You are on page 1of 2

Bismillahhirrahmannirrahim,

Assalamulaikum WBT dan salam sejahtera

Terima Kasih diucapkan kepada Pengacara Majlis,

Cik Nur Amira Adila binti Mohd Razi

Yang Berbahagia,

Dr Yahya bin Osman

Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh

Yang Berbahagia,

Encik Zaini bin Zulkifli

Penyelia Pendidikan Swasta dan Khas,

Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Yang Berbahagia,

Encik Khairul Afandy bin Osman

Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Sekolah Kebangsaan Dato’ Panglima Bukit Gantang, Changkat Jering, Perak

Yang Berbahagia,

Dr Mohd Anuar bin Abdullah

Ketua Unit Pendidikan Khas IPG Kampus Ipoh

Merangkap pensyarah bagi kursus PKUK3163 Pengurusan dan Pentadbiran Dalam


Pendidikan Khas

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita
masih diberikan kesempatan untuk bersama-sama hadir dalam Majlis Forum Pendidikan Khas
yang bertemakan Zero Reject Policy di pagi yang indah ini.

Terlebih dahulu, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat
datang kepada pengerusi majlis, panel-panel forum, para pensyarah dan rakan-rakan siswa
guru sekalian kerana sudi melapangkan masa untuk hadir ke forum yang bertemakan Zero
Reject Policy.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur iaitu Unit
Pendidikan Khas serta rakan unit Q6 IPG Kampus Ipoh atas kerjasama yang telah diberikan
untuk menjayakan majlis forum ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada para panel, Encik Zaini bin
Zulkifli, Encik Khairul Afandy bin Osman, serta Dr Mohd Anuar bin Abdullah kerana dapat
meluangkan masa untuk program ilmiah pada pagi ini. Marilah kita sama-sama menghayati
topik dan pesanan yang akan diberikan oleh panel-panel kita.

Saya yakin, melalui program forum ini, ianya mampu meningkatkan kesedaran dan
pemahaman dalam kalangan bakal guru mengenai dasar Zero Reject Policy yang telah
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara berperingkat bermula tahun ini
bagi memastikan tiada keciciran murid berlaku dalam kalangan murid berkeperluan khas
(MBK).

Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan sekali lagi, di atas sokongan yang
telah diberikan tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir di majlis forum yang bertemakan Zero
Reject Policy pada hari ini. Saya berharap semoga kita semua dapat mengambil sebanyak
mungkin maklumat yang bakal disampaikan serta memberikan maklumbalas semasa sesi
forum berlangsung.

Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar sepertimana yang telah
dirancangkan dan di bawah lindungan Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufik wal hidayah,

Assalamualaikum WBT

You might also like