You are on page 1of 43

DRAF

GARIS PANDUAN DAN TATACARA PERMOHONAN

Penyediaan Kemudahan Pakej Bagi Tugas Rasmi Dan


Kursus/Bengkel/Latihan BTP & BTPN

Garis Panduan Dan Tatacara Permohonan Kemudahan Pakej Hendaklah Dipatuhi


Selaras Dengan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2014 Bertarikh 26 JUN 2014

Bahagian Teknologi Pendidikan


18 OGOS 2014
TUJUAN

1. Garis Panduan ini bertujuan menjelaskan syarat dan tatacara penyediaan


kemudahan pakej bagi majlis/acara rasmi Kerajaan dan kursus/latihan serta
aktiviti murid/pelajar bagi Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP) dan Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN). Ianya menjelaskan perkara-perkara berikut:

1.1. Had maksimum bilangan hari untuk melaksanakan pakej;


1.2. Kadar siling yang ditetapkan bagi kategori pegawai/murid/pelajar;
1.3. Penentuan zon pelaksanaan pakej;
1.4. Tatacara permohonan;
1.5. Perwakilan Kuasa Khas bagi Pengurusan Perolehan Perkhidmatan Pakej
(Rundingan Terus);
1.6. Tempoh permohonan; dan
1.7. Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan.

LATAR BELAKANG

2. Bagi memudahkan BTP/BTPN menguruskan program rasmi dan menyediakan


kemudahan kepada pegawai semasa menjalankan tugas rasmi/berkursus di
dalam negara, perbendaharaan telah bersetuju untuk menurunkan kuasa kepada
Pegawai Pengawal bagi meluluskan penyediaan kemudahan secara pakej
melalui penggunaan Pesanan Tempatan Kerajaan (PT) tertakluk mematuhi
syarat-syarat ditetapkan seperti terkandung dalam Surat Arahan
Perbendaharaan bertarikh 28 Februari 2009.

3. Penyediaan kemudahan secara pakej merupakan satu bentuk kawalan


pengurusan perbelanjaan secara berhemat bagi peruntukan di bawah Belanja

2|Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Pakej BTP/BTPN 2014


Mengurus, Akaun Amanah, Kumpulan Wang Amanah, Kumpulan Wang Sekolah
dan sumber kewangan Kerajaan yang lain di KPM. Bagi tujuan tersebut, KPM
telah mengeluarkan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 11 Tahun 2008
mengenai Permohonan Penyediaan Kemudahan Pakej Penginapan dan Makan
bagi Tugas Rasmi dan Kursus di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
bertarikh 24 Oktober 2008

TAFSIRAN

4. Tafsiran dalam Pekeliling Perbendaharaan (PP)Bil. 3 Tahun 2003 dan Bil. 3


Tahun 2005, Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 4 Tahun 2012, SPP Bil.
4 Tahun 2013, Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil. 2 Tahun 2011 dan Surat
Pekeliling Kewangan (SPK) Bil. 1 Tahun 2014, adalah dirujuk untuk istilah-istilah
berikut;

4.1. "Ibu Pejabat" bermaksud tempat biasa seseorang pegawai melaporkan


diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya ialah;
i. 25 km jika boleh dihubungi oleh jalan raya;
ii. 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh
kenderaan bermotor; dan
iii. 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai

4.2. "Pegawai" bermaksud seseorang pegawai di dalam Perkhidmatan Awam


Kerajaan Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri
termasuk yang dilantik secara sementara/kontrak/sandaran/sangkut;

4.3. "Pegawai Pelulus" kepada pegawai yang diwakilkan kuasa secara


bertulis daripada Pegawai Pengawal untuk menimbang dan meluluskan
penyediaan kemudahan secara pakej;

3|Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Pakej BTP/BTPN 2014


4.4. "Murid" bermaksud semua murid di sekolah rendah dan sekolah
menengah sehingga tingkatan 5;

4.5. "Pelajar" bermaksud semua pelajar Kolej Vokasional, pelajar tingkatan 6,


pelajar Politeknik, pelajar Kolej Matrikulasi, pelatih di Institut Pendidikan
Guru(IPG) dan pelajar Kolej Komuniti;

4.6. "Tugas rasmi" bermaksud tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat
selain daripada menghadiri kursus yang dibenarkan.

4.7. "Aktiviti Murid/Pelajar" bermaksud sebarang aktiviti atau latihan yang


melibatkan murid/pelajar yang diperakukan oleh KPM dan semua agensi
di bawahnya sama ada berupa kurikulum/kokurikulum/sukan seperti
perkhemahan, pertandingan, kejohanan sukan, lawatan sambil belajar,
bengkel, seminar, latihan pusat dan kem-kem motivasi;

4.8. "Latihan" bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan bertujuan


menambah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersesuaian untuk
memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai
melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti latihan semasa bekerja
dan program mentoring/coaching atau yang seumpama dengannya yang
menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan
organisasi. la meliputi konvensyen, kursus, bengkel/retreaf, makmal (lab),
seminar/taklimat, kolokium, forum, simposium, lawatan
rasmi/korporat/sambil belajar, klinik kaunseling dan Iain-Iain program yang
memenuhi definisi latihan;

4.9. "Majlis/acara rasmi Kerajaan" bermaksud mesyuarat/persidangan/


konvensyen yang diadakan di peringkat Antarabangsa/Kebangsaan/
Kementerian/Jabatan, meraikan pelawat iaitu orang kenamaan atau
rombongan rasmi dari dalam atau luar Negara yang diakui terwajib

4|Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Pakej BTP/BTPN 2014


diraikan secara rasmi berkaitan dengan urusan Kerajaan, acara
pelancaran atau pembukaan rasmi atau penutup sesuatu
projek/pertandingan oleh Kementerian/Jabatan;

4.10. "Pakej Latihan" bermaksud perolehan yang dibuat dalam satu Pesanan
Tempatan merangkumi kombinasi daripada mana-mana item
kemudahan latihan seperti penginapan, makanan, dewan, bilik latihan,
peralatan dan bahan yang berkaitan dengan latihan daripada penyedia
kemudahan latihan yang berkeupayaan dan berkemampuan; dan

4.11. "Pakej Majlis/acara rasmi Kerajaan" bermaksud perolehan yang


merangkumi kombinasi daripada mana-mana item bagi menganjurkan
majlis/acara rasmi Kerajaan dan jamuan keraian rasmi Kerajaan seperti
penginapan, makan minum, sewaan dewan/bilik mesyuarat, penyewaan
peralatan dan kemudahan lain yang berkaitan.

SYARAT PENYEDIAAN KEMUDAHAN PAKEJ

5. Pertimbangan dan kelulusan permohonan kemudahan pakej hendaklah


mematuhi perkara-perkara berikut:-

5.1. Kesesuaian Peserta

Pemilihan peserta hendaklah bersesuaian dengan tujuan dan matlamat


program tertakluk kepada peraturan dan prosedur kewangan yang sedang
berkuat kuasa.

5|Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Pakej BTP/BTPN 2014


5.2. Had Maksimum Bilanqan Hari

Had maksimum bilangan hari untuk melaksanakan pakej ditetapkan


seperti berikut:

i. Tugas Rasmi :3 hari 2 malam


ii. Kursus :4 hari 3 malam
(Kecuali kursus-kursus wajib)

iii. Aktiviti kurikulum/ :4 hari 3 malam (kecuali


kokurikulum/sukan aktiviti peringkat kebangsaan)

5.3. Kadar Pakei Baqi Makan/Minum dan Penqinapan Peqawai dan


Murid/Pelaiar

Kadar Pakej Hotel bagi Pegawai

i. Kadar bagi Pakej Hotel yang melibatkan kombinasi makan/minum


dan penginapan (pegawai) adalah seperti di Lampiran A.

ii. Penginapan kepada pegawai-pegawai yang terlibat hendaklah


diaturkan mengikut kelayakan seperti berikut;

a. Gred 44 dan ke bawah diaturkan secara berkongsi;

b. Gred 45 dan ke atas diaturkan penginapan secara


perseorangan; dan

c. Bagi penceramah, fasilitator atau jurulatih boleh disediakan


penginapan secara perseorangan pada tarikh perkhidmatan

6|Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Pakej BTP/BTPN 2014


diperlukan/mengikut kesesuaian dan kadar kelayakan yang
berkaitan.

d. Bagi program rasmi BTP/BTPN yang dilaksanakan di dalam


stesen, pegawai tidak layak disediakan penginapan. Walau
bagaimanapun, kemudahan makan/minum boleh
disediakan kepada pegawai di dalam stesen iaitu dari kawasan
ibu pejabat yang jaraknya 25km atau kurang dengan kadar
RM15.00.

e. Bagi pakej bermalam kurang daripada 15 orang boleh


menggunakan kaedah “pax account” dengan syarat tidak
melebihi kadar siling kelayakan pegawai.

Kadar Pakej di BTPN/ILA/1MTC bagi Pegawai

i. Bagi pakej di BTPN (yang mempunyai kemudahan asrama atau


penginapan) kadar makan/minum ditetapkan antara RM25.00
hingga RM35.00 sehari (5/6 kali makan) dan bermalam. Walau
bagaimanapun, kemudahan makan/minum kepada pegawai di
dalam stesen iaitu dari kawasan ibu pejabat yang jaraknya 25km
atau kurang, layak menerima kadar sebanyak RM15.00.

ii. Jadual kursus/bengkel/mesyuarat perlu dinyatakan pagi, petang


dan malam (8.00 pagi hingga 5.00 petang dan 8.30 hingga 10.30
malam)

iii. Bagi aktiviti tidak bermalam kepada lebih atau kurang 15 orang
peserta, kadar makan/minum adalah RM 12.00 sehari dengan

7|Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Pakej BTP/BTPN 2014


kadar RM 3.00 (minum pagi), RM 6.00 (makan tengah hari) dan
RM 3.00 (minum petang).

Rujukan :

a. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 (Tugas Rasmi)


b. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 (Kursus)
c. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP. 1.4/2013
d. SPK Bil 1/2014

Kadar Pakej bagi Murid/Pelajar

i. Kadar bagi pakej yang melibatkan makan/minum dan penginapan


(murid/pelajar) ditetapkan seperti di Lampiran B.

5.4. Kelulusan Khas Pakei

i. Kelulusan khas Perbendaharaan hendaklah diperolehi terlebih


dahulu sebelum mengemukakan permohonan penyediaan pakej
bagi kes-kes seperti berikut:

a. Penentuan kadar kelayakan makan/penginapan/tuntutan


perjalanan peserta selain Penjawat Awam yang terlibat
dalam mesyuarat/kursus/latihan yang dianjurkan oleh
BTP/BTPN; dan

b. Penentuan kadar elaun penceramah yang lebih tinggi


daripada kelayakan yang telah ditetapkan dalam Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 19/2012 bagi program yang melibatkan

8|Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Pakej BTP/BTPN 2014


perkhidmatan Konsultan/ Penceramah tempatan atau luar
negara.

ii. Kos kelulusan khas bagi perkara 5.4(i) hendaklah dimasukkan


sebagai sebahagian daripada kos pakej dan disertakan bersama
permohonan pakej.

iii. Bagi program yang menggunakan khidmat penyedia


kemudahan latihan yang menyediakan kemudahan semua
urusan meliputi makan/minum/penginapan/tempat/peralatan,
kelulusan khas hendaklah dipohon daripada Bahagian
Kewangan, KPM.

iv. Semua kelulusan khas ini hendaklah diperakukan oleh


Bahagian Kewangan sebelum dikemukakan kepada
Perbendaharaan. Senarai semak dokumen-dokumen untuk
kelulusan khas seperti di Lampiran C.

5.5. Penyediaan/Pemilihan Tempat

i. Pemilihan tempat bagi penganjuran program secara pakej


hendaklah dilaksanakan mengikut zon negeri masing-masing yang
ditetapkan seperti di Lampiran D. Pelaksanaan pakej di luar dari
zon yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.

ii. Penentuan zon negeri hendaklah berasaskan kepada bilangan dan


tempat pegawai bertugas seperti berikut:-

9|Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Pakej BTP/BTPN 2014


a. Peserta Dari Pejabat/Daerah/Negeri Yang Sama

Jika peserta datang dari pejabat/daerah/negeri yang sama,


pemilihan tempat hendaklah memberi keutamaan di dalam
negeri tersebut.

b. Peserta Dari Zon Yang Sama

Jika peserta dari zon yang sama, pemilihan tempat hendaklah


berasaskan kepada tempat/daerah/negeri yang mempunyai
bilangan pegawai/peserta yang ramai.

c. Peserta Dari Pelbagai Zon/Pelbagai Negeri

Jika peserta dari pelbagai negeri, pemilihan tempat hendaklah


berasaskan kepada negeri yang mempunyai bilangan pegawai
atau peserta yang paling ramai.

iii. Pemilihan tempat di atas hendaklah mengikut ketetapan berikut:

a. Selaras dengan PP Bil. 2 Tahun 2014: Garis Panduan


Perbelanjaan Secara Berhemat bagi Mengurangkan
Perbelanjaan Awam, pemilihan tempat hendaklah
mengutamakan penggunaan Pusat Latihan 1 Malaysia
(1MTC);

b. Premis-premis Kerajaan yang berdekatan dengan pejabat


atau dalam zon yang dibenarkan; dan

10 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
c. Sekiranya perenggan iii(a) dan (b) di atas tidak dapat
dilaksanakan kerana tiada kekosongan atau tempat tidak
dapat menampung peserta yang ramai atau kemudahan
yang diperlukan tidak disediakan, pihak penganjur
hendaklah mendapatkan perakuan bertulis rasmi
daripada sekurang-kurangnya lima (5) Institut Latihan
Awam (ILA) dalam zon yang sama. Dalam keadaan ini,
pemilihan premis-premis swasta hendaklah selaras
dengan pekeliling dan peraturan kewangan yang sedang
berkuat kuasa.

5.6. Kesesuaian Program

Pengisian program hendaklah bersesuaian dengan tujuan pakej.


BTPN/BTPN hendaklah memberi keutamaan untuk mengadakan
mesyuarat atau aktiviti di pejabat atau institusi pendidikan melainkan
kemudahan sedia ada tidak bersesuaian atau tidak mencukupi untuk
mengadakan aktiviti yang dirancangkan.

5.7. Tatacara Perolehan Berkaitan Tuqas Rasmi/Kursus/Aktiviti


Murid/Pelaiar

i. BTP/BTPN adalah bertanggungjawab dalam memastikan semua


urusan perolehan setiap pakej hendaklah dilaksanakan mengikut
peraturan perolehan Kerajaan yang ditetapkan dari semasa ke
semasa.

ii. BTP/BTPN adalah dibenarkan untuk melaksanakan perolehan


secara rundingan terus kemudahan pakej tugas
rasmi/kursus/aktiviti murid/pelajar mengikut had nilai dan kuasa
melulus yang ditetapkan seperti berikut:

11 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
Bil Had Nilai (Setiap Kuasa Melulus
Pakej)
a. Sehingga RM 50,000.00 Pengarah/KPP BTPN
b. Melebihi RM50.000.00 Jawatankuasa Sebut harga
sehingga RM500,000.00 BTP/BTPN
c. Melebihi RM500,000.00 Lembaga Perolehan KPM

iii. Perwakilan Kuasa Pegawai Pengawal KPM bagi Pengurusan


Perolehan Perkhidmatan Pakej (Rundingan Terus) adalah seperti
di Lampiran E.

iv. Kementerian Kewangan melalui surat rujukan


S/K.KEW/PK/D/9999/000000/11/447 Jld.12 SK.2 (4) bertarikh 21
Mei 2013 telah memberikan pengecualian daripada menggunakan
perkhidmatan hotel bertaraf bumiputera bagi program rasmi
yang bernilai melebihi RM50.000.00 sehingga RM500.000.00

v. Jawatankuasa Penilaian Pakei

a. BTP/BTPN hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa


Penilaian dengan keahlian terdiri daripada tiga (3) orang, iaitu
seorang pengerusi dan dua (2) orang ahli, di mana sekurang-
kurang seorang daripadanya hendaklah terdiri daripada
pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau
setaraf. Pelantikan hendaklah dibuat secara bertulis oleh
Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan.

b. Senarai pegawai yang diberi kuasa untuk melantik Pengerusi


Jawatankuasa Penilaian dan dua (2) orang ahli adalah seperti di
Lampiran E.

12 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
c. Tanggungjawab Jawatankuasa Penilaian adalah memastikan
perolehan pakej mematuhi peraturan yang berkuat kuasa dari
semasa ke semasa. Tanggungjawab Jawatankuasa Penilaian
bagi Pakej Latihan dan Majlis/Acara Rasmi Kerajaan adalah
seperti di Lampiran F.

TATACARA PERMOHONAN
a. Permohonan kelulusan pakej daripada Sektor BTP/Unit BTPN perlu
dihantar ke Unit Kewangan, BTP/BTPN selewat-lewatnya 21 hari
sebelum sesuatu program atau aktiviti dilaksanakan.

b. Keutamaan pakej dilaksanakan di Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri (BTPN), Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan
di Institusi Latihan Awam (ILA) milik kerajaan.

c. Jika BTPN, 1MTC dan ILA tiada kekosongan maka dibenarkan dibuat di
hotel dengan menyertakan 5(lima) surat daripada BTPN/IMTC/ILA yang
menyatakan penuh serta justifikasi.

d. Masih tertakluk pada zon yang telah ditetapkan.

e. Kadar kelayakan bagi penginapan, makan dan minum peserta latihan


hendaklah tidak melebihi kadar kelayakan semasa yang berkuat kuasa.
Bahagian hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Dasar
Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan
sekiranya kadar penginapan, makan dan minum bagi peserta melebihi
kadar kelayakan semasa yang berkuat kuasa.

f. Menghantar permohonan pakej beserta dengan dokumen yang lengkap

13 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
seperti berikut:

i) Surat iringan daripada Ketua Sektor BTP/Ketua Unit BTPN


kepada Pengarah BTP/KPP BTPN, u.p Unit Kewangan,
BTP/BTPN.

ii) Borang KEW-Pakej sebanyak 2 salinan yang lengkap (Nama/


Tarikh/ Tempat Program, justifikasi permohonan yang jelas,
sumber kewangan diisi selengkapnya, pengesahan Unit Kewangan
BTP/BTPN, pengesahan Ketua Jabatan/Timbalan atau yang
setaraf dengannya) dan kelulusan Jawatankuasa Pakej
BTP/BTPN

iii) Jadual perbandingan kelayakan pegawai (Senarai nama disusun


ikut kekananan dan nyatakan sekiranya melibatkan Urus setia/
Penceramah/Fasilitator).

iv) Jadual program yang terperinci.

v) 1 salinan kontrak kafeteria yang disahkan atau muka surat yang


berkaitan sahaja (nama pembekal, nombor rujukan dan tarikh
kontrak, perihal, tempoh, amaun bulanan dan keseluruhan
kontrak, tandatangan kedua pihak antara pembekal dan PTJ yang
menandatangani perjanjian

vi) 3 salinan sebutharga jika melibatkan hotel serta justifikasi.

vii) Jadual 3 sampul

viii) Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dengan Kementerian


Kewangan Malaysia dalam bidang perkhidmatan di bawah Kod

14 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
Bidang : 220210/222501 – Perhotelan (disahkan).

ix) Sijil Halal (hotel sahaja)

x) Salinan surat kelulusan khas Perbendaharaan/ Bahagian


Kewangan bagi pakej yang melibatkan bukan penjawat awam atau
perkhidmatan konsultan jika berkaitan

PERWAKILAN KUASA MELULUSKAN PAKEJ

6. Kuasa melulus kemudahan pakej hendaklah merujuk kepada Surat Pekeliling


Kewangan Bil. 1/2014 dan Surat Perwakilan Kuasa yang sedang berkuat kuasa.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PELULUS

7. Pegawai Pelulus berhak menolak permohonan yang tidak lengkap, permohonan


yang diterima kurang dari tempoh yang ditetapkan atau tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

8. Pegawai Pelulus hendaklah mengemukakan laporan bulanan kelulusan pakej


seperti format di Lampiran J kepada Unit Pakej, Bahagian Kewangan, KPM dan
salinan kepada Unit Kewangan, Bahagian Teknologi Pendidikan pada atau
sebelum 15hb bulan berikutnya.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

9. Ketua Jabatan hendaklah memastikan peruntukan kewangan mencukupi dan


mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sepenuhnya.

15 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
10. Ketua Jabatan hendaklah menguruskan sendiri pakej dengan pihak hotel/pusat
berkenaan dan penggunaan travel agent, event manager atau pihak lain adalah
tidak dibenarkan. Ketua Jabatan hendaklah membayar terus bil/invois kepada
pihak yang menyediakan kemudahan tersebut.

11. Ketua Jabatan hendaklah memastikan pembayaran dibuat berdasarkan


kehadiran sebenar peserta. Nota Kredit (credit note) hendaklah dikemukakan
kepada Unit Kewangan masing-masing sebelum proses pembayaran dibuat
sekiranya berlaku pengurangan kos.

12. BTP/BTPN hendaklah menyatakan dalam surat panggilan mesyuarat atau


kursus kemudahan-kemudahan yang disediakan. Bagi kemudahan yang telah
disediakan, peserta tidak lagi layak membuat tuntutan.

13. Pengangkutan secara berkumpulan ke tempat tugas rasmi atau kursus


hendaklah diaturkan bagi menjimatkan kos tuntutan perjalanan.

14. Bilangan urus setia hendaklah terhad kepada 2(dua) orang. Walau
bagaimanapun bagi program yang memerlukan lebih daripada 2(dua) orang,
justifikasi yang bersesuaian perlu disediakan.

15. Selaras dengan pengumuman langkah penjimatan perbelanjaan sektor awam di


dalam PP Bil. 2 Tahun 2014, Ketua Jabatan hendaklah mengambil inisiatif untuk
mengurangkan penyediaan makan dan minum, penggunaan kain pemidang
(bunting dan banner) semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat,
kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

16. Kegagalan dan ketidakpatuhan kepada peraturan seperti ditetapkan boleh


menyebabkan tindakan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali ke atas
Ketua Jabatan dan/atau pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.

16 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
PENGECUALIAN

17. Sebarang pengecualian daripada peraturan yang telah ditetapkan melalui Garis
Panduan dan SPK Bil. 1/2014 ini hendaklah disertakan dengan justifikasi kukuh
yang disahkan oleh Ketua Jabatan untuk mendapatkan kelulusan khas Pegawai
Pengawal atau Perbendaharaan Malaysia melalui Bahagian Kewangan, KPM.

17. TARIKH KUATKUASA

Garis Panduan dan Tatacara Permohonan Penyediaan Kemudahan Pakej bagi


Tugas Rasmi dan Kursus/Bengkel/Latihan Bahagian Teknologi Pendidikan dan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Tahun 2014 ini berkuatkuasa serta merta
mulai tarikh prosedur ini dikeluarkan.

Sekian, terima kasih

17 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
LAMPIRAN A

KADAR KELAYAKAN MAKAN/MINUM


DAN
PENGINAPAN BAGI PEGAWAI

18 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
Lampiran A SPK Bil. 1 Tahun 2014

KADAR KELAYAKAN MAKAN DAN PENGINAPAN UNTUK PEGAWAI

KADAR TUNTUTAN MENJALANKAN TUGAS RASMI MENGIKUT


GRED PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3/2003 & SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN
PEGAWAI BIL.8/2010 DAN PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA WP. 1.4/2013
MESYUARAT/TAKLIMAT/ BENGKEL KERJA/PERSIDANGAN/KONVENSYEN
SEMENANJUNG SABAH / SARAWAK / LABUAN
M H M+H Siling Dalaman M H M+H Siling Dalaman
KPM (RM) KPM (RM)
Utama / Khas 115 S/S 115 200 (single) 165 S/S 165 220 (single)
'A' ke atas +S/S +S/S
Jusa B, Jusa 100 B/S 100 + 130 B/S 130 +
C B/S B/S
Gred 53 - 54 85 B/B 85 + 115 B/B 115 +
B/B B/B
Gred 45 - 52 60 180 240 80 200 280
Gred 41 - 44 45 160 205 150 (double) 65 170 235 170 (double)
Gred 27 - 40 40 140 180 55 160 215
Gred 17-26 40 130 m m
%
Gred 1 -16 35 120 155 120 (triple) 50 140 190 130 (triple)
GRED KADAR TUNTUTAN MENJALANKAN LATIHAN MENGIKUT
PEGAWAI PEKELILING PERBENDAHARAAN 3/2005
KURSUS/SEMINAR/ BENGKEL/LAWATAN SAMBIL BELAJAR/ KEM/KEJOHANAN
SEMENANJUNG SABAH / SARAWAK / LABUAN
M H M+H Siling Dalaman M H M+H Siling Dalaman
KPM (RM) KPM (RM)
Utama / Khas 90 B/B 90 + 180 (single) 120 B/B 120+ 190 (single)
'A' ke atas B/B B/B
Jusa B, Jusa 90 B/B 90 + 120 B/B 120 +
C B/B B/B
Gred 53 - 54 70 B/B 70 + 90 B/B 90 + B/B
B/B
Gred 45 - 52 60 145 205 80 160 240
Gred 41 - 44 45 130 175 120 (double) 65 140 205 145 (double)
Gred 17-40 40 80 120 55 100 155
Gred 1 -16 35 65 100 95 (triple) 50 80 130 110 (triple)
KADAR KELAYAKAN KURSUS SAHAJA (MENGIKUT PP. BIL 3/2005 PERENGGAN 4.2.1)
- - - _
Makan sahaja 15 15
(<25KM)

SIS = STANDARD SUITE M = MAKAN

BIS = BILIK SUPERIOR H - HOTEL

B/B = BILIK BIASA M + H = MAKAN + HOTEL

19 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
LAMPIRAN A

KADAR KELAYAKAN MAKAN/MINUM


DAN
PENGINAPAN BAGI MURID/PELAJAR
DALAM DAN LUAR NEGARA

20 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
Lampiran B SPK Bil. 1 Tahun 2014

KADAR KELAYAKAN MAKAN DAN PENGINAPAN UNTUK MURID/PELAJAR DALAM DAN


LUAR NEGARA

HAD UMUR SEMENANJUNG SABAH / SARAWAK / LABUAN


MAKAN HOTEL DORM MAKAN HOTEL DORM
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
KURANG DARI 13
16 50 20 20 50 20
TAHUN
13 TAHUN DAN KE
20 70 20 25 70 20
ATAS

Rujukan:

1. Surat Perbendaharaan KK/BPAA/A112/547/1 Jld.9 s.kl2/2013(3)

21 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
LAMPIRAN C

SENARAI SEMAK BAGI


PERMOHONAN KELULUSAN KHAS
MELIBATKAN SELAIN PENJAWAT
AWAM

22 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
Lampiran C SPK Bil. 1 Tahun 2014

SENARAI SEMAK BAGI PERMOHONAN KELULUSAN KHAS MELIBATKAN SELAIN


PENJAWAT AWAM

NAMA JABATAN :
NAMA PROGRAM :
TARIKH :
TEMPAT :
BIL. PERKARA ADA TIADA

(√) (x)
1) Surat iringan daripada dari Ketua Jabatan
2) Kertas Cadangan Program (termasuk maklumat seperti berikut:)
i. Nama Program
ii. Tarikh Program
iii. Tempat Program
iv. Jadual Program
v. Justifikasi program
vi. Senarai peserta terlibat
3) Maklumat Jurulatih/Konsultan/Penceramah/Fasilitator
i. Nama Jurulatih/Konsultan/Penceramah/Fasilitator
ii. Resume individu yang terperinci / Profail syarikat (mana berkaitan)
iii. Justifikasi pelantikan Jurulatih/Konsultan/Penceramah/Fasilitator
iv. Tempoh perkhidmatan (jam/hari)
v. Sebutharga / Perincian Kos Terperinci :
a. Kadar Bayaran Elaun Jurulatih/Konsultan/Penceramah/Fasilitator
b. Kos Bahan dan Peralatan
c. Tuntutan perjalanan, makan/minum dan penginapan (jika ada)
vi. Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam
bidang perkhidmatan di bawah kod bidang : 220210/222501 – Perhotelan (disahkan).

220502 - Tenaga Pengajar (disahkan) jika ada


4) Maklumat Peserta Selain Penjawat Awam
i. Nama penuh
ii. Nama organisasi
iii. Gred yang setara dengan penjawat awam
iv. Justifikasi penglibatan peserta
5) Lain-lain :

Sila nyatakan sama ada program ini melibatkan kemudahan pakej penginapan dan makan/minum

Ya Tidak

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Tandatangan: Tandatangan:
Nama : Nama :
Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh:

23 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
LAMPIRAN D

ZON PELAKSANAAN PAKEJ

24 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
Lampiran D SPK Bit. 1 Tahun 2014

ZON PELAKSANAAN PAKEJ

BIL NEGERl ZON UTAMA

1 PERLIS Perlis, Kedah dan Pulau Pinang


2 KEDAH Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Taiping
3 PULAU PINANG Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Taiping dan Ipoh
Perak, Kedah, Pulau Pinang, W.P Kuala Lumpur, Selangor dan
4 PERAK
Cameron Highlands
Selangor, WP Kuala Lumpur, W.P Putrajaya, Negeri Sembilan,
5 SELANGOR
Cameron Highlands, Ipoh, Pulau Pangkor dan Genting Highlands
WP KUALA LUMPUR / WP Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Ipoh dan
6
PUTRAJAYA Genting Highlands
Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, WP Putrajaya dan WP Kuala
7 NEGERI SEMBILAN
Lumpur
8 MELAKA Melaka, Johor, Negeri Sembilan, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur

9 JOHOR Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

10 PAHANG Pahang, Terengganu, WP Kuala Lumpur dan Mersing

11 TERENGGANU Terengganu, Kelantan dan Pahang


12 KELANTAN Kelantan, Terengganu dan Pahang
13 SABAH Sabah dan WP Labuan
14 SARAWAK Sarawak

15 WP LABUAN WP Labuan, Kota Kinabalu, Miri dan Limbang

25 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
LAMPIRAN E

JADUAL KUASA DAN TUGAS


PERWAKILAN
KUASA PEGAWAI PENGAWAL KPM
BAGI PENGURUSAN PEROLEHAN
PERKHIDMATAN PAKEJ
(RUNDINGAN TERUS) KPM

26 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
Lampiran E SPK Bil. 1 Tahun 2014

JADUAL KUASA DAN TUGAS


PERWAKILAN KUASA PEGAWAI PENGAWAL KPM
BAGI PENGURUSAN PERKHIDMATAN PAKEJ (RUNDINGAN TERUS) KPM
DI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN&BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI (BTPN)
BERKUATKUASA MULAI 18 OGOS 2014

(1) (2) (3) (4) (5)


BIL
AP/PP/SPP TUGAS PEGAWAI ARAHAN CATATAN
1 SPP 4/2012 Kuasa melulus Pengarah/Ketua Sehingga
SPP 4/2013 Perolehan Pakej Penolong Pengarah RM50,000
sehingga RM50,000

2 SPP4/2012 Kuasa Melulus Ketua Setiausaha. Melebihi Jawatankuasa


SPP4/2013 Perolehan Pakej Ketua Setiausaha II RM50,000 Sebut Harga
bernilai RM50,000 Timb.Ketua hingga BTPN
hingga RM500,000 Setiausaha RM500,00 melaksanakan
(Pengurusan) proses
Setiausaha Bahagian perolehan
Kewangan
3 SPP 4/2012 Kuasa Melulus Lembaga Perolehan Sehingga RM
SPP 4/2013 Perolehan Pakej yang A(KPM) 50 juta
bernilai melebihi Lembaga Perolehan Sehingga
RM500,000 B(KPM) RM20 juta
4 AP168 Kuasa Melantik Ahli Pengarah/Timbalan Melebihi
J/K Sebut Harga Pengarah /Ketua RM50,000
Penolong Pengarah Sehingga
BTPN RM500,000

5 Jawatankuasa Sebut
Harga Pengarah/Ketua Melebihi (Pengerusi
a. Pengerusi Penolong Pengarah RM50,000 adalah
BTPN Sehingga Pemegang
RM500,000 Waran
Peruntukan
dibawah AP 94
atau pegawai
dari Kumpulan
Pengurusan dan
Profesional
yang dilantik
secara bertulis
oleh Pegawai
Pengawal)

b. Ahli Timbalan Pengarah (Ahli j/kuasa


Jawatankuasa Sebut Harga
Sebut Harga Ketua Sektor terdiri daripada
sekurangnya 3
Ketua Penolong orang
Pengarah pegawai,seoran

27 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
g daripada
Ketua Unit kumpulan
Pengurusan
Pegawai Teknologi Profesional)
Pendidikan

Penolong Jurutera

PT(Kew)W22

PT (P/O)N22

Juruteknik

Penyelia Asrama

9 SPP 4/2012 Kuasa Melantik Ahli Pengarah


SPP 4/2013 J/kuasa Penilaian
Pakej Ketua Penolong
Pengarah BTPN

10 SPP 4/2012 Ahli J/kuasa Penilaian Timbalan Pengarah


SPP 4/2013 Pakej
Ketua Penolong
Pengarah BTPN

Ketua Unit

Pegawai Teknologi
Pendidikan

PPT (Gred N36/32/27)

Penolong Jurutera

PT(Kew)W22

PT (P/O)N22

Penyelia Asrama

Juruteknik

28 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
LAMPIRAN F

TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
PENILAIAN BAGI PAKEJ LATIHAN
DAN MAJLIS/ACARA RASMI
KERAJAAN

29 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
Lampiran F SPK Bil. 1 Tahun 2014

TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PENILAIAN BAGI PAKEJ LATIHAN DAN


MAJLIS/ACARA RASMI KERAJAAN

1. Tanggungjawab Jawatankuasa Penilaian bagi Pakej Latihan adalah seperti berikut:

a. Memastikan perolehan pakej adalah mematuhi peraturan yang berkuatkuasa dari


semasa ke semasa;

b. Menilai kemampuan penyedia kemudahan latihan dengan mengambil kira faktor-


faktor seperti syarat pembayaran, kadar pembayaran, tempoh diskaun, harga
pasaran terbuka, keupayaan penyedia kemudahan latihan dan Iain-Iain kriteria
yang ditetapkan oleh Agensi. Perbandingan antara satu tawaran penyedia
kemudahan latihan dengan tawaran penyedia kemudahan latihan yang lain
hendaklah dibuat berasaskan kepada faktor atau unsur yang sama (equal
footing); dan

c. Memperakukan kepada pihak berkuasa melulus, penyedia kemudahan latihan


yang layak berdasarkan tawaran yang terbaik dari segi harga dan kualiti mengikut
keperluan Agensi.

2. Tanggungjawab Jawatankuasa Penilaian bagi Majlis /Acara Rasmi Kerajaan adalah


seperti berikut:
a. Memastikan perolehan pakej adalah mematuhi peraturan yang berkuatkuasa dari
semasa ke semasa;

b. Menilai kemampuan syarikat/hotel/pusat konvensyen dengan mengambil kira


faktor-faktor seperti syarat dan kadar pembayaran, diskaun, harga pasaran
terbuka, keupayaan penyedia kemudahan dan Iain-Iain kriteria yang ditetapkan
oleh Agensi. Perbandingan antara satu tawaran dengan tawaran yang lain
hendaklah dibuat berasaskan kepada faktor atau unsur yang sama {equal
footing)', dan

30 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
c. Memperakukan pemilihan syarikat/hotel/pusat konvensyen yang layak kepada
pihak berkuasa melulus berdasarkan tawaran yang terbaik dari segi harga dan
kualiti mengikut keperluan Agensi.

31 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
LAMPIRAN G

BORANG PERMOHONAN
PENYEDIAAN KEMUDAHAN SECARA
PAKEJ

32 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
Lampiran G SPK Bil. 1 Tahun 2014
(BORANG KEW – Pakej)

PERINGATAN : Sila baca Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2014 dengan teliti
sebelum permohonan ini dilengkapkan

PERMOHONAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN SECARA PAKEJ


BAHAGIAN 1
1. Nama Jabatan/Agensi:

2. Program:

3. Tarikh/Tempat:

4. Justifikasi permohonan:

5. Jadual permohonan: (Sila sertakan nama penceramah bagi setiap sesi/slot untuk program latihan)

6. Nyatakan jumlah peserta (6.1) dan bilangan bilik (6.2) dalam petak yang berkenaan. (Sila
kembarkan salinan tawaran/sebut harga/Sijil Pendaftaran Kontraktor yang telah disahkan).

6.1. Penyediaan makan sahaja :

RM Seorang sehari

6.2. Penyediaan makan dan penginapan:

Seorang - RM Seorang sehari

Berdua - RM Seorang sehari

6.3. Pengangkutan:

Nyatakan : Tuntutan elaun perjalanan mengikut Arahan Perbendaharaan atau peraturan yang
berkuatkuasa.

33 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
6.4. Sewaan:
BAKI PADA TARIKH PERMOHONAN TERMASUK
OS PERUNTUKAN DITERIMA
TANGGUNGAN
OS 24000

6.5. Tuntutan Perjalanan:


BAKI PADA TARIKH PERMOHONAN TERMASUK
OS PERUNTUKAN DITERIMA
TANGGUNGAN
OS 21000

7. Sumber Kewangan:

7.1. Nama Aktiviti/Penaja :

7.2. Pusat Tangungjawab:

PERUNTUKAN BAKI PADA TARIKH PERMOHONAN


OS KOS PAKEJ
DITERIMA TERMASUK TANGGUNGAN
OS 29000
OS 42000
JUMLAH KOS PAKEJ

BAHAGIAN II
(PENGESAHAN UNIT KEWANGAN)
8. Saya mengesahkan bahawa butir-butir kewangan seperti di para 7 di atas adalah benar dan
mencukupi bagi menampung kos pakej yang dipohon.

Tarikh: Tandatangan
Nama:
Jawatan:
Cop Jabatan:

34 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
BAHAGIAN III
(PENGESAHAN)
(Pengurusan & Profesional/Ketua Jabatan)

9. Saya mengesahkan bahawa butir-butir yang dinyatakan di atas adalah benar dan permohonan ini
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Di samping itu saya juga mengesahkan bahawa
latihan/majlis/acara rasmi kerajaan ini perlu diadakan selaras dengan Sasaran Kerja
Utama/Sasaran Kerja Tahunan yang ditetapkan.

Tarikh: Tandatangan
Nama:
Jawatan:
Cop Jabatan:

BAHAGIAN IV

10. Keputusan:

Diluluskan/Tidak diluluskan

No. Rujukan : ……………………………………………………………..


Program : ……………………………………………………………..
Tempat : ……………………………………………………………..
Tarikh : …………………….… Hingga : …………………………
Kos Pakej : RM ………………………………………………………...

Tarikh: Tandatangan
Nama:
Jawatan:
Cop Jabatan:

35 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
LAMPIRAN H

SENARAI SEMAK BAGI


PERMOHONAN PENYEDIAAN
KEMUDAHAN SECARA PAKEJ

36 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
Lampiran H SPK Bil. 1 Tahun 2014

SENARAI SEMAK BAGI PERMOHONAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN SECARA


PAKEJ

NAMAJABATAN :

NAMA PROGRAM:

TARIKH TEMPAT

BIL. PERKARA ADA TIADA

(√) (x)
1 Surat iringan daripada pemohon
2 Borang KEW-Pakej sebanyak 2 salinan yang lengkap iaitu:-
i. Nama / tarikh / tempat program
ii. Justifikasi permohonan yang jelas
iii. Sumber kewangan diisi selengkapnya
iv. Pengesahan Unit Kewangan
v. Pengesahan Ketua Jabatan/Timbalan atau yang setaraf dengannya
3 Jadual Perbandingan Kelayakan Pegawai
i. Senarai nama disusun ikut kekananan
ii. Nyatakan sekiranya melibatkan urus setia/penceramah/fasilitator
4 Jadual program yang terperinci
5 Salinan sebutharga hotel yang disahkan
6 Salinan Minit Jawatankuasa Penilaian Pakej
7 Salinan Minit Jawatankuasa Sebut Harga bagi nilai keseluruhan pakej melebihi
RM50,000 sehingga RM500,000
8 Salinan Minit Lembaga Perolehan bagi nilai keseluruhan pakej melebihi
RM500.000
9 Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dengan Kementerian Kewangan Malaysia
dalam bidang perkhidmatan di bawah kod kepala/sub-kepala yang berkaitan bagi
perolehan perkhidmatan secara pakej
10 Salinan surat kelulusan khas Perbendaharaan/Bkew bagi pakej yang melibatkan
selain penjawat awam atau perkhidmatan konsultan

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Tandatangan Tandatangan
Nama: Nama:
Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh:

37 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
LAMPIRAN I

CARTA ALIR BAGI PENYEDIAAN DAN


PERMOHONAN PAKEJ

38 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
39 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
LAMPIRAN J

LAPORAN BULANAN PEROLEHAN


PAKEJ
MAJLIS/ACARA RASMI KERAJAAN
DAN LATIHAN SERTA AKTIVITI
PEGAWAI/MURID/PELAJAR

40 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N 2 0 1 4
Lampiran J SPK Bit. 1 Tahun 2014

LAPORAN BULANAN PEROLEHAN PAKEJ MAJLIS/ACARA RASMI KERAJAAN DAN LATIHAN SERTA AKTIVITI
PEGAWAI/MURID/PELAJAR

BAHAGIAN/JABATAN:
BULAN/TAHUN :
PEGAWAI PELULUS :
SENARAI PAKEJ : LULUS/TOLAK/BATAL1
BIL NAMA TARIKH / BILANGAN KADAR/BILANGAN 2 PERUNTUKAN BAKI (RM) KOS JUSTIFIKASI
PROGRAM TEMPOH PESERTA (P) / BILIK BILIK DILULUSKAN PAKEJ3 PROGRAM1
URUSETIA (U) / SEORANG BERKEMBAR (RM) (RM)
PENCERAMAH (PC)
OS 21000 OS 21000 OS 24000
OS 24000 OS 29000 OS 29000
OS 29000 OS 42000 OS 42000
OS 42000
JUMLAH KESELURUHAN = OS 21000
OS 24000
OS 29000
OS 42000

Disediakan oleh, Disahkan oleh Pegawai Pelulus

Nama: Nama:
Jawatan: Jawatan:
No. Tel:

Nota :
1 Sila sediakan laporan secara berasingan seperti berikut:(1) Pakej lulus (2) Pakej tolak (3) Pakej batal;
2 Sila nyatakan jumlah kadar kelayakan peserta (penginapan/makan) berdasarkan SPK Bil.1 Tahun 2014;
3 Sila nyatakan jumlah kos pakej penginapan/makan atau kedua-duanya dan Iain-Iain perbelanjaan yang terlibat (seperti sewaan dewan/bilik mesyuarat,

penyewaan peralatan dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan);


4 Sila nyatakan justifikasi aktiviti termasuk tujuan aktiviti diadakan, peserta-peserta yang terlibat, justifikasi pemilihan tempat aktiviti dan Iain-Iain

* Sila kemukakan laporan bulanan ini ke Bahagian Kewangan pada setiap 15 haribulan bulan berikutnya.
(Sila lampirkan secara berasingan sekiranya ruang tidak mencukupi)
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PESIARAN BUKIT KIARA
50604 KUALA LUMPUR

MEMO DALAMAN

Kepada : Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan

Daripada : Ketua Unit Kewangan


Bahagian Teknologi Pendidikan

Ruj.Kami : KP(BTP-PENT)8805/4/8-1/Jld.6 (21)

Tarikh : Januari 2014 / Rabiulawal 1435H

Perkara : Permohonan Bagi Menyediakan Kemudahan Secara


Pakej - Pembangunan Teknologi Pendidikan 2014

Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Bersama-sama ini dikemukakan permohonan bagi menyediakan kemudahan secara


pakej Mesyuarat Khas Awal Tahun 2014 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Selangor, Shah Alam, Selangor pada 9 – 11 Januari 2014 untuk tindakan dan kelulusan
puan.

3. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Khuzaime bin Aziz ditalian 03-
2081 8138 atau email kepada khuzaime@moe.gov.my / hazrin@moe.gov.my

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(ABDUL KADIR BIN ABDUL WAHAB)


Ketua Unit Kewangan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PESIARAN BUKIT KIARA
50604 KUALA LUMPUR

MEMO DALAMAN

Kepada : Ketua Unit Kewangan


Bahagian Teknologi Pendidikan

Daripada : Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan

Tarikh : Januari 2014 / Rabiulawal 1435H

Perkara : Permohonan Bagi Menyediakan Kemudahan Secara Pakej -


Pembangunan Teknologi Pendidikan 2014

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada permohonan yang bertarikh 8 Januari
2014.

2. Dimaklumkan bahawa keputusan permohonan pihak tuan adalah seperti berikut :

PROGRAM : MESYUARAT KHAS AWAL TAHUN 2014


TARIKH : 9-11 JANUARI 2014
TEMPAT : BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI
NEGERI SELANGOR
OBJEK SEBAGAI : OS 29000
KOS PAKEJ : RM 2,500.00
KEPUTUSAN : LULUS

3. Kelulusan ini tertakluk kepada peruntukan sedia ada yang mencukupi untuk
menampung perlaksanaan program di atas dan pematuhan kepada peraturan kewangan
yang sedang berkuatkuasa.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(ROSNANI BINTI MOHAMED ALI)

43 | G a r i s P a n d u a n P e n y e d i a a n K e m u d a h a n P a k e j B T P / B T P N
2014

You might also like