You are on page 1of 6

6.

4 Analisis dan Interpretasi Data bagi Objektif 3

Bagi menjawab objektif kajian yang keempat iaitu membincangkan keberkesanan aplikasi BUMFOR
PREVA dalam membina bentuk lazim dengan betul. Pengkaji telah menggunakan instrumen seperti ujian
pra, ujian pasca dan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan
penggunaan BUMFOR PREVA.

6.4.1 Analisis Ujian Pra

Pengkaji telah membuat ujian pra ke atas dua orang responden yang telah dipilih. Seterusnya pengkaji
menyemak jawapan responden berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh pengkaji dan
mencatatkan keputusan responden. Markah yang diperoleh seperti berikut:

NOMBOR SOALAN
RESPONDEN JUMLAH
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
P √ √ X X √ X X X X X 3
Q √ X √ X X X X X X X 2
Petunjuk: X = Salah √ = Betul

Keputusan Ujian Pra

50%
45%
40%
35%
30% Markah Ujian Pra
25%
20%
15%
10%
5%
0%
Murid P Murid Q
Graf X : Keputusan Ujian Pra

Graf di atas menunjukkan keputusan ujian pra yang telah dijalankan. Berdasarkan keputusan ujian,
didapati keputusan yang paling tinggi adalah daripada murid P yang telah berjaya menjawab tiga daripada
10 soalan dengan betul mewakili 30%. Manakala murid Q pula telah berjaya menjawab dua daripada 10
soalan dengan betul dan mewakili 20% daripada keseluruhan markah penuh.

Jadual X : Kelulusan Keputusan Ujian Pra

Kelulusan Ujian Jumlah Responden Peratusan Responden


Lulus (6-10) 0 0%
Gagal (0-5) 2 100%

Jadual X di atas menunjukkan kedua-dua responden (100%) tidak dapat melepasi paras lulus bagi ujian
pra yang diberikan oleh pengkaji iaitu soalan yang betul dijawab kurang daripada lima enam soalan. Hasil
dapatan ujian pra telah menunjukkan kedua-dua responden tersebut tidak menguasai kemahiran
memindahkan maklumat dari ayat matematik ke dalam bentuk lazim. Oleh itu, pengkaji telah mengambil
inisiatif serta merancang strategi yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Pengkaji telah
menggunakan BUMFOR PREVA sebagai intervensi kepada masalah tersebut.

6.4.2 Analisis Ujian Pasca

Pengkaji telah membuat ujian pasca ke atas dua orang responden yang telah dipilih. Seterusnya pengkaji
menyemak jawapan responden berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh pengkaji dan
mencatatkan keputusan responden. Markah yang diperoleh seperti berikut:

NOMBOR SOALAN
RESPONDEN JUMLAH
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
P √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
Q √ √ √ X √ √ √ √ √ √ 9
Petunjuk: X = Salah √ = Betul

Keputusan Ujian Pasca

100%

80%

60% Markah Ujian Pasca

40%

20%

0%
Murid P Murid Q

Graf X : Keputusan Ujian Pasca

Graf di atas menunjukkan keputusan ujian pasca yang telah dijalankan. Berdasarkan keputusan ujian,
didapati keputusan yang paling tinggi adalah daripada murid P yang telah berjaya menjawab 10 daripada
10 soalan dengan betul mewakili 100% markah keseluruhan. Manakala murid Q pula telah berjaya
menjawab sembilan daripada 10 soalan dengan betul dan mewakili 90% daripada keseluruhan markah
penuh.

Jadual X : Kelulusan Keputusan Ujian Pra

Kelulusan Ujian Jumlah Responden Peratusan Responden


Lulus (6-10) 2 100%
Gagal (0-5) 0 0%
Jadual X di atas menunjukkan kedua-dua responden (100%) telah dapat melepasi paras lulus bagi ujian
pasc yang diberikan oleh pengkaji iaitu soalan yang betul dijawab kurang daripada lima enam soalan.
Hasil dapatan ujian pra telah menunjukkan kedua-dua responden tersebut telah menguasai kemahiran
memindahkan maklumat dari ayat matematik ke dalam bentuk lazim. Berdasarkan kepada peratusan yang
telah dicapai oleh semua responden jelas menunjukkan BUMFOR PREVA amat berkesan dalam
mengatasi masalah membina bentuk lazim. Semua responden memberi respon yang positif terhadap
intervensi melalui aplikasi BUMFOR PREVA yang telah dijalankan.

6.4.3 Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Setelah ujian pasca dilaksanakan, pengkaji telah membuat perbandingan antara ujian pra dan pasca untuk
melihat keberkesanan aplikasi BUMFOR PREVA dalam mengatasi masalah membina bentuk lazim
dengan betul. Berikut merupakan keputusan perbandingan ujian pra dan ujian pasca.

Jadual X : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bil Responden Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%) Peningkatan (%)
1 P 30 100 70
2 Q 20 90 70

100%

80%
60%
Ujian Pra
40% Ujian Pasca
20% Ujian Pasca

0%
Ujian Pra
Murid P
Murid Q

Graf X : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca


Jadual X dan graf Y menunjukkan perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah
dijalankan. Perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca mendapati BUMFOR PREVA boleh
meningkatkan pencapaian murid. Peningkatan markah dan pencapaian tertinggi diperolehi oleh responden
murid P iaitu telah meningkat sebanyak 70% dengan pencapaian sebanyak 100% dalam ujian pasca
berbanding 30% dalam ujian pra. Bagi peningkatan kedua tertinggi iaitu peningkatan sebanyak 70% juga
diperolehi oleh responden murid Q dengan pencapaian sebanyak 90% dalam ujian pasca berbanding
dengan hanya mendapat 20% dalam ujian pra.

Oleh itu, pengkaji amat berpuas hati kerana tahap pencapaian responden adalah amat membanggakan.
Semua murid telah melepasi aras gagal dan mencapai kelulusan yang berada di tahap tertinggi. Oleh itu,
jelas menunjukkan bahawa BUMFOR PREVA amat berkesan dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran membina bentuk lazim dalam kalangan murid. Dengan adanya BUMFOR PREVA, murid-
murid dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan iaitu belajar sambil bermain dan dapat mencapai
tahap penguasaan pembelajaran yang amat membanggakan.

6.4.4 Analisis Borang Soal Selidik

Setelah melaksanakan permainan BUMFOR PREVA terhadap dua orang responden yang telah dipilih,
pengkaji telah mengemukakan soalan soal selidik ke atas responden tersebut untuk mengkaji keberksanan
BUMFOR PREVA dalam mengatasi masalah membina bentuk lazim. Keputusan analisis keberkesanan
BUMFOR PREVA adalah seperti berikut :

Jadual X : Analisis Soal Selidik Terhadap Keberkesanan BUMFOR PREVA

Bil Item Setuju Tidak Setuju

Bil % Bil %

Saya tidak berminat dengan topik yang


1 0 0 2 100
diajar.

2 Saya rasa topik tambah sangat susah. 0 0 2 100


Latihan tambah yang diberi kepada saya
3 0 0 2 100
susah dan banyak.

Saya mudah lupa akan cara membuat


4 0 0 2 100
bentuk lazim yang telah diajar.

Saya tidak tahu membuat bentuk lazim


5 0 0 2 100
untuk menyelesaikan soalan yang diberi.

Jadual X menunjukkan analisis soal selidik terhadap keberkesanan BUMFOR PREVA. Berdasarkan
analisis soal selidik tersebut, mendapati dua orang responden atau 100% responden menjawab Ya
terhadap semua item yang telah disoal. Semua responden bersetuju bahawa BUMFOR PREVA amat
berkesan dalam mengatasi masalah membina bentuk lazim. Ini menunjukkan bahawa tindakan yang
diambil berkesan untuk meningkatkan pencapaian responden.