You are on page 1of 9

PPENGGUNAAN KOTAK KID-KAD UNTUK MEMBANTU MURID PEMULIHAN

TAHUN SATU MENGUASAI KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENYEBUT HURUF


KECIL YANG BERBENTUK MENEGAK (H, K, L, T)

GRACE QUAH
grace.060996@gmail.com
SEOW SIEU KIAN
sieukian@iptho.edu.my

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengenal dan menyebut huruf
kecil yang berbentuk menegak (h, k, l, t) dalam kalangan murid pemulihan Tahun Satu dengan
menggunakan Kotak Kid-kad. Kotak Kid-kad merupakan bahan bantu mengajar yang
menggunakan pendekatan multisensori yang merangkumi aplikasi visual, auditori, kinestatik
dan taktil (VAKT). Peserta kajian ini terdiri daripada dua orang murid pemulihan. Data yang
diperoleh adalah melalui beberapa instrumen kajian seperti ujian pra dan ujian pos, kaedah
pemerhatian dan temu bual. Hasil kajian telah membuktikan bahawa penggunaan kotak Kid-
kad telah membantu murid-murid pemulihan meningkatkan kemahiran mengenal dan
menyebut huruf kecil yang berbentuk menegak (h, k, l, t). Keputusan ujian menunjukkan
bahawa purata markah murid bagi kemahiran mengenal dan menyebut telah meningkat dari
12.5% kepada 100%, iaitu meningkat sebanyak 87.5%. Kotak Kid-kad yang digunakan juga
berjaya merangsang minat belajar murid dalam kalangan murid pemulihan dalam subjek
bahasa Melayu. Kajian ini telah memberikan implikasi yang mendalam terhadap pengkaji
dalam pemilihan strategi dan kaedah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Secara
umumnya kajian ini berjaya meningkatkan mutu amalan PdP guru pemulihan dari segi
penggunaan strategi dan teknik mengajar di samping mampu menimbulkan keseronokan dan
pengalaman terhadap murid-murid pemulihan di dalam kelas.

ABSTRACT
This study aims to improve the ability to recognize and pronounce the vertical lowercase letters
(h, k, l, t) among the Year One remedial class students using Kotak Kid-kad. Kotak Kid-kad is
a teaching tool that uses a multi-sensory approach that includes visual, auditory, kinesthetic
and tactile applications (VAKT). The participants of this study consisted of two remedial class
students. Data was collected using pretest and post-test, classroom observations and
interviews. The findings of this study show that the use of the Kotak Kid-kad can help remedial
class students improve their skills in recognizing and pronouncing vertical lowercase letters (h,
k, l, t). The average student scores have increased from 12.5% to 100%, increasing by 87.5%.
The Kotak Kid-kad was also used to stimulate the interest among the remedial class students
in the Malay language subject. This study has given a profound implication to the investigator
in alternative teaching strategies and methods. In general, this study has succeeded in
improving the teaching strategies and techniques as well as creating excitement and
experience for the remedial class students in the classroom.

1
Pengenalan
Program Pemulihan Khas (PPK) disediakan untuk murid yang mengalami masalah
dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang
disebabkan oleh faktor persekitaran. PPK bertujuan untuk memastikan murid-murid
dapat menerima layanan individu mengikut kadar perkembangan kognitif mereka.
Setelah mengikuti program ini, murid pemulihan khas diharapkan dapat menguasai
kemahiran 3M dan meneruskan pembelajaran di kelas biasa.

Pendidikan Bahasa Melayu amat penting kepada semua murid kerana ianya
adalah mata pelajaran teras dan merupakan bahasa pengantar bagi sistem
persekolahan di Malaysia (Akta Pendidikan, 1996). Bahasa Melayu merupakan mata
pelajaran yang penting dalam kurikulum pendidikan dan pelajar seharusnya
mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran subjek Bahasa Melayu (Tay M.
G. & Wong S. H, 2016). Menurut (Erikson, E. H., 2014) ketidakmampuan mereka
menguasai bahasa Melayu menyebabkan mereka mengalami kesulitan untuk
mengikuti dan meneruskan pendidikan.

Untuk memupuk sikap positif murid pemulihan khas terhadap pembelajaran


subjek Bahasa Melayu, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) adalah amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi menarik minat pelajar
serta meningkatkan prestasi pelajar (Faizah Ja’apar, 2017). Menurut Kamarul Azmi
Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah (2011),
kehadiran BBM menjadikan fungsi guru sebagai pemudah cara serta meningkatkan
keberkesanan pembelajaran berpusatkan murid. Oleh itu, guru haruslah menghasilkan
pelbagai BBM yang sesuai dan menarik serta menjana idea yang bernas untuk
menentukan aktiviti yang lebih kreatif di dalam PdP (Haji Shaharom & Nur Faizah,
2010)

Pengkaji merupakan seorang guru pelatih bagi Program Ijazah Saujana Muda
Perguruan, opsyen Pendidikan Pemulihan. Pengkaji sedang melanjutkan pelajaran di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Mengikut konteks kajian, pengkaji
telah menjalani Praktikum Fasa Dua di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina A di daerah
Batu Pahat, Johor. Sepanjang tiga bulan ini, pengkaji telah dilantik sebagai guru
pemulihan Bahasa Melayu untuk tiga orang murid pemulihan tahun satu.

Sebelum pengkaji menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran


(PdP), pengkaji telah membina satu ujian diagnostik untuk kedua-dua murid pemulihan
tahun satu. Pengkaji mendapati bahawa mereka telah menghadapi masalah semasa
menjawab item pada kemahiran yang pertama iaitu membaca dan menulis huruf-huruf

2
kecil a-z. Apabila pengkaji menunjukkan huruf kecil yang berbentuk menegak (h, k, l,
t) dan meminta mereka untuk menyebutkannya, murid-murid didapati teragak-agak
dan telah menyebut dengan salah.

Kemahiran mengenal dan menyebut huruf merupakan sesuatu kemahiran


yang telah diajar pada peringkat prasekolah. Namun, kedua-dua orang murid tersebut
masih gagal menguasai kemahiran ini dengan baik. Untuk mengatasi masalah ini,
pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah dan teknik pengajaran dalam sesi PdP.
Namun, pengkaji mendapati bahawa kedua-dua murid pemulihan susah memberi
tumpuan kepada pengkaji dengan baik. Mereka juga asyik mengelirukan huruf yang
berbentuk menegak (h, k, l, t) walaupun pengkaji telah mengajar mereka secara
berulang-ulangan melalui carta flip.

Untuk mengenalpasti masalah mengenal dan menyebut huruf kecil yang


berbentuk menegak (h, k, l, t) dengan lebih mendalam, pengkaji telah mengumpul data
awal dan membuat analisis terhadapnya. Dalam pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah
menggunakan tiga kaedah, antaranya ialah ujian pra dan ujian pos, temu bual dan
pemerhatian.

Berdasarkan maklumat yang ada, pengkaji telah membuat satu BBM yang
bernama Kotak Kid-kad sebagai intervensi yang akan digunakan dalam kajian ini.
Melalui penggunaan Kotak Kid-kad, pengkaji berharap agar BBM ini dapat membantu
murid pemulihan menguasai kemahiran mengenal dan menyebut huruf kecil yang
berbentuk menegak (h, k, l, t). Di samping itu, pengkaji juga berharap agar kajian ini
akan membawa perubahan sikap dan tingkah laku murid yang bersifat negatif dalam
proses PdP.

Fokus Kajian

Kedua-dua murid pemulihan mengalami masalah pembelajaran ini adalah disebabkan


mereka masih tidak mampu mengenal dan menyebut huruf kecil yang berbentuk
menegak (h, k, l, t) dalam waktu PdP yang suntuk di sekolah. Oleh itu, pendekatan
dan strategi yang sesuai dan pelbagai untuk PdP mengenal dan menyebut huruf kecil
amat diperlukan. Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji akan menggunakan Kotak
Kid-kad untuk mengukuhkan kemahiran mengenal dan menyebut huruf kecil yang
berbentuk menegak (h, k, l, t).

Kotak Kid-kad merupakan BBM yang menggunakan pendekatan multisensori


yang merangkumi aplikasi visual, auditori, kinestatik dan taktil (VAKT). Pendekatan ini
boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang diperkenalkan oleh

3
Piaget (Wadsworth, B. J. , 1971). Dalam Teori Pembelajaran Konstruktivisme,
penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru. Murid-murid akan berinteraksi
dengan bahan dan memperoleh kefahaman daripada bahan tersebut. Melalui
rangsangan deria yang dialami, mereka akan membentuk pengetahuan sendiri hasil
daripada aktiviti yang dilakukan oleh seseorang itu.

Objektif Kajian

Objektif utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk:

i. Menghuraikan cara murid menguasai kemahiran mengenal dan menyebut huruf kecil
yang berbentuk menegak (h, k, l, t) dengan menggunakan Kotak Kid-kad.

ii. Memperihalkan amalan penambahbaikan pedagogi guru dalam meningkatkan


penguasaan murid mengenal dan menyebut huruf kecil yang berbentuk menegak
(h, k, l, t) dengan menggunakan Kotak Kid-kad.

Soalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, maka dua soalan kajian dibina seperti berikut:

i. Bagaimanakah murid menguasai kemahiran mengenal dan menyebut huruf kecil


yang berbentuk menegak (h, k, l, t) dengan menggunakan Kotak Kid-kad?

ii. Bagaimanakah guru menambah baik amalan pedagogi bagi meningkatkan


penguasaan murid mengenal dan menyebut huruf kecil yang berbentuk menegak
(h, k, l, t) dengan menggunakan Kotak Kid-kad?

Peserta Kajian

Dalam kajian ini populasi sasaran penyelidik terdiri daripada murid pemulihan di
SJK (C) A di negeri Johor. Pengkaji telah memilih dua orang murid pemulihan tahun
satu untuk dijadikan sebagai peserta kajian ini. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji
adalah persampelan bertujuan. Kedua-dua murid pemulihan yang dipilih telah
menghadapi masalah dalam kemahiran mengenal dan menyebut huruf kecil yang
berbentuk menegak (h, l, k, t). Selain itu, mereka mempunyai ciri yang hampir sama
seperti tidak memberi fokus di dalam kelas, suka bercakap, cepat lupa dan cuai.

4
Tindakan Yang Dijalankan

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh empat minggu dan pengkaji telah
memperuntukkan sejam untuk menjalankan intervensi ini. Langkah yang pertama
adalah menunjukkan kad imbas yang mengandungi gambar yang berkaitan dengan
perkataan yang dimulai huruf kecil ‘h’. Seterusnya, murid akan ditunjukkan huruf ‘h’
pada bahagian depan kad imbas tersebut. Pengkaji akan menyebut huruf dengan jelas
dan murid diminta mengulangi dengan berulang kali. Selepas itu, murid menyentuh
dan merasai permukaan huruf yang tidak rata. Langkah ini telah diulangi bagi huruf
kecil ‘k’, ‘l’ dan ‘t’.

Dalam langkah yang seterusnya, murid pemulihan diminta untuk membentuk


huruf kecil yang berkenaan dengan menggunakan batang kayu dan plastisin. Dalam
proses membentuk huruf, mereka diminta menyebut huruf dengan berulang kali.
Melalui aktiviti membentuk huruf, pergerakan tangan dan jari murid telah dilatih.
Ingatan jangka panjang murid juga dapat dikukuhkan apabila mereka menyebut huruf
dalam proses ini.

Bagi aktiviti pengukuhan, pengkaji telah Xmenjalankan permainan kecil iaitu


Permainan Roda Ferris. Dalam permainan ini, terdapat satu model Roda Ferris yang
mempunyai enam kad gambar pada setiap petak dan setiap murid telah diberikan
empat kad huruf. Murid dikehendaki memadankan gambar dengan kad huruf kecil
yang berkenaan dengan menampal kad huruf tersebut pada petak tersebut. Selepas
itu, murid dikehendaki mengenal dan menyebut huruf kecil tersebut dengan sebutan
yang jelas dan betul. Sekiranya murid tersebut dapat memadankan dan menyebut
huruf kecil dengan betul, satu hadiah kecil akan diberikan. Permainan ini telah
dijalankan sebanyak dua pusingan dan masa yang diberikan dalam permainan ini
adalah sepuluh minit.

Dalam proses pengumpulan data pengkaji telah memerhati setiap tingkah laku
dan perubahan murid dan pengkaji telah merekodnya dengan menggunakan senarai
semak sepanjang sesi PdP dijalankan. Selepas tindakan dijalankan, pengkaji juga
menjalankan sesi temu bual dan ujian pos untuk menilai pendapat murid dan juga
peningkatan murid dalam kemahiran mengenal dan menyebut huruf kecil. Pengkaji
telah merekod dan menganalisis data yang diperoleh dalam rajah dan skrip temu bual.
Seterusnya, pengkaji menyemak data dengan menggunakan kaedah triangulasi.
Antara kaedah menyemak data adalah menggunakan triangulasi kaedah dan
triangulasi masa.

5
Dapatan Kajian

Soalan Kajian 1: Bagaimanakah murid menguasai kemahiran mengenal dan


menyebut huruf kecil yang berbentuk menegak (h, k, l, t) dengan menggunakan
Kotak Kid-kad?

Bagi menjawab soalan kajian 1 di atas, pengkaji telah menganalisis data yang telah
dikumpul melalui ujian pra dan ujian pos. Jadual 1 telah menunjukkan perbandingan
antara keputusan ujian pra dan ujian pos bagi Murid A dan Murid B. Melalui jadual ini,
pengkaji mendapati bahawa murid tersebut telah menunjukkan peningkatan yang baik
dalam kemahiran mengenal dan menyebut huruf kecil yang berbentuk menegak
(h, k, l, t) selepas menggunakan Kotak Kid-kad. Keputusan ujian menunjukkan
bahawa purata markah murid bagi kemahiran mengenal dan menyebut telah
meningkat dari 12.5% kepada 100%, iaitu meningkat sebanyak 87.5%.

Jadual 1: Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Mengenal Dan Menyebut
Huruf Kecil Yang Ditunjukkan

Selain itu, melalui perbualan dengan Murid A dan Murid B, pengkaji juga
mendapati bahawa keyakinan dan minat belajar murid telah ditingkatkan. Sekiranya
keyakinan mereka meningkat, maka murid akan menguasai kemahiran yang lain
dengan lebih mudah. Di samping itu, pengkaji telah mendapati bahawa Kotak Kid-kad
telah membawa perubahan sikap yang positif kepada murid. Murid A dan Murid B telah
memberitahu pengkaji bahawa mereka mula berminat dalam subjek bahasa Melayu
(Sila rujuk Jadual 2).

6
Jadual 2 : Analisis Temu bual dengan Murid-murid
Pengkaji : Adakah kamu suka mata pelajaran bahasa Melayu sekarang?

Murid A : Suka !

Murid B : Ya.

Pengkaji : Adakah kamu dapat mengingati huruf kecil l, h, t dan k dengan


penuh yakin sekarang?

Murid-murid : Ya saya yakin saya dapat mengingati keempat-empat huruf kecil


tersebut.

Di samping itu, pengkaji juga mendapati bahawa kedua-dua murid pemulihan


dapat memahami arahan dan dapat menggunakan Kotak Kid-kad dengan cara yang
betul. Selain daripada itu, hasil daripada pemerhatian memperlihatkan kedua-dua
murid sangat berminat dan aktif semasa pengkaji menunjukkan Kotak Kid-kad dalam
proses PdP. Mereka mula memberi perhatian yang sepenuhnya dan tidak sabar untuk
bermain Kotak Kid-kad ini.

Soalan Kajian 2: Bagaimanakah guru menambah baik amalan pedagogi bagi


meningkatkan penguasaan murid mengenal dan menyebut huruf kecil yang
berbentuk menegak (h, k, l, t) dengan menggunakan Kotak Kid-kad?

Kajian tindakan ini telah mengubah amalan pedagogi pengkaji dari segi cara mengajar
dan menggunakan kaedah atau pendekatan yang bersesuaian serta menarik dengan
murid pemulihan. Melalui kajian ini, pengkaji telah meningkatkan lagi amalan
profesional untuk menjadi seorang guru yang sentiasa mempelbagaikan kaedah
pengajaran dengan bahan bantu mengajar. Sebagai contoh, penggunaan Kotak Kid-
kad dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan menyebut huruf telah memberi
satu ilmu baharu tentang kaedah multisensori yang boleh digunakan untuk menangani
masalah mengenal dan menyebut huruf kecil.

Refleksi

Hasil dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa Kotak Kid-kad dapat membantu
murid pemulihan tahun satu menguasai kemahiran mengenal dan menyebut huruf
kecil yang berbentuk menegak (h, k, l, t). Pengkaji juga mendapati tindakan yang
diperkenalkan dapat memotivasikan dan memberikan keseronokan kepada murid
serta memupuk minat belajar mereka dalam pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu.

7
Di samping itu, kajian ini dapat meningkatkan penglibatan aktif murid dalam proses
PdP.

Melalui kajian ini, pengkaji telah belajar untuk menjadi seorang guru pemulihan
yang penyabar, kreatif dan sentiasa membuat refleksi terhadap sesi PdP yang telah
dijalankan. Refleksi selepas PdP akan membantu guru membuat penambahbaikan
terhadap rancangan pengajaran yang seterusnya. Pengkaji juga belajar cara merekod
data secara sistematik serta dapat menilai perkembangan prestasi dan keberkesanan
BBM yang digunakan. Di samping itu, nilai-nilai seperti berfikiran terbuka,
bertanggungjawab dan berdedikasi juga dipraktikkan dalam kajian tindakan ini.

Cadangan Tindakan Susulan

Untuk menambahbaik Kotak Kid-kad ini, pengkaji mencadangkan supaya kad


imbas yang berwarna-warni boleh digunakan kerana dapat menarik minat murid-murid
berbanding dengan kad imbas yang berwarna putih sahaja. Selain itu, saiz bagi kad
imbas dan saiz huruf boleh diperbesarkan supaya murid dapat melihat dengan jelas.

Seterusnya, pengkaji juga bercadang agar menggunakan peneguhan positif


dalam proses PdP. Contohnya, sekiranya murid dapat menunjukkan tingkah laku yang
baik seperti memberi tumpuan semasa menggunakan Kotak Kid-kad ini, guru boleh
memberi ganjaran kepada murid.

Cadangan yang seterusnya adalah kajian ini boleh diaplikasi terhadap


kumpulan sasaran yang lain seperti murid prasekolah, murid kelas perdana atau murid
pendidikan khas bagi membantu mereka menguasai kemahiran mengenal dan
menyebut huruf kecil. Selain itu, Kotak Kid-kad juga boleh diaplikasikan bagi subjek
yang lain seperti subjek bahasa Cina.

Selain itu, pengkaji mencadangkan kajian terhadap kemahiran mengenal dan


menyebut huruf diperluaskan untuk kemahiran yang lebih tinggi seperti kemahiran
membaca dan menulis suku kata dan perkataan selaras dengan kandungan yang
terdapat dalam dokumen standard KSSR.

8
Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pengkaji telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan dan


juga kemahiran yang berguna melalui kajian tindakan ini. Pengkaji akan berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk membantu murid pemulihan mengharungi
masalah pembelajaran yang telah dihadapi kerana semua insan mempunyai potensi
dan kemampuan diri yang berbeza-beza.

Rujukan

Akta pendidikan 1996 (Akta 550) & peraturan-peraturan terpilih: hingga 15hb
November 1999. (1999). Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Erikson, E. H. (2014). Childhood and society. London: Random House.

Faizah Ja’apar. (2017). Bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran
di sekolah menengah kebangsaan daerah pontian. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia, Johor.

Haji Shaharom & Nur Faizah. (2010). Tahap penggunaan bahan bantu mengajar
dalam kalangan bakal guru fizik semasa latihan mengajar. Universiti Teknologi
Malaysia, Kuala Lumpur.

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Halim Tamuri, Mohd Izham Mohd Hamzah.
(2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru
cemerlang pendidikan islam sekolah menengah di malaysia. Journal of Islamic
and Arabic Education, 3(1), 59-74.

Tay M. G. & Wong S. H. (2016). Minat pelajar bukan penutur natif terhadap
pembelajaran bahasa melayu: Satu kajian kes. Jurnal Penyelidikan IPGK, 53-
63.

Wadsworth, B. J. (1971). Piaget's theory of cognitive development: An introduction


for students of psychology and education. New York: McKay.

You might also like