You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN MARIAN CONVENT

JALAN AIR JERNIH,


53200 SETAPAK, KUALA LUMPUR

MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU


2019

TARIKH :15 – 19 APRIL 2019


MASA :SEPANJANG WAKTU PERSEKOLAHAN
TEMPAT :SK MARIAN CONVENT

SASARAN
SEMUA MURID SK MARIAN CONVENT

MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,
Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras semua sekolah rendah dan menengah. Pendidikan
Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi
dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah
air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Bagi merealisasikan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis juga selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi
keperluan diri dalam urusan harian maka Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Marian
Convent menganjurkan Minggu Panitia Bahasa Melayu.

2.0 RASIONAL
Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasa Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyertaan
warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya
melahirkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan.

3.0 TEMA
“1 Bahasa 1 Jiwa 1 Bangsa”

4.0 MATLAMAT PROGRAM


Program Minggu Bahasa Melayu membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan tentang
aspek budaya sesuatu bahasa terutama dari segi kesantunan bahasa.

5.0 OBJEKTIF PROGRAM


5.1 Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek.
5.2 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan Bahasa
Melayu.
5.3 Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai Bahasa Melayu.
5.4 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif
dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu.
6.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 15 hingga 19 April 2019


Masa : Sepanjang tempoh sesi persekolahan sesi pagi dan petang
Tempat: SK Marian Convent
Sasaran : Semua murid dan guru SK Marian Convent

7.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Pn Norhaniza Bt Mohamad Dahalan (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn. Mazziah Bt Othman (GPK Tadbir & Kurikulum)
Naib Pengerusi : Pn. Che Zainab Bt Abdullah (GPK Hal Ehwal Murid)
Pn. Halida Bt Zakaria (GPK Kokurikulum)
Penyelaras 1 : Pn. Muhammad Syukran b Zamzuri (Ketua Panitia Bahasa Melayu)
Ahli Jawatankuasa : En. Adam Zainufi B Elliyes@Azmi
En. Anuar B Pupon
Pn. Nur Liyana Bt Tajuddin
Pn. Izazuliana Bt Muhzan
Pn. Zalikha Asyran Bt Akilul Nazar
Pn. Suzze Bt Abd Ghani
Pn Noor Hidayah Fadila bt Zahari

8.0 JAWATANKUASA KERJA

PERASMIAN PELANCARAN
Pn Noor Hidayah / En Muhammad Syukran
Puan Suzee / Puan Nur Liyana
BUKU PROGRAM
Pn. Noor Hidayah / Pn Izzazuliana

KERTAS KERJA
En Muhammad Syukran

DOKUMENTASI
Pn. Nur Liyana

PA SISTEM
En. Adam Zainufi / Pn Suzze

HADIAH
En Adam/En Syukran/ En.Hisham
Pn. Izazuliana / Pn. Suzee/ Pn. Zalikha Asyran

JURUGAMBAR
En. Abdul Hisham / Pn. Zalikha Asyran

9.0 AKTIVITI PROGRAM MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU

Bil Tahun Aktiviti Tarikh Tempat

Perasmian Minggu Panitia


Bahasa Melayu 15 April 2019 Dewan
1. Tahun 1 Pertandingan Membaca
Pantun
2. Tahun 2 Pertandingan Membaca 18 April 2019
Pantun
3. Tahun 3 Pertandingan Bercerita Dewan

4. Tahun 4 Pertandingan Bercerita

5. Tahun 5 Pertandingan 18 April 2019


Mendeklamasikan Sajak
6. Tahun 6 Pertandingan Syair

Bil Tahun Aktiviti Tarikh Tempat

1. Tahun 1 Tulisan Kemas

2. Tahun 2 Mencari Perkataan


Tersembunyi
3. Tahun 3 Tulisan Berangkai 15 – 19 April 2019 Kelas

4. Tahun 4 Membina Perkataan

5. Tahun 5 Teka Silangkata

6. Tahun 6 Simpulan Bahasa

10.0 TENTATIF PROGRAM

10.1 Majlis Pelancaran Program Bulan Membaca dan Minggu Panitia Bahasa
Melayu

Tarikh : 15 April 2019


Masa : 7.30 – 8.10 pagi
Aturcara : 7.30 pagi : Semua murid berkumpul di Dewan Sekolah.
7.40 pagi : Nyanyian lagu Negaraku, Wilayah, Sekolah
7.45 pagi : Ucapan Ketua Panitia Bahasa Melayu
7.50 pagi : Perasmian
7.55 pagi : Persembahan murid
8.10 pagi : Ucapan Guru Besar

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Tahun Aktiviti Perbelanjaan Jumlah


Perasmian Program Bulan
Membaca dan Minggu Panitia Bunting RM 23.00
Bahasa Melayu
1. Tahun 1 1) Pertandingan Membaca T1 – RM6.20 X 2= RM12.40
Pantun T2 – RM4.00 X 2= RM8.00 RM26.00
T3 – RM 2.80 X 2= RM5.60

2) Tulisan Kemas T1 – RM6.20 X 2= RM12.40 RM26.00


T2 – RM4.00 X 2= RM8.00
T3 – RM 2.80 X 2= RM5.60
2. Tahun 2 1) Pertandingan Membaca T1 – RM6.20 X 2= RM12.40
Pantun T2 – RM4.00 X 2= RM8.00 RM26.00
T3 – RM 2.80 X 2= RM5.60

2) Mencari Perkataan T1 – RM6.20 X 2= RM12.40 RM26.00


Tersembunyi T2 – RM4.00 X 2= RM8.00
T3 – RM 2.80 X 2= RM5.60
3. Tahun 3 1) Pertandingan Bercerita T1 – RM6.20 X 2= RM12.40
T2 – RM4.00 X 2= RM8.00 RM26.00
T3 – RM 2.80 X 2= RM5.60

T1 – RM6.20 X 2= RM12.40 RM26.00


2) Tulisan Berangkai T2 – RM4.00 X 2= RM8.00
T3 – RM 2.80 X 2= RM5.60
4. Tahun 4 1) Pertandingan Bercerita T1 – RM6.20 X 2= RM12.40
T2 – RM4.00 X 2= RM8.00 RM26.00
T3 – RM 2.80 X 2= RM5.60

2) Membina Perkataan T1 – RM6.20 X 2= RM12.40 RM26.00


T2 – RM4.00 X 2= RM8.00
T3 – RM 2.80 X 2= RM5.60
5. Tahun 5 1) Pertandingan T1 – RM6.20 X 2= RM12.40
Mendeklamasikan Sajak T2 – RM4.00 X 2= RM8.00 RM26.00
T3 – RM 2.80 X 2= RM5.60

2) Teka Silangkata T1 – RM6.20 X 2= RM12.40 RM26.00


T2 – RM4.00 X 2= RM8.00
T3 – RM 2.80 X 2= RM5.60
6. Tahun 6 3) Pertandingan Syair T1 – RM6.20 X 2= RM12.40
T2 – RM4.00 X 2= RM8.00 RM26.00
T3 – RM 2.80 X 2= RM5.60

4) Simpulan Bergambar T1 – RM6.20 X 2= RM12.40 RM26.00


T2 – RM4.00 X 2= RM8.00
T3 – RM 2.80 X 2= RM5.60
8. JUMLAH RM335.00

Perbelanjaan seperti di atas adalah DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Kelulusan,

_______________
12.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar Program Bulan Membaca dan Minggu Panitia Bahasa Melayu
ini dapat memberikan impak yang maksimum terhadap murid tentang kepentingan ilmu
dan peranan membaca dalam kehidupan generasi yang bertamadun tinggi. Semoga
budaya membaca dan cintakan ilmu ini dapat diteruskan dan diaplikasikan dalam
kehidupan seharian dalam menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
oleh semua guru dan murid SK Marian Convent khasnya dan masyarakat setempat
amnya. Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
dikemukakan. Sesungguhnya kejayaan Minggu Panitia Bahasa Melayu peringkat
sekolah yang dirancang ini bergantung kepada sikap serta komitmen yang positif
daripada semua pihak yang terlibat. Konsep permuafakatan menjadi tunjang ke arah
kejayaan program ini. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan
dan kelulusan pihak puan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________ ____________________________
( MUHAMMAD SYUKRAN) ( MAZZIAH BT OTHMAN )
Ketua Panitia Bahasa Melayu PK Tadbir & Kurikulum,
SK Marian Convent SK Marian Convent

Disahkan Oleh

____________________________

You might also like