You are on page 1of 6

11/29/2018 Pembelajaran abad ke-21: Harapan, realiti dan cabaran - Utama - Utusan Online

Berita Rencana Hiburan Bisnes Sukan Mega TV Utusan

Rencana › Utama bisik-bisik Forum Cuit Selak Kolumnis Blog Agama

MOE

Pembelajaran abad ke-21: Harapan,


realiti dan cabaran
Dr. Hayati Ismail

15 Januari 2018 9:38 PM

13 Januari 2018 yang lalu YB Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid telah
memaklumkan bahawa kelas Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) akan
dilaksanakan sepenuhnya di 2000 kelas di sekolah-sekolah terpilih melibatkan
kawasan Bandar dan luar Bandar. Beliau turut serta dalam sesi PAK-21 di SMK
Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang dan menyatakan harapan agar kemudahan yang
diberikan nanti akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP).
Yang menarik perhatian adalah respon daripada kalangan warga pendidik dan
masyarakat terhadap pelaksanaan PAK-21 yang dikongsi di laman Facebook YB
Menteri Pendidikan. Ada yang begitu teruja dengan kemudahan terkini yang
diberikan dan berharap agar sekolah mereka adalah antara 2000 sekolah yang
bertuah itu. Ada juga yang meminta Kementerian Pendidikan melihat kepada
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pembelajaran-abad-ke-21-harapan-realiti-dan-cabaran-1.590819 1/6
11/29/2018 Pembelajaran abad ke-21: Harapan, realiti dan cabaran - Utama - Utusan Online

realiti yang berlaku di sekolah serata negara yang menghadapi masalah capaian.
Tidak kurang juga yang menyentuh tentang cabaran melaksanakan PAK-21
sedangkan keadaan infrastruktur di sekolah masih lagi dalam keadaan yang
menyedihkan, terutama sekolah di kawasan pedalaman, malah berpandangan
peruntukan yang diberikan kepada ‘sekolah terpilih’ ini disalurkan kepada sekolah
yang lebih memerlukan.
Iklan

Harapan, realiti dan cabaran ini memang ada benarnya. Tidak ada sesiapa pun
dapat mena kan bahawa teknologi merupakan komponen yang penting dalam
PAK-21, dalam usaha untuk membuka minda dan perspektif murid kepada dunia
luar yang sungguh mencabar. Dalam masa yang sama kita perlu akur bahawa
hakikatnya masih ada sekolah yang memerlukan baik pulih infrastruktur sebelum
teknologi terkini dapat dibawa masuk dan digunakan dalam proses PdP dengan
berkesan.
Cabaran PAK-21 ini sebenarnya perlu dilihat daripada perspektif yang lebih besar
dan meluas, iaitu daripada aspek matlamat pendidikan itu sendiri. Dalam
penulisan sebelum ini, saya telah menyentuh tentang perlunya pendidikan itu
diletakkan semula di landasan yang betul menuju ke arah merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diterjemahkan melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PAK-21 bukannya satu matlamat, tetapi
salah satu cara untuk kita mencapai apa yang dihasratkan oleh FPK, bagi
membangunkan insan yang seimbang dan sejahtera.
Penulisan terkini YB Menteri ‘Menghayati Aspirasi Pendidikan” yang
dikongsimelalui portal rasmi beliau di portal.tokdet.my sangat tepat pada masanya
bagi memberikan perspektif yang jelas mengenai pelaksanaan PAK-21 dan hala
tuju pendidikan. Sejujurnya apabila disebut PAK-21, tergambar dalam kiran kita
sebuah bilik darjah yang dilengkapi smartboard, capaian internet yang sangat laju
membolehkan video-conferencing dilakukan dengan mana-mana tempat di
seluruh dunia, bilangan murid yang ideal serta diberi kemudahan tablet setiap
seorang.

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pembelajaran-abad-ke-21-harapan-realiti-dan-cabaran-1.590819 2/6
11/29/2018 Pembelajaran abad ke-21: Harapan, realiti dan cabaran - Utama - Utusan Online

Namun begitu seperti yang ditegaskan oleh YB Menteri, PAK-21 bukanlah semata-
mata berpaksikan teknologi, tetapi lebih menjurus kepada pendekatan PdP yang
menggalakkan pembelajaran kolaboratif, kreatif, pemikiran kritis dan komunikasi.
Dalam konteks pendidikan Negara kita, PAK-21 mestilah berasaskan nilai yang
menunjukkan kita sebagai warga Malaysia. Hakikat inilah yang dimaksudkan oleh
beliau bahawa tanpa teknologi, PAK-21 masih boleh berlaku.
Dalam membangunkan murid seimbang dan sejahtera yang dipupuk dengan
Enam Aspirasi Murid, guru dan pentadbir perlu kreatif untuk menggunakan
sumber yang ada, ataupun yang boleh diperolehi melalui kerjasama pelbagai pihak
bagi mengoptimumkan proses PdP. Murid yang hadir ke sekolah pada zaman ini
bukan lagi umpama ‘tong kosong’ yang perlu dipenuhkan dengan ilmu
pengetahuan. Murid pada abad ke-21 ini pergi ke sekolah berbekalkan
pengetahuan yang diperolehi daripada pelbagai sumber dari luar bilik darjah –
daripada ibu bapa, rakan sebaya, komuniti setempat dan daripada dunia luar
melalui internet.
Peranan guru kini adalah sebagai pembimbing yang dapat menyedarkan murid
bahawa proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu berlaku di mana-mana
sahaja tidak kira masa sepanjang hayat mereka. Usaha untuk membimbing murid
ini memerlukan cara yang kreatif; bukan sahaja ilmu yang dikongsi oleh guru
menerusi keperluan yang ditetapkan dalam kurikulum standard tetapi juga
perkongsian daripada murid melalui ilmu yang diperoleh di luar bilik darjah
menerusi pelbagai medium.
Guru perlu memupuk Kemahiran Ber kir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid
melalui kaedah bertanya yang sesuai dengan tahap murid. Murid perlu
berkomunikasi, berkongsi idea kreatif dan belajar secara kolaboratif di dalam dan
luar bilik darjah. Tidak kira murid prasekolah, murid pendidikan khas mahupun
murid Tingkatan Enam, setiap murid boleh dipupuk KBAT dengan strategi bertanya
sebagaimana yang telah didedahkan kepada setiap guru semasa mereka melalui
latihan perguruan satu masa dahulu.
Perubahan pelaporan pentaksiran dan pemansuhan pengasingan kelas secara
berperingkat seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
baru-baru ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pentadbir pendidikan. Inilah
masanya bagi Pengetua dan Guru Besar sekolah menentukan ethos atau karektor
sekolah berdasarkan kekuatan dan sumber yang boleh diperolehi dengan
kerjasama guru, ibu bapa serta komuniti setempat. Lebih 5,000 Pengetua dan Guru
Besar yang ada kini telah melalui Program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL), justeru pastinya mereka mampu mengumpul
kekuatan daripada pelbagai sumber bagi mendepani cabaran pendidikan. Harapan
kita agar pemimpin pendidikan mampu untuk menggalas tanggungjawab dan
amanah yang telah diberikan bagi menyokong guru-guru dalam menyempurnakan
tugas mendidik anak bangsa Malaysia.

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pembelajaran-abad-ke-21-harapan-realiti-dan-cabaran-1.590819 3/6
11/29/2018 Pembelajaran abad ke-21: Harapan, realiti dan cabaran - Utama - Utusan Online

Tag Berkaitan

MOE Anjakan Minda Pengajaran dan Pembelajaran Pendapat

What is your reaction? 25 votes Powered by Vuukle

48% 24% 4% 4% 12% 8%

gembira tak kisah terhibur teruja marah sedih

Iklan

0 comments Recommend 0

Write a comment

3000

Name
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pembelajaran-abad-ke-21-harapan-realiti-dan-cabaran-1.590819 4/6
11/29/2018 Pembelajaran abad ke-21: Harapan, realiti dan cabaran - Utama - Utusan Online

or
Email

I agree with Vuukle's Privacy Policy

POST

Vuukle

ARTIKEL BERKAITAN
Anjakan Minda /
Pendidikan masa hadapan bermula hari ini
Dr. Hayati Ismail

Anjakan Minda /
Guru berkualiti martabat sistem pendidikan
Dr. Hayati Ismail

VIDEO PILIHAN

Keadaan sekitar kuil Bomba Selangor b


terkawal laporan polis
SUBANG JAYA 28 Nov. - Keadaan KUALA LUMPUR 28 Nov
di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ laporan polis telah dibuat
25 di sini masih terkawal setakat Jabatan Bomba dan Peny
pukul 11.30 malam ini. Selangor berhubung dakw
mengatakan Muhammad
Mohd. Kassim cedera akib
dilanggar.

   

Berita Rencana Wilayah Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan


Terkini Utama Johor Berita Bola Sepak Ekonomi Umum
Berita Bisik-bisik Kedah Selebriti Badminton Korporat Sekolah
Utama Cuit Kelantan Muzik Lumba Usahawan Kampus
Utusan Selak KL & Filem & Kereta Automotif Sastra
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pembelajaran-abad-ke-21-harapan-realiti-dan-cabaran-1.590819 5/6
11/29/2018 Pembelajaran abad ke-21: Harapan, realiti dan cabaran - Utama - Utusan Online

Live Kolumnis Putrajaya Drama Lumba Hartanah Agama


Nasional Forum Melaka Rancangan Motorsikal Teknologi  
Politik Agama Negeri TV Basikal Saham & Sains &
Parlimen Blog Sembilan Seni & Golf Wang Teknologi
Jenayah Sukan Pahang Budaya Hoki Sains
Mahkamah Perak   lain-Lain Teknologi
  Perlis Gaya Rencana Inovasi
Luar Pulau Hidup Sukan Gedjet
Negara Pinang Rekreasi Pertanian
Asean Sabah Permotoran Alam
  Sarawak Pelancongan Sekitar
Selangor Keluarga
Terengganu Kesihatan Video
Fesyen Terkini
Isu Semasa
Bisnes
Pemotoran
Gaya
Hidup
Hiburan
Agama
Politik

Kumpulan Utusan
Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | Saji Online | disini.my |  MyBooks |  Siber Media
|  Utusan Karya
Jom Iklan | Mengenai Kami | Terma & Syarat Policy
WWW.UTUSAN.COM.MY © 1997-2018 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD
No. 44, Jalan Utusan, O Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pembelajaran-abad-ke-21-harapan-realiti-dan-cabaran-1.590819 6/6

You might also like