You are on page 1of 3

Kepada

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN


DAERAH KOTA SETAR
NO.1590 TINGKAT BAWAH, 1,2 & 3,
JALAN SULTAN BADLISHAH,
05000 ALOR SETAR, KEDAH
( U.P : Unit Pencegahan )

Tuan,
JEMPUTAN MENGADAKAN CERAMAH TENTANG PENYALAHGUNAAN DADAH DAN
MENGADAKAN PAMERAN DADAH

Pekara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan sekolah akan mengadakan Ceramah Penyalahgunaan Dadah


pada ketetapan berikut :

Tarikh : 28 MAC 2017


Hari : SELASA
Masa : 8.00pg hingga 1.00ptg
Tempat : Dewan Seri Bayu Sk Simpang Tiga Padang Hang.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik tuan agar dapat memberi ceramah
pada tarikh di atas.

4. Objektif program ceramah :-


4.1 Memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah tentang bahayanya
penyalahgunaan dadah.
4.2 Memberi pengetahuan kepada murid punca-punca terjebak dan cara-cara untuk
menghindarkan diri daripada terjerumus dengan gejala penyalahgunaan dadah.
4.3 Murid boleh menyampaikan dan berkongsi maklumat berkenaan penyalahgunaan
dadah, kesan penyalahgunaan dadah dan cara menghindarkan diri daripada terjebak
dengan penyalahgunaan dadah.
5. Pihak kami juga memohon jasa baik tuan untuk mengadakan Pameran Anti Dadah pada hari
yang sama untuk mendedahkan murid dengan bahan maujud yang dapat di sentuh dan dilihat
dengan mata kasar bagi menambah pengetahuan mereka.

6. Lanjutan dari itu, pihak sekolah berharap pihak tuan dapat memberi sumbangan dalam bentuk
Pamplet, Brosure, Poster dan Banting berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

7. Sebarang kemusykilan boleh merujuk kepada Pn Norlaili bt Hj Ali ditalian 0135979800 atau
boleh terus menghubungi pihak sekolah di talian 04-7312441

8. Keprihatinan dan kerjasama tuan adalah amat diharapkan bagi menjayakan aktiviti pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………
( ENCIK KHOLIB BIN ABD HAMID )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga

SK : i ) Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar

ii ) Yang DiPertua PIBG

You might also like