You are on page 1of 8

MESYUARAT GURU KALI 1 TAHUN 2017

TARIKH : 28 DISEMBER 2016

HARI : RABU

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT : KEDAH ROYAL CLUB

KEHADIRAN :

1. EN. KHOLIB BIN ABD. HAMID ( GURU BESAR )


2. PN. ROSHADAH BT HASHIM ( PK PENTADBIRAN)
3. EN. NAVAWI BIN HAMID (PK HEM)
4. PN. SHAHROM BT KASSIM ( PK KOKURIKULUM)
5. PN. ADIBAH BT ISMAIL
6. EN. AZMIR HELMI BIN ABD. HALIM
7. EN. ISWARDI BIN AHMAD ISMARA
8. EN. JASLI BIN SUDIN
9. PN. KHATIJAH BT ISMAIL
10. PN KU ASMA BT KU AHMAD
11. EN. MOHAMAD EHSAN BIN SAAD
12. EN. MOHAMAD SOFI BIN AHMAD
13. EN. MOHD SANY BIN AHMAD
14. PN. NORA’INI BT ZAINUN
15. PN. NORAZLINA BT AZIZ@KHALID
16. PN. NORLAILI BT HJ. ALI
17. PN. NORLIDA BT MOHD KHOZAN
18. EN. PAKRUL HISYAM BIN MUSA
19. PN. RAFIZAH BT MOKHTAR
20. PN. RUFAIDAH BT AHMAD
21. CIK RUZITA BT MUSTAFFA
22. EN. SAMSUDDIN BIN MUSTAFFA
23. PN. ZAIHIROH BT ZAINOL
24. TN. HJ. ZOLKEFALI BIN HJ. HANAFI

TIDAK HADIR

1. EN. ABDUL RANI BIN AHMAD (BERSEBAB)


2. EN. MOHD NIZAR BIN SAID (BERSEBAB)
ALUAN PENGACARA

1. En. Mohd Ehsan memulakan mesyuarat ini dengan ucapan terima kasih kepada
semua guru yang telah hadir dan mengumumkan kehadiran guru adalah 25/26
(Encik Abdul Rani b Ahmad tidak hadir kerana membawa anak saudara ke
hospital.

BACAAN DOA

2. Ustaz Azmir Helmi membaca doa pembuka majlis.

AGENDA 1 : ALUAN GURU BESAR

1.1 Guru besar mengalukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima
kasih kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat kurikulum kali 1 bagi
tahun 2017 serta mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada
semua guru dan mengucapkan selamat datang kepada guru baharu dan
menyatakan nama guru-guru yang telah bertukar.

1.2 Pengerusi berharap agar dapat bekerjasama dengan semua guru bagi
menghasilkan budaya kerja yang sangat tinggi, cemerlang, dan mampu
bersaing di pelbagai peringkat pada tahun ini.

1.3 Guru besar memaklumkan hasil perjumpaan dengan pengarah pendidikan


terdapat beberapa fokus yang perlu dititik beratkan seperti :
a) Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah
b) Mengurangkan kes salah laku murid
c) Mengelakkan kes keracunan makanan di kantin sekolah
d) Mengelakkan tanda-tanda gejala najis dadah
e) Peningkatan dalam pencapaian ko kurikulum

1.4 Beliau juga menekankan tentang kualiti pendidikan yang masih


menggunakan SKPM G2 akan menggantikan SKPM.

1.5 Guru besar memaklumkan PPPM kini dalam gelombang kedua yang
menekankan 5 aspirasi sistem pendidikan dan 11 anjakan pendidikan.

1.6 6 ciri murid globalisasi yang menguasai pengetahuan kemahiran berfikir,


kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika kerohanian dan identiti
nasional.
1.7 Beliau juga berharap agar guru mempunyai sikap cemerlang dan
berketrampilan sebagai seorang guru dan memahami konsep organisasi.
Elakkan kronisme dalam kalangan guru dan sentiasa mewujudkan budaya
kerja berpasukan.

PEMBENTANGAN KEPUTUSAN UPSR 2016


1.8 Guru besar mengumumkan keputusan UPSR 2016 dengan peratus lulus
48% dan seorang murid telah mendapat 6A. Keputusan keseluruhan yang
telah dicapai ialah Kota Setar mendapat tempat ke 4 dalam negeri Kedah.
Daripada 5865 orang calon % lulus ialah 64.81)

PEMANTAUAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN


1.9 Guru-guru kelas hendaklan memastikan pada hari pertama buka sekolah
nanti, setiap murid mempunyai 1 meja, 1 kerusi dan 1 set buku teks dan
pemantau dari PPD akan turut serta pada hari pertama persekolahan.

JADUAL WAKTU
1.10 Jadual juga telah mengikut spesifikasi keperluan semasa dan mengikut
fleksibiliti bagi subjek yang telah ditekankan bersesuaian dengan SPI KPM
bil.8 tahun 2016. Jadual waktu 2017 telah disediakan dan akan diedarkan
kepada semua guru.

1.11 HEADCOUNT
Maklumat daripada tuan PPD pula ialah mengenai program dialog prestasi
untuk tahun 4,5 dan 6 dengan mengambil keputusan (AR 1) yang akan
diadakan pada bulan March nanti. Dialog prestasi akan melibatkan guru
dan semua penolong kanan.

1.12 Setiap panitia dinasihatkan menyediakan headcount bagi setiap tahun


dengan merujuk TOV tahun lalu dan bandingkan dengan keputusan AR1
2017 akan diguna untuk dialog yang akan meyentuh tentang
perkembangan semasa murid-murid serta merangka intervensi yang
bersesuaian.

1.13 Audit akademik bermula dari tahun 3 dan dikendalikan oleh ketua panitia
matapelajaran masing-masing bagi memastikan semua program berjalan
dengan lancar dan memberi impak yang positif kepada pencapaian murid.
LINUS

1.14 Audit LINUS akan dibuat oleh penyelaras LINUS.

KOKURIKULUM

1.15 PKG akan mengeluarkan jadual aktiviti kokurikulum dan sukan


PAJSK mesti direkodkan kedalam sistem dan juga dalam buku rekod.

1.16 Penggunaan portal sekolah juga haruslah dipertingkatkan dalam


menyampaikan maklumat semasa. Jika ingin membuat majalah sekolah,
pihak sekolah boleh dapatkan kata aluan daripada pihak PPD.

1.17 Beberapa program tertentu di sekolah sekolah di zon Alor Janggus akan
dikendalikan di bawah zon Alor Janggus.

1.18 Program rakan sekolah dijalankan bersama-sama program lain bagi


meningkatkan kejayaan sekolah. GB boleh turut serta dalam pemantauan
pdp oleh SISC+

1.19 Penjaminan kualiti dan perlarasan markah boleh dilakukan oleh guru subjek
masing-masing.
1.20 Guru-guru diingatkan supaya peka kepada pengajaran abad ke 21 dengan
menggunakan peta I-THINK yang bersesuaian dan guru hanya berperanan
sebagai pemudahcara dalam setiap aktiviti yang dirancang. Setiap kelas
perlu ada sudut pameran hasil kerja murid dan catatan objektif pdp di
papan hijau.

Untuk tindakan : Untuk makluman:

Semua guru Semua guru

AGENDA 2 – MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT

Cadangan : Encik Samsuddin bin Mustaffa

Sokongan : Encik Azmir Helmi bin Abd. Halim


AGENDA 3 – PERKARA BERBANGKIT

3.1 En. Azmir Helmi inginkan penjelasan mengenai baju sukan memandangkan
pada tahun 2016 tiada pesanan baju sukan dibuat. Puan Shahrom
menyatakan baju sukan 2017 akan dibuat.

3.2 Tanda nama hendaklah dibuat sendiri oleh waris memandangkan tiada
pesanan yang dibuat pada tahun ini.

3.3 makluman dari unit SPBT, buku teks tahun 5 telah cukup mengikut bilangan
murid. Ianya telah diusahakan dengan mengambilnya dari SK Lahar Budi.
Tahun 1 buku kurang 2 set dan buku teks Bahasa Arab tidak diberikan
keppada murid bukan Islam.

3.4 Enrolmen murid bagi tahun 2017 ada 3 orang murid bukan Islam. Tahun 1-
seorang, tahun 3 seorang dan tahun 4 seorang

3.5 Buku Bahasa Arab tidak cukup dan akan ditambah buku pendidikan moral
ada dibuat pesanan tetapi tidak pasti siapa yang terima buku tersebut. En.
Samsudin telah berhubung dengan pihak pembekal untuk kepastian.

Untuk tindakan : Untuk makluman:

Semua guru Semua guru

AGENDA 4 - UCAPAN PK KURIKULUM

4.1 Pn. Rosadah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua guru
hadir ke mesyuarat.

4.2 Beliau juga telah menerangkan mengenai misi dan visi sekolah serta
memperkenalkan slogan baharu bagi SKST iaitu SENTIASA KEHADAPAN
SATU TUJUAN sebagai suntikan semangat kepada murid-murid pada tahun
akan datang.

4.3 memaklumkan tarikh pendaftaran Tahun 1 pada 29/12/2016 dan gotong


royong bagi Tahun 2 hingga 6.

4.4 Jadual waktu akan diedarkan dan hendaklah disampaikan kepada murid
pada hari gotong-royong bagi persediaan mereka pada hari pertama
persekolahan.
4.5 Buku rekod mengajar boleh di ambil di sekolah pada hari pendaftaran tahun
1 dan PRA sekolah. Sila lengkapkan setiap bahagian dalam buku tersebut

Untuk tindakan : Untuk makluman:

Semua guru Semua guru

AGENDA 5 – UCAPAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

5.1 En. Navawi memaklumkan bahawa RMT bagi tahun 2016 berjalan lancar
tanpa sebarang kesulitan.

5.2 bagi tahun 2017 seramai 40 orang dianggarkan mendapat RMT dan guru
kelas mestilah memastikan murid-murid hadir untuk mengambil makanan
dan mengemaskini data murid dalam APDM

5.3 bagi program pendaftaran Tahun 1, beliau meminta guru yang terlibat
membuat dokumentasi.

5.4 Lawatan Jabatan Kesihatan akan dijalankan pada 6/8/2017 bagi tahun 1 dan
pra sekolah pada 20/7/2017 dan guru diingatkan supaya mengemaskini buku
laporan kesihatan murid

5.5 lengkapkan butiran di dalam rekod kedatangan murid dan lengkapkan fail
kuning.

5.6 Audit kehadiran akan dibuat oleh PK HEM dan Unit Kaunseling bagi
mendapatkan prestasi yang terbaik.

5.7 Guru besar juga memaklumkan bahawa amalan guru penyayang diteruskan
seperti biasa dan diuruskan oleh Unit Kaunseling.

Untuk tindakan : Untuk makluman:

Semua guru Semua guru


AGENDA 6 – UCAPAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

6.1 memaklumkan bahawa kegiatan kokurikulum akan dijalankan pada


sebelah pagi setiap hari rabu pukul 7.45-8.45 mengikut jadual yang
telah diedarkan

6.2 Acara yang bakal diadakan di peringkat daerah ialah:

a. merentas desa

b. sepak takraw

c. balapan dan padang

d. bola jaring ( 27/03/2017)

e. bola baling

6.3 Tuntutan bayaran makanan murid semasa menyertai acara di luar


sekolah ialah RM 5.00 jika acara hanya berlangsung pada waktu pagi.
Akan tetapi jika acara sampai ke petang, bayaran RM 7.00 akan
diberikan.

Untuk tindakan : Untuk makluman:

Semua guru Semua guru

AGENDA 7 - HAL-HAL LAIN

7.1 pemantauan akan berlangsung pada hari pertama persekolahan

7.2 bacaan surat khabar utusan setiap hari isnin perlulah


didokumentasikan dan langganan surat khabar akan dibuat oleh Pusat
Sumber Sekolah.

7.3 Buku rekod pengajaran dan pembelajaran akan disemak pada minggu
kedua persekolahan. Diingatkan supaya mengisi semua maklumat
yang perlu di dalam buku rekod tersebut bagi tujuan semakan guru
besar.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.55 petang dengan bacaan Al-Asr.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

…………………………… …………………………….. ……………………………………….


( PN. NORLAILI BT HJ ALI) (PN. ROSADAH BT HASHIM) ( EN. KHOLIB BIN ABD. HAMID)

SETIAUSAHA PENOLONG KANAN PENTADBIRAN GURU BESAR

You might also like