You are on page 1of 3

Teks pengacara majlis pelancaran Program NILAM 2019

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pemula bicara

Yg berusaha Puan Norhaniza Binti Mohamad Dahalan, Guru Besar SK Marian Convent

Yang dihormati,

Puan Mazziah Binti Othman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Che Zainab Binti Abdullah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Halida Binti Zakaria, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

ketua-ketua Panitia,

Guru-guru dan murid- murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia serta perkenannya maka
dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi memeriahkah majlis pelancaran
program NILAM 2019 peringkat sekolah.

Hadirin yg dimuliakan,

Program NILAM TAMBAH BAIK merupakan usaha kementerian pelajaran Malaysia


yang bermatlamatkan membina tabiat membaca dalam kalangan murid dari sekolah
rendah sehingga Pra Universiti Rasional program ini untuk memastikan budaya
cintakan ilmu berjaya dipupuk dalam kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya
bilangan murid selaras dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang
kaya bermaklumat.

Bunga melur dalam jambangan,

Di tepi kolam menjadi hiasan.

Kucipta pantun buat renungan,

Semarak Nilam empunya wawasan.


Hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis diteruskan dengan menjemput
yang berusaha , Puan Norhaniza Binti Mohamad Dahalan, Guru Besar SK Marian
Convent untuk menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran program NILAM
2019 peringkat sekolah, seterusnya merasmikan majlis. Dengan segala hormatnya
majlis mempersilakan.

(ucapan perasmian)

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha , Puan Norhaniza Binti Mohamad
Dahalan,atas ucapan perasmian itu tadi.

*PANTUN

Mekar sejambak bunga gubahan,

Jatuh sekuntum di atas peti,

Membaca itu suruhan Tuhan,

Al-alaq diturun menjadi bukti.

Cerana kesumba indah melati,

Cantik tersemat dambaan puteri,

Ilmu ditimba sepenuh hati,

Kekuatan umat minda bestari.

Gimik Perasmian

Bagi menyempurnakan majlis pelancaran Program NILAM 2019 peringkat sekolah,


majlis mempersilakan Puan Mazziah Binti Othman untuk menjemput dan mengiringi
Puan Norhaniza Binti Mohamad Dahalan, membuka kotak sebagai simbolik perasmian.

Majlis mengucap terima kasih kepada tuan guru besar Puan Norhaniza Binti Mohamad
Dahalan,dan Puan Mazziah Binti Othman
Majlis seterusnya mempersilakan pasukan koir Pusat sumber sekolah untuk
mendendangkan lagu yang bertajuk “Membaca gaya wawasan”. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada pasukan koir pusat sumber sekolah atas nyanyian lagu
itu tadi.

*PANTUN

Kalau ada sumur di ladang,

Bolehlah saya menumpang mandi.

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita bertemu lagi.

Sekian,

Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt

Majlis diserahkan semula majlis kepada guru bertugas.

You might also like