Pulau Pinang. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

16
Mohd Zuri. (2014). Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Tanjung Malim: Penerbit

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikkan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

Education.

Norfishah Mat Rabi. (2015). Rahsia dan Keunikan Personaliti Kanak-kanak Autistik di

Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Nurdayati Praptiningrum & Purwandaraca. (2009). Metode Multisensori untuk Mengecam

Kemampuan Membaca Anak Disleksia di SD Inklusi. Jurnal Pendidik Ilmu Pendidik, Volume

02, Nomor 2, September 2009

Rohaty Mohd Maizub, Shafie Mohd Nor. (2005). Simptom Disleksia Kanan-Kanak

Prasekolah. Jurnal Pendidikan, 30 (2005), 3-19.

17
Lampiran Lampiran 1
SENARAI SEMAK

Arahan : Tandakan / pada petak yang sesuai

Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis

A. Mengeja

Ya Tidak
1. Murid sukar mengeja perkataan mudah

2. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung


kaitan makna dengan perkataan asal

3. Murid kerap melakukan kesalahan

i. menyusun abjad dalam perkataan

ii. menggabung suku kata secara terbalik

4. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir


sama dalam suku kata

B. Membaca

5 Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca


berbanding rakan sebaya

6 Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa


membaca ialah;

i. tidak menghiraukan tanda bacaan;

ii. menggugurkan perkataan;

iii. menambah perkataan pada bacaannya;

iv. melangkau baris.

Ya Tidak
7. Murid mengalami kesukaran dalam membaca
perkataan yang mempunyai vokal berganding,
diftong
8. Murid sukar membaca ayat panjang

18
C. Menulis

9. Hasil kerja bertulis murid tidak kemas

10. Murid sukar menyalin maklumat :

i dari papan tulis ;

ii yang diperdengarkan.

11. Tulisan murid sukar dibaca.

12. Murid menulis lambat berbanding dengan rakan


sebaya.

13. Murid menulis secara terbalik

i abjad-abjad tertentu.

ii perkataan.

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

14. Murid boleh bertutur dengan baik.

15. Murid boleh menjawab soalan secara lisan dengan


baik.

16. Murid boleh menghasilkan cerita berpandukan


gambar;

i tunggal

ii bersiri

17. Murid berminat terhadap perkara baru.

Ya Tidak
18. Murid mempunyai kebolehan lisan setanding dengan
rakan sebaya.

19. Murid mempunyai kecenderungan dalam bidang-


bidang tertentu..

19
20. Murid kelihatan berpotensi untuk berjaya tetapi
pencapaian akademiknya rendah.

21. Murid mempunyai banyak idea ( full of ideas ).

22. Murid mempunyai idea yang baik tetapi gagal untuk


memindahkannya dalam bentuk tulisan.

23. Isi kandungan penulisan murid baik tetapi


mengandungi banyak kesalahan bahasa.

24. Murid mempunyai pencapaian yang baik dalam


subjek-subjek kemahiran berbanding dengan subjek-
subjek akademik.

25. Murid boleh menjawab secara lisan soalan


kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan.

26. Murid boleh menceritakan semula petikan yang


diperdengarkan.

27. Murid seorang yang kreatif.

28. Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan.

29. Murid boleh bertindak mengikut situasi.

30. Murid boleh berkebolehan dalam membuat


jangkaan.

31. Murid mempunyai pengetahuan am yang baik.

32. Murid mempunyai sifat-sifat ingin tahu yang tinggi.

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan.

Ya Tidak
33. Murid / anak mempunyai masalah rendah diri.

34. Murid kerap memberi alasan untuk mengelak


daripada membuat kerja sekolah yang melibatkan
bacaan dan penulisan.

35. Murid mengalami masalah tingkah laku.

36. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat.

20
37. Murid keliru dengan konsep arah.

38. Murid menghadapi kesukaran dengan konsep


turutan.

39. Murid menghadapi masalah dalam pengurusan


masa.

40. Murid tidak dapat mengingati arahan yang panjang.

41. Murid sering gopoh semasa bertindak.

42. Murid sering cuai dalam pergerakan.

21
Lampiran 2
SOALAN UJIAN PRE DAN POST
Ujian 1: Mengenal huruf-huruf a-z

Nama: ……………………………………………………………………………
Tahun: ………………………………

Lengkapkan huruf yang tertinggal dalam turutan abjad a hingga z.

a c e
g i
k n
q t
w x
z

22
Ujian 2: Mengenal huruf-huruf A-Z

Nama: ……………………………………………………………………………
Tahun: ………………………………

Lengkapkan huruf yang tertinggal dalam turutan abjad A hingga Z.

A C E
G I
K N
Q T
W X
Z

23
Ujian 3: Mengenal huruf-huruf A-Z

Nama: ______________________________ Tahun: _____________________

Arahan: Suaikan huruf yang sama.

B D Q W M P

P W D M Q B

24
Ujian 4: Mengenal huruf-huruf a-z

Nama: ______________________________ Tahun:_____________________

Arahan: Suaikan huruf yang sama.

b d q w m p

p w d m q b

25
Ujian 5:
Nama: ________________________________________
Tahun: _____________________
Arahan: Suaikan huruf awal dengan gambar.

W
26
Ujian 6:
Nama: ________________________________________
Tahun: _____________________

Arahan: Suaikan huruf awal dengan gambar.

27

You might also like