You are on page 1of 5

Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.

Tema ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi pendidikan
negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
guru ialah agen penting dalam merealisasi transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan.
Pada peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai
pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan.

Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan. Guru
perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha
menuju matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50), guru memainkan peranan yang penting
dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang
sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global.

Tema ini bertepatan dengan peranan guru sebagai pemacu dan penterjemah dalam usaha
menuju dan mencapai matlamat dan hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Demi merealisasikan agenda transformasi pendidikan, peranan guru amat diperlukan berkorban
masa serta menempuh pelbagai cabaran dalam menjayakan misi ini dalam sebuah negara
majmuk seperti Malaysia.

Prasyarat utama membina sebuah negara bangsa yang teguh, harmoni dan sejahtera dalam se-
buah negara majmuk seperti Malaysia ini, adalah melalui pengukuhan perpaduan, pembinaan
identiti nasional, persefahaman dan saling meraikan kepelbagaian resam budaya dan keutuhan
semangat kebangsaan bersesuaian dengan kepesatan pembangunan negara dalam
menghadapi era dunia tanpa sempadan.

Peranan dan perjuangan guru telah terpahat dalam sejarah negara ini sebelum mencapai
kemerdekaan lagi. Semangat perjuangan guru yang tulus gigih berjuang dan berani menentang
pihak penjajah sentiasa terpahat dalam sejarah negara.

Kini, peranan guru telah berubah kepada menyuntik perasaan perpaduan dan pembangunan
negara, memperkukuh perkongsian nilai dan menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan
sifat cintakan negara dan bangsa dalam kalangan anak-anak kita. Sekolah-sekolah merupakan
agen perpaduan dan medan penyubur nilai sosial seperti semangat kekitaan, sifat toleransi,
demokratik, saling hormat menghormati, taat setia kepada raja dan negara dan mempunyai
keazaman untuk hidup bersama dengan bersepakat, rukun dan harmoni dalam masyarakat
majmuk negara Malaysia.

Guru merupakan penggerak kepada pembangunan pendidikan dengan menyahut cabaran


transformasi pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025. Menerusi transformasi tersebut, peradaban bangsa boleh diperkukuhkan lagi melalui
penghasilan modal insan yang dinamik. Guru juga berperanan memastikan generasi muda
diberikan pendidikan berkualiti seiring era kemajuan terkini. Warga pendidik perlu melestarikan
pembangunan profesionalisme bagi menyokong usaha pelaksanaan transformasi pendidikan
negara ini. Melalui pendidikan berkualiti dan mantap, kita dapat menghasilkan murid bertaraf
dunia dan mempunyai pemikiran kritikal abad ke-21 sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Kerjaya guru masa kini memerlukan guru sentiasa melakukan anjakan minda dan perubahan
budaya kerja dengan memperbaharui pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran melalui
pembelajaran berterusan. Akhlak dan budi pekerti yang telah dipelihara sekian lama ini perlu
kita teruskan supaya guru terus dipandang tinggi dan menjadi teladan kepada anak didik dan
masyarakat. Kita juga perlu menyayangi profesion keguruan kerana bakti luhur dan jasa murni
guru sesungguhnya tidak terbalas.

Tanggungjawab kita sememangnya semakin hari semakin kompleks serta mencabar selaras
dengan perkembangan yang amat pesat pada masa kini. Setiap gerak laku, tutur bicara dan
tindakan para guru sentiasa menjadi perhatian dan dinilai oleh masyarakat. Marilah kita
bersama-sama memastikan martabat profesion keguruan dipelihara, disanjung dan sentiasa
dipertingkatkan. Jasa dan pengorbanan seorang guru itu sukar untuk dibalas walaupun dengan
segunung intan dan emas permata.

Guru itu umpama lautan luas

Menghampar ilmu tak terluas

Bagai hempasan keras gelombang

Kepada murid mendamai tenang

Guru itu laksana gunung agung

Tinggi berbukit sabar iktibar

Persis batu dan pasir terdampar

Tugasnya mulia mendidik 
mengajar

Selamat “Hari Guru” kepada semua kaum guru dan warga pendidik di Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/guru-pemacu-transformasi-


pendidikan-1.674261#ixzz5kz3jN9Oz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Peranan uru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan Negara
Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab merekasesuai
dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negarake arah
meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran
dunia globalisasi.
.Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam
pedagogiyang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan
konteksbudaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa.Profesor Emeritus
Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjaktransformasi pendidikan,
kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebihdahulu.Dalam mencapai taraf
negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegarayang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antaraperanan guru dalam
melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah denganmempersiapkan diri untuk
memmbangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang
kreatif dan berinovasi
. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yangbertanggungjawab membina
kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secaraterancang dan sistematik.
sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan diinstitusi pengajian tinggi mesti
menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan perananmereka dengan lebih efisyen dan
berdaya saing alam menempuh dunia moden disampingmelengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selarasdengan kehendakFalsafah
Pendidikan Kebangsaan.Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus
dilengkapi oleh
pakejlatihan
yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah.Melalui pakej
latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula,mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secarakritis dan keratif.Pakej
latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang bergunauntuk menyokong peningkatan
kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guruyang berpengalaman, guru yang
berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyaikepakaran dalam bidang tertentu. Selain
menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi jugaperlu menghadiri
bengkel mengenai e-pembelajaran
yang dianjurkan oleh badan kerajaanmahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan
didedahkan kepada persepsi umumyang berkaitan dengan kuakiti dalam e-pembelajaran.

Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menajdi guru yang kreatif dan berinovasi,guru
berperanan
menyediakan bahan bantu mengajar
yang dapat dimanfaatkan dalambilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan
teknologi komunikasi dan maklumatdalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu
kurikulum standard sekolah rendahmenekankan penggunaan teknologi komunikasi dan
maklumat dalam bilik darjah. Bahangrafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid
selain alat bantu mengajarbebentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini
menuntut gurumenghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti
pendidikanbertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini.
Bahan inovasipendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) inimerupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam
bilikdarjah.
Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat
kualitipengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan
negaradilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam
memastikanpendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita
padamasa akan dating

G
UR
UN
IOV
AT
F
I
MEL
ONJ
A
KKA
NT
RA
NS
FO
RMA
S
P
IE
NDD
IK
I
ANN
EG
AR
AT
(
HER
HY
TH
MOF
C
HAN
GE
N
IS
CH
OOL
)

Proses pendidikan sentiasa sinonim dengan aktiviti perubahan. Teori


behaviorism
misalnya menekankan perubahan tingkah laku sebagai ukuran keberkesananpencapaian
objektif pembelajaran. Pendirian berkenaan juga disokong oleh sarjanaperancangan kurikulum
seperti Ornstien yang melihat reka bentuk kurikulumsebagai memenuhi keperluan perubahan.Di
Malaysia, dinamika perubahan dalam dunia pendidikan diberikan pelbagai namaseperti inovasi,
reformasi dan transformasi. Hakikatnya, tanpa slogan yang muluk-muluk pun, pendidikan tetap
tidak boleh lari daripada momentum perubahan.Namun, manusia memang tertarik dengan
susunan kata yang indah seperti cogankata dan tema tertentu.Sambutan hari guru kali ini
membawa tema "Guru Inovatif Melonjakkan TransformasiPendidikan Negara". Inovasi atau
pembaharuan sudah menjadi antara tugas asasiguru, terutama dari segi amalan terbaik
pendidikan. Guru wajib mencari jalanuntuk menolong murid masing-masing menuju puncak
jaya, selaras dengansemangat pendemokrasian pendidikan iaitu pendidikan bermutu untuk
semuamurid.Syarat penting inovasi ialah sikap properubahan dan tidak terikat dengan
statusquo. Istilah zon selesa sebenarnya tidak wujud dalam kamus seorang guru
inovatif.Segala ikhtiar intervensi ialah bukti betapa kaum guru sentiasa iltizam dengan
ikrarkeguruan untuk membawa anak bangsa ke mercu kecemerlangan.Bijak pandai
mengatakan bahawa harapan ialah roda utama yang menyebabkanmanusia terus bergerak.
Guru sentiasa menyalakan harapan terhadap sebahagianmurid yang berasa rendah diri justeru
latar belekang sosioekonomi dan pengalamanhidup mereka yang tidak setara dengan rakan
sebaya yang lebih bernasib baik.Dorongan dan kata-kata semangat oleh seorang guru inovatif
yang peka terhadappotensi dan fakulti kanak-kanak umpama titisan air yang memulihkan daun-
daunyang hampir layu.Guru bukan lilin yang membakar diri, tetapi umpama matahari yang
menyebarkancahaya harapan dalam kehidupan insan. Kini, kaum guru telah menikmati
pelbagaikemudahan dan ganjaran sebagai balasan kepada perkhidmatan yang
diberikan.Walaupun agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kerjaya ikhtisas yang lain,kaum
guru telah diberi penghargaan yang cukup tinggi.Sekadar senarai, ciri guru inovatif
termasuk:1 sentiasa mencari jalan bagi menambah baik amalan pengajaran danpembelajaran
(PdP) di bilik
darjah2 sentiasa peka akan tema keperluan murid dan memberikan tindak balas yangsesuai

3 cenderung kepada saranan ikhtisas: dapatan kajian tindakan sendiri / orang


lain4 membimbing murid dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang5 menghormati buah fikira
n dan pendapat rakan sekerja6 memberi kerjasama dan sumbangan dalam program kecemerla
ngan sekolah7 memudahkan jalan penerokaan idea dalam kalangan murid8 mengoptimumkan
potensi pengajaran sebaya di bilik darjah9 menggunakan pengukuhan sebagai daya tarikan pe
mbelajaran10 menanamkan perasaan selesa dan selamat kepada semua murid dalampersekita
ran bilik darjahProses transformasi pendidikan tidak lagi berlaku dalam skala yang kecil.
Muridharus disediakan untuk berhadapan dengan cabaran global yang tidak
menentu.Walaupun daya saing diutamakan, jati diri mesti kekal sebagai modal
sosialmasyarakat. Negara maju berpendapatan tinggi bergantung kepada modal insanminda
kelas pertama yang datang dari dunia pendidikan. Aplikasi pengetahuan,kemahiran dan sikap
dibimbing oleh tujuan yang suci. Peranan guru inovatif tidakakan pernah berhenti...
Guru sebagai tulang belakang dalam bidang pendidikan perlumemperkasakan Falsafah
Pendidikan Negara denganmembangunkan kesemua aspek JERI dalam diri pelajar.
Denganrencam dunia hari ini, guru perlu lebih berinovatif dalammenyampaikan ilmu dengan
lebih efisyen supaya para pelajar yangdididik bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi turut
kaya denganadab selain mandiri.

Menurut Ahmad dan Eka Setyaningsih (2012) dalam jurnal


Sosiahumanika Volum 5 (1) berjudul “
Teacher Professionalisme: AStudy Teachers Professional and Pedagogic Competence at
Junior,Senior and Vocational High Schools in Banyumas Regency, Central
Java, Indonesia”
menyatakan empat (4) asas pendidikan yang perluada dalam diri semua tenaga akademik
terutama guru sepertimanadigariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangasa Bersatu
dalamPendidikan, Sainstifik dan Organisasi Kebudayaan (UNESCO).

You might also like