You are on page 1of 4

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM TAHUN 2019 PERINGKAT

SEKOLAH

1.0 TAJUK PROGRAM

1.1 Majlis Pelancaran Program NILAM 2019 tahun 2019 Peringkat Sekolah

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh : 22 Januari 2019 (Selasa)


Masa : 7.30 pagi

3.0 TEMPAT

3.1 Dewan Sekolah Kebangsaan Marian Convent

4.0 OBJEKTIF

4.1. Menyemai amalan membaca dalam kalangan murid.

4.2 Menjana pembentukan pemikiran kreatif, progresif, dan inovatif.

4.3 Menyemai sifat cintakan ilmu dalam jiwa murid.

4.4 Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid.

4.5 Memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan.

4.6 Mewujudkan sudut bacaan di tempat- tempat yang sesuai dalam kawasan
sekolah.

5.0 AJK PELAKSANA

JAWATAN KUASA PELANCARAN PROGRAM NILAM 2019


Seperti dalam lampiran

6.0 AKTIVITI PELAKSANAAN

Seperti dalam lampiran

7.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar SK Marian Convent

8.0 IMPAK
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Majlis
Pelancaran Program NILAM 2019 Peringkat Sekolah.

8.2 Dapat memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan

8.3 Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina
semangat membaca di kalangan pelajar

9.0 LAPORAN
Majlis Pelancaran Program NILAM 2019 telah diadakan dengan jayanya pada
22 Januari 2019 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik.
Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Taklimat Pelancaran Program NILAM 2019 telah disampaikan oleh Puan


Noorhidayah Fadila Binti Zakari. Dalam taklimat tersebut beliau menerangkan maksud
NILAM iaitu singkatan daripada perkataan Nadi Ilmu Amalan
Membaca yang merupakan penggabungan semua aktiviti galakan membaca yang
pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang
tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat
persekolahan.

Ucapan Perasmian Program NILAM 2019 telah disampaikan oleh Puan


Norhaniza Binti Mohamad Dahalan Guru Besar SK Marian Convent, sekaligus
merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian beliau menasihatkan dan
memberi peringatan kepada para pelajar supaya membiasakan diri dengan amalan
membaca tidak kira di mana sahaja berada. Disamping itu, beliau menggalakkan para
pelajar agar mengikuti dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan
oleh Pusat Sumber Sekolah.

Seterusnya majlis diteruskan dengan acara membuka kotak Nilam sebagai


simbolik gimik Majlis Pelancaran NILAM yang dilaksanakan oleh Puan Norhaniza Binti
Mohamad Dahalan.

Majlis diakhiri dengan persembahan koir hyang bertajuk “ Membaca Gaya


Wawasan ”dari barisan pengawas Pusat Sumber SK Marian Convent. Majlis bersurai
pada jam 8.00 pagi.
10.0 PENUTUP

Majlis ini adalah titik permulaan kepada pemupukan budaya membaca dan

semangat membaca dalam kalangan murid- murid. Semoga dengan adanya program

seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada semua murid disamping menjana

idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dalam kalangan warga

sekolah serta melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

11.0 LAMPIRAN
Disediakan oleh :

(PUAN NOORHIDAYAH FADILA BINTI ZAKARI)


Penyelaras Pusat Sumber
SK Marian Convent

You might also like