You are on page 1of 7

TUGASAN 2

Huraikan sumbangan Tamadun Islam dalam mencorakkan kehidupan


masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan Agama.

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkataan tamadun berasal dari perkataan Arab. Bagaimanapun perkataan ini tidak asing
lagi pada masa ini. Perkataan yang sama erti dengan tamadun ialah peradaban atau dalam
bahasa Inggeris ialah Civilisation. Walaupun semua istilah di atas adalah berbeza tetapi secara
umumnya bererti maju atau mencapai kemajuan. Para Sarjana ilmu ketamadunan
mengemukakan pengertian tamadun kepada empat aspek iaitu:-
1. Aspek pertama tamadun adalah suatu tingkat pencapaian atau kemajuan hidup manusia
dari cara hidup nomad kepada kehidupan hidupan kota atau Bandar.
2. Aspek Kedua tamadun dianggap sebagai proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan
di dalam kehidupan.
3. Aspek ketiga, tamadun diberikan makna kombinasi kepada kemajuan aspek pemikiran
rohani dan jasmani atau material manusia.
4. Aspek keempat tamadun adalah keadaan kemajuan manusia yang diasaskan kepada
ketinggian akhlak atau budi pekerti, tidak hanya setakat hidup di kota atau di Bandar atau
mencapai kemajuan material.

2.0 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM


2.1 Intelektualiti Dunia Melayu Serantau

1
Peradaban Melayu serantau atau yang biasa disebut juga sebagai Nusantara,
"Jaza´ir Jawa" (menurut sumber-sumber Arab), Dunia Melayu-Indonesia, atau
kini Asia Tenggara merupakan bahagian daripada peradaban Islam secara
keseluruhan. Integralisme peradaban Melayu serantau dengan wilayah-wilayah
peradaban Islam lainnya boleh dilihat pada kesatuan akidah, ibadah, dan
muamalah asas yang wajib diyakini dan diamalkan oleh Muslim di wilayah ini.
Bagaimanapun, pada waktu yang sama, peradaban Islam di wilayah rantau
Melayu juga menampilkan ciri-ciri dan karakter yang tersendiri dan khusus, yang
berbeza daripada peradaban Islam di wilayah-wilayah lain. Kemunculan
kekhususan itu, dari sisi intelektualiti, bukan hanya kerana dipengaruhi
pandangan dunia (world-view) bangsa Melayu itu sendiri, tetapi juga kerana
peradaban Melayu yang telah terbentuk bahkan sejak masa sebelum kedatangan
Islam ke wilayah ini.
Salah satu faktor penyatuan terpenting di antara pelbagai suku bangsa
Melayu adalah Islam. Islam mengatasi perbezaan-perbezaan yang terdapat di
antara pelbagai suku bangsa dan menjadi “supra-identity” yang mengatasi batas-
batas geografi, sentimen etnik, identiti kesukuan, adat istiadat dan tradisi
tempatan lainnya. Tentu saja, terdapat perbezaan tertentu, khususnya berhubung
masalah “furu`iyyah” (ranting atau cabang).
Kenyataan bahawa Islam merupakan faktor penyatuan telah mendorong
kemunculan faktor kedua, iaitu bahasa Melayu. Bahasa ini sebelum kedatangan
Islam digunakan hanya dalam lingkungan terbatas, iaitu suku bangsa Melayu di
Palembang, Riau, Deli (Sumatera Timur), dan Semenanjung Tanah Melayu.
Penyebaran dan pengembangan Islam lebih luas dengan bahasa Melayu
sebagai “lingua franca” mempunyai peranan penting dalam pembentukan tradisi
keilmuan dan intelektualiti Islam di dunia Melayu serantau.
Setidak-tidaknya sejak abad ke-16, tradisi intelektualiti itu terlihat semakin
kukuh disebabkan beberapa alasan atau faktor. Pertama, sejak waktu tersebut
telah meningkatnya “rihlah 'ilmiyyah”, perjalanan menuntut ilmu yang dilakukan
pelajar dari Nusantara ke Tanah Arab, khususnya Mekah dan Madinah. Sumber-
sumber Arab kemudian menyebut bahawa para penuntut ilmu dari Nusantara ini
sebagai "ashab al-Jawiyyin". Sebahagian besar murid Jawi ini kembali ke
Nusantara; hanya beberapa orang yang menetap dan menghabiskan usianya di
Haramayn.
2
Kedua, sejak waktu ini, dan lebih khusus lagi pada abad ke-17, para pelajar
Jawi yang kembali ke Nusantara dan menjadi ulama terkemuka di pelbagai
wilayah dunia Melayu menghasilkan karya-karya intelektual yang ´bermutu´ dan
“tahan zaman” dalam bahasa Melayu; sebahagian kecil karya mereka juga ada
yang ditulis dalam bahasa Arab.
Ketiga, telah berlangsung perdebatan-perdebatan intelektual di kalangan para
ulama di Nusantara mengenai subjek-subjek tertentu, terutama tentang doktrin
dan penafsiran konsep "wahdat al-wujud" yang dirumuskan oleh sufi besar, Ibn
`Arabi. Perdebatan-perdebatan ini, lebih jauh lagi, mencerminkan bahawa suatu
wacana atau corak pemikiran tertentu tidak diterima begitu saja, tetapi dikaji dan
diperbincangkan; dan kemudian dihubungkaitkan dengan keadaan (suasana) dan
perkembangan Islam di Nusantara secara keseluruhan.
Pembentukan tradisi dan corak intelektualiti Islam di dunia Melayu serantau,
harus diakui, belum mendapat penghayatan yang sewajarnya dari kalangan
bangsa Melayu sendiri. Terdapat berbagai-bagai faktor yang menjadi penyebab
kepada situasi tersebut. Pertama, masih amat sedikit sarjana Muslim Asia
Tenggara sendiri yang memusatkan kajian mereka pada perkembangan dan
dinamika Islam di Nusantara sebelum kemunculan pascamoden pada abad ke-20.

2.2 Dialog Peradaban


Dalam mengharungi suasana semasa di dalam keadaan masyarakat berbilang
kaum tidak dapat dinafikan dari wujudnya konflik kepentingan etnik.
Sesudah setengah abad kemerdekaan kita hampir dapat menghapuskan
penolakan terhadap bahasa kebangsaan dan rasmi Negara. Keraguan pada
peringkat pengajian kini sama ada pada peringkat rendah berhubung dengan
matematik dan sains dan penggunaan bahasa Inggeris pada peringkat pengajian
tinggi adalah hasil dari konspirasi terancang golongan tertentu, walaupun ianya
bercanggah dari segi akta dan perlembagaan.
Adalah menjadi hak dan kewajipan bagi mereka yang insaf dan bermaruah
mempertahankan hak dan peruntukan bahawa bahasa Melayu adalah menjadi
bahasa pengantar bagi semua peringkat dan bidang keilmuan, kecuali di dalam
bidang-bidang bahasa yang bukan berbahasa Melayu.
Satu lagi aspek yang menimbulkan konflik, terutama terhadap yang bukan
Islam, ialah berhubung dengan agama rasmi Negara, iaitu agama Islam, tetapi
3
ianya bukan paksaan, bahkan perlembagaan memperuntukkan bahawa agama-
agama lain bebas mengamalkan agama mereka secara aman.
Kita melihat oleh kerana semua agama-agama besar pernah bertapak di alam
Melayu, bagi lebih mengharmonikan masyarakat dan lebih memberi kefahaman
terhadap mereka perlu diadakan dialog peradaban antara agama.
Aspek ini lebih wajar dijadikan kursus pada pengajian tinggi berbanding
dengan pengajian etnik yang dianjurkan oleh Menteri Pengajian Tinggi. Dialog
peradaban lebih luas skopnya dan lebih bersifat akademik. Dengan kefahaman
yang dtanam, diharap lebih mengharmonikan masyarakat berbilang kaum.

3.0 KESIMPULAN

4
Pendek kata, Islam telah memainkan peranan di dalam membina Identiti dan
membentuk jati diri bangsa Melayu, iaitu satu bangsa berumpun Melayu yang
bertapak di Alam Melayu beragama Islam berbudaya Melayu Islam yang
bahasanya diangkat oleh Islam dari bahasa terpencil yang tidak dikenali menjadi
bahasa rumpun Melayu dan 'lingua franca' yang mampu mengungkapkan segala
persoalan keilmiahan dan kemasyarakatan.
Islam sudah berjasa kepada bangsa Melayu di dalam konteks kebangkitan
bangsa pada zamannya. Islam berperanan di dalam membina identiti dan jati diri
Melayu. Ianya membentuk pandangan hidup dan hakikat wujud yang nyata dan
yang ghaib. Islam juga memertabatkan bahasa Melayu menjadi bahasa
penyebaran Islam di alam Melayu dan bahasa lingua franca di kawasan tersebut.
Ianya juga menjadi bahasa ilmu, bahkan kini menjadi bahasa terbesar umat
Islam di dunia. Islam mengharmonikan umat dan masyarakat tanpa mengira
bangsa dan kaum. Pemilihan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan
rasmi adalah bersesuaian sebagai bahasa yang berakar pada budaya dan tradisi
tempatan.
Kemampuan bahasa Melayu terbukti sebagaimana terlaksana di pusat-pusat
pengajian tinggi. Bahasa yang memberi identiti dan jati diri bangsa ini perlu
dipertahan dan dipertingkatkan.

RUJUKAN
5
Abu Bakar Hamzah. (1972). Sejarah Kebudayaan Islam. Kota Bharu: Pustaka Aman
Press.

Ahmad Shalaby. (1967). Dasar Pemerintaban Islam. (terjemahan). Singapura:


Pustaka Nasional.

Bernard Lewis. (1993). Islam and the West. Oxford University Press, New York.

Hassan Langgulung. (1986). Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hamid. (1983). Peradaban Melayu dan Islam. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

M.A.J. Beg. (1980). The Image of Islamic Civilization. Kuala Lumpur: The University
of Malaya Press.

Mahmood Mohd Taib. (1971). Sejarah Tamadun Islam. Kota Bharu: Pustaka Aman
Press.

Muhammad Uthman El Muhammady. (1976). Peradaban Islam. Kota Bharu: Pustaka


Awam Press.

Muhammad Asad. (1987). Sebuah Kajian Tentang Pemerintahan Islam. Kuala


Lumpur: Thinker's Library Sdn. Bhd.

Rohmat bin Jusoh. (1982). Sejarah Islam. Dungun: Pustaka Harmonis Sdn. Bhd.

Samuel P. Huntington. (1996). Clash of Civilizations and the Remaking of World


Order. Touchtone Books, New York.

Sayid Qutb. (1978). Masyarakat Islam. (Terjemahan). Bandung: Yayasan al Taufiq


PT Alma'arif.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1993). Islam and Secularism. ISTAC, Kuala
6
Lumpur.

Syed Mohd Naquib al Atas. (1972). Islam Dalam Sejarab Kebudayaan Melayu. Kuala
Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like