You are on page 1of 4

Penambahbaikan Prestasi Sekolah Melalui Komuniti

Pembelajaran Profesional (PLC)

1. Pada masa kini, banyak negara di seluruh dunia sedang bergelut dengan
reformasi untuk mengubah sistem pendidikan mereka bagi memenuhi tuntutan
kualiti dan prestasi pelajar.

2. Walaupun terdapat banyak penyelidikan dalam bidang sekolah berkesan dan


penambahbaikan sekolah mencadangkan kepada kita tentang cara mengubah
seluruh sistem sesebuah sekolah supaya menjadi lebih baik, tetapi jelas di sini
bahawa dengan mengubah seluruh sistem pendidikan sesebuah sekolah pada satu-
satu masa tidak lagi membantu dalam peningkatan prestasi sebaliknya menimbulkan
banyak masalah.

3. Mengulangi semula strategi penambahbaikan yang pernah dilakukan sebelumnya


juga tidak banyak membantu dalam peningkatan prestasi sesebuah sekolah.

4. Selain itu, mengulangi semula strategi-strategi yang dipinjam daripada tempat lain
dan ditambah dengan sedikit pengubahsuaian juga hanya akan mengembalikan
prestasi sekolah tersebut di takuk lama.

5. Terdapat banyak reformasi yang diperkenalkan di dalam sistem pendidikan


sekarang, namun kesannya hanya sedikit sahaja perubahan yang berlaku dan ini
juga akan hanya mengekalkan status sesebuah sekolah ketinggalan di takuk lama.

6. Mengapakah reformasi pendidikan yang diperkenalkan kadang kala gagal


mengubah sesebuah sekolah menjadi lebih baik?

7. Antara sebabnya ialah tempoh masa pelaksanaannya yang begitu singkat


sedangkan sesebuah organisasi pendidkan mengambil masa yang begitu lama
untuk memahami kehendak-kehendak reformasi dan bertindak balas.

8. Selain itu reformasi pendidikan juga gagal disebabkan terletak di tangan


'pemandu yang salah'.

9. Isu kritikal dalam pelaksanaan reformasi pendidikan ini membawa kepada


pertimbangan untuk pelaksanaan pendekatan pembinaan kapasiti (capacity building)
dalam institusi pendidikan.

10. Pembinaan kapasiti atau pembangunan kapasiti (capacity building)adalah satu


pendekatan konsep pembangunan yang memberi tumpuan kepada usaha-usaha
bagi memahami bentuk halangan yang mengganggu institusi pendidikan dalam
merealisasikan matlamat pembangunan mereka dan pada masa yang sama
membantu peningkatan keupayaan yang akan membolehkan pencapaian institusi
dapat diukur bagi menghasilkan keputusan yang mampan.

11. Ini secara tidak langsung akan membantu perubahan di dalam sesebuah institusi
pendidikan.
12. Pembinaan kapasiti dapat dilaksanakan melalui amalan bergotong-royong iaitu
guru-guru bekerja bersama-sama untuk membangunkan amalan pengajaran yang
berkesan.

13. Komitmen yang tinggi inijuga membantu mereka meningkatkan amalan-amalan


yang lain serta mampu membangunkan profesionalisme mereka sendiri.

14. Kesan besar terhadap pembelajaran pelajar akan berlaku apabila guru-guru
sendiri menjadi pelajar terhadap bidang pengajaran mereka.

15. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ditakrifkan sebagai sebuah komuniti


profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang sentiasa
berusaha secara berterusan belajar ,mencari dan berkongsi ilmu untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan terhadap perkara
yang telah mereka pelajari.

16. Dalam hal ini, komuniti pembelajaran profesional dapatlah dianggap sebagai
kumpulan profesional yang melakukan perjumpaan secara berterusan dan tetap
dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran mereka sendiri dan pelajar-pelajar
mereka.

17. Walaupun ahli komuniti pembelajaran ini mempunyai perbezaan dalam bentuk
dan konteks, tetapi mereka berkongsi beberapa kepercayaan dan nilai-nilai teras
asas.

18. Dengan berdasarkan idea bahawa pendidik boleh belajar antara satu sama lain,
komuniti pembelajaran profesional mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang
menggalakkan kerjasama,kejujuran, dan komitmen terhadap pertumbuhan dan
pembangunan ahli-ahli sama ada secara individu atau kumpulan secara
keseluruhannya.

19. Mereka bekerjasama dengan andaian bahawa guru tidak semata-mata


melaksanakan idea-idea orang lain, tetapi seorang intelektual yang melakukan kerja-
kerja keilmuan.

20. Ini bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini meletakkan keistimewaan
teori seiring dengan praktikal. Mereka juga menggalakkan dan menyokong ahli-ahli
untuk sentiasa mengkaji amalan pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan
mereka menyediakan peluang untuk pembinaan secara kolektif perkongsian
pengetahuan baru.

21. Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah berhubungan antara


profesional dan pembelajaran pelajar.

22. Sebagai pendidik mereka akan sentiasa mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah amalan pengajaran secara bersama-sama, membina kapasiti secara
bersama dalam meningkatkan pembelajaran dan pencapaian semua pelajar di
sesebuah sekolah.

23. Terdapat beberapa ciri sekolah yang mengamalkan PLC, antaranya kepimpinan
bersama yang saling menyokong, perkongsian nilai-nilai dan visi, aplikasi
pembelajaran secara kolektif dan amalan-amalan yang dikongsi bersama.

24. Dengan memupuk ciri-ciri tersebut, PLC akan dapat dilaksanakan dengan
berkesan di sesebuah sekolah.

25. Bagi mendapat hasil yang maksimum, pihak sekolah seharusnya mampu
menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi guru-guru menjana, bertukar
dan mencabar idea masing-masing secara berterusan untuk meningkatkan mutu
pengajaran mereka.

26. Di samping itu, penambahbaikan secara berterusan terhadap kualiti guru dan
kualiti pengajarannya juga merupakan elemen penting dalam peningkatan prestasi
pelajar.

27. Dalam hal ini, tidak ada gunanya menyediakan ruang untuk PLC dilaksanakan di
sekolah tanpa peningkatan kualiti guru dan pengajarannya.

28. Seterusnya, pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang
keperluan dan masalah pelajar.

29. Di sini dicadangkan langkah - langkah bagi melaksanakan PLC dalam institusi
sekolah.

a. Sesi Pengenalan oleh Fasilitator : Tahap ini merupakan permulaan perbincangan.


Pencatat dan penjaga masa dilantik bagi membantu perbincangan. Pada tahap ini
juga dilakukan tinjauan tentang matlamat perbincangan dan agenda-agenda
perbincangan. Sesi ini berlangsung selama lebih kurang 3 minit.

b. Sesi Perbincangan Analisis Data : Peserta berbincang tentang kedudukan status


semasa berdasarkan data yang ditayangkan. Pada tahap ini, peserta mengenalpasti
aspek kekuatan dan bahagian yang boleh dilakukan penambahbaikan. Akhirnya
selepas perbncangan, fasilitator akan membuat rumusan berdasarkan persetujuan
semua peserta. Sesi ini berlangsung selama 10 sehingga15 minit.

c. Perbincangan Strategi Pengajaran : Pada tahap ini dilakukan 'brainstroming' yang


melibatkan semua peserta memberikan pendapat dan cadangan masing-masing
secara terbuka. Semua idea dan cadangan diterima dan dicatat untuk pertimbangan
selanjutnya. Sesi ini mengambil masa lebih kurang 10 sehingga 15 minit.

d. Perbincangan Pelan Tindakan : Pada tahap ini, dilakukan perbincangan secara


terbuka terhadap semua idea atau pendapat yang diberikan semasa sesi
'brainstroming' bagi memilih idea yang sesuai. Setelah persetujuan dicapai tentang
tindakan selanjutnya,perbincangan ditumpukan pula kepada agihan tugas, pelajar
sasaran, fokus aspek yang disasarkan, tentang tarikh-tarikh penting pelaksanaan
dan tarikh perjumpaan semula untuk tujuan penilaian. Perbincangan ini mengambil
masa dalam lingkungan 10 minit.

e. Sesi Komen Pemerhati : Pada sesi ini, pemerhati yang boleh terdiri daripada
Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia atau Pegawai Pejabat
Pelajaran akan memberi komen secara keseluruhan tentang perbincangan tersebut.

30. Dalam usaha meningkatkan standard prestasi pelajar di sekolah secara


berterusan, telah terbukti bahawa komuniti pembelajaran profesional merupakan
komponen penting di dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan sesuatu
reformasi pendidikan.

31. Peningkatan dalam standard prestasi pelajar amat bergantung kepada usaha
secara berterusan untuk melakukan penambahbaikan terhadap kemahiran
profesional guru terutama dalam aspek pengajarannya.

32. Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan sebarang
reformasi pendidikan yang sudah tentu ini akan membantu menyediakan pelajar-
pelajar kita bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar.

You might also like