You are on page 1of 2

Karangan Faedah Menabung

Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang


untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu perlu
dipupuk sejak kecil.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat


mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu kita
perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita
hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke
sekolah. Justeru baki duit yang diberi oleh ibu bapa dapat
disimpan didalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang


simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk
menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan
pelajaran ke univesiti.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila


ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh
digunakan untu mendapatkan rawatan. Selain itu, wang
ini juga boleh digunakan apabila keluarga ditimpa
musibah.

Menabung juga boleh menambahkan wang


simpanan kita. Jika kita menyimpan wang didalam bank,
kita akan mendapat sebahagian keuntungan bank. Wang
ini boleh digunakan untuk kehidupan masa hadapan.

Sesungguhnya menabung adalah amalan yang


mulia. Oleh itu mulalah menabung dari sekarang kerana
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

You might also like