You are on page 1of 3

Bil Nilai murni Penerangan/Definisi

BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI


1 Kepercayaan kepada Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
Tuhan suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras
dengan prinsip rukun negara.
2 Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain
3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga
maruah diri dalam kehidupan
4 Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas
serta kewajipan dengan sempurna
5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
6 Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan
hidup
7 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung
kepada orang lain.
8 Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan
,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan
sesuatu perkara
9 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
10 Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
11 Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil
tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
12 Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan
sana ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain.
BIDANG 2 - KEKELUARGAAN
13 Kasih Sayang terhadap Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan
keluarga terhadap keluarga.
14 Hormat dan taat Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi
kepada anggota layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia
keluarga
15 Mengekalkan tradisi Menerima, menghormati, mengamalkan adat dan kepercayaan yang
kekeluargaan diwarisi secara turun temurun dalam keluarga
16 Tanggungjawab Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap
terhadap keluarga keluarga untuk melahirkan keluarga
Bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga
BIDANG 3 - ALAM SEKITAR
17 Menyayangi dan Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam
menghargai Alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Sekitar
18 Keharmonian antara Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia
manusia dengan alam dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam
sekitar sekeliling terpelihara
19 Kemapanan Alam Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab
Sekitar bersama untuk kesejahteraan hidup
20 Peka terhadap isu-isu Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan
Alam Sekitar berusaha menyelesaikannya
Bil Nilai Penerangan/Definisi
BIDANG 4 - PATRIOTISME
21 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan
kepentingan negara melebihi kepentingan diri
22 Taat Setia kepada Raja Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara
dan Negara
23 Sanggup berkorban Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai tanda berbakti
untuk Negara untuk negara
BIDANG 5 - HAK ASASI
24 Melindungi Hak Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi
kanak-kanak menjamin kehidupan meraka yang sempurna
25 Menghormati Hak Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh
Wanita memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan
negara
26 Melindungi hak Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan jasa dan
pekerja sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara
27 Menghormati hak Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya
golongan kurang tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan
berupaya
28 Melindungi hak Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang
pengguna berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan
tidak mudah dieksploitasi.
BIDANG 6 - DEMOKRASI
29 Mematuhi peraturan Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah
dan undang-undang ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
30 Kebebasan bersuara Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan
tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
31 Kebebasan beragama Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya
seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia
32 Penglibatan diri dalam Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan
pembangunan Negara negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan perlembagaan
Malaysia.
33 Sikap keterbukaan Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan
selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
34 Hidup bersama secara Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan
aman kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan
budaya.
35 Saling membantu dan Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat
bekerjasama individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
36 Saling menghormati Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin
antara negara kesejahteraan sejagat.
Catatan Mengenai Amalan Nilai-nilai Murni Dalam Kalangan Murid

Sepanjang bulan melaksanakan program PPGB di sekolah SJK(C)Chung Hua


ini, saya berasa murid-murid telah mengamalkan nilai-nilai murni dengan baik dalam
kalangan murid selepas berinteraksi dengan mereka. Murid-murid di sekolah ini
sentiasa menepati masa datang ke sekolah iaitu sebelum pukul tujuh pagi. Murid-murid
juga sentiasa bersopan santun dan berbudi pekerti dengan mengucapkan “Selamat
pagi, cikgu” kepada guru-guru yang baru datang ke sekolah. Selain itu, murid-murid
juga akan membantu guru-guru membawa dokumen-dokumen yang banyak apabila
ternampak guru menghadapi kesukaran dalam mengangkat barang.

Di samping itu, murid-murid juga mengamalkan nilai menyayangi dan


menghargai alam sekitar. Murid-murid sentiasa berprihatin terhadap kebersihan dan
keceriaan alam sekitar. Misalnya, murid-murid akan menjaga kebersihan kawasan
sekolah dan membuangkan sampah sarap ke dalam tong sampah yang telah
disediakan. Selain itu, murid di sekolah ini juga menggunakan air secara berjimat
cermat seperti menutup paip air selepas menggunakan air dan tidak membuka air
dengan terlalu besar sehingga berlakunya pembaziran. Sebaliknya, murid-murid turut
menggunakan elektrik secara cermat dengan menutupkan suiz lampu dan kipas ketika
tiada menggunakannya.

Bukan begitu sahaja, murid-murid juga sentiasa bertanggungjawab terhadap


tugasan mereka. Contohnya, murid-murid akan menyelesaikan kerja rumah pada masa
yang ditetapkan manakala ketua kelas pula melaksanakan tanggungjawabnya dengan
menghantar tugasan ke meja guru pada setiap pagi. Murid-murid juga menunjukkan
nilai kerajinan dan dedikasi dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik dan
kokurikulum. Murid-murid rajin menimba ilmu melalui proses pengajaran dan
pembelajaran serta menghadiri dalam aktiviti kokurikulum yang telah disediakan oleh
pihak sekolah.

Kesimpulannya, murid-murid di sekolah ini telah berjaya mengamalkan nilai-nilai


murni dalam kalangan mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………. …………………………………

(Cik Wong Suk Theng) (Puan Chung Lu Chew)


Tarikh: Tarikh:

You might also like