You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PENGELOLAAN MANTAR GAWAI 2019

‘SEATI NUJU PENGELATI’


1.0 Pengenalan

Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti(PIBK) merupakan medium penghubung kepada


masyarakat luar khususnya ibubapa dan penjaga dengan warga sekolah. PIBK SK Pengkalan
Lobang menyedari akan tanggungjawab persatuan ini untuk merancang aktiviti yang dapat
menggalakan penglibatan dan kerjasama secara langsung antara pihak warga sekolah dengan
masyarakat luar. Mantar Gawai PIBK SK Pengkalan Lobang akan menjadi ruang perkongsian
budaya dan adat resam masyarakat Iban di samping mencungkil terpendam ibu bapa, penjaga,
belia dan murid dalam bidang sukan, seni dan sebagainya. Bagi memastikan program ini dapat
dilaksanakan dengan lancar, mesyuarat khas PIBK diadakan bagi membincangkan secara
terperinci aspek-aspek penganjuran Mantar Gawai PIBK merangkumi pengisian aktiviti,
peralatan dan belanjawan.

2.0 Matlamat

Memperkasakan Persatuan IBU Bapa dan Komuniti SK Pengkalan Lobang sebagai


tunjang pembangunan sekolah melalui program dan aktiviti yang terancang.

3.0 Objektif

Objektif Mantar Gawai PIBG SKPL ialah:

3.1 Mengeratkan tali silaturahim dan semangat kerjasama, setiakawan antara warga
sekolah, penduduk kampung serta komuntiti setempat tanpa mengira kaum dan
peringkat umur.

3.2 Memupuk perpaduan melalui perkongsian budaya dan adat masyarakat Iban
kepada komuniti yang berbeza bangsa,agama dan budaya.

3.3 Melengkapkan pengisian aktiviti yang melibatkan PIBK bagi tahun 2019.

3.4 Menggalakkan masyarakat setempat menyertai aktiviti-aktiviti berfaedah.

3.5 Menambah dana kewangan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.


4.0 Tarikh Mantar Gawai

Penganjuran Mantar Gawai bagi tahun 2019 ialah pada 16 Mei 2019 hingga 17 Mei
2019. Pesta ini akan berlangsung selama dua hari bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir
pada sebelah malam.

5.0 Tema Pesta

‘Seati Nuju Pengelati’

6.0 Jawatankuasa Pengelola

Rujuk Lampiran I: Senarai Ahli Jawatankuasa Pengelola

7.0 Tentatif Program

Rujuk Lampiran II: Tentatif Program Mantar Gawai ‘Seati Nuju Pengelati’

8.0 Kewangan dan Belanjawan Pengelolaan

Rujuk Lampiran III: Kewangan dan Belanjawan Pengelolaan Mantar Gawai ‘Seati Nuju
Pengelati’

9.0 Penutup

Semoga perancangan program ini dapat mencapai objektif serta mendapat sokongan
dalam memperkasa peranan PIBK sebagai wadah penghubung antara masyarakat setempat
dengan semua staf SK Pengkalan Lobang.
Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

(ANNIE ANAK JERRY) (LEMA ANAK JENAT)


Setiausaha PIBG, Yang Di Pertua PIBG
SK Pengkalan Lobang, SK Pengkalan Lobang,
96400 Mukah. 96400 Mukah.
Tarikh:________________ Tarikh:______________________

Disahkan oleh,

(JAMIL BIN IBRAHIM)


EX-Officio,
SK Pengkalan Lobang,
96400 Mukah.
Tarikh:_________________________
Lampiran III: Belanjawan Pengelolaan

Bil. Perkara Anggaran Harga


1. Bayaran Artis RM3 000.00

2. P.A System RM 800.00

3. Banner Mantar Gawai 2 banner x RM200 = RM400.00

4. Sewaan Kanopi RM800.00

5. Bayaran Pengangkutan Sewaan Kanopi RM300.00

6. Makanan dan Minimun


4.1 Air Mineral 29 kotak x RM10 = RM290.00
4.2 Makanan Pengelola RM550.00
4.3 Makanan ‘Makai Serumpu’ RM850.00
7. Hadiah
5.1 Pekit Kumang & Keling Anak Mit 6 trofi x RM 70 = RM420.00
5.2 Pertandingan Bola Sepak 4 hampers x RM70= RM280.00
5.3 Pekit Kumang (2 Kategori) 6 trofi x RM 70= RM420.00
5.4 Pertandingan Karaoke 3 trofi x RM70= RM210.00
5.5 Pertandingan Poco-Poco 3 hampers x RM70 = RM210.00
5.6 Sukaneka Ibu Bapa 9 hampers x RM70 =RM630.00
5.7 Pertandingan Dart 3 trofi x RM70 = RM210.00
5.8 Pertandingan Teka Gula-Gula 3 trofi x RM70 = RM210.00
5.9 Pertandingan Memancing (2 kategori) 6 hampers x RM 70 = RM420.00

Jumlah RM10 000.00