You are on page 1of 1

PENGETAHUAN DAN PENGAPLIKASIAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM

KALANGAN GURU REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN


DAN PEMUDAHCARAAN

MUHAMMAD SHAFIQ SHAH BIN HAIZAL @ HALIM


DR. SARIMAH BINTI ABD RAZAK
Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional

ABSTRAK
Penerapan peta pemikiran i-Think dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan
adalah penting dalam mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam
kalangan murid ke arah melahirkan generasi yang berinovatif pada masa hadapan. Oleh
itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan dan pengaplikasian peta
pemikiran i-Think dalam kalangan guru RBT dalam meningkatkan kualiti proses PdPc.
Kajian kuantitatif ini menggunakan pendekatan tinjauan melibatkan seramai 30 orang
guru RBT di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar Johor Bahru. Persampelan adalah
dilakukan secara rawak terhadap guru RBT. Borang soal selidik lima mata skala likert
yang berfokus kepada 2 konstruk kajian iaitu pengetahuan dan pengaplikasian terhadap
peta pemikiran i-Think digunakan sebagai instrumen. Data kajian dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0 untuk
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan
dan pengaplikasian peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru RBT adalah tinggi
dengan min 4.08. Hasil kajian yang diperoleh ini diharap dapat membantu guru, pihak
sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk meningkatkan tahap
pengetahuan dan pengaplikasian peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru RBT.

Kata kunci : Pengetahuan, Pengaplikasian, Peta Pemikiran i-Think, Reka Bentuk dan
Teknologi

You might also like