You are on page 1of 7

Ini Luahan Bapa T20 Kerana Anaknya Gagal Masuk MRSM..

2:08:00 AM
Oleh : Fdaus Ahmad

Tulisan aku ini untuk perhatian ibu ayah kumpulan M40 (pendapatan sederhana) dan
T20 (pendapatan tinggi) yang sekarang sedang huru hara sebab anak anak UPSR 6A, 5A
bla bla tidak terpilih untuk kemasukan SBP/MRSM panggilan pertama.

Ya anak aku pun salah seorang daripada anak anak kalian.

Di portal portal, komentar, hatta di Malaysiakini kita dapat pelajari yang pengambilan
Tingkatan 1 sesi 2019 terfokus pada kumpulan B40 dengan kuota 60-65%, hanya
selebihnya untuk rebutan kumpulan M40 dan T20.

Tuan/Puan,

Antara isu yang terbangkit adalah hal KEADILAN, di mana anak anak M40/T20 yang
juga belajar susah payah nak dapatkan 5A/6A tetapi tidak diberi keutamaan masuk ke
SBP/MRSM berbanding B40 yang cuma 2A 3A (sudah layak dipanggil).

Di sini aku nak tekankan semula perkara paling aula dalam diskusi yang sedang
berlangsung;

Bagaimana berkesannya kaedah penentuan pendapatan keluarga?

Mak ayah akan declare pendapatan berserta slip gaji (atau apa apa proof of income)
lama (keywordnya 'lama') sebelum anak anak ambil UPSR.

Jadi, kata tentu menakrif kategori pendapatan B40, M40 atau T20 benar benar
terletak pada dapatan borang yang aku sebut tadi, di mana guru akan memasukkan
semua data pendapatan itu ke dalam sistem online untuk kegunaan kementerian
dikemudian hari.

Sekarang kita tengok contoh ni;

Katakan pada Januari 2018 ayah A si peniaga Ayam Rangka Pasar Malam isi
pendapatan keluarga sebanyak RM2,000 sebulan. Memang benar itu lah pendapatan
bulanannya pada masa dan ketika itu. Maka kategori A adalah B40.

Tetapi pada bulan Feb, dia expand cawangan ke tapak Pasar Malam lain. Mac satu
lagi, April satu lagi dan pada September 2018 usai A menduduki UPSR, pendapatan
bulanan keluarganya sudah berubah menjadi RM18,000 sebulan. Lalu sekarang,
kategori A sudah menjadi T20.
Nampak?

Hal ini terguna pakai dalam keadaan reverse.


Di mana ayah B pada Januari 2018 meletakkan pendapatannya sebanyak RM18,000
sebulan kerana memiliki 9 cawangan Ayam Rangka Pasar Malam. Maka deklarasi
pendapatan jatuh dalam kategori T20.

Namun setiap cawangan mengalami masalah dan terpaksa ditutup yang pada akhirnya,
usai B menduduki UPSR pada September 2018, pendapatan keluarganya sudah jatuh ke
kategori B40.

Hal yang sama terguna pakai kepada ibu ayah bekerja swasta/kerajaan di mana
mereka boleh dinaikpangkat/bertukar kerja dengan gaji lebih sambil berniaga online
atau menjadi ejen Takaful dengan pendapatan tambahan 4-5 ribu sebulan.

Reverse juga boleh berlaku jika mereka ini dikenakan VSS atau isteri berhenti kerja
sebab kena jaga anak kecil.

Argument paling fokal dalam hal penyusunan kategori pendapatan ini adalah sejauh
mana efisyen dan tepatnya kaedah yang diguna pakai?

Terdapat lebih kurang 400,000++ calon UPSR 2018. Makanya 400,000++ jumlah
penilaian yang mesti dibuat bagi menentukan kategori ini.

Seperti mana kita akui terdapat ramainya orang miskin bandar yang disalah tafsir
sebagai berduit, kita juga kena akui ramai juga orang yang kaya kampung yang disalah
tafsir sebagai kurang berduit.

Itu belum kita sentuh soal manipulasi.

Contohnya aku amik diri sendiri lah senang.

Dalam borang tu dia nak tahu;

Kerja/jawatan
Pendapatan bulanan
Jumlah tanggungan

Ok aku ada beberapa kerja.

Ada jawatan yang aku earn income T20, ada M40 dan ada juga B40.

Setiap jawatan ini berbeza portfolio dan of course berbeza nilai pendapatan bulanan.

Jadi kalau aku letak jawatan yang income B40 pun aku tak dikira menipu sebab
memang betul itu jawatan aku dan ada slip income bulanan.
So macam mana?

Borang tu tak tanya aku duduk rumah apa atau ada pakai BMW RnineT ke tidak?

Nampak tak loophole nya?

Tapi sebab aku nak berlagak hari tu, jadi aku declare lah T20 yang akibatnya sekarang
anak aku kena tanggung sebab makin malap lah nak ke SBP/MRSM. Sudah la tak dapat
6A, T20 pulak tu..haaa belajar lah kau di sekolah biasa!

Tak bagus ke sekolah biasa?

Amboiiih dia punya kerek bertanya.

Kalau anak kau secara keputusan merit dapat bagus, dan dia ada cita cita nak masuk
sekolah SBP/MRSM, di mana salah dan silap mereka?

Adakah mereka ini dapat result bagus tak payah belajar?

Sebagaimana kita meraikan anak anak B40 untuk ke sekolah bagus, jangan lah kita
nafikan usaha dan penat lelah anak anak M40 dan T20 yang juga ingin ke sekolah
bagus.

Berdosa kah anak anak UPSR bagus ni beribu bapakan M40 dan T20?

M40/T20 boleh sediakan duit itu ini mudahkan anak anak belajar dan jadi cemerlang
kata mereka. Tak payah SBP/MRSM ni semua.

Amboiiih. Habis orang kaya di Changlon dan Hutan Aji tu nak hantar anak kelas renang
di mana? Berlatih cakap English dengan siapa? Nak cari guru guru pakar graduate
oversea di ceruk kampung mana?

Begitu lah tuan puan. Tapi tidak mengapa lah.

Untuk kali ini, demi anak anak kalau perlu kita merayu dan minta sedekah panjatnaik
turun pejabat SBP atau pejabat MARA, kita buat lah.

Panggilan ke berapa pun tak apa lah asalkan kita usaha sebaiknya.

Dah habis usaha, kalau tak dapat juga maka itu bukan rezeki mereka.

Semoga ibu ayah M40 dan T20 tabah menghadapi dugaan.

#UPSRUpset2018
PENEMPATAN PELAJAR LEPASAN UPSR
DI SBP DAN MRSM PERLU PERHATIAN
MENYELURUH
By admin
December 31, 2018

http://www.nadinegara.com/uncategorized/penempatan-pelajar-lepasan-upsr-di-sbp-dan-mrsm-
perlu-perhatian-menyeluruh/

Kerajaan telah mengambil langkah untuk meluaskan kuota kemasukkan sehingga 60 peratus ke
SBP dan 65 peratus ke MRSM bagi pelajar daripada golongan B40 mulai tahun hadapan.
Sejumlah 70 peratus atau 5,400 pelajar daripada keluarga dalam kelompok berpendapatan B40
telah berjaya menempatkan diri di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara dan
20 peratus adalah merangkumi kelompok M40 serta 10 peratus daripada kelompok
T20.Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang bagi kelompok B40 ditawarkan
ke SBP dan MRSM mulai 2019.

Namun, terdapat pelbagai rungutan daripada ibu bapa yang tergolong dalam golongan M40 dan
T20 tidak bersetuju dengan dasar ini walaupun ia selari dengan dasar kerajaan baharu untuk terus
membantu golongan kurang berkemampuan memperoleh kemudahan pendidikan berkualiti. Isu
utama pelajar keluarga B40 untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau MRSM
dilihat menjadi isu yang sangat sensitif dalam kalangan ibu bapa kerana ramai yang berharap
untuk anak-anak mereka memasuki dua jenis sekolah itu berdasarkan merit pelajar.

Isu ini telah menjadikan media sosial dipenuhi dengan pelbagai komen terutama di kalangan ibu
bapa yang nama anak mereka tidak tersenarai. Sehubungan itu, terdapat dakwaan bahawa anak
mereka yang mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR) 6A dan aktif
kokurikulum tidak mendapat tempat kerana berada dalam kelompok berpendapatan sederhana
(M40) dan berpendapatan tinggi (T20) tetapi rakan anak-anak mereka yang hanya mendapat 1A
diterima kerana datang daripada golongan B40.

Sehubungan itu, ibu bapa dari golongan B40 sudah tentu menyambut baik usaha kerajaan ini
namun kebimbangan mereka pula mula teralih kepada perbelanjaan kemasukan ke MRSM dan
SBP yang mahal seterusnya menyebabkan anak mereka terpaksa menolak tawaran tersebut. Hal
ini juga menjadi perkara yang dibahaskan oleh netizen di laman media sosial.

kira-kira 5,400 pelajar daripada keluarga dalam kelompok berpendapatan B40 berjaya
menempatkan diri di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh negara.

Selain itu, terdapat dakwaan bahawa MRSM dan SBP sebelum ini telah dimonopoli oleh
golongan elit sehingga mengganggu peluang untuk golongan pelajar B40. Namun, ia terus
mendapat pelbagai maklum balas di laman sosial facebook terutamanya mengenai nasib anak-
anak kumpulan T20 dan M40 walaupun pelajar dari kedua-dua golongan ini adalah layak untuk
memasuki ke MRSM atauu SBP.

Maklum balas yang terdapat di laman sosial banyak menyatakan rasa kebimbangan ibu bapa dari
golongan M40 dan T20 yang merasakan mereka seakan-akan disisihkan oleh kerajaan dalam
menerima bantuan. Terdapat juga yang mendakwa merit permohonan mereka tidak wajar
diketepikan sepenuhnya kerana sebahagian SBP yang cemerlang banyak dibantu oleh kumpulan
ibu bapa M40 dan T20 dalam segenap segi.

Oleh itu, selain daripada melihat kedudukan sosio ekonomi keluarga, kelayakan dan
kecemerlangan pelajar dalam akademik serta kokurikulum juga wajar dilihat secara menyeluruh
dalam menguruskan penempatan pelajar di SBP dan MRSM. Penilaian terhadap angka
pendapatan semata-mata tidak seharusnya menjadi pengukur kemasukan ke SBP dan MRSM
kerana keluarga daripada golongan M40 yang memiliki anak yang ramai dan mempunyai
kelayakan secara merit juga wajar diberi pertimbangkan seadilnya.

Selain itu, kerajaan juga perlu mengkaji adakah pelajar dari golongan M40 dan T20 juga wajar
dan layak menerima bantuan pendidikan seperti pelajar golongan B40. Kerajaan juga boleh
mempertimbangkan untuk menyelaraskan kedudukan M20 ke T20 atau T20 ke M40. Hal ini
kerana, kerajaan juga perlu menggunakan pendekatan ‘turun padang’ dalam memastikan situasi
sebenar tanpa mengabaikan kebajikan mereka.

Justeru itu, adalah wajar sekiranya kerajaan turut mencadangkan supaya pengambilan pelajar ke
SBP dan MRSM turut difokuskan kepada pelajar di kawasan bandar bagi mengelakkan mereka
daripada terdedah dengan masalah sosial bandar. Selain itu, kerajaan juga perlu menyediakan
satu kuota khas yang adil bagi golongan M40 dan T20 seperti mengambil kira kecemerlangan
akademik mereka bagi mengimbangi jumlah pelajar yang memasuki SBP dan MRSM. Oleh itu,
pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan perlu melihat isu penempatan pelajar di SBP
dan MRSM secara menyeluruh supaya tidak ada golongan di negara ini terasa dianak tirikan oleh
kerajaan.
Minda Pengarang: Kembalikan matlamat
asal penubuhan MRSM
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/12/507799/minda-pengarang-kembalikan-
matlamat-asal-penubuhan-mrsm

KERAJAAN dilihat bersungguh-sungguh mahu mengembalikan matlamat asal penubuhan


Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) apabila menetapkan kuota khusus kemasukan pada sesi
2019 untuk golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Bukan sekadar menetapkan
kuota, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar, komited memastikan sasaran
65 peratus kemasukan pelajar dari keluarga kumpulan B40 itu mesti dipenuhi.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, turut menegaskan pihaknya sudah mengenal pasti beberapa
punca menyebabkan pelajar daripada keluarga B40 memilih untuk tidak memasuki MRSM,
biarpun memiliki dan melepasi kelayakan ditetapkan. Kerajaan menerusi MARA kini dalam
usaha untuk menanganinya. Berdasarkan rekod kuota maksimum pengambilan pelajar baharu
untuk 54 MRSM di seluruh negara tahun depan adalah 7,760 iaitu bagi kemasukan ke Tingkatan
Satu, manakala 2,245 tempat lagi untuk Tingkatan Empat.

Isu penetapan kuota khusus untuk kumpulan B40 sebenarnya bukan baharu. Sebaliknya, kemelut
ini sudah acap kali dibangkitkan, termasuk ketika era pentadbiran kerajaan terdahulu. Polemik
timbul apabila MRSM yang mula diperkenal sejak 1972, dilihat semakin dimonopoli golongan
elit sehingga menyekat peluang kemasukan pelajar berpendapatan rendah, sedangkan fokus
utama penubuhannya untuk membantu masyarakat luar bandar dan miskin.

Perkembangan yang dilihat tidak selari dengan matlamat sebenar penubuhannya itu turut
mengundang cadangan kepada penubuhan MRSM berbayar, dengan alasan mengelak persaingan
antara pelajar daripada kumpulan B40 dan luar bandar dengan pelajar daripada keluarga
berpendapatan 40 peratus sederhana (M40) serta golongan berada. Tidak kurang juga syor
pengasingan MRSM dibuat mengikut kategori, contohnya untuk golongan berkemampuan,
Bumiputera serta bukan Bumiputera.

Difahamkan ketika ini kira-kira 45 peratus pelajar yang memasuki MRSM adalah daripada
keluarga miskin atau berpendapatan kurang RM4,000 sebulan, manakala selebihnya golongan
pendapatan sederhana atau berada. Penetapan kuota 65 peratus untuk kemasukan ke MRSM ini
sebenarnya ada pro dan kontranya.

Tidak dinafikan ia membuka peluang lebih besar kepada pelajar daripada keluarga kurang
berkemampuan untuk memasuki MRSM, namun sudut lain perlu juga diambil kira apabila ada
melihat penetapan kuota khusus sehingga 65 peratus itu berisiko, kerana ia menutup hak pelajar
cemerlang daripada keluarga berada untuk memasuki MRSM, sedangkan mereka layak.

Justeru, dalam merungkai polemik ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, khususnya
MARA perlu meneliti mekanisme bersesuaian dalam soal pengambilan pelajar baharu ke
MRSM. Sehingga kini permohonan kemasukan ke MRSM, sama ada ke Tingkatan Satu atau
Tingkatan Empat masih dijalankan secara dalam talian.

Kita juga mengharapkan agar satu kaedah saringan permohonan ke MRSM yang lebih berkesan,
sama ada mengguna pakai maklumat pendapatan isi rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih
sebagai rujukan atau mungkin ada kaedah lain lebih bersesuaian.

Apa yang penting ialah memastikan kuota 65 peratus yang ditetapkan itu betul-betul diisi pelajar
daripada kumpulan B40 seperti disasarkan, bukannya ‘dicuri’ oleh golongan elit atau pihak
berkepentingan lain yang memiliki lebih banyak peluang untuk menikmati pendidikan terbaik
dan adil.

You might also like