You are on page 1of 5

Lossini Form 4 

1.Tamadun Islam bermula di kawasan Hijaz iaitu padang pasir yang kering dan kontang.

2. Terdapat 3 buah kota di Hijaz, iaitu Makkah, Taif dan Madinah yang merupakan ibu
kota bagi Hijaz.

3. Pembentukan tamadun Islam banyak berasaskan pemikiran dan ajaran agama di


samping merupakan anugerah Allah kepada umat Islam.

4. Perkembangan tamadun Islam terpaksa bersaing dengan tamadun Parsi dan Rom di
utara Semenanjung Tanah Arab.

Lokasi Tamadun Islam

Masyarakat Arab Jahiliah

1. Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud bodoh, jahil
atau dungu.

2. Masyarakat Arab pada zaman Jahiliah hidup dalam kebodahan dan tidak teratur
dalam semua bidang kerana ketiadaan nabi dan kitab suci sebagai petunjuk dan
panduan hidup pada masa itu.

3. Masyarakat Arab Jahiliah diberi gelaran tersebut kerana mereka tidak menerima
kebenaran dan tidak menurut ajaran nabi terdahulu.

4. Zaman tersebut dianggap zaman kegelapan kerana masyarakat Jahiliah menyembah


berhala dan animisme. Akhlak mereka juga adalah rendah.

5. Zaman Jahiliah bermula sejak runtuhan Empayar Maarib dan Sabak


sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w..

300M -> 570M -> 610M


Runtuhan Kelahiran Turunnya wahyu kepada
Empangan Nabi Nabi Muhammad s.a.w.
Maarib Muhammad ( mulanya Zaman Islam )
s.a.w.
Lossini Form 4 

Sebab- sebab runtuhan Kerajaan Sabak


- dilanda banjir besar - kelalaian pemerintah Sabak menjaga Empangan Maarib

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah

1. Masyarakat Arab Jahiliah boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu masyarakat
Badwi ( desa ) dan masyarakat Hadari ( kota ).

2. Masyarakat Badwi biasanya tinggal di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab dan
kurang berhubung dengan masyarakat luar.

3. Mereka hidup berpindah-randah kerana memerlukan tempat yang subur untuk


pertanian dan ternakan.

4. Masyarakat Arab Hadari pula biasanya tinggal di kawasan pantai yang terdapat
bandar-bandar.Mereka menetap di sesuatu tempat sehingga dapat membina tamadun
yang tinggi.

5. Selain itu, mereka turut mahir dalam bidang perniagaan.

Masyarakat Hadari

Masyarakat Badwi

Kehidupan Sosial

1. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan undang-undang adat yang diwarisi daripada


nenek moyang terdahulu.

2. Mereka mengamalkan sistem perhambaan dalam kehidupan seharian. Golongan


hamba tidak boleh memiliki harta dan segala hasil yang mereka usahakan hanya untuk
kepentingan tuan mereka.

Sistem Perhambaan
3. Kedudukan wanita
(a) Kedudukan wanita pada Zaman Jahiliah amatlah rendah.

(b) Sesetengah kabilah mengamalkan amalan menanam anak perempuan sebaik sahaja
bayi itu dilahirkan.Mereka menganggap anak perempuan boleh memberi sial,malu atau
papa kepada keluarga.

(c)Kaum bapa daripada Bani Tamim berbangga dengan tindakan membunuh bayi
perempuan mereka. Selain daripada bayi yang baru lahir ditanam hidup-hidup, kanak-
kanak perempuan yang mencapai umur lima atau enam tahun juga ditanam hidup-
hidup.

Bayi perempuan ditanamkan


Lossini Form 4 

4. Kedudukan balu atau janda. Apabila seorang lelaki meninggal dunia, balu atau
jandanya boleh diperisterikan oleh saudara lelaki yang terdekat. Anak lelaki juga boleh
mengambil ibu tirinya sebagai isteri.

5. Poligami dan perceraian. Tiada peraturan yang menetukan cara-cara berkahwin dan
bercerai. Seorang lelaki boleh berkahwin seramai mana yang disukainya dan
menceraikan isteri-isteri mereka sesuka hati.

6. Masyarakat Arab mengamalkan meminum arak. Arak dianggap sebagai satu nilai
yang baik dan sesiapa yang meminum arak sehingga mabuk dianggap
telah membuktikan sifat kesempurnaannya.

Kegiatan Ekonomi

1.Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan kegiatan mencuri, menyamun, dan


merompak.

2.Perbuatan menyamun dan merompak juga dianggap sebagai satu kewajipan


bagi setiap individu dalam kabilah dan menjadi salah satu punca mata pencarian
mereka.

3.Pemuda yang berani merompak dianggap pahlawan.

Agama dan Kepercayaan

1.Masyarakat Arab Jahiliah tidak mempunyai agama rasmi dan menganut pelbagai jenis
agama.

2.Bentuk agama dan kepercayaan boleh dibahagikan kepada empat kimpulan, iaitu:
(a) animisme ( memuja alam )

(b) agama wathani ( menyembah berhala )

(c) agama samawi ( agama Hanif, Kristian, dan Yahudi )

(d) kepercayaan khurafat

3.Kebanyakan masyarakat Arab memuja alam semula jadi. Mereka akan menukar agama
mengikut keperluan kehidupan seharian dari segi ekonomi dan sosial .

4.Masyarakat Arab Jahiliah yang menyembah berhala menjadikan patung sebagai


perantaraan mereke dengan tuhan.

5.Agama Hanif ialah agama yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail
a.s.. Penganut-penganut agama ini mengesakan Tuhan, bersembahyang, dan berpuasa.
Bilangan penganutnya tidak ramai. Penganut agama ini digelar Hunafa. Penganut
agama ini telah mencampuradukkan dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.

6.Selain daripada mempercayai pelbagai jenis agama, masyarakat Arab Jahiliah juga
mengamalkan kepercayaan khurafat ( karut atau tahyul ) seperti :
(a) sekiranya seseorang ingin mengembara, dia hendaklah berpandukan arah burung .

(b) memakai cincin perak atau tembaga untuk menambahkan kekuatan diri .

(c) mempercayai sihir dan ramalan ahli nujum .


Lossini Form 4 

Kehidupan Politik

Masyarakat Arab Jahiliah

1. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah. Mengikut sistem ini,


masyarakat Arab hidup secara berkelompok atau hidup dalam kumpulan tertentu.
Kehidupan mereka berpusat pada kabilah masing-masing dan terpaksa mematuhi syarat
yang ditetapkan oleh kabilah.

2. Setiap kabilah mempunyai


seorang ketua yang dipanggil Syeikh yang
menerajui sesuatu
kelompok. Syeikh menjadi lambang perpaduan
kabilah dan mempunyai taraf paling tinggi dalam
sesuatu kabilah.

3. Syeikh dipilih daripada ahli kelompoknya


dengan persetujuan ramai. Pemilihan
syeikhberdasarkan
pemikiran yang matang (tua), bersifat
berani, gagah, dan pandai berpidato.

4. Peranan dan tugas syeikh ialah:


(a) menyelesaikan masalah-masalah yang
dihadapi oleh ahli kumpulan.

(b) menjatuhkan hukuman tertentu kepada


pesalah setelah dipersetujui oleh ahli kumpulan.
Syeikh
(c) melayan tetamu yang hadir di kawasan atau
kampung mereka.

(d) memberi perlindungan kepada kawan atau musuh.

(e) mengisytiharkan peperangan kepada musuh mereka.


Lossini Form 4 

5. Kesan daripada amalan sistem kabilah ini telah wujud semangat assabiah (kesukuan)
dalam kalangan bangsa Arab. Mereka hidup dengan mementingkan kabilah sendiri
sahaja tanpa mempedulikan di luar kelompok mereka.

6. Kemunculan semangat assabiah turut berkait rapat dengan keadaan geografi dan
suasana kehidupan mereka yang panas dan kering-kontang. Untuk meneruskan
kehidupan, mereka mengatasi masalah secara bersama dengan sifat kesukuan yang
menebal.

7. Mereka sanggup menyerang kabilah lain atas sebab yang kecil dan remeh.

8. Contohnya, peperangan al-Basus berlanjutan selama 40 tahun antara Bani Taghlib


dengan Bani Bakar berpunca daripada pembunuhan seorang Bani Taghlib oleh seorang
ahli Bani Bakar.
 

You might also like