You are on page 1of 2

Dapatan Kajian

Soalan Kajian I:

Bagi menjawab persoalan 1, pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen iaitu
temubual berstruktur, borang soal selidik dan pemerhatian.

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, didapati

Punca pertama yang menyebabkan murid-murid tidak menguasai operasi


tambah dalam bentuk lazim ialah murid tidak dapat membuat generalisasi dan perkaitan
nombor pada ayat matematik ke dalam bentuk lazim. Perkara ini dibuktikan melalui
temubual bersama guru apabila ditanya mengenai punca yang menyebabkan murid
lemah menguasai operasi tambah yang melibatkan bentuk lazim, berikut merupakan
jawapan guru;

Respon Guru A : Murid tidak dapat memindahkan nombor dan simbol dari ayat matematik
kepada bentuk lazim.

Respon Guru B : Murid tidak faham mengapa nombor dan simbol itu berubah kedudukan
apabila berada di dalam bentuk lazim.

TBO4GAGB (TARIKH TEMUBUAL)


Dapatan yang diperoleh daripada instrumen soal selidik guru turut menunjukkan guru
bersetuju 100% dengan item 5 iaitu murid tidak tahu membuat bentuk lazim untuk
menyelesaikan soalan yang diberi. Hal ini turut dipersetujui oleh responden sendiri yang
memperlihatkan 100% punca kesukaran yang dialami disebabkan mereka tidak tahu
membuat bentuk lazim untuk menyelesaikan soalan yang diberi. Secara dasarnya,
boleh dikatakan kesukaran ini disebabkan murid tidak memahami konsep antara ayat
matematik dengan bentuk lazim.

Punca kedua yang menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran


tambah yang diajarkan ialah kerana sikap murid itu sendiri. Pemerhatian berstruktur
melalui senarai semak yang dilaksanakan menunjukkan kelakuan mengantuk semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dipamerkan sebanyak empat puluh
peratus oleh murid P dan enam puluh peratus oleh murid Q. Apabila murid-murid
mengantuk, maka secara tidak langsung murid-murid tidak menumpukan perhatian
semasa guru mengajar. Murid juga mempunyai sikap yang malas menyiapkan latihan
yang diberi seperti yang dibuktikan melalui pemerhatian yang memperlihatkan murid P
telah mempamerkan kelakuan tersebut sebanyak empat kali dan murid Q sebanyak 3
kali yang masing-masing mewakili lapan puluh peratus dan enam puluh peratus. Selain
mempunyai sikap malas menyiapkan latihan, murid-murid sering mempunyai persepsi
bahawa latihan tambah yang diberi kepada mereka adalah banyak dan susah.
Relevansi latihan yang banyak menurut Lee Shok Mee (1997) dapat mempertingkatkan
lagi ingatan. Implikasi Teori Behavioris (dalam Lee Shok Mee, 1997) tidak dapat
dinafikan pengulangan boleh menghasilkan stereotaip iaitu menghasilkan kesan kukuh
pada diri seseorang untuk membuat sesuatu atau mengintepretasikan sesuatu perkara,
misalnya cara menyelesaikan masalah matematik.

Faktor minat turut menjadi punca murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran
operasi tambah dalam bentuk lazim. Dapatan daripada analisis soal selidik murid
mendapati item 1 iaitu ‘Saya tidak berminat dengan topik yang diajar telah mendapat
100 %. Dapatan borang soal selidik murid ini selaras dengan dapatan soal selidik yang
dilaksanakan kepada guru-guru yang turut bersetuju 100% bahawa murid tidak
berminat dengan topik yang diajar. Dalam konteks proses pembelajaran, minat
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kesediaan belajar dan pencapaian
pembelajaran seseorang (Lee Shok Mee,1997). Murid yang berminat dalam perkara
yang dipelajarinya akan mencapai prestasi cemerlang dalam pembelajarannya.

Rujukan:

Lee Shok Mee. (1997). Psikologi Pendidikan 2 Teori dan aplikasi psikologi dalam pengajaran
dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

You might also like