You are on page 1of 1

BAHAGIAN B

Tentukan jenis pola ayat bagi ayat-ayat yang berikut.( FN+FN , FN+FK, FN+FA, FN+FS )
FN = Frasa Nama , FK= Frasa Kerja, FA=Frasa Adjektif, FS= Frasa Sendi ( di, ke, kepada, pada, dari,
daripada, dengan, tentang, untuk, terhadap, dalam…..)
i) Persekitaran cuaca Malaysia sesuai untuk penanaman buah-buahan tropika.
_________________________
ii) Sikap masyarakat yang suka membuang sampah sarap telah mengundang masalah pencemaran alam
sekitar. _______________________________
iii) Ibu pejabat Syarikat MKH di bandar Kajang. ____________________________
iv) Farhani menghadapi cabaran yang besar dalam hidupnya semasa ibu bapanya meninggal dalam satu
tragedi kemalangan jalan raya. ____________________________
v) Hadiah istimewa itu adalah untuk ibunya yang tersayang. ___________________________
vi) Pelajar-pelajar Peralihan A mempersembahkan tarian tradisi kaum Cina semasa Hari Guru.
_________________
vii) Surat itu daripada adiknya yang menuntut di England. ________________________
viii) Cikgu Ali ialah guru disiplin sekolah ini. ______________________________
ix) Kami telah menyertai aktiviti senamrobik beramai-ramai di sekolah pada Sabtu lepas.
________________________
x) Lauk yang dimasak oleh ibu amat pedas. ________________________
xi) Sanak saudara akan datang bertandang ke rumah saya sepanjang masa perayaan Hari Raya Aidilfitri.
_____________________
xii) Hari keluarga dapat memberikan gambaran positif tentang semangat perpaduan dan ukhuwah dalam
kalangan masyarakat Malaysia. __________________________
xiii) Abu pengerusi Persatuan Bahasa Cina SMJK Yu Hua. ________________________
xiv) Ceramah yang diadakan pada minggu lepas itu adalah tentang isu gejala sosial yang melibatkan remaja.
___________________________
xv) Rumah yang dimilik oleh lelaki pertengahan umur itu luas sekali. ____________________________
xvi) Morgan Freeman merupakan pelakon yang terkenal di seluruh dunia.
___________________________
xvii) Sambutan Hari Guru di sekolah kami amat meriah. _________________________________
xviii) Penayangan filem Avengers 4 berjaya menggamit hati peminat mereka.
_____________________________
xix) Beberapa orang guru sedang mengikuti kursus pedagogi di Putrajaya.
_________________________________

You might also like