You are on page 1of 13

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Dakwah kepada Allah s.w.t adalah dalam konteks menyeru kepada makruf dan mencegah

daripada kemungkaran merupakan satu tugas yang sangat penting dan merupakan asas

kepada kebangkitan para nabi. Ia bertujuan untuk memakmurkan negara dan menanam asas

keimanan kepada umat dan memberi keadilan kepada umum. Berdasarkan kepentingan ini,

Imam Al-Ghazali pernah mengekang matanya bagi tujuan melaksanakan perintah ini

hinggalah kewafatannya pada 505H. Maka menjadi tugas kita sebagai umat Islam untuk

menyampaikan apa yang terkandung di dalam Al-Quran sama ada perintah, tegahan, galakan

dan apa yang terdapat pada hadis Rasulullah S.A.W yang mulia sebagai panduan, hukum dan

peraturan dalam kehidupan kita dan masyarakat. Asas atau dasar yang digariskan Al-Quran

dalam konteks dakwah menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran dapat

dibuktikan melalui surah Al-Imran ayat 104:-

ِّ ‫ة يَ ۡدعُونَ إِّلَى ۡٱلخ َۡي ِّر َويَ ۡأ ُم ُرونَ بِّ ۡٱل َمعۡ ُرو‬ٞ ‫َو ۡلت َ ُكن ِّمن ُك ۡم أ ُ َّم‬
َ‫ف َويَ ۡن َه ۡون‬
َٰٓ
١٠٤ َ‫ع ِّن ۡٱل ُمن َك ِۚ ِّر َوأ ُ ْولَئِّ َك ُه ُم ۡٱل ُم ۡف ِّل ُحون‬ َ
Maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan
umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang
makruf dan mencegah kepada yang mungkar. Mereka itulah
golongan yang beruntung”.

Surah al-Imran (3) : 104

Ayat di atas menjelaskan bahawa penghayatan Islam itu sangat penting bagi

menyebarkan dakwah kepada manusia agar mereka dapat merasakan kesyumulan Islam itu

sendiri. Mereka hendaklah merasai kehidupan golongan yang sentiasa melaksanakan


perintah Allah S.W.T dan berdamping dengannya agar mereka dapat merasai keindahan

Islam.

Menjadi seorang muslim secara langsung akan menjadi juru dakwah ataupun

penggerak dakwah bila dan di mana sahaja yang meliputi semua bidang dan ruang. Islam

juga tidak menentukan secara spesifik jantina manakah yang sepatutnya menjadi pendakwah.

Oleh hal yang demikian, lelaki mahupun wanita dituntut untuk bergiat secara aktif dalam

menyebarkan dakwah.

Dakwah juga tidak hanya dilaksanakan pada waktu atau musim yang tertentu sahaja

seperti hari-hari kebesaran Islam. Tetapi dakwah perlu sentiasa disebarkan tidak kira waktu,

tempat dan siapa yang menyebarkannya. Hal ini kerana, manusia adalah makhluk Allah s.w.t

yang sentiasa lupa dan perlu sentiasa diberi peringatan agar tidak terjerumus ke lembah

kebinasaan. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Fussilat ayat 33 :

َ‫ص ِّل احا َوقَا َل ِّإنَّنِّي ِّمن‬


َ ‫ع ِّم َل‬
َ ‫ٱَّللِّ َو‬ َ ‫َو َم ْن أ َ ْح‬
َّ ‫س ُن قَ ۡو اٗل ِّم َّمن دَ َعا َٰٓ ِّإلَى‬
٣ َ‫ۡٱل ُم ۡس ِّل ِّمين‬
Maksudnya : Dan siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada Allah S.W.T dan
mengerjakan kebajikan dan berkata: “sesungguhnya aku
termasuk di kalangan orang-orang muslim (yang berserah
diri)?”
Surah al-Fussilat (41) : 33

Selain itu, sasaran dakwah juga tidak hanya terhad untuk golongan yang tidak

terpelajar dan yang beragama Islam sahaja, malah dakwah perlu disampaikan kepada setiap

lapisan masyarakat sama ada golongan pemerintah ataupun rakyat biasa dan golongan bukan
Islam juga tidak terkecuali. Akan tetapi teknik atau cara penyampaian dakwah kepada non-

muslim berbeza dengan penyampaian kepada yang sudah muslim.

Oleh hal yang demikian, berdasarkan situasi pada masa kini, dakwah merupakan

wasilah utama ke arah pembentukan Islam yang sebenar. Perkara ini perlu diambil cakna

lebih-lebih lagi mahasiswa mahasisiwi universiti yang merupakan tonggak utama agama pada

masa akan datang. Sebagai contoh, Fakuti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) di uniSZA

telah mewujudkan beberapa persatuan pelajar yang menjadi penggerak utama dalam aktiviti

penyebaran dakwah dalam kalangan pelajar di uniSZA. Antaranya ialah Persatuan Dakwah

dan Teknologi Maklumat (PERSADA), Persatuan Syariah (PERISYA), Persatuan Mahasiswa

Usuluddin dan Kaunseling (PMUS), serta Persatuan Al-Quran dan As-sunnah (AQSA).

Persatuan di atas mempunyai peranan dan sumbangan masing-masing dalam pelaksanaan

aktiviti dakwah di UniSZA.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pada umumnya, perkembangan ilmu dakwah sangat penting kepada semua golongan

masyarakat lebih-lebih lagi kepada golongan pelajar yang berfungsi sebagai seorang dai’e
yang memberi, menyampaikan dan mengajak mad’u ke arah kebaikan. Di samping itu,

dakwah yang bersifat lembut tetapi tegas sangat penting untuk diaplikasikan pada masa kini.

Sebagai contoh, menurut laporan akhbar tempatan pada 1 Febuari 2008, 800 pelajar

wanita universiti ‘dikuarantin’ bagi disoal siasat ekoran penemuan mayat seorang bayi di

tempat pembakaran sampah di kawasan asrama mereka. Bukan itu saja, masyarakat juga

didedahkan dengan berita pelajar IPT ditangkap berkhalwat sama ada sesama pelajar atau

dengan orang lain. Tidak kurang juga pelajar IPT yang berpeleseran di disko atau kelab

malam setiap hujung minggu. Beberapa perkara dilihat sebagai faktor yang menyumbang ke

arah keruntuhan akhlak dan moral mahasiswa. Antaranya, ramai di antara mereka yang

terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang berpasangan. Keseronokan rakan-rakan

membangkitkan keinginan ingin mengalami situasi yang sama. Keadaan ini mendatangkan

kebimbangan kepada mereka jika mereka tidak mempunyai teman hingga di tahun akhir

pengajian. Menurut pandangan Arnida Abu Bakar, 31 Tahun, pensyarah Fakulti Pengajian

Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), gejala sosial ini boleh dikategorikan

kepada pelajar-pelajar yang tidak datang ke kelas, ponteng, merokok, suka melepak serta

tidak melaksanakan kerja yang disuruh oleh pensyarah. “Merokok boleh menyumbang

kepada masalah gejala sosial yang lain, kerana dengan merokok para pelajar secara tidak

langsung akan terlibat dengan rakan-rakan yang rosak akhlaknya sekiranya para mahasiswa

itu tidak tahu untuk menjaga diri mereka,” ujarnya.

Justeru itu, tindakan segera perlu diambil oleh pihak yang berkenaan agar bilangan

golongan muda yang terlibat dengan gejala sosial dapat dikurangkan. Hal ini kerana

golongan muda merupakan tonggak utama negara dan agama pada masa akan datang.
1.3 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan yang diutarakan dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut :-

1.3.1 Apakah Program dakwah yang dianjurkaan oleh Persatuan pelajar FKI dalam
mengembangkan dakwah di UniSZA?

1.3.2 Apakah Pendekatan dakwah yang digunakan oleh Persatuan pelajar FKI di unisza
dalam mengembangkan dakwah kepada mahasiswa di Unisza?

1.3.3 Apakah Persepsi Ahli Persatuan Pelajar FKI terhadap gerakan dakwah yang
dilaksanakan oleh Persatuan pelajar FKI ?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif berikut :-

1.4.1 Mengenal pasti program dakwah yang dianjurkan oleh persatuan pelajar FKI dalam
mengembangkan dakwah di UniSZA

1.4.2 Mengenal pasti pendekatan dakwah yang digunakan oleh persatuan pelajar FKI dalam
mengembangkan dakwah kepada mahasiswa di Unisza

1.4.3 Mengetahui persepsi Ahli Persatuan Pelajar FKI terhadap gerakan dakwah persatuan
pelajar FKI.

1.5 SOROTAN LITERATURE

Kajian ini bertajuk Persepsi Pelajar 4 spi terhadap aktiviti dakwah dalam kalangan pelajar

yang dikaji oleh Mohd Ismail Bin Mustari & Siti Zaharah Binti Hussin dari Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian yang berbentuk diskriptif ini bertujuan

untuk mengetahui kegiatan dakwah dalam kalangan pelajar. Seramai 46 orang responden

terdiri daripada pelajar 4 SPI telah terlibat dalam kajian ini. Sebanyak 60 soalan telah dibina

dan instrument kajian yang digunakan ialah soal selidik. Terdapat dua bahagian dalam soal

selidik iaitu bahagian A yang menerangkan latar belakang responden manakala bahagian B

digunakan untuk menghasilkan dapatan kajian. Data-data yang diperolehi menerusi kajian ini

dianalisis menggunakan Statistical Package of Social Science (SPSS) For Windows version

14.0 dengan memberi tumpuan kepada kekerapan, peratusan dan min. Nilai

kebolehpercayaan ialah α = 0.932. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa

kebanyakan responden memberikan persepsi yang positif terhadap aktiviti dakwah yang

dijalankan serta memberi maklum balas yang baik terhadap kepentingan aktiviti dakwah.

Sebagai maklum balas terhadap kajian yang dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa

cadangan untuk meningkatkan lagi keberkesanan dakwah terhadap pelajar. Sumbangan

dalam kajian ini terbatas apabila hanya membicarakan tentang kegiatan dakwah sahaja.

Justeru, kajian ini berbeza dengan kajian pengkaji yang membincangkan tentang program dan

pendekatan dakwah yang digunakan.

Kajian ini bertajuk Peranan dan Sumbangan Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP)

dalam perkembangan dakwah islamiah : kajian kes di Pangkalan chepa, Kelantan hasil kajian

yang ditulis oleh Asmak binti Hassan daripada Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini adalah untuk meninjau perkembangan dan

peranan orgaanisasi-organisasi dakwah di Besut iaitu PAS, ABIM dan Jemaah Tabligh dalam

proses islamisasi di kalangan masyarakat tempatan di daerah Besut, Terengganu. Kajian ini

meliputi asal usul daerah Besut, sejarah kemasukan islam di daerah Besut, sejarah penubuhan

organisasi-organisasi dakwah di daerah Besut, perkembangan serta peranannya dalam


menyebarkan dakwah islamiah. Penulis juga membuat tinjaun sejauhmana penerimaan

masyarakat terhadap organisasi-organisasi ini. Di akhir latihan ilmiah ini pengkaji

mengeukakan beberapa komen dan cadangan untuk meningkatkan lagi mutu perjuangan

organisasi-organisasi ini dalam menyebarkan dakwah. Sumbangan kajian ini terbatas apabila

hanya membicarakan tentang sumbangan dan peranan sahaja. Justeru, kajian ini berbeza

dengan kajian pengkaji yang membincangkan bukan hanya sumbangan tetapi program dan

juga pendekatan dalam berdakwah yang sesuai digunakan.

Menurut kajian ilmiah yang bertajuk Keberkesanan aktiviti dakwah bagi golongan

belia di Singapura : Kajian di Masjid Kampung Siglap, Masjid An-Nur dan Masjid Al-Ansar

hasil penulisan Noor Zuwairah Farhatie binti Jazair dari Fakulti Pengajian Islam Universiti

Kebangsaan Malaysia, belia merupakan pelapis masyarakat akan datang. Mereka

memerlukan persediaan dan latihan dari awal supaya pada masa akan datang kelak mereka

boleh menerajui masyarakat mahupun negara. Antara langkah yang MUIS lakukan adalah

dengan menubuhkan Unit Belia Masjid. Dengan tertubuhnya Unit Belia Masjid, yang

diuruskan oleh Youth Development Officer, banyak aktiviti dakwah bagi golongan belia dapat

dilakukan dimana ia dapat memperbaiki diri mereka baik dari segi rohani, jasmani,

kemahiran insaniah mahupun intelektual. Kajian ini memfokuskan tiga buah Masjid iaitu

Masjid Siglap, Masjid An-Nur dan Masjid Al-Ansar. Maka dari itu, kajian ini bertujuan

untuk mengetahui peranan YDO dalam unit belia Masjid dan apakah aktiviti dakwah yang

dilaksanakan oleh Unit Belia di ketiga-tiga buah masjid tersebut. Seterusnya ialah, kajian ini

juga mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah bagi golongan belia khususnya di tiga buah

masjid yang disebut tadi. Untuk kajian ini, pengkaji menggunakan reka bentuk kajian

kualitatif dimana pengkaji menemubual YDO ketiga-tiga buah masjid. Hasil daripada

temubual tersebut, pengkaji telah mengetahui peranan YDO secara holistik dan terdapat
sedikit sebanyak persamaan dan perbezaan di antara ketiga-tiga buah masjid dalam

melaksanakan aktivit-aktiviti dakwah. Pendekatan aktiviti dakwah bagi golongan belia

berbeza mengikut peredaran zaman tetapi objektif yang ingin disampaikan sama dari duu

hingga sekarang. Kajian ini menyumbang dalam mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah

bagi golongan belia dan peranan Youth Development Officer (YDO) dalam unit belia masjid,

berbeza dengan kajian pengkaji yang membahaskan tentang program dakwah, pendekatan

dakwah serta persepsi mad’u tentang program dakwah yang dilaksanakan.

Seterusnya, menurut kajian yang bertajuk Persepsi Pelajar terhadap aktiviti dakwah

dalam Pembentukan akhlak Jamaah dan Masyarakat Setempat, Satu kajian di Kolej 13,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang dihasilkan oleh Siti Nafeesah bt Ishak dari

Universiti Teknologi Malaysia, aktiviti dakwah adalah satu usaha yang dilakukan di dalam

pemantapan dan pembentukan akhlak jamaah dan masyarakat masa kini. Walaupun terdapat

pelbagai aktiviti dakwah yang dijalankan namun akhlak jamaah dan masyarakat, jauh berbeza

dengan akhlak tuntutan Islam yang sebenarnya. Kajian ini bertujuan memahami persepsi

pelajar terhadap aktiviti dakwah dalam pembentukan akhlak jamaah dan masyarakat

setempat. Satu kajian di Kolej 13, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Seramai

150 orang pelajar daripada Kolej 13 dipilih sebagai sampel kajian. Maklumat didapati

melalui soal selidik, dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS 12.0.

Hasil daripada kajian ini didapati bahawa aktiviti dakwah yang dijalankan di Kolej 13,

memberi pengaruh terhadap pembentukan akhlak jamaah dan masyarakat setempat. Ini dapat

dilihat daripada sambutan responden terhadap aktiviti dakwah yang dijalankan di kolej ini.

Penyelidik juga telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dijadikan panduan kepada

pihak-pihak tertentu bagi memantapkan lagi aktiviti dakwah ini. Cadangan kajian lanjutan

juga turut dikemukakan agar ada pihak yang akan meneruskan kajian ini pada masa akan
datang. Kajian ini berbeza dengan kajian pengkaji yang bukan hanya membicarakan perihal

persepsi mahasiswa, tetapi pengkaji juga mengkaji program serta pendekatan dakwah yang

digunakan dalam mengembangkan dakwah.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Nafas dakwah perlu sentiasa ada dalam diri setiap individu muslim. Begitu juga dengan
persatuan pelajar FKI yang diberi amanah menjadi penggerak utama dalam menyebarkan
dakwah kepada mahasiswa yang lain iaitu dari segi jasmani atau rohani. Antara kepentingan
kajian ini adalah :

1.6.1 Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA)

Kepentingan kajian kepada pihak uniSZA, iaitu dapat mengetahui bentuk pelaksanaan
dakwah yang banyak membantu meningkatkan sahsiah dalam kalangan pelajar seterusnya
membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak pelajar. Selain itu, pihak pengurusan dapat
menyediakan modul dakwah yang berkesan kepada pihak universiti. Di pihak pensyarah
pula, kajian ini untuk dijadikan sumber maklumat penting dalam mengenal pasti kelemahan
dan kekurangan komunikasi dakwah yang digunakan dan penemuan kajian dapat membantu
pensyarah merangka kaedah yang lebih dekat dengan jiwa pelajar.

1.5.2 Organisasi Persatuan Pelajar FKI

Kajian ini sangat penting kepada organisasi persatuan pelajar FKI untuk
meningkatkan segala kekurangan sepanjang pelaksanaan aktiviti dakwah yang telah mereka
jalankan. Oleh hal yang demikian, mereka dapat mengetahui dan menutup segala
kelompangan yang ada sepanjang berlangsungnya aktiviti dakwah tersebut sekaligus menjadi
organisasi yang aktif dalam menyebarkan dakwah.

1.5.3 Mahasiswa dan mahasiswi

Kajian ini tidak memberikan kepentingan kepada organisasi dan universiti sahaja,
malah kajian ini juga memberi kepentingan kepada mahasiswa serta mahasiswi terutama
sekali di uniSZA. Hal ini kerana, kajian ini penting dalam menyediakan garis panduan yang
efektif kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam mentarbiah serta membentuk masyarakat
yang mempunyai nilai, tingkah laku dan cara hidup yang menunjukkan muslim yang
sebenar.

1.7 SKOP KAJIAN

Memandangkan dakwah satu perbincangan yang luas, sudah tentu pelbagai aspek yang boleh

diteliti. Namun demikian, kajian ini terbatas kepada beberapa perkara sahaja seperti berikut .

1. Persatuan pelajar FKI di uniSZA, Kuala Terengganu

Saya memfokuskan empat persatuan pelajar FKI di uniSZA. Antaranya ialah Persada

(Dakwah), Perisya (Syariah), Pmus (Usuluddin dan Usuluddin Kaunseling) dan Aqsa

(Al-Quran dan As-sunnah).

2. Bidang kajian.

Saya memfokuskan tentang program dakwah dan pendekatan dakwah yang mereka

laksanakan sepanjang melaksanakan aktiviti dakwah tersebut dalam dua semester


kepada mahasiwa daripada Fakulti Kontemporari Islam iaitu pada Semester satu dan

dua sesi 2016/2017.

3. Sampel kajian

Pengkaji akan menemu bual Yang dipertua dan setiausaha setiap persatuan untuk

mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat mengenai program dan pendekatan

yang mereka gunakan untuk mengembangkan dakwah kepada mahasiswa di uniSZA.

Seterusnya pengkaji akan memberi borang soal selidik kepada 10 orang setiap

persatuan yang terdiri daripada Ijazah Sarjana Muda Semester 7/2018 untuk

mengetahui persepsi mereka terhadap program dakwah yang telah dijalankan kepada

mereka.

1.8 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan

dalam sesuatu kegiatan atau disiplin dan sebagainya. Metodologi merupakan salah satu

aspek yang sangat penting dalam melakukan sesuatu penyelidikan yang berbentuk ilmiah.

Metodologi dirujuk sebagai kaedah yang saintifik untuk huraian pendekatan dan
kaedah yang digunakan dalam penyelidikan. Mengikut Kaplan (1973), metodologi
digunakan untuk menghuraikan pendekatan dan kaedah dengan tujuan memberi kefahaman
terhadap proses penyelidikan yang akan dilaksanakan.
Dalam usaha untuk menyempurnakan latihan ilmiah ini, pengkaji telah mengambil
langkah dengan memilih beberapa metodologi yang bersesuaian agar dapat memudahkan
proses penyiapan latihan ilmiah. Di antara metodologi yang digunakan ialah:-

1) Penyelidikan perpustakaan

2) Kaedah soal selidik

3) Kaedah Temubual

1) Penyelidikan perpustakaan

Pengkaji membuat penyelidikan di perpustakaan yang merupakan sumber bertulis


berkaitan tentang pengertian dakwah dari segi bahasa dan istilah melalui kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka. Selain itu juga, pengkaji menggunakan kaedah penyelidikan ini dalam
mengenal pasti prinsip dakwah, sasaran dakwah dan struktur-struktur dakwah yang berkaitan.
Sumber perpustakaan ini amat penting dan diperlukan untuk mendapat gambaran awal
sebelum melakukan kaedah penyelidikan dan soal selidik. Oleh hal yang demikian, pengkaji
telah merujuk beberapa buah perpustakaan bagi melengkapkan kajian ilmiah ini. Antaranya
ialah :-

I. Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


II. Perpustakaan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
III. Perpustakaan Umum Negeri Terengganu Darul Iman
IV. Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2) Kaedah soal selidik

Melalui kaedah ini, satu set borang soal selidik akan digunakan untuk mengetahui persepsi
mereka terhadap keberkesanan dakwah yang dilaksanakan oleh Persatuan pelajar FKI kepada
mahasiswa uniSZA. Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada 40 orang responden
daripada Ahli Persatuan Pelajar FKI iaitu 10 orang daripada Kursus Dakwah, 10 orang
daripada Kursus Syariah, 10 orang daripada kurus Al-Quran dan As-Sunnah, 10 orang
daripada Kursus Usuluddin dan Usuluddin dan Kaunseling.
3) Kaedah Temu bual

Temu bual merupakan salah satu di antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam

kajian ini. Melalui kaedah temu bual ini pengkaji akan memperolehi maklumat yang lebih

tepat dan lebih banyak daripada setiap Persatuan Pelajar di FKI. Sebelum memulakan sesi

temu bual pengkaji memilih masa, tempat dan keadaan yang sesuai bagi memastikan sesi

temu bual tersebut berjalan dengan lancar. Temu bual yang dijalankan adalah berpandukan

soalan – soalan yang telah ditentukan. Sesi temu bual ini dijalankan oleh pengkaji kepada

setiap Yang dipertua dan setiausaha persatuan pelajar di FKI dalam mendapatkan data yang

tepat, lengkap dan jelas.

You might also like