You are on page 1of 2

Kemahiran Asas Lari Berpagar

Terdapat beberapa fasa dalam melaksanakan acara larian berpagar. Fasa-fasa tersebut
ialah:

 Permulaan
 Lonjakan
 Mendarat
 Penamat

Kombinasi teknik dalam acara lompat berpagar

(a) Fasa permulaan

i. Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut.
Gunakan gaya dekam di blok permulaan.
ii. Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan lapan
langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok
permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja.
iii. Lari dengan larian yang konsisiten dari permulaan hingga dua langkah
terakhir.
iv. Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada dihadapan daripada
kaki yang melangkah pagar.

(b) Fasa lonjakan

Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:

 Ketinggian atlet
 Kelajuan larian
 Jarak jangkauan kaki hadapan
 Kelajuan langkah kaki hadapan

Jarak lonjakan ke pagar adalah mengikut keupayaan atlet. Lonjakan pagar juga bergantung
kepada kecondongan badan yang sesuai melepasi pagar dengan meminimumkan
pergerakan di udara. Kecondongan badan ke hadapan (dip) membantu keselesaan di udara
dan dapat menimbangi daya tarikan graviti.
Gaya lonjakan kaki yang baik:

 Meninggalkan muka trek sama seperti pecut


 Melonjak dengan menggunakan hujung tapak kaki
 Kaki hadapan diangkat tinggi
 Kepala tegak memandang ke hadapan
 Pusat graviti ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak

Fasa-fasa dalam lari berpagar

(c) Fasa layangan

i. Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. Ayunkan tangan yang selari
dengan kaki hadapan dengan pantas.
ii. Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi mengarah keluar. Ayun tangan yang selari
dengan kaki belakang dengan pantas.
iii. Condongkan badan ke hadapan. Badan seolah-olah melayang ke udara.

(d) Fasa mendarat

i. Jatuhkan kaki hadapan tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi
pagar.
ii. Berat badan di hadapan kaki.
iii. Tarik tangan yang bertentangan kaki hadapan ke belakang dengan pantas.
iv. Mendarat dengan hujung kaki hadapan (lead leg)

(e) Fasa penamat

i. Lari dengan pecutan maksimum sebai sahaja kaki hadapan mendarat.


ii. Ayunkan kedua belah tangan secara agresif dengan bantuan kaki belakang.
iii. Pecut hungga ke garisan penamat dengan enam langkah sahaja

You might also like