You are on page 1of 11

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN…………………………………………………………………………………….2

1.0 Pendidikan secara umum…………………………………………………………………………2


1.1 Sejarah Perkembangan pendidikan di Malaysia………………………………………….2
1.2 Falsafah Pendidikan……………………………………………………………………...2

TAJUK………………………………………………………………………………………………3

2.0 Impak Falsafah Pendidikan TVET……………………………………………………………….3

2.1 Impak Falsafah Pendidikan TVET di Malaysia…………………………………………..3


2.1.1 Impak Falsafah Pendidikan TVET terhadap kurikulum TVET................................3
2.1.2 Impak Falsafah Pendidikan TVET terhadap guru TVET.........................................4
2.1.3 Impak Falsafah Pendidikan TVET terhadap institusi TVET....................................4

2.2 Impak Falsafah Pendidikan TVET di negara membangun………………………………5


2.2.1 Peluang pekerjaan kepada graduan TVET Filipina……………………………….5
2.2.2 Perkembangan Kapasiti Institusi TVET swasta melalui biasiswa…………………5
2.2.3 Menjadikan TVET Filipina berdaya saing di peringkat global……………………5
2.2.4 Sijil bagi Pekerja Mahir……………………………………………………………5
2.2.5 Menyediakan banyak program kelayakan bagi guru pelatih TVET…………..…...6
2.3 Impak Falsafah Pendidikan TVET di negara maju……………………………………….6
2.3.1 Impak Falsafah Pendidikan (TVET) di Jerman…………………………………..7
2.3.2 Impak Falsafah Pendidikan (TVET) Di Rusia…………………………………….8
2.3.3 Impak Falsafah Pendidikan (TVET) Di Amerika…………………………………8

RUMUSAN………………………………………………………………………………………….9

PENUTUP

1
PENGENALAN

1.0 PEDIDIKAN SECARA UMUM

1.1 Sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia

System pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem
yang terdahulu tidak mengambil kira pembanggunan, pembentukkan identity kerajaan dan
perpaduan negara. Lantaran itu, kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul
bahawa betapa mustahknya satu bentuk pendidikan mengikut acuan kita sendiri. Maka
dengan itu Penyata Razak (1956) dan laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas
pembentukkan sistem dan Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan seperti yang termaktub
dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian Sebuah Jawatankuasa cabinet telah
ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan tujuan
untuk memperbaiki perlaksanaan supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu
padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi
pembanggunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini diterbitkan pada tahun 1976.

1.2 Falsafah pendidikan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan
Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi
mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelektual. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara

2
TAJUK

2.0 IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN TVET

Bahagian ini menerangkan tiga (3) impak falsafah pendidikan TVET yang semakin membangun
masa kini iaitu impak falsafah pendidikan TVET di Malaysia, impak falsafah pendidikan TVET
di negara membangun, serta impak falsafah pendidikan TVET di negara maju.

2.1 IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN TVET DI MALAYSIA


Berlandaskan kepada pengenalan falsafah pendidikan yang telah dinyatakan, maka
Matlamat Falsafah Pendidikan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-
amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan.
Terdapat beberapa impak Falsafah Pendidikan TVET di Malaysia merangkumi terhadap
kurikulum, guru dan institusi.

2.1.1 Impak Falsafah Pendidikan TVET terhadap kurikulum TVET

Perubahan TVET sekolah adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi;

Perubahan sukatan pelajaran TVET yang berorientasikan kepada program


bersepadu.
Perubahan bahan-bahan pelajaran TVET yang mengutamakan nilai-nilai murni
diserapkan dalam semua mata pelajaran TVET.
Perubahan program TVET yang berorientasikan melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis.
Perubahan sistem TVET yang berorientasikan ke arah pendidikan umum dan alam
pekerjaan.
Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam
bidang vokasional dan teknologi

3
2.1.2 Impak Falsafah Pendidikan TVET terhadap guru TVET

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan
tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik yang benar-benar
memahami FPK akan dapat mengubah sikap peribadi dengan pandangan dan visi yang
positif terhadap tugasnya bagi merealisasikan matlamat FPK. Melalui FPK juga,
pendidik akan dapat mengubah strategi dan teknik pengajaran yang bersesuaian bagi
melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak
mulia.Oleh yang demikian sangatlah penting bagi pendidik untuk benar-benar
memahami matlamat dan tujuan yang ingin dicapai oleh Negara melalui FPK. Dengan
memahami sepenuhnya kehendak FPK, guru TVET akan dapat memertabatkan TVET
setanding dengan aliran sains.

2.1.3 Impak Falsafah Pendidikan TVET terhadap institusi TVET

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk


melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ini meliputi:
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani,
secara menyeluruh dan seimbang.
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni
dalam jiwa pelajar.
Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang
cintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

4
2.2 IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM TVET DI NEGARA MEMBANGUN

Negara membangun merupakan istilah untuk menggambarkan sebuah negara yang mempunyai satu
aras keselesaan kebendaan yang rendah. Contoh negara yang sedang membangun selain Malaysia
ialah Filipina. Di negara Filipina, Pendidikan Teknik dan Vokasional menjadi bidang kuasa
Pendidikan dan Kemahiran Teknikal Pihak Berkuasa Pembangunan (TESDA) secara sah
diamanahkan melalui RA 7796 atau dikenali sebagai Akta TESDA yang ditandatangani ke dalam
undang-undang pada 25 Ogos, 1994; dan Pengajian Tinggi yang melibatkan pendidikan tinggi di
Malaysia kolej komuniti, universiti dan kolej khusus menjadi domain Suruhanjaya Pengajian Tinggi
(CHED) yang ditubuhkan melalui penggubalan RA 7722 atau Tinggi Akta Pendidikan pada 18 Mei
1994. Pada masa kini, TVET di Filipina menyediakan pendidikan dan peluang latihan untuk
menyediakan pelajar dan pelanggan lain bagi pekerjaan. Ia juga menangani keperluan latihan
kemahiran daripada mereka yang sudah berada di dalam buruh pasaran dan perlu menaik taraf atau
membangunkan kecekapan baru untuk meningkatkan kebolehpasaran dan meningkatkan
produktiviti. Bahagian 2.2 ini akan menerangkan mengenai implikasi Falsafah Pendidikan Dalam
TVET di negara membangun iaitu Filipina.

2.2.1 Peluang pekerjaan kepada graduan TVET Filipina

Melalui kemahiran TVET, graduan Filipina TVET telah berjaya mendapatkan


peluang pekerjaan sama ada bekerja dengan majikan ataupun bekerja sendiri. Kajian
menunjukkan purata secara keseluruhannya kadar pekerjaan bagi graduan adalah
sebanyak 60% mengikuti buruh kasar adri tahun 2000 sehingga tahun 2005.

2.2.2 Perkembangan Kapasiti Institusi TVET swasta melalui biasiswa.

Program biasiswa melalui TESDA telah diperkembangkan dengan meneruskan


usahasama terutama melalui skim perkongsian kewangan dengan pegawai
kebangsaan dan tempatan. Penggalakkan respon daripada peringkat kebangsaan dan
luar negara membawa peluang TVET kepada kelebihan yang lebih banyak. Ini
termasuklah tiga program biasiswa yang sedang dijalankan oleh TESDA. Program
ini juga turut memberikan pilihan karier kepada keperluan kemahiran kritikal dalam
keperluan pasaran kerja dan membolehkan ketersamaan sosial bagi peluang yang
diwujudkan melalui subsidi kerajaan. Contoh program biasiswa adalah Private
Education Student Financial Assistance (PESFA) dan Technical Education Skills
Development Projects (TESDP)

2.2.3 Menjadikan TVET Filipina berdaya saing di peringkat global

Cabaran daripada perkembangan globalisasi yang pesat menjadikan TVET di Filipina


lebih berdaya saing. Perkembangan berterusan dan peningkatan tenaga kerja mahir
5
dilakukan bagi memastikan pekerja mempunyai kualiti yang terbaik dan kuantiti yang
betul yang akan diperlukan pada bila-bila masa. Keperluan perkembangan pendidikan
yang berterusan dan tenaga mahir perlu terus dihasilkan untuk memastikan pekerja
yang berkualiti dan berkuantiti bagi sesuatu pekerjaan tersebut. Hal ini turut menggesa
untuk transformasi buruh Filipina agar mempunyai kemahiran asas dan kemampuan
beradaptasi kepada perubahan kemahiran atau pekerjaan.
2.2.4 Sijil bagi Pekerja Mahir

Sebagai bukti pencapaian pekerja, dalam standard kemahiran, kecekapan dan kualiti
TVET, graduan TVET dikeluarkan dengan sijil kemahiran apabila melepasi
penilaian kemahiran. Oleh itu, sijil yang diberikan menjadi bukti seseorang pekerja
itu telah bersedia dengan kemahiran kerja.

2.2.5 Menyediakan banyak program kelayakan bagi guru pelatih TVET


kebangsaan
Guru pelatih TVET perlulah mempunyai kualiti yang baik berbanding kuantiti.
Untuk itu, inisiatif yang telah dilakukan adalah dengan program penilaian pelatih.
Salah satu program tersebut adalah Kerangka Kelayakan Pelatih TVET Filipina
(PTTFQ). Keperluan untuk menyediakan pelatih yang betul-betul layak dan
penting di TVET sangat dititikberatkan. Setiap kelayakan pelatih (TQ) adalah
gabungan peringkat kepakaran dalam teknologi dan peringkat kepakaran dalam
kaedah latihan (TM).

2.3 IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN DI NEGARA MAJU

Perkembangan pertumbuhan ekonomi dunia telah memberi kesan tolakan besar ke atas
permintaan tenaga manusia khususnya terhadap tenaga kerja profesional, mahir dan separa
mahir. Ini sememangnya memberikan cabaran yang besar kepada sistem pendidikan sesebuah
negara terutamanya pendidikan teknik dan vokasional dalam membekalkan tenaga kerja yang
berkebolehan serta mahir. Tumpuan pembangunan sesebuah negara pada masa kini adalah
lebih ke arah perindustrian dan pembuatan, maka adalah perlu bagi pendidikan teknik dan
vokasional menyediakan suatu bentuk sistem pendidikan dan latihan yang seiring dengan
keperluan industri serta pasaran semasa. Melahirkan sumber tenaga manusia yang
berkebolehan, bermotivasi tinggi, cekap dan produktif adalah penting bagi meningkatkan
kadar produktiviti negara.

6
Memandangkan aktiviti perindustrian pada masa hadapan adalah berteraskan
teknologi tinggi dan teknologi maklumat, maka adalah perlu bagi pihak kerajaan atau swasta
yang terlibat dengan pendidikan teknik and vokasional ini untuk membuat perancangan yang
teliti dan komprehensif bagi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang baik agar ia dapat
mampu memenuhi keperluan sesebuah negara. Sektor pendidikan dikatakan dapat membantu
mengekalkan daya saing sesebuah negara melalui peningkatan dalam tingkat dan kemahiran
penduduk, namun sekiranya perkembangan sektor tersebut tidak selaras dengan keperluan
perkembangan ekonomi semasa, maka peranan ini mungkin akan terjejas.

Objektif sistem pendidikan teknik dan vokasional secara umumnya adalah bagi
melatih para pelajar untuk pekerjaan dan mendedahkan mereka kepada suasana kerja dari
awal lagi. Pendidikan teknik dan vokasional juga berperanan sebagai sistem alternatif bagi
menyediakan latihan pendidikan bercorak kemahiran pra vokasional dalam usaha untuk
menyediakan mereka memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan. Antara
objektif utama sistem pendidikan teknik dan vokasional ialah menyediakan pelajar dengan
pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri dan
perdagangan.Membina tabiat bekerja dan sikap yang baik pada diri sendiri, khususnya sikap
bertanggungjawab dan kesungguhan, supaya menjadi rakyat berguna dan produktif.Membina
asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknik dan vokasional.

Berdasarkan objektif-objektif tersebut, kita dapat melihat akan kepentingan


pendidikan teknik dan vokasional dalam berperanan melatih, seterusnya melahirkan golongan
yang mempunyai pengetahuan, sikap dan kemahiran tinggi yang berupaya memenuhi
keperluan guna tenaga manusia di sesebuah negara.

2.3.1 Impak Falsafah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di


Jerman

Falsafah pendidikan TVET dianggap satu kekuatan utama pendidikan di


Jerman yang mana sebanyak 60 – 70 % daripada pelajar (lebih daripada 1.6 juta)
memasuki sekolah vokasional. Latihan ini menyedikan banyak program latihan
merangkumi hamper 340 pekerjaan dan sangat popular dalam kalangan lepasan
sekolah di Jerman. Sistem latihan ini sangat berjaya dengan kadar penggangguran
siswazah dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian adalah rendah iaitu 3 %.

Pendidikan vokasional yang paling banyak dilaksanakan adalah sistem latihan


perantisan. Perantis dilatih oleh majikan dalam bidang pekerjaan yang akan diceburi
(3 – 4 hari seminggu) dan mendapat pendidikan teori di sekolah vokasional (1-2 hari
7
seminggu). Di samping memperolehi kelayakan yang diiktiraf (sijil dikeluarkan oleh
dawn perniagan) apabila tamat pengajian, perantis juga mendapat gaji daripada
majikan. Melalui sistem ini, pelajar terlibat dalam pekerjaan bergaji dan menerima
latihan yang diiktiraf selaras dengan keperluan pasaran pekerjaan.

Peratus pekerja tidak mahir dan penggangguran dalam kalangan belia di


Jerman adalah rendah. Sektor swasta menyediakan lebih kurang 80% pembiayaan
dan sektor awam terlibat dalam pembiayaan dan penyampaian TVET. Di samping
penyediaan dan pembiayaan latihan, sector swasta terlibat dalam penambahbaikan
kurikulum latihan, pindaan peraturan latihan, khidmat nasihat dan penyeliaan latihan
serta urusan pentadbiran peperiksaan.

Pada masa yang sama, kerajaan terlibat dalam menggubal peraturan latihan,
menetapkan kurikulum dan membiayai tenaga pengajar di sekolah vokasional.
Kerajaan juga memainkan peranan yang sangat aktif dalam penyelarasan penawaran
dan bilangan tempat TVET.

2.2.2 Impak Falsafah Pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) Di Rusia

Perubahan sistem pemerintahan Rusia daripada totalitarian kepada demokrasi telah


memberi perubahan yang mendalam kepada ekonomi dan sosial Rusia. Permintaan
terhadap keperluan manusia semakin tinggi dan ini menyebabkan keperluan terhadap
sistem pendidikan vokasional semakin mendapat permintaan. Oleh kerana permintaan
terhadap tenaga kerja yang mahir dan separa mahir semakin bertambah, maka model
pendidikan vokasional baru telah dibentuk sebagai sistem interaksi antara negara,
pekerja dan perniagaan.

Pihak kerajaan Rusia telah memainkan peranan yang penting dalam perlaksanaan
pendidikan vokasional ini. Antara peranan yang telah dimainkan adalah penyelidikan
dalam pendidikan vokasional, merangka standard untuk pendidikan vokasional,
8
mengenalpasti persamaan antara diploma pendidikan vokasional dinegara luar
denganRusia.

Sistem falsafah pendidikan vokasional yang baru telah digubal Rusia. Pendidikan
vokasional di Rusia telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pendidikan
vokasional rendah, pendidikan vokasional menengah, pendidikan vokasional tinggi,
pendidikan vokasional lepasan ijazah dan pendidikan vokasional tambahan/khas.

2.2.3 Impak Falsafah Pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) Di Amerika

Amerika Syarikat menggunakan Model Integrasi Pendidikan Akademik Dan


Vokasional. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati sebanyak lapan
model pendekatan yang telah dilaksanakan dalam usaha integrasi ini. ( Grubb, Davis,
Philal & Morgain, 15).

a) Model 1 : Memperbanyakan isi kandungan akademik ke dalam kursus- kursus


vokasional
b) Model 2 : Penyatuan guru-guru vokasional dan akademik
c) Model 3 : Mengaitkan kurikulum akademik dengan alam vokasional
d) Model 4 : Penyelarasan kedua-dua kurikulum
e) Model 5 : Integrasi melalui projek tahun akhir ( senior project)
f) Model 6 : Model akademik
g) Model 7 : Sekolah magnet dan sekolah tinggi (occupational high school)
h) Model 8: Kelompok kerjaya (occupational cluster)

RUMUSAN

Falsafah Pendidikan adalah teras kepada sistem pendidikan di setiap negara. Falsafah
digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan
tepat di dalam system dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun negara, falsafah
pendidikan turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah
keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan (KPM, 1988).

Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik,
seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis
mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan
9
bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara
(KPM,1988).

Pendidikan Teknik dan Vokasional pula merupakan satu cabang bidang pendidikan yang
sangat penting untuk pembangunan negara. Tujuan utama TVET diperkenalkan adalah untuk
memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir di Malaysia. Disamping itu, TVET juga
bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman sebenar untuk persediaan
alam pekerjaan.

Oleh itu, adalah amat penting untuk para pendidik untuk memahami dengan jelas tentang
falsafah pendidikan dan hubungannya dengan TVET. Ini adalah sangat penting kerana apabila
pendidik memahami dengan jelas tentang falsafah pendidikan dan TVET, maka sudah tentunya
matlamat pendidikan serta hasrat negara akan tercapai. Melalui falsafah pendidikan, kita akan dapat
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Disamping itu juga
proses memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh juga akan lebih mudah dilaksanakan

10
11

You might also like